Sahabat

Halaman

11 Jun 2011

Model PLPGA

By Dalia Hassan at Sabtu, Jun 11, 2011 0 comments
Sebenarnya aku saja je buat entry ni untuk my friend, Nurul Amnie dari Cawangan Trafik Cops IPD Klang Selatan... saja nak masukkan gambar2 dia yang banyak dalam kamera aku ni... aku diberitahu oleh beliau yang sebelum ni berat badannya pernah mencecah hampir 70kg... macam tak percaya jer.. tengoklah sekarang, kecik jer... haiii... jeles.. jeles...

peace no war...




fauziah, amnie dan azie
amnie dan fauziah









hamper tu bukan amnie yang punya....


ni berdiri ke ngah meniarap?
watpe mencangkung tu amnie?

Belakang tirai pun jadik gak posing....
Tumpang letak gambar Eja sekeping yer.. hehhe

10 Jun 2011

Tour Of Duty : Kursus NKRA, PGA Ulu Kinta Perak

By Dalia Hassan at Jumaat, Jun 10, 2011 0 comments
Assalamualaikum.....

Seperti yang korang semua sedia maklum, aku baru jer petang semalam balik dari kursus kat Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta Perak... Penat memang penat, tapi pengalaman berada kat sana memang tak dapat dibeli dengan wang ringgit... seronok sangat lebih2 lagi dapat kenal ramai rakan2 baru dari setiap negeri. Macam2 cerita kami kongsikan bersama.Yang paling manis sekali, aku dan Fauziah berjaya satukan dua hati... si lelaki dari kuala lipis, dan yang perempuan dari paka, terengganu. Harap2 langkah pertama yang kami usahakan tu boleh la berkekalan hingga ke akhirnya... hehe!

Kenangan terindah
 



 Dalam kelas...

 En Syahmi dari JPA



 geng...
 Amnie yang memang pantang nampak kamera... hehe!

 ha! yang baju putih tu peserta yang paling sengal! from Pasir Mas, Kelantan
 persembahan

 barisan para pengkritik
 Paradigma : teruk kumpulan ni kami kerjakan... kes balas dendam la sebab masa kumpulan kami dia  tanya soalan yang entah apa2... hahah!







Pengkritik tetap : Asp Shukor
 Fauziah (Gombak) dan Amnie (Klang Selatan)
 Amnie yang comel









 Majlis penyampaian sijil



Selamat tinggal Briged Utara Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta... tak tau bila lagi dapat datang sini

07 Jun 2011

Kelas

By Dalia Hassan at Selasa, Jun 07, 2011 0 comments
Assalamualaikum...

Hari ni hari kedua aku berkursus kat Briged Utara PGA Ulu Kinta.. Dan semasa aku menulis entry ni, aku masih berada didalam kelas yang di sampaikan oleh Tuan Shukor. Best jugak la kelas ni, tak boring... Cuma kadang2 tersenggut juga la menahan mata yang sangat2 mengantuk. Apa taknya, aircond yang sejuk betul2 mencabar kewibawaan mata yang sememangnya tak cukup rehat sejak petang semalam.





Meh aku kongsikan serba sedikit tentang apa yang aku dapat dalam kelas pagi ni..


Tugas Utama Polis DiRaja Malaysia ~Akta Polis Seksyen 3(3)~
(walaupun kita semua dah tau tugas polis, tapi mungkin ada juga yang kita tak tahu)

1~Mengekalkan undang2 dan ketenteraman.
2~Mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia.
3~Mencegah dan mengesan jenayah.
4~Menangkap dan membawa orang2 yang melakukan kesalahan.
5~Mengumpulkan risikan keselamatan.

Sebenarnya banyak sangat info yang aku dapat dari kelas hari ni, tapi aku kongsikan sikit tu jer la.. Paling asas dalam organisasi PDRM.

Lepas habis kelas Tuan Shukor, Tuan Yusoff, pegawai dari Cawangan Tatatertib ambil alih kelas. Ermmm.. No komen lah.. Harap2 mata aku dapat bertahan sampai malam. Mengantuk giler!

Oklah.. Kalau ada cerita terbaru aku update kemudian...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

04 Jun 2011

Gambit dan Video Klip Prema Yin

By Dalia Hassan at Sabtu, Jun 04, 2011 1 comments
Aku yakin korang semua dah tengok video klip 'Marilah' dari Prema Yin yang telah diarahkan oleh Gambit Saifullah yang baru2 ini telah menimbulkan kontroversi kerana mempunyai unsur-unsur lucah. Menurut Gambit, video klip tersebut tidak langsung mempunyai unsur lucah kerana tiada adegan cium ataupun meraba...


"Saya tidak rasa ia menjadi kontroversi kerana saya hanya menampilkan adegan pasangan suami isteri yang sudah kehilangan cinta dan mempunyai ego masing-masing.''

"Apa salah saya, bagi saya video klip tersebut tiada adegan cium atau meraba.'' ujarnya lagi...

Adoila... konon-kononnya nak buat setaraf dengan video klip antarabangsa la, untuk pasaran Amerika. Tapi, korang sendiri nilaikan la... hishhhhh!



Gambit Oh Gambit... kot yer pon marah, janganlah samakan manusia dengan binatang... Anjing pulak tu.... huhu!

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review