Assalamualaikum wbt
Untuk aktiviti kami kali ni, kami memilih untuk ke tempat yang lebih santai sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Setelah perbincangan dibuat dan beberapa tempat telah disenaraikan, kami sebulat suara memilih Taman Alam, Kuala Selangor. Kenapa kami pilih untuk ke sana? Sebabnya kami plan lepas abis aktiviti, kami nak pergi makan mee udang kat Kuala Selangor tu.. haha
Di petik dari portal
Majlis Daerah Kuala Selangor
Taman Alam Kuala Selangor telah dibuka pada tahun 1987. Berkeluasan 296 hektar yang terbahagi kepada 2 bahagian utama, iaitu seluas 201 hektar meliputi Hutan Hujan Tropika dan selebihnya merupakan Hutan Paya Bakau. Taman ini dibawah pengurusan Persatuan Pencinta Alam Malaysia. Oleh sebab itu keindahan alam semulajadinya terus kekal tanpa sebarang gangguan yang boleh merosakkan habitat yang menjadi penghuni setia di sini.
Taman Alam berkonsepkan Taman Burung , dimana pelancong boleh melihat sendiri pelbagai jenis spesis burung yang hidup liar. Habitat burung ini sering dijadikan bahan kajian oleh para saintis dan para pelancong yang meminatinya. Terdapat 156 jenis spesis burung antara lain 57 daripadanya adalah burung-burung dari luar negara seperti Rusia dan siberia. Sesetengah burung yang menjadi penghuni di taman ini ialah burung-burung dari kawasn sejuk di hemisfera utara untuk mencari makanan di kawasan panas di hemisfera selatan.
Kat bawah ni gambar-gambar yang sempat aku rakamkan. Oleh sebab aku guna kamera henpon cap ayam jer, so takder la gambar ni nampak cantik. Better korang pergi sana sendiri merasakan keindahan alam sambil didendangkan oleh kicauan burung-burung yang menyanyi riang. Ecewah.
Ok. Tu je nak cerita. Sikit je. Gambar simpan sini untuk kenangan di masa hadapan. Ngeeeeee!
0 comments:
Catat Ulasan