Assalamualaikum wbt..
Lama tak menulis, tapi malam ni aku terpanggil untuk tulis sesuatu..
Aku dah tinggalkan jabatan lama dan bertugas ke jabatan baru bermula pada 2/9/2024.. Bermakna dah hampir 6 bulan aku kat sini.. Aku gembira kat tempat baru.. bos dan kawan2 yang baru, yang aku rasa bersemangat untuk bekerja dan belajar banyak benda yang baru. Bukan bermakna jabatan lama aku tak best, cuma aku dah terlalu lama kat sana hinggakan tahap motivasi aku yang dulunya tinggi, semakin hari semakin berkurang dalam diri.
Bukan aku tak pernah minta tukar.. memandangkan perjawatan aku yang sangat terhad menyukarkan untuk aku berjaya dalam permohonan pertukaran. Semenjak 2017 aku dah cuba minta tukar untuk bertugas di Johor disebabkan aku PJJ dengan suami dan anak-anak aku.. cumanya rezeki untuk ke Johor tidak memihak pada aku lagi.
Penghujung Ogos 2024 aku dapat arahan pertukaran ke jabatan lain tetapi masih dalam Selangor lagi. Walau bukan ke Johor aku tetap gembira, sekurang-kurangnya aku dapat keluar dan belajar benda yang baru. Bayangkanlah sebelum ni 14 tahun aku hadap kerja yang sama setiap hari.. Bikin stress hoiiii! Bosan..
Bila aku kat tempat baru, aku dapat kembalikan motivasi dan sentiasa bersemangat untuk datang kerja. Dapat pulak bos yang baik, seorang wanita yang menurut pandangan aku dia sebagai seorang ketua yang akan sama2 tarik tangan aku dan membimbing aku untuk menyiapkan satu2 tugas sehinggalah aku mampu untuk berdiri atas kaki sendiri tanpa bantuan dia.
Cuma.. hari ni mood aku agak terganggu sedikit apabila partner sebelah aku seolah2 memberi hint yang dia akan menjalani pertukaran dalam masa terdekat. Selama hampir 6 bulan aku bertugas kat sini, dia antara orang yang aku rapat dan aku selesa bila dengan dia. Walaupun beza umur aku dengan dia 7 tahun (dia lebih muda), tapi aku nampak keikhlasan dia dalam berkawan.. dan aku, bila orang ikhlas berkawan dengan aku, aku akan pastikan yang aku akan memberikan yang terbaik demi persahabatan ini. Maklumlah, aku ni tak berapa ramai kawan. Dan aku hargai setiap yang hadir dengan ikhlas.
Walau apa pun, walau ke mana pun Sue bertukar, aku sentiasa doakan yang terbaik buat Sue. Aku sebenarnya tak pandai nak cakap depan-depan, tapi aku abadikan kat sini sebagai tanda ingatan dan kenangan persahabatan yang tak seberapa lama ini..