Sila like page kami di FB : Dalia Resources
Top 5
-
Rasa macam dah lama sangat tak pergi bercuti... badan ni dah rasa tak tentu arah.. kan best kalau dapat menikmati keindahan panorama alam ...
-
Assalamualaikum wbt.. Pada Jumaat, 1 april 2016 telah diadakan satu majlis untuk meraikan Pegawai Kanan dan Anggota2 Trafik IPD Subang J...
-
Bahagiamu Deritaku Ku dengar kau cinta sangat padanya Ku dengar hatimu kini miliknya Dia kan menjadi teman sehidup dan semati Aku menjad...
-
Assalamualaikum wbt... Saja nak share lirik lagu ni kat sini... senang nak cari nanti... semenjak terdengar kawan aku nyanyi lagu ni, aku...
-
Entah kenapa... tiba-tiba... semuanya menjadi.... TAWAR
-
Assalamualaikum wbt... Gunung Chabang. Seriously sebelum ni aku tak pernah pun dengar pasal gunung ni. Sampailah Ila tanya kami nak per...
-
Assalamualaikum wbt... Ini adalah misi menawan Puncak Gunung Yong Belar pada 14-15/10/2017, gunung ketiga tertinggi di Semenanjung Malay...
-
Assalamualaikum wbt.... Semalam aku udah selamat sampai dari bercuti ke Bandung bersama teman2ku... Asyik banget.. berada disana 4 hari 3...
Pot Pet Situ Sana Sini
Contact Me
24 Februari 2015
Dalia Resources (SA0227982-A)
Nak promote skit ni.. biz kecil2an aku kat pasar malam sekitar Shah Alam.. dah dekat 5 tahun buat biz ni tapi baru ni nak tergerak promote kat sini..
Jom tengok apa ada di Dalia Resources..
Produk : Ice Blended pelbagai perisa
: Aiskrim Goyang / Magic pelbagai perisa
Selain meniaga di pasar malam, Dalia Resources juga sedia beraksi di majlis-majlis perkahwinan, majlis harijadi, majlis rasmi, dan segala jenis majlis... pakej pula ditawarkan amat berpatutan dan sangat berbaloi...
Sila hubungi wakil kami atau datang sendiri ke lokasi kami seperti berikut :
Ahad :
7am - 12.30 pm >> Pasar Pagi Subang Suria
4pm - 10pm >> Pasar Malam Bukit Subang
Isnin :
10am - 7pm >> Depan Masjid / Sekolah Kebangsaan Bukit Subang
Selasa :
10am - 3pm >> Depan Masjid / Sekolah Kebangsaan Bukit Subang
4pm - 10pm >> Pasar Malam Surau Al -Razi Jalan Matahari Seksyen U5 Shah Alam
Rabu :
10am - 3pm >> Depan Masjid / Sekolah Kebangsaan Bukit Subang
4pm-10pm >> Pasar Malam Kampung Melayu Subang
Khamis :
10am - 7pm >> Depan Masjid / Sekolah Kebangsaan Bukit Subang
Jumaat :
10am - 3pm >> Depan Masjid / Sekolah Kebangsaan Bukit Subang
4pm - 10pm >> Pasar Malam TTDI Jaya Seksyen U2 Shah Alam
Sabtu :
Cuti
Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi wakil kami:
Suhaimi 013-2666188
Sila like page kami di FB : Dalia Resources
Blog : Dalia Resources
Categories
D'Alia BlogShop,
Dalia Resources
21 Februari 2015
Ujian Sains Terhadap Solat
Assalamualaikum wbt...
Sharing Is Caring
Hari ni aku nak share sesuatu yang aku rasa ramai diantara kita tak tahu akan hal ni..
Ujian sains dah pun buktikan bahawa setiap pergerakan kita ketika melakukan solat boleh memberikan impak kepada otot2 kita... secara tak langsung itu adalah salah satu cara kita workout tanpa perlu bersusah payah pergi ke gym.
Sehari cuma 5 kali.. Lebih kurang 5 minit je pun setiap kali solat.. nak lebih lagi boleh lakukan solat2 sunat. Pahala dapat, kesihatan pun terjamin. Paling penting kestabilan mental dan emosi.. kalau mental dan emosi tak stabil, susah gak... kannnn?
Jom solat! Tiang agama jangan dilupakan ya...
Daaaaaaaaaaaaaaa!
Sharing Is Caring
Hari ni aku nak share sesuatu yang aku rasa ramai diantara kita tak tahu akan hal ni..
Ujian sains dah pun buktikan bahawa setiap pergerakan kita ketika melakukan solat boleh memberikan impak kepada otot2 kita... secara tak langsung itu adalah salah satu cara kita workout tanpa perlu bersusah payah pergi ke gym.
Sehari cuma 5 kali.. Lebih kurang 5 minit je pun setiap kali solat.. nak lebih lagi boleh lakukan solat2 sunat. Pahala dapat, kesihatan pun terjamin. Paling penting kestabilan mental dan emosi.. kalau mental dan emosi tak stabil, susah gak... kannnn?
Jom solat! Tiang agama jangan dilupakan ya...
Daaaaaaaaaaaaaaa!
Categories
Diariku,
Diet Atkins,
Sharing Is Caring
16 Februari 2015
15 Februari 2015
Menu Atkins : Flaxseed Bread
Assalamualaikum wbt...
Pagi ni buat pertama kalinya aku cuba buat flaxseed bread. Kalau ikutkan memang malas je nak buat, tapi memandangkan tengahari ni aku dah nak ke Sabak Bernam sehingga Selasa, nak tak nak aku buat jugalah.. standby kut2 nanti aku kelaparan masa kat sana nanti.. yerla.. aku tak tau lagi apa yang pihak IPN sediakan untuk menu makanan nanti.. so.. standby je la..
Bila sediakan barang2, baru perasan yang baking powder dah abis.. takpe la.. kita guna apa yang ada je..
2 cawan flaxseed
1 sudu serbuk kayu manis
3 biji telur
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak
shortening
stevia
garam
dan inilah hasilnya...
Alhamdulillah... aku boleh terima rasa flaxseed bread ni... lain kali boleh buat lagi dan pelbagaikan resepi... hehehe
![]() |
Ni la bekal yang aku nak bawa ke Sabak Bernam. Harap2 cukup la... hehe! |
Sekian...
daaaaaaaaaaaa....
Update pada 22/2/2015
Alhamdulillah... hari ni aku sempat buat lagi flaxseed bread.. kali ni aku letak baking powder skit.. dan inilah hasilnya...
![]() |
Kali ni aku gunakan acuan kecil2.. |
Categories
Diariku,
Diet Atkins,
Menu Atkins
14 Februari 2015
Diet Atkins : Fuhh Lega....
Assalamualaikum wbt...
Sebelum ni aku risau sangat sebab berat badan aku statik je tak turun selepas aku cheat masa balik kampung tempohari. Bila balik sini semua, aku start re-induction tapi setelah beberapa hari pun berat masih statik. Stress juga dibuatnya...
Pagi ni bila aku timbang, Alhamdulillah berat badan aku dah mula turun walaupun sikit. Tapi tak kisahlah kan... yang penting turun. Dan yang paling penting, lepas ni aku tak berani dah nak cheat lagi. serik !!! haha!
Cuma yang aku risaukan, esok aku akan pergi kursus di IPN Sabak Bernam sampai Selasa. Aku risau makanan yang disediakan tu mengandungi carbs yang tinggi. Adoi la.. Biasanya diorang suka masukkan gula dalam masakan... nampak gayanya aku kena bawak stok telur dan sayur untuk aku masak sendiri kat bilik.. masak dalam erti kata rendam dengan air panas jer... hehe!
Oklah...
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
Categories
Diariku,
Diet Atkins
09 Februari 2015
Status Blog #36
Assalamualaikum wbt....
Dah beberapa hari aku tak sempat nak update blog. Sibuk yang amat.. aku rasa encik kambing, lembu, ayam, itik dan yang seangkatan dengannya pun tak sesibuk aku.. tak percaya tanyalah mereka... hehe!
Alhamdulillah. Usai sudah sesi pendaftaran aku kat UTM Skudai pada Sabtu lepas. Dan hari ini aku masih berada di Johor rumah family aku. Orang kata alang2 dah balik kampung ni, biarlah lama sikit, yer tak? Sebab tu la bila dah kat kg ni memang jarang la pegang henpon. Ada aktiviti lebih penting dari ber media sosial ni.. hahaha!
Oh ya! Pasal diet atkins... adoiyai.. bila dah balik kampung ni, memang payah nak tahan keimanan dari menjamah masakan mak... abislah abislah abislahhhhhhh! Tapi takperlah... balik Subang nanti aku re-induction... ngeeeeeeee!
Okla... tu je laporan aku untuk beberapa hari ni...
Daaaaaaaaaaaaa!
Categories
Status Blog
01 Februari 2015
Diet Atkins : Menu Hari Keempat Belas
Assalamualaikum wbt...
Semalam hari ke 14 aku buat DA ni... cukup dua minggu induksi tapi aku masih perlu teruskan induksi ni sampai aku rasa perlu masuk ke fasa 2.. kesilapan dalam pengiraan carbs memang betul2 buat aku menyesal.. tapi takpe la.. saya budak baru belajar... dan juga belajar dari kesilapan.. tapi apa pun, sepanjang 14 hari aku DA, Alhamdulillah berat dah turun 7.7kg..
Dan semalam aktiviti aku memang sibuk.. kerja separuh hari lepas tu aku ke giant beli stok bahan mentah... balik dari giant masak untuk famili then lepas asar terus ke Nilai rumah kazen. Dari rumah kazen lepas magrib menyinggah rumah bespren untuk tengok baby dia... cabarannya, kat rumah kazen dia buat jemput2 goreng. Ada kek keju meleleh dan juga brownies oreo yang baru je keluar dari oven. Memang aku tak berani nak makan, telan air liur je la.. kat rumah Asha pulak dia buat bihun goreng dengan nugget. Aku tumpang tengok je la.. nasib baik tak tergugat iman.. hahaha!
Oh. Menu aku semalam simple jer.
Sarapan : 2 biji telur rebus
Lunch : Nugget Ayam Atkins
Dinner : Ayam Goreng
Dan aku cuma amik gambar nugget ayam atkins ni je.. yang lain, tak payahla... sama jer.. huhu!
Daaaaaaaaaaa!
Alia : lepas ni aku dah tak masukkan menu harian aku sebab aku hanya masak menu yang sama jer.. boring pulak nanti asyik tengok menu yang sama... cuma kalau aku ada resepi atkins yang terbaru aku akan kongsi resepi tu...
Categories
Diariku,
Diet Atkins
Langgan:
Catatan (Atom)