Sahabat

Halaman

12 Februari 2025

Jabatan Baru, Kawan Baru, Tugas Baru tapi….

By Dalia Hassan at Rabu, Februari 12, 2025 0 comments

 Assalamualaikum wbt..


Lama tak menulis, tapi malam ni aku terpanggil untuk tulis sesuatu..


Aku dah tinggalkan jabatan lama dan bertugas ke jabatan baru bermula pada 2/9/2024.. Bermakna dah hampir 6 bulan aku kat sini.. Aku gembira kat tempat baru.. bos dan kawan2 yang baru, yang aku rasa bersemangat untuk bekerja dan belajar banyak benda yang baru. Bukan bermakna jabatan lama aku tak best, cuma aku dah terlalu lama kat sana hinggakan tahap motivasi aku yang dulunya tinggi, semakin hari semakin berkurang dalam diri.


Bukan aku tak pernah minta tukar.. memandangkan perjawatan aku yang sangat terhad menyukarkan untuk aku berjaya dalam permohonan pertukaran. Semenjak 2017 aku dah cuba minta tukar untuk bertugas di Johor disebabkan aku PJJ dengan suami dan anak-anak aku.. cumanya rezeki untuk ke Johor tidak memihak pada aku lagi. 


Penghujung Ogos 2024 aku dapat arahan pertukaran ke jabatan lain tetapi masih dalam Selangor lagi. Walau bukan ke Johor aku tetap gembira, sekurang-kurangnya aku dapat keluar dan belajar benda yang baru. Bayangkanlah sebelum ni 14 tahun aku hadap kerja yang sama setiap hari.. Bikin stress hoiiii! Bosan..


Bila aku kat tempat baru, aku dapat kembalikan motivasi dan sentiasa bersemangat untuk datang kerja. Dapat pulak bos yang baik, seorang wanita yang menurut pandangan aku dia sebagai seorang ketua yang akan sama2 tarik tangan aku dan membimbing aku untuk menyiapkan satu2 tugas sehinggalah aku mampu untuk berdiri atas kaki sendiri tanpa bantuan dia. 


Cuma.. hari ni mood aku agak terganggu sedikit apabila partner sebelah aku seolah2 memberi hint yang dia akan menjalani pertukaran dalam masa terdekat. Selama hampir 6 bulan aku bertugas kat sini, dia antara orang yang aku rapat dan aku selesa bila dengan dia. Walaupun beza umur aku dengan dia 7 tahun (dia lebih muda), tapi aku nampak keikhlasan dia dalam berkawan.. dan aku, bila orang ikhlas berkawan dengan aku, aku akan pastikan yang aku akan memberikan yang terbaik demi persahabatan ini. Maklumlah, aku ni tak berapa ramai kawan. Dan aku hargai setiap yang hadir dengan ikhlas.




Walau apa pun, walau ke mana pun Sue bertukar, aku sentiasa doakan yang terbaik buat Sue. Aku sebenarnya tak pandai nak cakap depan-depan, tapi aku abadikan kat sini sebagai tanda ingatan dan kenangan persahabatan yang tak seberapa lama ini..



19 Julai 2024

Kejohanan Pingpong Piala Ketua Polis Selangor 2024

By Dalia Hassan at Jumaat, Julai 19, 2024 0 comments


Assalamualaikum wbt

Simpan sini kenangan terakhir bersama team pingpong IPD Subang Jaya.. team pingpong terakhir Aku beraam PDRM sebab lepas ni inshaaAllah aku akan keluar jabatan. Tak banyak yang aku nak cerita, cukuplah gambar yang berbicara.

I'm gonna miss you all!!
17-19 Julai 2024




























 

21 Mac 2024

Status Blog #132

By Dalia Hassan at Khamis, Mac 21, 2024 0 comments


Assalamualaikum wbt..


Aku sedang mencari kekuatan untuk terus bertahan disini. Di daerah yang jauh dari asalku. Menunggu urusan pertukaran, bagaikan menunggu buah yang takkan gugur.




Asal yang bertahan: 4


1. Menikam dari belakang. Walau apa pun alasan, yang terjadi tetap terjadi. Memaafkan, tapi aku tak lupakan.


Tinggal 3.


2. Awalan yang baik-baik tapi terlihat perubahan. Terasa diri baik dan orang lain tidak. Nampak angkuh. Terlalu.


Tinggal 2.


3. Kadang nampak ikhlas berkawan. Kadang tak. Seorang yang palatao. Nampak ada masa cuba jatuhkan aku. Ya kami tetap berkawan, cuma ada had.


Tinggal 1.


4. Sumber kekuatan aku yang terakhir. Yang paling aku sayang. Yang jadi tulang belakang aku kat sini. Tapi siapa kita untuk kawal dia? Ada benda yang aku tak boleh terima. Ya salah aku sebab terlalu kawal dia. Tapi semuanya bersebab...


Tinggal 0.


Takperlah.. aku redha dan lepaskan semua.. yang pasti Allah tu sentiasa ada. Aku jer yang tak pernah berusaha untuk mencari Dia.

15 Februari 2024

Status Blog #131

By Dalia Hassan at Khamis, Februari 15, 2024 0 comments

 Assalamualaikum wbt. 


Pagi ni aku rasa macam nak mencurah perasaan kat sini, walau dah sekian lama aku tak tulis apa-apa.. Sebabnya, aku rasa macam sedih sangat. Sedih yang dipendam sekian lama, kadang2 bila dia datang, memang susah nak kawal air mata dari jatuh.


Semakin lama motivasi aku semakin berkurang untuk hadir bekerja. Langsung tak sama perasaan tu macam dulu. Dulu aku happy, hari-hari datang awal.. Bukan setahun dua kekerapan aku sampai pejabat sebelum jam 7pagi, malah bertahun-tahun macam tu. Datang kerja dengan tahap motivasi yang tinggi, kadang aku sampai lagi awal dari anggota trafik yang akan bertugas di point. 


Tapi sekarang.. 


Entahlah. Susah nak cakap.




05 Februari 2024

Status Blog #130

By Dalia Hassan at Isnin, Februari 05, 2024 0 comments

 


05 November 2023

Jam Lama

By Dalia Hassan at Ahad, November 05, 2023 0 comments

 Sesuatu yang cukup bermakna, saya copy & paste untuk tatapan semua!! 

#sharingiscaring

Seorang lelaki sebelum beliau meninggal dunia, berkata kepada anaknya,"Jam ini datuk kamu beri kepada ayah dan berumur lebih 200 tahun. Sebelum ayah beri kepada kamu, sila ke kedai jam di Jalan Utama dan beritahu kepada tauke tu yang kamu mahu jual jam itu dan tanya berapa harga yang tauke itu boleh tawarkan".


Lalu si anak pun pergi. Selepas beberapa minit, dia pun kembali kepada ayahnya dan berkata, "Tauke itu hanya tawarkan RM5 sahaja sebab jam itu sudah lama dan banyak calar". 


Kemudian, ayah menyuruh anaknya ke kedai kopi pula. 


Si anak pun ke kedai kopi itu dan selang beberapa jam, dia kembali dan berkata:"Tauke kedai tu dapat tawarkan RM5, ayah".





Kemudian ayahnya berkata, "Pergilah ke muzium dan tunjukkanlah jam tersebut". 


Lalu si anak pun ke muzium dan balik bertemu ayahnya dengan hati yang gembira dan berkata kepada ayahnya, "Mereka tawarkan jam ini dengan harga sejuta ringgit!"


Ayahnya seraya berkata," Ayah hanya mahu kamu tahu, apabila engkau berada di tempat yang betul, engkau akan dinilai dengan baik dan adil. Oleh itu, jangan sesekali letakkan diri kamu di tempat yang salah kerana di situ kamu akan dilayan seperti sampah. Hanya mereka yang tahu menghargai kamu sahaja akan tahu bahawa kamu seorang yang bernilai. Ingat, jangan biarkan diri kamu terlalu lama di tempat yang tidak pernah menghargai kamu meskipun kamu telah sentiasa melakukan yang terbaik.

28 Oktober 2023

Himpunan Basikal Lipat Malaysia @ Iskandar Puteri, Johor.

By Dalia Hassan at Sabtu, Oktober 28, 2023 1 comments

 Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah kali ni aku dapat join Himpunan Basikal Lipat Malaysia... Kalau tahun lepas buat kat Ampang, tahun ni buat kat Johor.. Lagipun ni memang tarikh aku balik kampung, so aku sempat la mendaftar walaupun nyaris terlepas due date.


Korang bayangkanlah, dah berapa lama aku tak bersukan. Siang kerja hakiki, malam aku membaking sampaikan weekend pun jadual aku dipenuhi dengan membaking. Tak ada langsung masa untuk bersukan padahal aku ada je threadmill kat rumah. Tapi itu la... bila ada masa senggang sikit, itulah dia masa untuk aku berehat sampaikan rumah pun dah macam tongkang pecah dah. tak ada masa untuk mengemas, setakat sapu2 habuk jer yang sempat.


Tapi untuk kali ni, aku cuba juga curi masa untuk join aktiviti sihat macam ni.. Alaaa, Bukan selalu pun... Itupun sehari sebelum program baru aku dapat balik kampung, sampai kampung terus bawak basikal aku yang dah bertahun terperam tu, pergi servis. Siap tukar tayar baru lagi, risau dia buat hal kat tengah jalan.


Setel servis basikal, aku terus minta anak-anak bersiap.. asben aku balik kerja terus aku ajak dia pergi Iskandar Puteri, dok homestay kat sana sebab aku risau pagi esok terlewat sampai sana... anak-anak memang happy la bila dengar tidur homestay.. Alhamdulillah aku dapat book homestay yang selesa dengan harga yang berpatutan.


Esoknya dengan semangat waja, pagi-pagi lagi asben aku dah hantar aku kat sana. Bersemangat sungguh aku nak mengayuh, tanpa aku sedar yang aku ni dah lama tak bersukan.. stamina pun takder. Semangat pun awal-awal jer itu pun sebab dapat tau banyak betul hadiah cabutan bertuah yang penganjur sediakan. Padahal bukan aku tak tau, yang aku ni memang jenis yang tak pernah bertuah, kecuali masa aku tengah mengandung (pernah tiga kali aku dapat cabutan bertuah masa mengandungkan si Arissa dulu)


Masa awal mengayuh tu, aku tetiba terlupa macam mana nak tukar gear.. hahahaha adoila aku rasa kelakar sangat.. malu pun ada.. nampak sangat macam basikal pinjam padahal tu memang basikal aku.. cuma disebabkan dah lama tak guna, aku pun dah lupa macamana nak handle gear tu. ramai hoiii yang tegur pasal gear aku tu.. last2 aku tebalkan muka tanya salah sorang brader yang tegur aku tu, camana nak tukarkan semula gear tu.. hahah.. baru la aku rasa selesa untuk mengayuh..






















PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review