Top 5
-
Rasa macam dah lama sangat tak pergi bercuti... badan ni dah rasa tak tentu arah.. kan best kalau dapat menikmati keindahan panorama alam ...
-
Assalamualaikum wbt.. Pada Jumaat, 1 april 2016 telah diadakan satu majlis untuk meraikan Pegawai Kanan dan Anggota2 Trafik IPD Subang J...
-
Bahagiamu Deritaku Ku dengar kau cinta sangat padanya Ku dengar hatimu kini miliknya Dia kan menjadi teman sehidup dan semati Aku menjad...
-
Assalamualaikum wbt... Saja nak share lirik lagu ni kat sini... senang nak cari nanti... semenjak terdengar kawan aku nyanyi lagu ni, aku...
-
Entah kenapa... tiba-tiba... semuanya menjadi.... TAWAR
-
Assalamualaikum wbt... Gunung Chabang. Seriously sebelum ni aku tak pernah pun dengar pasal gunung ni. Sampailah Ila tanya kami nak per...
-
Assalamualaikum wbt... Ini adalah misi menawan Puncak Gunung Yong Belar pada 14-15/10/2017, gunung ketiga tertinggi di Semenanjung Malay...
-
Assalamualaikum wbt.... Semalam aku udah selamat sampai dari bercuti ke Bandung bersama teman2ku... Asyik banget.. berada disana 4 hari 3...
Pot Pet Situ Sana Sini
Contact Me
26 November 2014
Makan2 @ Restoren Phad Thai, Taipan
Facebook : Undur Diri Buat Seketika
Assalamualaikum wbt...
Semalam aku telah deactivate akaun facebook aku atas beberapa sebab. So, untuk beberapa ketika ni, aku cuma boleh ber wechat, whatsapp atau IG jer..
Harap2 berjaya!
22 November 2014
Perbezaan Umur Kita Dengan Kucing
Sumber : Facebook Friends of BN - Barisan Nasional
Assalamualaikum wbt...
Cuma nak share apa yang aku baca kat facebook tadi.. ermmm... kucing kat rumah aku ( Shitam ) tu beranak masa umur dia tak sampai pun 6 bulan lagi.. maksudnya... aishhhhhh! tak cukup umur lagi tu... remaja sangat lagi dah gatal...
haha!
15 November 2014
Status Blog #32
Alhamdulillah. Tepat jam 12.26am sampai rumah my parent kat Segamat. Mencabar betul balik hari ni.. trafik jem + hujan... dah le aku balik bertiga jer dengan anak2, asben aku sabtu ahad pun keje.. nasib baik le tak mengantuk..
Sebenarnya tak plan pun nak balik kampung hari ni. Pagi tadi aku call mak, tanya mak tarikh sebenar mak ngan abah pergi dan balik umrah desember ni. senang aku nak rancang cuti. pastu mak cakap abah dah 2 hari tak sihat. tu yang aku terus plan nak balik hari ni juga..
Bertolak dari rumah pukul 7.40pm... dengan jem ngan hujan sampai kampumg kul 12.26am.. sampai rumah kena marah dengan mak sebab bahaya bawak kete malam2, katanya... sendiri pulak tu. sebab tu la aku tak nak bagitau mak awal2 yang aku nak balik.. takut mak risau selagi aku tak sampai rumah... hehe!
Okla. Nak tido dulu..
Zzzzz...
13 November 2014
Riang Ria @ Sunway Lagoon
![]() |
mintak tolong kawan aku yang keje kat balai Sunway untuk dapatkan tiket harga staff ni... masih mahal tapi kurang la sikit.. hehe! |
![]() |
pemandangan dari Sunway Pyramid |
![]() |
pemandangan dari atas jambatan gantung ni... |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjaKXj1wWUxzX7CSVfPDm6XwTecqXY7MgWANEPQ7HBkjDEBj5tVDZV5htXbbvy5JijDXtslcXxYe6uwfcwxdf8gZIWJMYeTq2dbb1dMzRVlk-U-Nl5JxY1B0jkwpc4x25MbfXxXENtEiHo/s1600/10610549_10152854502464738_1612734143673387344_n.jpg)
![]() |
ni aje la gambar2 sebelum henpon aku simpan kat dalam locker... takut basah.. hehe! |
12 November 2014
10 November 2014
Republik : Selimut Tetangga
Assalamualaikum wbt...
Sebenarnya aku bukanlah jatuh cinta 'dengar' kali pertama lagu ni. Memang biasa dengar tapi baru baru ni jer aku macam gila sikit kat lagu ni. Meh layan jap lagu ni...
Selimut Tetangga ~ Republik
Bersabarlah sayang aku akan pulang
Jangan dengarkan gosip murahan tentang aku
Berjanjilah sayang ku slalu setia
Meski ku tak selalu di sampingmu
Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku
Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian
Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian
Berjanjilah sayang ku slalu setia
Meski ku tak selalu di sampingmu
Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku
Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku
Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian
Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian
Bersabarlah sayang aku akan pulang
05 November 2014
Status Blog #30
Sedih. Sakit hati. Aku tak tau nak cakap apa.. Tak tau nak luahkan kat siapa.. tak tau nak percayakan siapa..
penyudahnya.. masuk tandas, menangis semahunya....
03 November 2014
AF2014 : Azwan Tak Patut Tersingkir!
![]() |
Sumber Gambar : Pakcik Google |
Buat Azwan, semoga anda berjaya diluar sana. In Shaa Allah.
Update 10/11/2014
* Ermm... dengar cerita Adel dapat tempat kelima. See. Kan aku dah cakap. Walau macamana bagus pun Adel, kalau peminat tak Afundi, tak menang juga. Tak perlu diserap (diserap melalui pemilihan oleh tenaga pengajar dan pihak fakulti) kerana diluar sana peluangnya amat cerah. Tak perlu rampas hak Azwan yang sememangnya telah ditentukan oleh pengundi. Azwan yang berhak berada dikedudukan 5 teratas, bukan Adel. Harap tenaga pengajar dan pihak fakulti jangan ambik remeh perkara ni. Untuk AF akan datang (kalau ada), silalah lantik juri professional. Tak perlu lagi kaut keuntungan dengan cara macam tu. Tak berkat!
02 November 2014
Status Blog #29
#HidupMatiJohor