Top 5
-
Rasa macam dah lama sangat tak pergi bercuti... badan ni dah rasa tak tentu arah.. kan best kalau dapat menikmati keindahan panorama alam ...
-
Assalamualaikum wbt.. Pada Jumaat, 1 april 2016 telah diadakan satu majlis untuk meraikan Pegawai Kanan dan Anggota2 Trafik IPD Subang J...
-
Bahagiamu Deritaku Ku dengar kau cinta sangat padanya Ku dengar hatimu kini miliknya Dia kan menjadi teman sehidup dan semati Aku menjad...
-
Assalamualaikum wbt... Saja nak share lirik lagu ni kat sini... senang nak cari nanti... semenjak terdengar kawan aku nyanyi lagu ni, aku...
-
Entah kenapa... tiba-tiba... semuanya menjadi.... TAWAR
-
Assalamualaikum wbt... Gunung Chabang. Seriously sebelum ni aku tak pernah pun dengar pasal gunung ni. Sampailah Ila tanya kami nak per...
-
Assalamualaikum wbt... Ini adalah misi menawan Puncak Gunung Yong Belar pada 14-15/10/2017, gunung ketiga tertinggi di Semenanjung Malay...
-
Assalamualaikum wbt.... Semalam aku udah selamat sampai dari bercuti ke Bandung bersama teman2ku... Asyik banget.. berada disana 4 hari 3...
Pot Pet Situ Sana Sini
Contact Me
28 Ogos 2015
21 Ogos 2015
Jalan - Jalan Cari Makan : MEATBALL DAN KARIPAP IKEA
Assalamualaikum wbt..
Al kisah.. begini ceritanya...
My bespren, Manek wechat aku mintak tolong aku pergi IKEA belikan dia botol air kaca ni, sekarang ni tengah sale RM5.90 je... aku pun ok la.. memandangkan hari ni aku memang off... Lagipun tak salah rasanya tolong dia belikan.. dia kan jauh nun di utara...
Bila sebut IKEA je, terus teringat kat Meatball ngan karipap IKEA.. nyum nyum sedapnyaaaaa... meleleh terus air liur aku ni... haha!
Punyalah gigih beratur.. akhirnya... Meatball IKEA telah bertukar tangan...
Al kisah.. begini ceritanya...
My bespren, Manek wechat aku mintak tolong aku pergi IKEA belikan dia botol air kaca ni, sekarang ni tengah sale RM5.90 je... aku pun ok la.. memandangkan hari ni aku memang off... Lagipun tak salah rasanya tolong dia belikan.. dia kan jauh nun di utara...
![]() |
Jem otw nak ke IKEA padahal kalau ikutkan tak sampai 15 minit dah bleh sampai kalau dari rumah.. so.. apalagi.. selfie lah!!! |
![]() |
Punyalah gigih beratur.. akhirnya... Meatball IKEA telah bertukar tangan...
![]() |
Bismillah.... |
![]() |
emmmm.. takder lah sedap sangat Meatball IKEA ni... hahaha! |
![]() |
dalam kereta plak makan karipap IKEA ni panas2. Ya Allah... nikmatnya... |
HA HA HA! ( Gelak orang lapar sebab tak makan dari pagi )
------------------------------------------------------------------------
Alia : Teringat semalam kat opis masa makan2 sempena besday terakhir Sarjan Meor dalam PDRM. En Adam tanya aku...
"Dalia... ko nak jadi pengacara tak??"
Aku tetiba pelik kenapa Adam tanya aku camtu... dengan muka pelik dan tertanya-tanya, aku tanya dia pengacara apa?
Dia jawab;
"Aku bukan apa... aku tengok dari tadi ko makan tak berhenti padahal orang lain dah keluar masuk berganti orang... dah sesuai dah tu kalau ko jadi pengacara jalan2 cari makan"
huh! kuang ajaqqqq! nak kata aku kuat makan la tu padahal dia majlis dah nak abis baru dia muncul....
Categories
Diariku,
Jalan - Jalan Cari Makan
10 Ogos 2015
Kejohanan Bola Tampar Piala Ketua Polis Selangor 2015
Assalamualaikum wbt...
Pada 3 - 5 Ogos aritu bertempat di Seksyen 19 dan Seksyen 4 Shah Alam telah berlangsungnya Kejohanan Bola Tampar Piala Ketua Polis Selangor.. Macam biasa la... aku pun menyibukkan diri sertai kejohanan bersama2 team IPD Subang Jaya.. Teruk kan aku? baru je keguguran, sibuk nak main bola tampar... tapi untuk kejohanan kali ni, aku jadi simpanan jer.. takut nak lasak2 sangat.. takut bentan.. kekeke! (tau takut..)
Mungkin bukan rezeki kami untuk dapat tempat tiga teratas... tapi tak apa, sekurang2nya kami dah perbaiki sedikit tangga kedudukan.
Game 1 : IPD Subang Jaya kk IPD Kajang
Game 2 : IPD Subang Jaya mng IPD Klang Selatan
Game 3 : IPD Subang Jaya mng IPD Gombak
Suku Akhir : IPD Subang Jaya mng IPD Shah Alam
Separuh Akhir : IPD Subang Jaya kk IPD Kuala Selangor
Penentuan tempat ke 3 dan ke 4 : IPD Subang Jaya kk IPK Selangor
Kami dapat tempat ke 4...
![]() |
bersama Mak Ita |
![]() |
selfie saja.. hahaha! |
![]() |
dina wat muka comel.. |
![]() |
wajah ceria kanak2 sekolah... (veteran) |
![]() |
alamak! 'si dia' di depan mata... hahahah! yang baju putih tu, ex SIO kami.. sekarang dia bertugas sebagai Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Sg Buloh... |
![]() |
ok. ternyata aku paling pendek. sekian. |
![]() |
gambar kenangan bersama tuan OCPD kami, Tuan Yahaya |
![]() |
Jejaka2 tampan IPD Subang Jaya |
tu je la serba sedikit kisah Kejohanan Bola Tampar Piala Ketua Polis Selangor 2015... In Shaa Allah ni tahun terakhir aku main bola tampar, lepas ni bagi peluang pada budak2 muda pulak menerajui team IPD Subang Jaya. Mana tahu diorang boleh melakar sejarah IPD Subang Jaya pada kejohanan akan datang.. In Shaa Allah....
Categories
Bola Tampar,
Diariku,
Sukan
06 Ogos 2015
Suatu Pagi Di Dusun Durian Abah
Assalamualaikum wbt...
Sebenarnya ni cerita awal Ramadhan aritu... lepak kat dusun durian abah.. Almaklumlah.. masa tu tengah musim durian.. walaupun tak dapat nak makan sebab puasa, tapi seronok dapat menghayati keindahan alam.. sejuk jer... aku pun dalam setahun sekali pun belum tentu masuk kebun abah ni... kalau suruh drive sorang2 memang aku sesat la... haha! teruk kan? padahal kebun durian abah ni dah wujud sebelum aku lahir lagi...
![]() |
pokok cili pun ada... |
![]() |
anak beranak tak mandi lagi... kekeke! |
![]() |
kegunaan sebenar kereta sorong... |
![]() |
balik dari kebun, si Arissa sibuk nak tolong atok angkat durian.. si kakak dah menghadap tv kat dalam.. |

tu je nak cerita...
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
Alia : masa balik raya aritu (raya ke-4 sebab balik rumah mertua dulu), mak kata bff aku, Manek ada datang beli durian. Aku tak percaya, aku ingatkan mak salah orang.. mak kata betullah.. memang manek.. aku tanya mak, mak ada tanya nama dia ker? mak kata tak ada.. tapi sebab mak kata Manek tau aku balik beraya Kota Tinggi dan masih dalam pantang, terus aku percaya cakap mak. Sebab... kawan lelaki aku kat kampung yang sentiasa aku update aktiviti aku memang la kat dia je.. aku tau memang dia ada balik sana, tapi petang raya dia dah balik utara semula. tu masa mak cakap, aku tak yakin tu dia sebab dia balik kejap je ngan wife dia... mak, padahal mak bukan cam sangat manek yang mana satu. tapi aku selalu cerita kat mak pasal dia... dari zaman sekolah sampailah sekarang. Sebab tu mak tau tu Manek.. Bukan aje mak, asben aku pun kenal manek. pernah sama2 pergi ngeteh dulu masa Manek masih kat TUDM Subang. Dan asben aku pernah malam2 hantar aku masuk TUDM sebab nak pergi amik barang kat Manek. bila aku tanya Manek, gelak besar dia... memang tu dia... saja je dia taknak bagitau aku. ceh!
Harap2 persahabatan kami yang terjalin sejak tingkatan 1 akan kekal selamanya... padahal dulu dialah budak yang paling aku benci sebab panggil aku 'KAMBING' - sebab dulu abah aku bela kambing beratus2 ekor. Tapi akhirnya dialah yang jadi bespren aku sampai sekarang. haha!
Categories
Diariku
Langgan:
Catatan (Atom)