Top 5
-
Rasa macam dah lama sangat tak pergi bercuti... badan ni dah rasa tak tentu arah.. kan best kalau dapat menikmati keindahan panorama alam ...
-
Assalamualaikum wbt.. Pada Jumaat, 1 april 2016 telah diadakan satu majlis untuk meraikan Pegawai Kanan dan Anggota2 Trafik IPD Subang J...
-
Bahagiamu Deritaku Ku dengar kau cinta sangat padanya Ku dengar hatimu kini miliknya Dia kan menjadi teman sehidup dan semati Aku menjad...
-
Assalamualaikum wbt... Saja nak share lirik lagu ni kat sini... senang nak cari nanti... semenjak terdengar kawan aku nyanyi lagu ni, aku...
-
Entah kenapa... tiba-tiba... semuanya menjadi.... TAWAR
-
Assalamualaikum wbt... Gunung Chabang. Seriously sebelum ni aku tak pernah pun dengar pasal gunung ni. Sampailah Ila tanya kami nak per...
-
Assalamualaikum wbt... Ini adalah misi menawan Puncak Gunung Yong Belar pada 14-15/10/2017, gunung ketiga tertinggi di Semenanjung Malay...
-
Assalamualaikum wbt.... Semalam aku udah selamat sampai dari bercuti ke Bandung bersama teman2ku... Asyik banget.. berada disana 4 hari 3...
Pot Pet Situ Sana Sini
-
▼
2014
(183)
-
▼
Oktober
(22)
- Day 30 : Perkara Menarik Yang Aku Banggakan Tahun Ini
- Day 31 : Apa Yang Aku Dapat Dengan Berblog
- Status Blog #23
- Cuti - Cuti Malaysia : Sunway Lagoon, Selangor
- Program Gaya Hidup Sihat : Larian ( 03/10/2014 )
- Selamat Hari Raya AidilAdha
- Lirik Lagu : Alasanmu ~ Exist
- Status Blog #24
- Kereta Untuk Disewa (Persona)
- Kisah Hari Ini
- Status Blog #25
- Status Blog #26
- Tour Of Duty : Kursus Gaji, Elaun Dan Penjawat Awa...
- Status Blog #27
- Jeruk Mangga Asam Boi
- Rasa Bersalah
- Jemput-Jemput Ikan Bilis Air Didih
- Jeruk Epal Asam Boi
- Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysi...
- Jeruk Mangga Asam Boi.... Lagi
- Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
- Status Blog #28
-
▼
Oktober
(22)
Contact Me
31 Oktober 2014
Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak

Mari Sertai Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak.Com
Hadiah Terkumpul
Cash : RM 390
Topup : RM 195
Barangan : Tudung Pashmina x 1, Shawl x 2, Novel Sanctuaria x 1, Tudung Aidijuma x 1, Bantal Handmade x 2
Terima Kasih kepada Sponser
AbgferOz | MahaMahu | Yanty Lee | Afzal Sukasuki | Mawar Biru | Cik Pjaz | Ieta Mat Sa’ad | Mohamad Nasir | Yan Saflina | UmmiMama |Mohd Noor Shawal | Dila KazUha | Doktor Pemasaran | Helmi Julia | Nadia Johari | Suzlin Azreena Nordin| Nurul Syarafina II | Khaty Aiman| KyLe Kesha | Cik Yaya | Putery Memory | Edo Hayra | Delima Zamrud | Karen Nisa
Untuk menyertai Giveaway Cuti Sekolah anda boleh klik Banner atau SILA LIHAT SINI
27 Oktober 2014
Jeruk Mangga Asam Boi.... Lagi
26 Oktober 2014
Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih
22 Oktober 2014
Jeruk Epal Asam Boi
Jemput-Jemput Ikan Bilis Air Didih
Rasa Bersalah
Al kisah... sehari dua ni ada konflik sikit kat opis aku. Dua orang kawan aku masuk bola jaring. So minggu ni diorang dah start training pagi petang. Sepatutnya memang ada sorang yang cover diorang, tapi masalahnya yang cover dia tu pun jenis yang bermasalah. Kaunter yang sepatutnya kena buka jam 8 pagi terpaksa dibuka lewat sikit.
So agak kelam kabut sikit lah bila orang awam dah menunggu tapi kaunter tak buka lagi. Aku memang tak boleh nak tolong sebab aku memang tak tau (memang aku saja tak nak ambik tau) Bila ditanya pada pengganti kenapa masuk lambat, selamba dia jawab dia tak tau dia kena ganti. Takder orang yang bagitahu kat dia, katanya.. tetiba je aku naik geram...
Yang buat aku rasa bersalah, aku ni dah macam jadi batu api. Walaupun niat aku takder la nak sampai jadi batu api pun cuma aku sedikit berapi sebab setiap kali pun macam ni. Bagi pihak atasan, sepatutnya benda ni dah di uruskan awal2 lagi. Kalau nak cari pengganti, bagitahu pengganti awal2 lagi. jangan last minute baru sibuk nak cari pengganti. Takkan kita pulak yang nak mengarahkan siapa yang perlu ganti. Siapa nak dengar arahan kita? Kena kutuk lagi ada...
Bagi kawan aku yang 2 orang tu pulak.. aku memang sokong diorang berdua pergi bersukan. kalau boleh, aku pun nak join main bola jaring tu (walaupun aku tak pandai main) tapi.. kerja kita patut didahulukan... at least salah seorang tolong lah cover kejap sementara diorang cari siapa pengganti. tak lama pun.. kejap je. lagipun diorang training kat belakang ni je, boleh je lari jap masuk opis. Tak rugi pun. Takut nanti akan datang bosses tak lepaskan kita kalau nak join mana2 game. Kenalah kita ambik hati diorang kan walaupun sebenarnya kita sakit hati.
haishhhhhhhh!
21 Oktober 2014
Jeruk Mangga Asam Boi
![]() |
3 jenis mangga aku beli.. saja nak try mana yang lebih sedap... |
![]() |
bahan2 nya... cili dengan asam boi tu jangan pulak masukkan semua.. ada pulak yang keluar masuk tandas nanti.. hehee! (alamak! lupa nak ambik gambar gula) |
![]() |
sebelum digaul... |
![]() |
setelah digaul... |
![]() |
siap sudah JMAB aku... dah siap2 asingkan masuk bekas... ok. simpan dalam peti ais, dah sejuk nanti aku bedal.. ngeeeeeee! |
19 Oktober 2014
Status Blog #27
16 Oktober 2014
Tour Of Duty : Kursus Gaji, Elaun Dan Penjawat Awam di IPN Sabak Bernam
Assalamualaikum wbt...
Pada 13-15 Oktober yang lepas aku telah menjalani kursus Gaji, Elaun dan Penjawat Awam di Institut Perakaunan Negara, Sabak Bernam. Walaupun ianya tiada kena mengena dengan tugas aku di pejabat, tapi ianya sangat penting untuk aku ketahui tentang hak hak aku sebagai penjawat awam. Dan kursus ini sangat membantu aku dalam memahami setiap tuntutan dan elaun yang aku layak yang sebelum ni aku tak tahu pun yang aku boleh claim elaun tersebut.
Oleh sebab jarak yang jauh antara rumah aku dengan IPN, jadi aku menginap di asrama IPN. Pada 12/10 aku telah mendaftar untuk menduduki asrama dan aku ditempatkan di Asrama Purnama B116 bersama seorang rakan baru aku yang juga senget dan sewel seperti aku, Elly... Yang bestnya, Elly sebaya aku dan beza umur aku dengan dia cuma 5 hari.. patut pun gila2 sama macam aku.. haha!
Jom tengok gambar gambar yang aku sempat tangkap..
Amaran Keras ! Sesiapa yang elergic melihat gambar2 selfie sila jangan scroll ke bawah kerana dikhuatiri akan termuntah ataupun pengsan serta merta apabila melihat gambar selfie yang terlalu banyak!!
Ahad 12/10/2014 Pendaftaran Asrama
![]() |
Inilah bilik aku.. B116 |
![]() |
Katil aku yang sebelah sini.... |
![]() |
ada peti ais tu.... |
![]() |
pemandangan dari bilik aku... yang sebelah sana tu asrama lelaki... |
![]() |
Ahad malam... tetiba je perut rasa lapar.. nasib baik ada bawak biskut n milo.. memang terbaik.. |
Hari Pertama (13/10/2014)
![]() |
Jom pergi kelas! |
![]() |
Aku dengan Elly berkobar2 ok.. kami lah yang terawal sampai ke kelas.. ngeeeee! |
![]() |
ngantuk punya pasal.. meja orang lain clear jer atas meja.. atas meja aku dan Elly, penuh dengan makanan.. sungguh kurang asam... ingat ni tengok wayang ker??? (sebenarnya ni waktu break) |
![]() |
perasan konon2 kami datang bawak kereta.. sorang bawak honda Jazz sorang lagi bawak Toyota Prius |
![]() |
Sori yer Elly... tersengaja plak amik gambo curi.. |
![]() |
bercanda di pasiran pantai.... feel konon2 kat Bali nih! haha! |
![]() |
dah kata tadi kan... agak2 kalau elergic dengan gambo selfie sila hindari dari baca entry ini.. kekekeke! |
![]() |
selfie ngan Elly... |
![]() |
parit yang memisahkan jalan besar dan pantai... kat tepi ni ada satu warung.... |
![]() |
dan inilah makanan yang aku order kat warung tu... mee hailam... |
![]() |
lepas makan mee hailam pekena kepok lekor plak... |
![]() |
kawan2 baru yang aku kenal kat tepi pantai... diorang ni kursus kat IPN juga, tapi kelas yang berlainan... errrr... tang ketembamam pipi aku tu, sila abaikan saja yer... huhu! |
![]() |
Cantik tasik depan IPN ni.. |
![]() |
Tasik... |
![]() |
ingat nak main kat taman permainan ni... tapi aku takut kena halau jer sebab dah terlebih umur.. kekekeke! |
![]() |
Cantik kuarters pegawai ni... nak mintak transfer sini laaaa.... |
![]() |
bola tampar... |
![]() |
surau IPN... |
![]() |
ok. masa untuk ke kelas... |
![]() |
sebelum ramai orang, kita selfie dulu! |
![]() |
petang lepas kelas bas IPN bawa kami ke pantai B.N.O.. makan mee udang laaaa... |
![]() |
mee udang.. sedap oooooo! |
![]() |
licinnnnn... hahaha! |
![]() |
menanti.... |
![]() |
feel ala2 menanti sang suami pulang dari menangkap ikan di laut... |
![]() |
eh! minah ni lagi..... huh! hahahhahaha! |
![]() |
balik dari pekena mee udang, singgah ke perusahaan kuih pau... MUSPAU.. |
![]() |
tuuuuu diaaaaa.... |
![]() |
Hari terakhir kursus |
![]() |
penyampaian sijil... |
![]() |
penilaian... |
![]() |
masa untuk balik.. encik driver pun sampai on time.. okaylah tu... |
![]() |
dalam perjalanan balik, singgah beli karipap gergasi ni kat Kuala Selangor... |
![]() |
sedap dimakan... lebih2 lagi ketika panas.. sedap wooooo! |
daaaaaaaaaaaaaaaaa!