Top 5
-
Assalamualaikum wbt.... Semalam aku udah selamat sampai dari bercuti ke Bandung bersama teman2ku... Asyik banget.. berada disana 4 hari 3...
-
1. KENAPA CD NI MAHAL SANGAT? Ya, mungkin kali pertama anda mendengar harganya anda akan katakan mahal, tp anda harus pertimbangk...
-
Assalamualaikum wbt.. Oleh kerana kesibukan melanda, hari ni baru aku sempat nak masukkan gambar ketika aku dan my bff Suhadaa menghadir...
-
Assalamualaikum wbt... Pinetree Hill... Bunyi macam bukit... tapi hakikatnya ia adalah sebuah gunung yang berketinggian 1448 meter... Da...
-
Assalamualaikum wbt... Pada Sabtu lepas (26/3/2016), aku dan juga Geng Outdoor IPD Subang Jaya telah berkesempatan untuk meredah 6 lint...
-
Assalamualaikum wbt... Korang pernah dengar Bangi Wonderland? Ya.. aku pun baru dengar dan baru tau pasal Bangi Wonderland ni, itupun se...
-
Assalamualaikum wbt.... Hari ni, buat kali keduanya dalam bulan November aku menyeberangi tambak Johor untuk ke Singapura. Matlamat???...
-
Assalamualaikum wbt... Kali keempat aku hiking kat sini.. makin lama makin pewai aku nak sampai puncak. Faktor utama, kenaikan berat ...
-
Pada Jumaat lepas (4Nov) aku dan suami sempat bawa Ainul ke Universal Studios, Singapore. Best sangat. Sayangnya kami kesuntukan masa dan ba...
Pot Pet Situ Sana Sini
Contact Me
26 Ogos 2011
Bermula Cuti Raya
Yahoooo.... hari ni dah Jumaat... Hari terakhir aku bekerja di bulan Ramadhan.. Minggu depan dah raya.... cepatnya masa berlalu kan? Pejam celik pejam celik dekat sebulan dah....
Dari pagi mood nak bekerja memang dah tak ada dah... mood bercuti jer yang ada.. biasalah... esok dah start cuti, mana lagi nak ada mood bekerja.. yer tak? Waktu rehat yang panjang tengahari tadi pon aku tak keluar mana2.. dok jer kat opis dengan linie.. berfacebok...
Dalam kul 3 lebih, my good friend, T~Ni sms aku tanya aku ada kat mana... ingatkan kenapa dia tanya aku, rupanya dia nak bagi duit raya... yeayyyyyyy! aku ingatkan dia nak bagi aku dalam RM10. Yerlah.. aku bukannya mengharap sangat sebenarnya... dah jadik mak budak pun... tapi bila dapat angpau raya, rasa sangat2 seronok... terasa kembali ke zaman kanak2... hehehe... Owh! lupa nak bagitau.. dia bagi aku RM50! Best2... lepas duit tol nak balik johor nanti.. thanks T~Ni... tahun depan bagi lagi ekkkkk....
Lepas pergi logistik hantar report, aku turun tingkat lapan, pengurusan trafik... Kebetulan terserempak dengan sorang inspektor ni (aku lupa la nama dia, tapi aku biasa jugaklah nampak dia).. spontan aku ucapkan selamat hari raya kat dia.. dan.. dia bagi aku duit raya RM20... yeayyyyyyy! dapat duit raya lagi... heheheh! pasni kena buat baik la kat tuan inspektor yang aku tak tau nama dia... hehehe... sampai kat pentadbiran trafik, aku pau Tuan Rahman (Baim Wong) dengan Musa pulak... hehehe... mula2 BW buat dek jer bila aku mintak kat dia duit raya... tapi bila aku tunjukkan sampul angpau yang ada RM50 kat dalam dan duit RM20 yang aku dapat, terus dia tergugat.. hahaha! akhirnya kami yang ada kat opis tu dapat la duit raya sorang RM10 dari tuan BW.... dan aku dapat lagi RM10 dari Musa (syyhhhh... yg ni korang jgn bagitau sesapa tau sebab Musa bagi aku sorang jer) hahahah! Dah collect duit raya kat pentadbiran trafik, aku pergi bilik Ketua Bahagian Ketenteraman Awam pulak.. malangnya dia takder kat bilik, so aku tak bleh nak pau dia... tapiiiiiiii.... kak sariha, PA KBKA ada kat meja dia... yessssss! aku dapat RM15 dari dia... heheheh....
Lepas bersalam2an dengan kawan2 yang lain, aku pun beransur balik semula ke opis... sementara nak tunggu my BFF, Ina ngan asben dia dari Kota Kinabalu sampai, aku berFB kat opis.. dalam kul 6 lebih aku kuar opis, singgah beli kuih jap untuk berbuka puasa sebab aku tau confirm aku kena berbuka puasa dalam kereta... Dan sepanjang Ramadhan, inilah kali pertama aku berbuka dalam kereta, sorang2 pulak tu... tapi takperlah, kawan punya pasal aku tak kisah...

Categories
Diariku
25 Ogos 2011
Shopping Kerepek... Lagi
Hehehe.. Hari ni aku amik cuti, semata2 untuk sambung shopping yang tak abis lagi tu.. Yang bestnya, Kak Wani bila dengar aku nak pergi KL, dia pun nak ikut sekali.. Dan terpaksalah amik Emergency Leave (ada ker patut?) semata2 nak ikut aku shopping.. Hahaha!
Assalamualaikum wbt...
Pagi dalam kul 8.30am aku kuar rumah, then hantar ainul kat tadika.. Pastu terus pergi amik Kak Wani kat rumah dia @ Kg Medan.. Bincang punya bincang nak pergi mana, terus buat keputusan nak pergi Banting, coz dia tak beli kerepek lagi.. Sampai Banting, macam hari tu la aku rambang mata.. Haishhhh! Konon2 nak teman kak wani je beli kepek, tapi akhirnya abis jugak dalam RM80 beli kerepek.. Apa punya tamak lah aku ni.. Tapi takper, yang ni utk bawa balik kampung nanti..
Ni baru sikit ni... campur dengan kak wani punya, sampai tak muat troli, kena pegang plak separuh.. hehehe
Pas shopping kerepek, kitorang terus pergi ke Sogo, KL.. Lagilah rambang mata dibuatnya.. Beratus jugaklah duit melayang habis kat sogo ni.. Tapi takper la.. Bukan selalu pun, kan?
Empat jam kat Sogo, kitorang gerak cari tempat untuk berbuka puasa.. Pusing punya pusing akhirnya jumpa satu restoren kat Kg Baru.. Ok la restoren tu.. Makan pon sedap.. Lebih sedap bila kak wani yang belanja.. Hahaha
Pas licin semua makanan atas meja tu, terus gerak balik coz asben kak wani kena bertugas malam.. Anak2 takder sapa nak jaga.. Kalau tak rasanya kitorang leh sambung shopping lagi.. Haha...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

22 Ogos 2011
Takder Tajuk
Adoi la.... aku kena cari semula mood aku untuk menulis semula entry ini... sebab... tadi dengan penuh perasaan aku menulis, tetiba jer semua hilang entah kemana... adoi la... dah ler tak save....
Assalamualaikum wbt....
Ngantok betul hari ni... pagi2 lagi dah hujan ditambah dengan kesejukan penghawa dingin yang betul2 menikam sampai ke tulang... Dah lah pagi ni aku kena pergi logistik, hantar duit untuk dihantar ke bank... adoiyai.. kalau tak pagi2 sampai opis bleh dok rilek2 dulu meregangkan kepala lutut ni... yer ar... rumah aku dengan opis bukannya dekat... jauh la jugak... huhu!
Pagi lepas pergi logistik, aku singgah tingkat lapan kejap... jumpa tuan rahman untuk mintak tandatangan dia. Masuk2 jer bilik dia, dia terus menguap...
Wah3! pagi2 lagi dah mula nak cari gaduh dengan aku... ni tak boleh jadik ni...
Ha kau! amikkkk... padan muka, merah muka.... lepas dia sign audit roll tu, aku terus keluar... malas nak layan!
Yang peningnya petang aku kena menghadap dia lagi... aku bukannya apa, dia tu poyo... kuat menyakat... tengahari tadi dia kol opis aku, nak cakap dengan encik adam.. kebetulan aku yang jawab... dengan suara serius + garang (konon2nya), dia tanya aku adam pergi mana... aku jawab,
"manalah saya tau cik adam pergi mana... dah dia tak bagitau"
"ok" aku jawab, malas....

"Apasal aku tengok muka ko jer, aku mengantuk???? Macamanalah agaknya asben ko ngadap muka ko hari2 kan?"
Wah3! pagi2 lagi dah mula nak cari gaduh dengan aku... ni tak boleh jadik ni...
"Biasa la tuan, memang asben saya kalau nampak saya mengantuk jer... pastu ajak tido sekali!"
Ha kau! amikkkk... padan muka, merah muka.... lepas dia sign audit roll tu, aku terus keluar... malas nak layan!
Yang peningnya petang aku kena menghadap dia lagi... aku bukannya apa, dia tu poyo... kuat menyakat... tengahari tadi dia kol opis aku, nak cakap dengan encik adam.. kebetulan aku yang jawab... dengan suara serius + garang (konon2nya), dia tanya aku adam pergi mana... aku jawab,
"manalah saya tau cik adam pergi mana... dah dia tak bagitau"
"dia balik nanti suruh dia kol saya"
"ok" aku jawab, malas....
"Dalia, ko tau tak. Diorang kat atas ni bukan panggil ko Dalia, tapi diorang panggil ko Halia! hahahaha!"
huh! kurang asam punya boss... dalam pada serius2 dia bercakap, sempat lagi nak kenakan aku!"Dahlah tuan malas saya nak layan tuan. lantaklah diorang nak panggil saya apapun... huh!
"poyo! hahahah" aikkk??? aku pulak yang dipanggil poyo!
"tuanlah yang poyo!" sempat jugak aku kenakan dia balik sebelum aku letakkan gagang telefon...
Petang, aku kena menghadap dia lagi... adoi la... bercinta betul aku nak panjat tingkat lapan tu... lebih2 lagi kena menghadap boss aku yang poyo tu... sengal tu.. tetiba jer aku teringat tentang bunga api.. aku pon tanya la dia kot2 dia ada stok bunga api yang tak bahaya tu... terus dia call kan yana jurufoto, tanya tentang bunga api. Then dia pas tepon dia kat aku, suruh aku cakap sendiri ngan yana... yang bestnya, bila aku dah dapat borak ngan yana, siap bercerita pasal kuih raya yang aku order dengan dia... hahahah! tetiba je aku dengar suara...
"woiiii! ingat tu telefon kerajaan ker?"
hahahahha... camana aku bleh terlupa ni yang aku guna handphone boss? tapi takper lah... bukan selalu pon dapat kenakan bos... kan tuan kan? hahaha! Aku siap pass tepon tu kat encik musa plak, bagi encik musa borak ngan yana... hahah! Alaaaaaa.... sekali sekala bos bayar bil tepon tinggi, apa salahnya... kan? hehehe...
Categories
Diariku
21 Ogos 2011
Tolong! Tolong!!
Assalamualaikum wbt...
Aduhai.... tajuk entry aku kali ni memang tak boleh blah kan? aku bukannya nak mintak tolong sebab apa... cuma semenjak dua menjak ni entah kenapa kemalasan melanda aku untuk meng update blog aku ni... tolonglah... tolong apa aku nak buat ni?? isshhhhh... masalah 'problem' betul....walhal setiap hari memang aku online, dok menghadap facebook, mencari resepi2 kat blog kengkawan, menggoogle entah segala macam apa lagi... tapi bab nak menulis ni, entah kenapa memang aku malas..
Hari ni 21 Ramadan, kejap jer terasa masa berlalu... tinggal kurang dari 10 hari jer untuk kita sambut Syawal.. baju raya pun baru tadi aku ngan asben pergi beli... baju anak aku jer tak beli lagi coz tak ada yang berkenan... nantilah... ingat nanti Rabu kalau sempat aku nak ambil cuti... Cuti Kecemasan... hahahah! Cuti kecemasan untuk pergi shopping raya... apa pun tak bleh! huhuhu! Kuih raya pun baru dua jenis aku buat ; tart gulung dengan almond london.. itupun tart gulung dah nak abis dah, asben aku belasah pas buka puasa.. huhuh! tapi kerepek2 dan segala macam kekacang memang banyak kat rumah aku.. apa taknya, semalam aku ngan my new good friend, Yana pergi ke Banting untuk memborong kerepek dan kekacang dari sana... memang rambang mata dibuatnya.... ada tak ada dalam RM118 abis untuk kerepek raya... Balik jer dari borong kerepek, aku singgah jap rumah nenek Yana kat banting tu.. sempat la berkenalan ngan diorang...
Sebenarnya banyak aktiviti yang aku tak update kat blog aku ni sepanjang tempoh kemalasan aku.... Aku cuba la update skit2 nanti walaupun terlewat...
daaaaaaaaaaaaa.....

Still banyak lagi kerepek ni walaupun aku dah bagi beberapa bungkus kat Yana
Sebenarnya banyak aktiviti yang aku tak update kat blog aku ni sepanjang tempoh kemalasan aku.... Aku cuba la update skit2 nanti walaupun terlewat...
daaaaaaaaaaaaa.....
Alia : My Good Friend, T~Ni, semakin renggang dengan aku... entahlah kenapa... aku pun malas nak tanya dia kenapa.. mungkin sebab dia sibuk dengan kerja dia yang semakin bertambah ni... kadang2 ada juga dia sms aku, tanya khabar aku... takper lah... aku tak kisah.. yang penting dia tak lupakan terus kawan dia nan seorang ni... itu pun dah baik buat aku dari kehilangan seorang sahabat.. (yer la tu)
Categories
Diariku
Kisah Benar : "Abang, Tunggu Mak di Syurga Ya"
Sharing Is Caring....
Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.
Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.
Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.
Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.
"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.
Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.
"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"
Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.
Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.
Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"
Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.
Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.
Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.
Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.
Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?
Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.
Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.
Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.
Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.
Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.
Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.
Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.
26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!
Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,
Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.
Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.
Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.
7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.
Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.
Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"
Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.
Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.
13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.
Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"
Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"
Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"
Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.
Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"
Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.
Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.
Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"
Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"
Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.
"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"
Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.
Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.
Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.
Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!
Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!
Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.
Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!
27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.
"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"
Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.
5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.
"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"
Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.
Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.
Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.
Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.
8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.
Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.
Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.
Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.
"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"
Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia
Abang pada tahun 2007.
9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.
Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.
Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.
Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.
"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.
"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"
Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.
Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.
"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.
Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.
"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."
Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!
Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"
Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.
"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"
Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.
"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"
Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.
Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.
Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.
"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...
Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sanaya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?
Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.
Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.
Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.
Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.
Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.
Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.
Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa)

Sharing Is Caring
Mana Mak?
Sharing Is Caring...
Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian,
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. KataRasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Kedai Stesen Suami
Sharing Is Caring....
Sebuah kedai unik bernama Kedai Stesen Suami yang menjual calon suami baru saja di buka di Kuala Lumpur. Kononnya di negara maju yang tunggang-langgang ini, wanita boleh memilih dan membeli suami yang paling tepat untuknya. Di antara arahan yang ada di pintu masuk:
“ANDA DIBENARKAN MENGUNJUNGI KEDAI INI SEKALI SAJA SEUMUR HIDUP”
Kedai itu ada 6 lantai. Semakin tinggi lantainya, semakin tinggi pula harga lelaki yang berada di situ. Anda dapat memilih lelaki di lantai itu atau memilih lelaki di lantai berikutnya tetapi anda tidak boleh pilih lelaki di lantai sebelum itu.
Seorang wanita pergi ke Kedai Stesen Suami untuk memilih suami yang tepat untuknya. Setelah dia membayar caj masuk ke kedai tersebut dengan harga yang cukup mahal, dia mula masuk ke lantai pertama.
Di atas lantai terdapat tulisan:
LANTAI 1: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan dan taat pada Tuhan.”
Kerana ingin suami yang lebih baik, kemudian ia memilih untuk naik lagi ke lantai berikutnya. Di lantai 2 terdapat tulisan:
LANTAI 2: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan dan suka anak kecil.”
Kerana ingin suami yang lebih baik, kemudian ia memilih untuk naik lagi ke lantai berikutnya. Di lantai 3 terdapat tulisan:
LANTAI 3: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, suka anak kecil dan ambil berat.”
Wow.. fikir wanita tersebut, tapi dia masih tidak puas dan ingin untuk terus naik.
Lalu sampailah wanita itu di lantai 4 dan terdapat tulisan:
LANTAI 4: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan,suka anak kecil, amat ambil berat dan suka membantu kerja rumah.”
“Biar betul..!” Wanita itu berkata, “Tak cayala…..!”.
Wanita itu tidak puas dan tetap meneruskan ke lantai 5 dan terdapat tulisan seperti ini:
LANTAI 5: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan,suka anak kecil, amat ambil berat, suka membantu kerja rumah dan memiliki sifat romantis.”
Dia tergoda untuk berhenti di lantai 5, tapi kemudian dia melangkah pula ke lantai 6 dan di lantai itu terdapat tulisan: (dia mengesat matanya kerana tidak percaya pada apa yang tertulis)..
LANTAI 6: “Anda adalah pengunjung yang ke 7,593,012. Tidak ada lelaki dilantai ini. Lantai ini diwujudkan semata-mata untuk jadi bukti betapa ramai wanita yang tidak pernah puas seperti anda! Terima kasih telah datang di Kedai Stesen Suami. Hati-hati bila keluar dari kedai ini dan semoga hari ini adalah hari yang indah buat anda!”
—–
MORAL: Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Orang tamak selalu rugi. :)

09 Ogos 2011
Ramadhan 09
Assalamualaikum wbt......
Salam pagi Selasa buat semua... Pagi ni aku ter emosi pula bila baca blog cik jejariruncing... entahlah.. mungkin disebabkan semenjak dua menjak ni kawalan emosi aku tak berapa stabil, jadi ianya mempengaruhi juga mood aku... sedih. tapi itulah episode cinta mereka. Elia dan Khairul Fahmi. Keduanya sama cantik, sama padan, tetapi kisah cinta mereka berakhir di tengah jalan setelah dua bulan mengikat tali pertunangan. Sabarlah cik Elia sayang... pasti semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya....
Ermmmm... tu jer la yang aku mampu nak tulis... tak tau kenapa semenjak dua ni aku tak ada mood nak menulis...
daaaaaaa......

Langgan:
Catatan (Atom)