Sahabat

Halaman

28 Jun 2011

Mesyuarat PACSU

By Dalia Hassan at Selasa, Jun 28, 2011 0 comments
Assalamualaikun semua...

Hari ni, pagi2 lagi aku dah kena pergi ke IPK Selangor coz menghadiri mesyuarat PACSU yang dirasmikan oleh Ketua Polis Selangor, Dato' Tun Hisan Tun Hamzah...





Erm.. malas aku nak cerita kat sini, sebab banyak sangat perkara berbangkit.. Hangat, memang hangat. Banyak perkara yang dibincangkan. Mesyuarat berlangsung dari jam 10am dan berakhir lebih kurang 3pm, tanpa henti.. Tapi oleh sebab perut yang lapar dan untuk solat, kami keluar juga lah bergilir2.. Mana tahan dok dalam tu dengan perut yang kosong.. Hehehe..

Tengahari dalam kul 1pm, my good friend, T~Ni sms tanya aku kat mana. Erm.. Rupanya dia pun ada kat IPK coz kena bagi statement pada tatatertib.. Tapi aku tak jumpa dia pun.. Petang baru aku terserempak dengan dia kat opis.. Tapi tak sempat pun nak bercerita kat dia, sebab dia jer yang nak bercakap.. Sibuk cakap nak pindah tempat lain.. Dah boring katanya asyik dok situ jer.. Erm.. Sibuk sangat nak pindah, pergi jer la pindah..pindahlah cepat2 skit... Ada aku kesah? (Bercakap dengan nada kecik ati sebab dia nak tinggalkan kawan baik dia ni kat cni)..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

27 Jun 2011

Office Potluck Part 2

By Dalia Hassan at Isnin, Jun 27, 2011 0 comments
Assalamualaikum semua...

Hari ini jam 5.30am aku dah mula menulis entry ni.. bukan apa, saja nak mengisi masa yang terluang sementara nak bersiap untuk pergi ke opis. Siap memasak, tak tau nak buat apa. Kalau aku sambung tidur, jawabnya memang kesiangan lah aku hari ni.

Seperti yang dirancang, hari ni kami plan untuk membuat office potluck part 2... korang bolehlah baca entry office potluck yang sebelum ni kat sini. Tak tau nak masak apa, aku cuma buat ayam pandan goreng berempah dan sedikit pencuci mulut, puding berkuah.

 Puding sebelum dicampur dengan kuah..
 Puding setelah dicampur dengan kuah dan cocktail
 Ayam pandan goreng berempah

26 Jun 2011

Hari Minggu Yang Membosankan...

By Dalia Hassan at Ahad, Jun 26, 2011 0 comments
Assalamualaikum semua....

Ahad. Minggu ni aku tak kemana2 pun... bosan juga la dok rumah... nasib baik ada Ainul Mardhiah, boleh jugak diajak berborak.. en asben tengah hari tadi dah keluar... maklumlah... kerja sendiri. Kalau cuti, bermaksud tak ada duit la yang masuk... Lebih2 hari minggu macam ni, memang hari yang menguntungkan... Lainlah makan gaji macam aku ni.... ngulat je lebih... haha! Hari ni aku wat persediaan untuk potluck esok kat opis... tak tau nak masak apa.. aku ingat nak buat ayam goreng pandan dengan pencuci mulut puding berkuah.... harap2 menjadi la... maklumlah, aku ni bukan pandai sangat nak memasak...

Semalam (Sabtu) aku masuk opis juga... Dengan mata yang mengantuk, maklumlah Jumaat tu aku pergi tengok lives Final Maharaja Lawak, sampai rumah kul 2.15pagi... mata memang dah macam mata panda, memang tak boleh blah... kerja punya pasal, aku gagahkan juga kaki ke opis... belum kul 9am aku dah tercongok sorang2 kat opis tu... Pekena nescafe panas, mata aku segar semula... Dengan penuh semangat aku nak mulakan kerja, line cops problem pulak. Adei... nasib baik lah facebook boleh bukak... takder la aku membuta kat opis... Dalam setengah jam pastu, my good friend, T~Ni datang opis... sempat jugaklah bertukar2 cerita kejap sebelum dia kuar pergi sarapan ngan driver... Tak lama pastu, abang singh gerakan pulak datang kat opis aku... takper lah, sekurang2nya aku tak mengantuk bila ada orang yang nak diajak berborak... setengah jam jugaklah abg singh dok melepak kat situ... Dalam kul 10 lebih, my good friend, T~Ni singgah opis aku jap bawak fresh oren sebungkus.. okaylah.. mula2 dia nak belikan aku nasi ayam tapi aku tak nak... awal lagi nak makan berat2 macam tu... lagipun aku takder selera nak makan... aku cuma berselera nak tido jer....huhu!

Tengahari tu, konon2 nak nak balik cepat, nak tido... tapi lain jadinya... sampai jer rumah, aku terus ambil anak aku kat taska... tiba2 jer aku teringat yang duit sebanyak RM3,560 aku letak atas meja, lupa nak ambik... Ya Allah... mengantuk punya pasal, semua benda lupa... adoi la... cuai sangat... nak tak nak aku patah balik semula ke opis... huhu!

Sampai rumah semula kul 3lebih... online jap pastu aku terus Zzzzzzzzzz.........


Alia : Eh! aku baru perasan yang handphone aku yang lagi satu tu pun tak ada... confirm tinggal kat opis, lupa bawak balik... huhu!

25 Jun 2011

Final Maharaja Lawak

By Dalia Hassan at Sabtu, Jun 25, 2011 0 comments
Assalamualaikum...

Semalam aku, kak wani, linie, faizah dan ain, adik linie menghavockan Stadium Melawati Shah Alam menyaksikan final Maharaja Lawak.. Yang bestnya, tempat duduk kami dikelilingi oleh artis2 dan media. Thanks to encik saiful apek sebab bagi kami 5 keping tiket free atas nama dia.. Dapat duduk kat arena lagi.. Lain kali kalau ada tiket free boleh la bagi kat kitorang.. Hehe


 kak wani dan linie...



































 i folooooooo....

 kak wani




P.A dan anak2 saiful apek... duduk sebelah aku jer...

Tahniah pada kumpulan Sepah kerana berjaya menjadi juara ML.. Sememangnya korang memang best dan terbaik.. Jozan dan Nabil pun mantap.. Sayang korang..

Lagi gambar aku akan update kemudian okay...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review