Assalamualaikum wbt...
Semenjak dua menjak ni aku suka sangat makan ikan salmon. Sebenarnya sebelum ni aku tak berapa suka sangat dengan encik ikan salmon ni, bukan apa, mungkin masa kali pertama aku makan ikan ni, masakan yang aku makan tu tak sesuai dengan citarasa aku. Then makan kali kedua, pun tak menepati citarasa aku, so aku ambil keputusan untuk tak suka pada salmon ni. Kesian encik ikan salmon...
Beberapa bulan lepas, kebetulan kawan aku ada bagi beberapa ketul ikan salmon ni. Mula2 aku rasa macam tak berapa berminat, tapi disebabkan keinginan nak cuba masak sendiri (maklumlah, yang makan sebelum ni semua orang bagi yang dah siap masak), aku mulalah meminta bantuan dari pakcik google, masakan yang sesuai bagi encik ikan salmon ni...
Hasil yang aku dapat, kebanyakan mereka mereka di luar sana suka grill separuh masak dan dimakan bersama sos lemon. Aku pun ambil keputusan untuk cuba resepi ni. Nampak ringkas dan mudah cuma memandangkan aku dalam proses menurunkan berat badan aku yang terlebih berat ni, so aku ubah skit menu tu ikut suka hati aku. haha!
Ok. First time masak ikan salmon ni, reaksi aku tatkala suapan pertama tu, rasa macam nak menangis jer... Menangis bukan apa, menangis sebab menyesal aku masak sekeping jer... sedap sangat! mana cukup sekeping! menyesal!!
Dan itulah yang aku rasa....
Semenjak tu, ikan salmon ni dah jadi macam kawan baik aku. Sekurang-kurangnya seminggu sekali atau dua aku akan masak ikan salmon grill ni.. cuma aku tak buat sos, sebab pada aku tu je pun dah cukup sedap. Cuma kadang2 aku pelbagaikan dengan tambahkan sayur2an seperti brokoli, cauliflower, asparagus, capsicum dan lain2... Dan kadang2 juga aku suka cairkan cheddar cheese kat atas salmon yang dah di grill tu. Memang sedap lebih2 lagi makan time panas! Fhewwwww! Ohsem! Tapi terpulanglah pada citarasa anda semua sama ada inginkan masakan secara grill, asam pedas, sup, kari, dan lain-lain... cuma bagi aku, grill ni dah sedang elok la dengan tekak aku... hehe! (Yang sebenarnya malas nak masak.. grill paling cepat dan mudah.. tak sampai 10 minit dah siap)
Okay. Berbalik semula pada kisah khasiat ikan salmon ni. Ikan salmon selain dikenali juga sebagai makanan bagi otak ia juga memiliki khasiat sebagai makanan untuk menjaga kulit agar kulit kelihatan segar dan sihat. Ikan salmon dapat membantu mengurangkan terjadinya kedutan pada kulit wajah dan juga memelihara penampilan kulit agar sentiasa sihat. Oleh itu, bagi adik2 semua, makanlah ikan salmon dari awal lagi, jangan nanti umur dah macam akak baru sibuk nak makan... konon2 taknak berkedut, padahal sana sini dah berkedut. Terlambat plak, tapi masih boleh diperbaiki... hehehe...
Okay. Mengapa ikan salmon? Kerana ikan salmon adalah ikan yang kaya
lemak tak jenuh Omega 3 yang dapat mengurangkan penghasilan partikel yang menyebabkan radang dalam tubuh yang masuk melalui kulit.
(Lemak tak jenuh adalah sejenis lemak yang molekulnya tersusun dari rangkaian atom-atom karbon yang memiliki satu ikatan ganda. Ikatan ganda ini menyebabkan molekul lemak tersebut tidak jenuh atau masih boleh menambah atom hidrogen. Lemak tak jenuh tunggal biasa disebut lemak baik kerana memilik manfaat bagi kesihatan diantaranya membantu mengurangi penyakit jantung dan menurunkan kadar kolesterol. Beberapa makanan yang mengandung tinggi lemak tak jenuh tunggal selain dari ikan salmon diantaranya adalah minyak zaitun, kacang badam, dan buah avocado) Salmon juga mengandungi protein yang tinggi, coenzim Q-10, dan juga kaya dengan Dimethylaminoetahnol (DMAE).
Secara ringkasnya, khasiat ikan salmon adalah seperti berikut :
1. Mencegah Penyakit Jantung
Ikan salmon mengandung asam lemak omega-3 yang membantu mengurangi kolesterol dan trigliserida, mempertahankan kelenturan pembuluh darah, dan menguatkan otot jantung.
2. Mencegah Hipertensi
Asid lemak omega-3 membantu mengendalikan tekanan darah sehingga mencegah hipertensi (tekanan darah tinggi).
3. Menjaga Kesihatan Mata
Asid lemak omega-3 dan asid -asid amino membantu menjaga kesihatan mata dan mencegah degenerasi makular, mata kering, dan keletihan mata.
4. Melindungi Tubuh Terhadap Radikal Bebas
Ikan salmon kaya selenium, suatu mineral yang membantu tubuh melindungi sel-sel tubuh terhadap kerosakan radikal bebas yang dapat melemahkan sel-sel tersebut terhadap serangan penyakit.
5. Melindungi Kulit
Asid lemak omega-3 diketahui memiliki kesan anti inflamasi (anti radang) yang dapat melindungi kulit terhadap sinar matahari dan kanser kulit.
6. Mengurangi Depresi
Asid lemak omega-3 berperan mengurangi depresi dan menjaga mood yang baik.
7. Melindungi Tubuh terhadap Kanser Ginjal
Asid lemak membantu melawan carcinoma sel ginjal yang merupakan bentuk kanser ginjal yang paling umum.
8. Menyihatkan Otak
Asid lemak omega-3 di otak yang membantu fungsi otak dan berperan mencegah penyakit Alzheimer. Asid lemak omega-3 juga membantu mencegah stroke karena mengendalikan kolesterol darah dan menyihatkan pembuluh darah.
9. Mengurangi Risiko Diabetes Type 2
Asid lemak omega-3, vitamin D dan selenium yang terdapat pada salmon membantu kerja insulin yang mengontrol kadar glukosa darah sehingga mengurangi resiko diabetes type 2.
10. Membantu Mengurangkan Berat Badan
Ikan salmon dikenali sebagai makanan yang mempercepat kadar metabolisma sehingga dapat mengurangkan penambahan lemak dalam badan.