Top 5
-
Rasa macam dah lama sangat tak pergi bercuti... badan ni dah rasa tak tentu arah.. kan best kalau dapat menikmati keindahan panorama alam ...
-
Assalamualaikum wbt.. Pada Jumaat, 1 april 2016 telah diadakan satu majlis untuk meraikan Pegawai Kanan dan Anggota2 Trafik IPD Subang J...
-
Bahagiamu Deritaku Ku dengar kau cinta sangat padanya Ku dengar hatimu kini miliknya Dia kan menjadi teman sehidup dan semati Aku menjad...
-
Assalamualaikum wbt... Saja nak share lirik lagu ni kat sini... senang nak cari nanti... semenjak terdengar kawan aku nyanyi lagu ni, aku...
-
Entah kenapa... tiba-tiba... semuanya menjadi.... TAWAR
-
Assalamualaikum wbt... Gunung Chabang. Seriously sebelum ni aku tak pernah pun dengar pasal gunung ni. Sampailah Ila tanya kami nak per...
-
Assalamualaikum wbt... Ini adalah misi menawan Puncak Gunung Yong Belar pada 14-15/10/2017, gunung ketiga tertinggi di Semenanjung Malay...
-
Assalamualaikum wbt.... Semalam aku udah selamat sampai dari bercuti ke Bandung bersama teman2ku... Asyik banget.. berada disana 4 hari 3...
Pot Pet Situ Sana Sini
Contact Me
29 Januari 2017
21 Januari 2017
Abseiling @ Sungai Pisang, Gombak
Assalamualaikum wbt
Aktiviti : Water Abseiling
Lokasi : Air Terjun Sungai Pisang, Gombak
Tarikh : 21 Januari 2017
Sebenarnya kalau ikutkan tarikh ni, plan asal aku nak pergi panjat Gunung Baling. Tapi disebabkan oleh terpengaruh dengan geng2 yang lain nak pergi buat water abseiling ni, akhirnya aku terpengaruh jugak. Takperla... Gunung Baling tu akan menyusul kemudian, tapi tak tahu bila.. hehe
Kami tiba ke starting point di Gombak lebih kurang jam 6.40am setelah singgah di Petronas untuk Solat Subuh. Sementara tunggu peserta lain kami bersarapan dulu di warung depan institut memandu SKEM.
Dari starting point nak ke Sungai Pisang memerlukan kami untuk trekking antara 25 - 45 minit bergantung kepada pace masing2. Memandangkan kami ni wanita2 yang setiap tempat nak berhenti untuk bergambar, maka perjalanan menjadi lebih lama dari yang sepatutnya... *wink wink
Sampai ke air terjun, kami sibuk dengan kamera masing2. Haha... Bukan apa, sengaja isi masa sementara organizer setup semua untuk memulakan aktiviti. Bila semua dah siap, kami pulak takut2 nak buat, tak nak jadi orang yang terawal. Lepastu menyesal sebab bila masing2 dah bertenang, semua nak buat cepat. Hahaha.. Akhirnya aku n the gang jadi antara orang yang terakhir sekali. Takper la.. takder hal pun.. cuma perut jer lapar ya amat.
![]() |
Wefie... acara wajib |
![]() |
berdebar-debar |
![]() |
itu aku... seriau eh! hahaha |
![]() |
First time kenal dan jumpa diorang ni, Kak Rosza dan Alin masa camping kat Lata Lembik. Lepas tu terus jadi kawan sampai sekarang... diorang memang best! |
![]() |
dalam proses... |
![]() |
lepas keletihan bermain dengan air, sampailah masa untuk makan santapan yang organizer sediakan... BBQ |
Pengalaman baru yang tak akan aku lupakan.. yang pasti, aku dah mula jatuh cinta dengan aktiviti ni.. ngeeeeeeeeeeeeeeee!
Categories
Geng Outdoor Subang Jaya
15 Januari 2017
Hiking @ Gunung Bunga Buah, Genting Highland
Assalamualaikum wbt...
Ok.. untuk entry Gunung Bunga Buah ni aku taknak la cerita panjang2.. walaupun sebenarnya kalau ikutkan, memang panjang berjela aku nak cerita... betapa payahnya kami pada permulaan trek.. dengan hujan lebat.. dengan jalan licin... dengan pacat terpacak2 di laluan pacak...dengan cuaca yang masih gelap... dan dengan keadaan trek yang tak berapa jelas (laluan baru).. tapi kami bertujuh tetap redah jugak walaupun ada satu masa tu kami tersalah jalan dan terpaksa berpatah balik.
Nasib baiklah hiking kali ni tak ramai.. kami tujuh orang jer.. aku, asben, nad, naz, zach, faizal, dan Iwan, dan semua line up (kecuali asben dan nad) adalah kawan baru aku...
![]() |
oiii pacat, aku tak sarapan lagi tapi ko dah jadikan aku sarapan. kejam! |
![]() |
gambar ni selepas bertarung dengan trek licin yang pacak... yang buat aku menggelongsoor beberapa kali.. hahaha! |
![]() |
Alahai. Malasnya aku nak cerita. Cuma apa yang boleh aku kata, hiking kali ni memang beri aku satu pengalaman baru. InshaAllah ada masa aku sambung lagi cerita....
Categories
Geng Outdoor Subang Jaya
Langgan:
Catatan (Atom)