Sahabat

Halaman

05 Mei 2011

Bahagiakanlah Ibumu

By Dalia Hassan at Khamis, Mei 05, 2011 0 comments



Setiap insan yang hidup di muka bumi pasti lahir melalui ibunya. Ibunyalah yang mengandungkannya. Dengan penuh susah payah kandungan itu dibawa pada setiap masa ke setiap tempat. Selama lebih kurang 9 bulan lamanya. Selepas itu terpaksa pula bertarung dengan kesakitan yang amat dahsyat melahirkannya. Ibu sanggup menaruh nyawa untuk kelangsungan hidup anak yang bakal dilahirkan.



فَأَجَاءَهَا الْمَخَاضُ إِلَى جِذْعِ النَّخْلَةِ قَالَتْ يَا لَيْتَنِي مِتُّ قَبْلَ هَذَا وَكُنْتُ نَسْيًا مَنْسِيًّا

Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, ia berkata: “Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak berarti, lagi dilupakan”. Surah Maryam: 23.

Selepas itu ibu menyusukannya pula dengan penuh kasih sayang, membesarkannya, mendodoikan tidurnya, menyikatkan rambutnya, memandikannya, membancuh minuman kesukaan anaknya, membasuh kasut dan baju anaknya, memakaikannya dengan pakaian, mendidiknya, memujuknya, bermain dengannya, menyapu air matanya, mendukungnya ke mana sahaja tempat dituju dan sebagainya. Pendek kata, keseluruhan hidup insan akan sentiasa melibatkan ibunya. Tidak pernah putus belas kasih, sayang dan sumbangan ibu kepada anaknya sejak sebelum lahir sehingga mencecah usia insan itu pada hari ini.


Darjat ibu sangat tinggi. ALLAH subhanahu wata’ala selalu berfirman di dalam al-Quran tentang kepentingan menghormati ibu dan bapa. Antaranya:

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا

“Sembahlah ALLAH, janganlah kamu mempersekutukanNYA dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu dan bapa kamu.” - Surah an-Nisa: 36.



قُلْ تَعَالَوْا أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْ أَلا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا“

Katakanlah: Marilah kubacakan apa yang diharamkan TUHANmu terhadapmu, iaitu janganlah kamu mempersekutukan sesuatu denganNYA dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu dan bapa.” - Surah an-An’am: 151.

Tuntutan menghormati ibu dan bapa sangat penting sehingga ia sering disebutkan di dalam al-Quran secara bergandingan dengan ketaatan kepada TUHAN. Taat ALLAH, berbuat baik kepada ibu bapa. Iaitu, ia perkara yang paling penting selepas taat kepada ALLAH.


Kita dilarang menderhakai ibubapa. Penderhakaan kepada ibubapa akan mengundang kemurkaan ALLAH subhanahu wata’ala. Malah menderhakai ibubapa merupakan dosa besar yang memerlukan kita untuk bertaubat nasuha. Justeru, kita wajib patuh kepada mereka walaupun jika mereka bukan beragama ISLAM. Walaupun begitu, kita dilarang untuk mengikuti telunjuk ibu dan bapa kita sekiranya apa yang disuruh oleh ibubapa bercanggah dengan hukum syara’.

Hal ini ada diriwayatkan dari hadith Nabi sallALLAHu ‘alaihi wasallam oleh Imam Ahmad yang maksudnya:

“Tidak ada ketaatan kepada makhluq dalam perkara maksiat kepada ALLAH AZZA wa JALLA”.

Mari kita merujuk kepada beberapa pesan Nabi sallALLAHU ‘alaihi wasallam tentang kepentingan menghormati ibu dan bapa supaya dapat kita menginsafi diri dan seterusnya berazam untuk menjadikan diri kita seorang hamba ALLAH yang bertaqwa dan anak yang soleh.

Abu Hurairah r.a berkata:

“Seorang pemuda berjumpa dengan Rasulullah sallALLAHU ‘alaihi wasallam dan berkata: Wahai Rasulullah s.a.w, siapakah orang yang lebih berhak mendapat layanan dan kasih sayangku? Nabi s.a.w berkata: Ibumu. Kemudian siapa pula? Nabi s.a.w berkata: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa pula? Nabi menjawab: Ibumu. Bertanya lagi beliau: Kemudian siapa? Nabi s.a.w berkata: Bapamu.” - Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Abdullah bin Amr bin al-’As r.a berkata yang maksudnya:

“Seorang pemuda berjumpa Rasulullah s.a.w dan meminta kebenaran baginda untuk menyertai jihad. Rasulullah s.a.w berkata: Adakah kedua ibubapa kamu masih hidup? Dia menjawab: Ya. Baginda berkata: Jadi jihad kamu adalah bersama mereka.” - Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Ibnu Mas’ud r.a berkata yang maksudnya:

“Aku bertanya kepada Rasulullah sallALLAHU ‘alaihi wasallam, apakah amalan yang paling disukai ALLAH? Baginda s.a.w menjawab: Solat pada waktunya. Dan berkata aku: Selepas itu? Baginda menjawab: Kemudian memuliakan ibubapa. Dan aku berkata: Selepas itu? Baginda berkata lagi: Jihad di jalan ALLAH.” - Hadith riwayat al-Bukhari.

Daripada nas di atas, jelas bahawa menghormati ibu dan bapa sangat penting. Bahkan menjaga kedua ibu bapa adalah lebih diutamakan dari keluar menyertai jihad. Dalam sejarah Nabi sallALLAHU ‘alaihi wasallam, pernah Baginda s.a.w mengiktiraf seorang pemuda sebagai ‘penduduk langit’ hanya disebabkan oleh ketekunan pemuda tersebut menjaga ibunya yang sedang uzur. Walhal pemuda tersebut sangat ingin bertemu Nabi s.a.w. Pemuda tersebut memeluk ISLAM hanya melalui penduduk Yaman yang pernah berjumpa Rasulullah s.a.w. Beliau tidak pernah berjumpa Nabi s.a.w. Tapi hasrat beliau tersebut terpaksa diketepikan lantaran menjaga ibunya. Hatta, Nabi s.a.w pernah menyarankan para sahabat Baginda s.a.w mendoakan mereka dan memohon keampunan untuk mereka sekiranya dapat berjumpa dengan pemuda tersebut. Pemuda tersebut adalah Uwais al-Qarni.


Di dalam hadith atas juga dapat kita simpulkan bahawa keutamaan ibu lebih tinggi berbanding bapa untuk kita berikan perhatian. Ini kerana pengorbanan ibu dan bapa sama-sama besar, tetapi ibu lebih besar dari segi pengorbanannya keran ibulah yang mengandung dan menyusukan kita dalam tempoh yang panjang.


Mudah-mudahan tulisan ringkas ini dapat mengembalikan kita kepada landasan ajaran ISLAM dari segi menghormati ibu dan bapa. Setiap kita biasa melakukan kesilapan. Mudah-mudahan kesilapan kita diampuni ALLAH. Mohonlah keampunan ibu dan bapa kita selagi kesempatan masih ada.


Jagalah adab dan perlakuan kita, jangan sampai menyinggungkan hati mereka. Sayangilah mereka, dan kalau boleh buatlah mereka sentiasa tertawa.



sumber : http://muzir.wordpress.com/2009/05/13/oh-muslim-bahagiakanlah-ibumu/



Alia : Rindu kat mak.....

Lirik Lagu : Rindu Setengah Mati ~ D'Masiv

By Dalia Hassan at Khamis, Mei 05, 2011 0 comments
Demam sinetron Kejora dan Bintang dah pun berakhir semalam.... walaupun aku tak selalu tengok sinetron ni, tapi aku akui memang menarik dan best jugalah jalan cerita ni... tapi yang paling aku suka, OST sinetron ni, Rindu Setengah Mati nyanyian D'Masiv... Meh layan video dan lirik lagu ni....



Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski tlah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu…



Dan, sebenarnya di kala ni, aku tengah rindukan seseorang... rindu yang teramat sangat.... dan sekarang dia ada kat kampung rumah nenek dia...



Ainul Mardhiah : mama rindu....

04 Mei 2011

Mengulor di waktu keje...

By Dalia Hassan at Rabu, Mei 04, 2011 0 comments
Mengulor di waktu keje sebenarnya bukanlah perkara yang aku selalu buat.. Kadang2 jer.. Hehe. tadi belum pukul 7pagi aku dah sampai kat opis.. Bersemangat sungguh nak kerja semenjak dua menjak ni.. Tak tau kenapa.. Tp yang kelakarnya, belum pukul 8 lagi perut aku dah ~berkeroncong untuk ana~ lapar gilerrrrr... Tak lama pastu, linie, my opismate pon kata dia lapar yang amat.. Then, ain pon kata lapar sebelum faizah menyatakan perasaan yang sama.. Oleh sebab kami semua lapar tak hengat, terpaksa mintak bantuan kopral adam untuk jaga opis sementara tunggu kitorang nak pegi bekpes.. Then, setelah berbincang, kami pakat nak makan kat restoren D'Ubi Kayu, Taipan. Jalan kaki je sebab drebar kami, faizah kata kt situ leceh nak carik parking.. Takut kena saman MPSJ.. So kami berempat pun melenggang kangkung berjalan ke tempat yang dituju.. Yg bestnya, lokasi tak sampai lagi, hujan dah turun... Nasib baik tak lebat sangat, so redah je la... Sampai kt ubi kayu, aku pilih untuk makan nasi dagang.. Memang sedap.. Tak lama pastu my best friend T~Ni, call tanya ada kat mana.. Dia baru abis keje dan dah nak blk rumah.. tak lama pastu, dia datang kt ubi kayu, tp bila dia tgk aku n the gang, terus tak jadi nak join, malu agaknya coz ramai.. Adeh, kitorang baru je nak tumpang dia balik opis coz hujan dah makin lebat, tapi mcm malas nk cakap ngn dia. Dan nasib kitorang baik, kawan lagi sorang, zubaik datang elok je parking kat sebelah meja tempat kitorang makan... Mangsa.. Mangsa.. Hahah.. Akhirnya kitorang selamat balik opis dengan jayanya tanpa dibasahi hujan.. Thanks Zubaik! Haha!lain kali boleh tumpang lagiiiiiiii!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

03 Mei 2011

Hari Ini : 03Mei2011

By Dalia Hassan at Selasa, Mei 03, 2011 0 comments
Assalamualaikum....

ermmm... hari ni nak cerita apa plak yer... rasanya nak cerita pasal kek lapis yang aku buat semalam... hehehe... arini aku bawak kek yang aku buat tu pergi opis, bagi kawan-kawan ku merasa... licin... dan yang penting, ramai yang puji kek aku tu sedap... yer ker? hehehe i like~ tapi kek tu memang sedap pun....

pastu kak azie bawak plak perencah mee bandung dengan nasi beriyani... aku apalagi... memang favourite aku tu, so aku pun beli la dua kotak perencah mee bandung dengan sekotak perencah nasi beriyani.... balik rumah jer, aku pun menjalankan misi untuk memasak mee bandung untuk santapan malam...

dan..... inilah hasilnya...


tengok tu, siap promote lagi kotak Pes Mee Bandung Muar keluaran Pak Ngah Food & Catering Services.... tapi aku akui, memang terbaik especially Beriyani Darat Johor keluaran Pak Ngah yang memang menjadi kegemaran aku... aku pun tak ingat dah berapa kotak aku beli dari kawan se opisku Beriyani Darat ni... memang best... senang jer nak memasaknya.... korang pun try la... mesti nak lagi... hehe!

02 Mei 2011

Boring....

By Dalia Hassan at Isnin, Mei 02, 2011 0 comments
Hari ni cuti.... best, tapi apa aktiviti aku nak buat ni? ermmm.... pikir jap... pikir... pikir... pikir.... apa nak buat yer... kemas rumah? semalam dah buat, hari ni sapu skit2 jer.... nak kuar shopping? sabtu dah g shopping kat sogo... duit untuk shopping lagi, bajet dah abis....

apa ya? ermmmm... rasanya dah lama aku tak buat kek... yes! buat kek...  dah nak masuk 8 bulan aku beli oven baru, tapi masih lom rasmikan lagi oven tu... pernah wat kek puding karamel 3 bulan lepas, tapi aku guna oven lama coz sayang nak guna oven baru... (boleh?) hahaha! okay.... hari ni aku nak wat kek.... sat lagi nak meng google cari resepi kek yang menarik (dan juga senang) hahaha!

Okay... klu kek dah siap nanti aku masukkan gambar yer.... hahaha! berkobar2 nya.... harap2 kek aku menjadi...

challo bebeh!

 Ha! kek dah siap... meh tengok gambar kek hasil kerja tanganku... memang sedap.... hehe!


01 Mei 2011

Selamat Hari Pekerja

By Dalia Hassan at Ahad, Mei 01, 2011 0 comments
 Selamat Hari Pekerja buat semua..... mesti korang semua balik kampung atau pergi holiday kan? aku jer yang memerap kat rumah, maklumlah my asben kena keje hari ni......

Errr.... korang tau tak apa sebenarnya Hari Pekerja ni yang disambut setiap 1hb Mei setiap tahun? dulu yang aku tau, Hari Pekerja adalah hari untuk pekerja2 berehat, dan yang pasti mesti 1hb Mei tu hari cuti.... tu yang aku tau... jom sama2 kita fahami apa maksud Hari Pekerja dan asal usulnya... semuanya aku dapat dari WIKIPEDIA..

Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884,Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.

Asal-usul

Idea gembira untuk menggunakan perayaan cuti proletariat sebagai cara untuk mencapai hari bekerja lapan jam dicetuskan di Australia. Para pekerja mengambil keputusan pada tahun 1856 untuk mengajurkan sehari pemberhentian sepenuhnya bersama dengan mesyuarat-mesyuarat dan hiburan sebagai demonstrasi demi hari bekerja lapan jam. Hari bagi perayaan ini ditetapkan pada 21hb April. Pada mulanya, pekerja Australia itu mengajurkan ini hanya bagi tahun 1856. Tetapi perayaan pertama ini membawa kesan yang sangat kuat pada golongan proletariat Australia, menghidupkan mereka dan membawa pemberontakan baru, sehingga keputusan diambil untuk mengulangi perayaan tersebut setiap tahun.
Sebenarnya, apakah yang dapat memberikan para pekerja semakin banyak keberanian dan kepercayaan pada kekuatan mereka sendiri daripada pemberhentian bekerja yang mereka sendiri telah menganjurkan? Apakah yang dapat memberikan lebih banyak keberanian kepada hamba-hamba abadi kilang-kilang dan bengkel-bengkel daripada pengaturan askar-askar mereka? Maka, idea perayaan proletariat diterima dengan laju dan, dari Australia, bermula menyebar ke negara-negara lain sehingga akhirnya ia telah menguasai seluruh dunia proletariat.
Di Amerika Syarikat, perarakan Hari Buruh yang pertama telah diadakan pada 5 September, 1882 oleh Pusat Kesatuan Buruh di bandaraya New York untuk memperingati pencapaian serta sumbangan tenaga pekerja di sana. Namun banyak kesatuan pekerja yang lebih radikal mahukan tarikh 1 Mei sebagai hari buruh. Pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa 1hb Mei patut menjadi hari berhenti bekerja antarabangsa. Pada hari ini, 200,000 pekerja meninggalkan tempat bekerja dan menuntut hari bekerja lapan jam. Kemudiannya, pihak polis dan serangan perundangan menghalang para pekerja selama beberapa tahun daripada mengulangi demonstrasi [saiz] ini. Pada tahun 1887, Presiden Grover Cleveland telah memilih Isnin pertama bulan September dan bukannya 1 Mei sebagai hari buruh di AS kerana bimbang para pekerja akan memperingati rusuhan pekerja yang berlaku pada 4 Mei 1886. Pada 1894 Presiden Grover secara rasminya mengisyhtiharkan Isnin pertama bulan September sebagai hari buruh. [1]
Sementara itu, gerakan pekerja di Eropah telah bertumbuh dan menjadi segar. Perluahan paling kuat oleh gerakan ini berlaku di Kongres Pekerja Internasional pada tahun 1889. Di Kongres ini, yang dihadiri oleh empat ratus wakil, keputusan diambil bahawa hari bekerja lapan jam mesti menjadi yang pertama dituntut. Dengan itu, wakil kesatuan-kesatuan Perancis, pekerja Lavigne dari Bordeaux, mengutarakan bahawa tuntutan ini diluahkan di semua negara melalui pemberhentian bekerja antarabangsa. Wakil dari pekerja-pekerja Amerika menarik perhatian kepada keputusan komrad-komrad dia untuk bermogok pada 1hb Mei, 1890, dan Kongres mengambil keputusan untuk mengadakan perayaan proletariat antarabangsa pada tarikh ini.
Dalam kes ini, seperti tiga puluh tahun sebelum itu di Australia, para pekerja hanya memikirkan demonstrasi sekali. Kongres telah mengambil keputusan bahawa pekerja dari semua negara akan berdemonstrasi bersama bagi hari bekerja lapan jam pada 1hb Mei, 1890. Tidak ada sesiapa yang berucap mengenai pengulangan cuti itu bagi tahun-tahun akan datang. Sememangnya, tidak ada sesiapa yang dapat meramalkan betapa pantas idea ini akan berjaya dan betapa lajunya dipupuk oleh kelas-kelas pekerja. Namun, ia cukup untuk meraihkan Hari Mei [Pekerja] hanya sekali supaya semua orang memahami dan berpendapat bahawa Hari Mei mesti menjadi perayaan tahunan dan berterusan.
Satu haribulan Mei menuntut pengenalan hari bekerja lapan jam. Tetapi malah selepas matlamat ini telah dicapai, Hari Mei tidak dilepaskan. Selagi perjuangan pekerja menentang borjuasi dan kelas pemerintah berterusan, selagi segala tuntutan-tuntutan belum dicapai, Hari Mei akan menjadi perluahan tahunan bagi tuntutan-tuntutan ini. Dan apabila hari-hari yang lebih baik muncul, apabila kelas pekerja sedunia telah memenangi kejayaannya, pada masa itu juga umat manusia akan meraihkan Hari Mei dalam kehormatan bagi perjuangan-perjuangan pahit dan kemelaratan masa yang lalu. [2]

Persatuan Pekerja atau Buruh

Hari Buruh Antarabangsa juga merupakan cuti antarabangsa yang diraikan pada 1 Mei dalam memperingati kejayaan pergerakan buruh pada 1886 Mogok Haymarket di Chicago, Illinois. Negara-negara lain selain daripada Amerika Syarikat dan United Kingdom, di mana bentuknya mungkin berbeza dari segi konotasi. Hari 1 Mei biasanya dirujuk sebagai dirujuk sebagai Hari Buruh. Dalam kebanyakan tempat di dunia, residen keas bekerja melawan keras untuk menjadikan Hari Mei ini suatu keranda-yang dikenali hari ini.
Kanada, Amerika Syarikat, Australia, dan New Zealand meraikan Hari Buruh pada tarikh lain, yang mana ia bergantung kepada sejarah asal untuk meraikan bagaiman cuti bagaimana cuti berkenaan wujud pada tarikh tersebut. sila lihat Hari Setia (Loyalty Day) dan Hari Undang-undang(Law Day).
Hari Mei telah lama menjadi titik fokus kepada demonstrasi oleh pelbagai kumpulan sosialisme, komunisme, dan anarkisme. Dalam abad ke-20, cuti berkenaan mendapat persetujuan daripada Kesatuan Soviet; perayaan dalam negara-negara komunis semasa era Perang Dingin sentiasa mengandungi perarakan ketenteraan dan menunjukkan rakyat biasa di dalam keadaan menyokong kerajaan.

Hari Mei di United Kingdom

Di United Kingdom, acara-acara politik kadangkala memecahkan mereka kepada dua kem. Pergerakan Buruh perdana meraikan Hari Mei mereka pada hari Isnin pertama di dalam bulan Mei, yang mana ia adalah hari cuti kebangsaan dan mungkin atau mungkin tidak wujud pada 1 Mei. Perarakan berskala kecil telah dianjurkan parti-parti politik (biasanya termasuk tetapi tidak terhad kepada Parti Buruh, Parti Pekerja Sosialis, Parti Sosialis Scotland, Parti Komunis Britain dan kumpulan berhaluan kiri yang lain). Keraian sebegini biasanya ditandakan dengan perkhemahan arak di tempang letak kereta dan penjualan bahan-bahan propaganda Marxist.
Hari sebenar 1 Mei di U.K., walau bagaimanapun ,secara umumnya digambarkan dengan perarakan-perarakan umum dan demonstrasi yang dianjurkan oleh kumpulan-kumpulan anarki , walaupun dalam tahun-tahun kebelakangannya ia juga melibatkan kumpulan-kumpulan komunis, secara khususnya mereka daripada cawangan Trostsky.

Hari Mei di Jerman

Hari Mei pada masa kini masih mempunyai kepentingan politik, dengan kesatuan pekerja dan parti-parti politik sering menggunakan hari Mei ini untuk aktiviti-aktiviti dan kempen-kempen politik,tetapi sejak 1987 ia juga dikenali sebagai mogok besar oleh radical berhaluan kiri, termasuklah senario punk rock, Autonome, dan lain-lain lagi, tetapi juga ramaja-remaja "biasa" yang benci kepada polis. Walau bagaimanapun, Hari Mei 2005 di Berlin adalah yang paling aman dalam jangkamasa 23 tahun years.
Tahun-tahun kebelakangan ini, neo-nazi dan kumpulan-kumpulan lain berhaluan radikal kanan seperti NPD juga menggunakan hari ini untuk mengaturkan demonstrasi-demonstrasi awam, biasanya membawa kepada pertempuran dengan pembantah berhaluan kiri, yang mana ia menjadi satu perisitiwa keganasan di bandar bersejarah Leipzig di 1998 dan 2005.

Hari Mei Eropah(EuroMayDay)

Semejak 2001, EuroMayDay telah menjadi sebahagian daripada keraian Hari Pertama dari bulan Mei, yang bertujuan untuk mengemaskini isi kandungan politik dalam tradisi Hari Mei. Titik rujukan EuroMayDay adalah bukan pada kelas pekerja industri, tetapi lebih kepada pekerja-pekerja sementara/fleksi/net yang semakin bertambah dan tidak menentu. EuroMayDay bertujuan untuk mencipta satu penentang yang jelas terhadap ketidaktentuan pekerjaan dan kehidupan. EuroMayDay berasal daripada Milan, Italy, yang mana ia mulanya merebak ke Barcelona in 2004 dan kemudiannya ke bandar-bandar seluruh Europah pada 2005. Dalam tahun 2005, lebih kurang 200.000 orang ramai mengambil bahagian dalam EuroMayDay.
Dalam tahun 2005, rangkaian EuroMayDay menggunakan slogan Ketidaktentuan dunia mariklah kita bersatu dan lancarkan mogok untuk satu Eropah yang bebas dan radikal(Precarious of the world let's unite and strike 4 a free open radical Europe.Middlesex Declaration of Europe's Precariat 2004 lahir daripada acara Beyond ESF yang diadakan selari dengan Forum Sosial Europah yang diadakan di London pada September 2004. Dalam tahun 2006, lebih banyak bandar mengambil bahagian dalam EuroMayDay. Bilangan penglibatan peserta telah bertambah dari 5000 orang di Milan pada tahun 2001 kepada 50.000 dalam tahun 2003 dan 100.000 orang dalam tahun 2004 (Milan dan Barcelona). Bandar-bandar EuroMayDay telah memasukkan Amsterdam, Barcelona, Copenhagen, Hamburg, Helsinki, Jyväskylä, L'Aquila, Leon, Liege, London, Maribor, Marseilles, Milan, Naples, Palermo, Paris, Seville, Stockholm and Vienna.

20 Kota Paling Sesak Trafiknya di Dunia!

By Dalia Hassan at Ahad, Mei 01, 2011 0 comments
Aku terjumpa post ni dalam kotak emelku yang telah diforward oleh seorang rakan aku... nampak menarik, so macam biasa aku ingin kongsikan bersama korang semua...jom tengok apa yang aku copy dari emel tersebut...

 Kali ini penulis akan memaparkan kota-kota yang paling sebuk lalu lintasnya di dunia. Pastinya kota ini sering menghadapi masalah trafik jam. Ayuh kita selusuri satu demi satu kota-kota tersebut.
1) Tokyo, Japan
Meskipun Tokyo sudah mempunyai monorel dan keretapi paling laju, penduduk Tokyo masih akrab dengan yang namanya kesesakan di jalanraya bagi para pengendali kenderaan. Bahkan Tokyo Traffic Control center beroperasi 24 jam tanpa henti.



2) Los Angeles, USA
Sudah tidak lagi menjadi rahasia umum kalau LA adalah kota yang mempunyai trafik jam yang parah. Meskipun sudah mempunyai banyak jalan tol, jambatan, dan jalan alternatif, LA asih tetap masuk top-10 kota paling sesak di dunia.


3) Sao Paulo, Brazil
Tercatat terjadi trafik jam sepanjang 166 batu (266 km) dari 522 batu (835 km) panjang jalan pada 9 Mei 2008. Rata2 1000 kenderaan baru didaftarkan setiap harinya.


4) Bangkok, Thailand
Motosikal boleh menyeberang dan melewati jalanan yang ramai tanpa tanda peringatan, begitu pula kenderaan lain. Para pelancong menilai fenomena ini sebagai trafik jam yang sangat menyulitkan.


5) Moscow, Russia
Trafik jam terparah terjadi sewaktu musim salji disebabkan jalan raya tidak boleh digunakan kerana membeku, dan terlebih ramainya penduduk..


6) Shanghai, China
Dari tahun1998 hingga 2003 jumlah kenderaan persendirian meningkat dari 7000 mencecah ke 170.000 buah.


7) Mumbai , India
Kesesakan di jalanraya terjadi kerana beberapa faktor: Cuaca buruk (hujan lebat), jalan yang rosak, dan jumlah kenderaan yang tinggi. Ramai pelancong yang komen mengenai kualiti udara disana.


8) Mexico, Mexico
Untuk mengurangi jumlah kendaraan, kerajaan telah mengeluarkan peraturan penjadualan khas, tetapi nampaknya ianya tidak membantu mengatasi masalah kesesakan.


9) New York, USA.
Salah satu kota di US yang mempunyai kesesakan jalanraya terparah. Kota New York dilihat selalu tidak mempunyai ruang yang cukup untuk segalanya.

10) Seоul, Korea
Penduduk Seoul menjadi lebih makmur dengan menjadi pengeluar kenderan utama  di asia, mereka mulai membeli kenderaan baru.


11) Chicago, USA
Untuk sampai ke tempat kerja dengan tepat waktu adalah masalah besar di kota ini.


12) Manila, Philipina
"Holland" solution yang menyarankan menggunakan motosikal daripada menggunakan kederaan motokar tidak menyelesaikan masalah kesesakan jalanraya disini.


13) London, UK
Jalanraya di London terlalu tua untuk dilewati banyaknya mobil setiap jam.



14) Jakarta, Indonesia
Tidak ada satu pun jalan di Jakarta tanpa kesesakan. Ratusan kenderaan baru muncul di jalan setiap harinya.


15) Osaka, Japan
Kota kedua dari jepun yang mempunyai permasalah kesesakan jalanraya yang cukup parah.


16) Venezuela
Pada saat venezuela menurunkan harga petrol di tahun 1998 pasti anda boleh membayangkan jumlah kenderaan baru yang muncul setiap harinya.


17) Athens, Yunani
Mexico system yang diimplementasikan untuk mengurangi kesesakan jalanraya kurang efektif disebabkan jalan yang sudah lama dan pertambahan penduduk yang sangat cepat.


18) Auckland , New Zealand
Meskipun Auckland tidak sebesar Tokyo tetapi ratio perbandingan pengguna dan motokar sangat tinggi, hampir menyaingi USA.


19) Rio de Janeiro , Brazil
Cuaca buruk, tingginya pemilik kenderaan dan sempitnya ruang jalanraya adalah faktor2 penyebab trafik jam di kota ini.


20) Kathmandu , Nepal
Kota ini disebut sebagai kota pencemaran dan kesesakan.



Alia : tak dapat aku bayangkan kalau Malaysia pun jem macam ni.... sekarang ni pun dah sakit jiwa dibuatnya, kalau jem macam ni lah tak tau camana agaknya.... cari keje kat kampung la jawabnya.....

Percaya atau Tidak.....

By Dalia Hassan at Ahad, Mei 01, 2011 0 comments

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review