Top 5
-
Rasa macam dah lama sangat tak pergi bercuti... badan ni dah rasa tak tentu arah.. kan best kalau dapat menikmati keindahan panorama alam ...
-
Assalamualaikum wbt.. Pada Jumaat, 1 april 2016 telah diadakan satu majlis untuk meraikan Pegawai Kanan dan Anggota2 Trafik IPD Subang J...
-
Bahagiamu Deritaku Ku dengar kau cinta sangat padanya Ku dengar hatimu kini miliknya Dia kan menjadi teman sehidup dan semati Aku menjad...
-
Assalamualaikum wbt... Saja nak share lirik lagu ni kat sini... senang nak cari nanti... semenjak terdengar kawan aku nyanyi lagu ni, aku...
-
Entah kenapa... tiba-tiba... semuanya menjadi.... TAWAR
-
Assalamualaikum wbt... Gunung Chabang. Seriously sebelum ni aku tak pernah pun dengar pasal gunung ni. Sampailah Ila tanya kami nak per...
-
Assalamualaikum wbt... Ini adalah misi menawan Puncak Gunung Yong Belar pada 14-15/10/2017, gunung ketiga tertinggi di Semenanjung Malay...
-
Assalamualaikum wbt.... Semalam aku udah selamat sampai dari bercuti ke Bandung bersama teman2ku... Asyik banget.. berada disana 4 hari 3...
Pot Pet Situ Sana Sini
Contact Me
31 Ogos 2018
26 Ogos 2018
Hiking @ Bukit Sapu Tangan, Shah Alam
Assalamualaikum wbt
Lama tersimpan dalam draft. Aku pun tak ingat dah apa yang aku nak tulis. Setahun dah.. haha.. tapi ni lah pengalaman panjat Bukit Sapu Tangan kat Shah Alam. Bukitnya tak teruk sangat, sepanjang jalan melalui jalan tar... memang sesuai untuk nubis kubis macam aku ni.
Macam biasalah, simpan segala gambar yang ada kat sini. Nanti senang nak carik. Ngeeeee!
Categories
Geng Outdoor Subang Jaya,
hiking
23 Ogos 2018
Pecah Amanah?
Assalamualaikum wbt..
Dulu masa aku mula-mula kerja sebagai pembantu akauntan kat sebuah company ni, kakak akauntan tu selalu pesan kat aku, apa-apa yang melibatkan duit, jangan percaya kat orang 100% walaupun tu kawan baik kita. Dan itulah yang aku pegang sampai sekarang. Kalau pasal duit ni, bukan nak kata kawan baik la, adik beradik pun boleh bergaduh. Duit punya penangan....
Nak cerita sikit... benda ni berlaku kat tempat kerja aku bilamana ada seorang yang aku rapat telah pecah amanah. Duit yang dia gelapkan adalah dalam RM16ribu... masa mula-mula tau pasal hal ni, bos dia call aku.. tapi masa tu aku keluar jap pergi beli apam balik kat tepi opis ni, so henpon aku tinggalkan.. malas nak bawak. Balik opis tengok ada missed call. Then petang tu aku naik opis atas jap.. kebetulan boss kawan aku tu ada kat opis.. aku pun pegi kat bilik dia n tanya kenapa dia call aku? Masa tu aku ingatkan ada hal KIK yang kena siapkan sebab bos kawan aku ni merangkum ketua kumpulan KIK aku.
"Ha Dalia. Meh masuk jap... tutup pintu! Ada benda saya nak cerita ni..."
Aku pun masuk bilik dia dan dengar dia bercerita. Rupa-rupanya dia baru dapat kesan yang kawan aku ni pecah amanah. Terlopong mulut aku dengar... macam tak percaya... tapi itulah hakikatnya... dan boss dia pun dah buat report polis pasal perkara ni.
Keesokannya....
Masa bacaan Yasiin kat surau pagi tu, ada sorang SIO Komersil datang kat surau dan cari sorang lagi kawan aku yang sama opis dengan kawan aku yang pecah amanah tu. Aku pulak yang berdebar sebab semua yang ada kaitan dengan budak tu akan dipanggil beri keterangan kat cawangan komersil. Abis bacaan Yasiin aku ke kantin jap sebab nak mintak plastic. Nak bungkus makanan yang terlebih kat surau untuk diagih-agihkan. Masa kat kantin ni la aku terserempak dengan geng-geng komersil tengah makan. Tetiba Tuan Faizal dating kat aku dan cakap : haaa Dalia... karang pukul 1030hrs dating pejabat komersil tau. beri keterangan...
Ah sudah! dengan aku2 dan kawan2 aku pun kena beri keterangan ni... tabah jer la... terus terang jer apa yang berlaku... nasib baiklah kami kat trafik memang ada simpan rekod perjalanan duit kami siap dengan tandatangan pengesahan dan resit. So part kami memang selamat la... Cuma aku kesian kat sorang lagi kawan aku yang satu opis dengan budak yang pecah amanah tu. Aku risau dia pun akan disabitkan kesalahan kerana dia cuai dan kalau ikutkan dari segi integrity, memang dia akan dikenakan tindakan walaupun bukan dia yang ambil duit tu.
Entahlah. aku pun sebenarnya takut nak komen panjang-panjang sebab kes ni masih dalam siasatan. Aku tak tau nak kesian ke nak padankan muka kat budak yang pecah amanah tu. Nak kesian rasa dah tak larat dah nak kesian.
Penat.
11 Ogos 2018
Hiking @ Bukit Broga 6.0, Semenyih Selangor
Assalamualaikum wbt
Tak larat dah nak tulis entry pasal Bukit Broga (poyo). Takpe lah. Aku sekadar nak simpan gambar2 masa hiking kat sini jer.
Serius takder mood bila tengok gambar2 aku ni. Apa hal entah aku semakin membesar. Kalau korang rajin boleh la jengok gambar2 aku masa first time naik Broga dulu dan buat perbandingan dulu dan sekarang.
Ahhhh aku stress!
Tak larat dah nak tulis entry pasal Bukit Broga (poyo). Takpe lah. Aku sekadar nak simpan gambar2 masa hiking kat sini jer.
Serius takder mood bila tengok gambar2 aku ni. Apa hal entah aku semakin membesar. Kalau korang rajin boleh la jengok gambar2 aku masa first time naik Broga dulu dan buat perbandingan dulu dan sekarang.
Ahhhh aku stress!
Categories
Geng Outdoor Subang Jaya,
hiking,
Malaysia
Langgan:
Catatan (Atom)