Sahabat

Halaman

24 September 2011

Hari Ini : 24 September 2011

By Dalia Hassan at Sabtu, September 24, 2011 0 comments
Allah Selamatkan Kamu....
Allah Selamatkan Kamu...
Allah Selamatkan Ainul Mardhiah...
Allah Selamatkan Kamu...

Hari ni genaplah 5 tahun usia satu2nya puteri aku, Ainul Mardhiah Suhaimi... sekejap jer rasanya sangat happy bila tengok dia membesar di depan mata... Semoga hidupnya dilimpahi dengan kerahmatan dan keberkatan dari Allah... InsyaAllah.

Wokeh. Apa aktiviti hari ini? Meh aku cerita serba sedikit... memandangkan hari ni aku cuti, dalam kul 9.45am baru aku kuar dari rumah menuju ke kedai Bake With Yen di Bandar Puteri Puchong untuk membeli barangan keperluan membuat kek harijadi untuk Ainul. Kek yang akan dibuat atas permintaan Ainul Mardhiah sendiri untuk dihantar ke tadika tempatnya belajar... Balik dari Puchong, aku terus singgah IPD jap untuk konvoi ke rumah terbuka kak wani bersama Linie dan CC Suriani... Lebih kurang kul 1 lebih, kitorang sampai rumah kak wani di Taman Medan...


Selepas membaham selagi ada makanan kat rumah kak wani, dalam kul 2 lebih aku ngan ainul menuju ke shah alam, jumpa adikku Adah yang senget tu untuk ambil kuih raya dari dia... (tak pasal2 aku kena pau dengan dia... adei! menyesal aku datang sana.. hahah)

Dari shah alam, aku terus ke open house my BFF Latifah Omar di Pantai Dalam... makan lagi. best, sedap, lazat... ffuhhhhh! memang sesi memenuhkan perut dan lemak la... hahah!

Sebelum aku balik rumah, sempat aku sms asben aku, pesan sebelum dia balik rumah pergi la makan dulu sebab aku tak masak! sorry yer bang... hehehe!

23 September 2011

Hari Ulangtahun Kelahiranku

By Dalia Hassan at Jumaat, September 23, 2011 2 comments
Assalamualaikum wbt..

Syukur Alhamdulillah, hari ini 23 September genaplah 31 tahun usiaku.. Apa? 31 tahun? Oh My God... dah tua rupanya aku.. terasa macam baru nak sambut besday ke 21 jer... jiwaku terasa muda seploh tahun... hahaha! My asben kul 3 pagi kejut aku sambil bawak kek... terharunya... aku ingat dia dah lupa besday aku, aku pun tak cakap apa2 kat dia... sedar2 kul 3am dia surprisekan aku.. rupanya kek dia dah beli awal2, sorokkan dalam peti ais.. hehehe.. kat surau ipd pon aku mintak surau buat sekali doa selamat pagi tadi untuk kesejahteraan hidup aku, dunia dan akhirat. InsyaAllah.



antara yang hadir kat surau...

Lepas jer bacaan doa selamat kat surau, aku dan kawan2 yang lain naik ke tingkat 3 untuk terjah ke rumah terbuka Cawangan BAKA. Wow! makanan diorang memang sedap dan mengancam. Abislah misi diet aku... heheheh!

open house cawangan BAKA

Petang pas balik kerja, aku pergi Kuarters Polis Seksyen 20 pulak... pergi beraya rumah Mak Jan... Adoila... memang sedap masakan Mak Jan ni... lebih2 lagi masakan kampung dan laksa dia... memang terbaik la... hari2 makan masakan Mak Jan pon aku sanggup... sedappppppp!

makan2 rumah mak jan

makan2 rumah mak jan (2)

 Pas maghrib baru la kitorang reti nak balik rumah. hahahahha!


Alia: Ada orang merajuk ngan aku hari ni... puas pujuk, tapi tak jalan... ermmmmmm.... biarlah... :(

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

22 September 2011

Sambutan Hari Raya Kontinjen Selangor

By Dalia Hassan at Khamis, September 22, 2011 0 comments
Assalamualaikum...

Hari ni memang kerja aku makan, makan dan makan. Kerja lain tak ada.. Burrrrpppp! Alhamdulillah. Adoi! Tak senonoh betullah.. Tp apa nak buat kan, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati..

Pagi2 tadi encik amran bawak mee kari favourite aku yang didatangkan khas dari Taman Medan. Oleh sebab kami memang sedang mengosongkan perut untuk persedian menyumbatkan seberapa banyak makanan di sambutan hari raya di IPK nanti, so sebungkus mee kari aku share bertiga, dengan kak wanie dan linie.. Yang lain kami serahkan kat encik adam untuk settlekan semuanya. Ermmmm.. Memang licin...

Setelah berusaha dan berjaya memujuk Tuan Rahman dan Tuan Ramzi untuk beri kelepasan pada Linie untuk dia keluar sekali ngan kitorang pergi IPK, akhirnya 11.45am kami gerak dari IPD.. Sampai je IPK, tengok ramai gila yang datang, nak parking pun susah. Tapi dapat juga lah menyelit parking kat tepi tu.. Masuk dalam, pening juga lah dibuatnya.. Sesak. Tapi makan tetap makan.. Setahun sekali jer jamuan raya ni.. Macam2 makanan ada. Penuh perut dibuatnya. Adoiyaiiii.. Camana nak diet ni? Tapi tak apa la... Hari ni jer. Ngeh3..




Gerai Rojak


tetamu yang semakin berkurangan

Encik Yusof yang sewel.. hahaha!

Oklah.. Hari ni tak ada benda nak tulis sangat. Tu je la untuk hari ini...

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaa!


Alia: tadi dari opis nampak orang TV3  sedang temuramah sorang pegawai tu... dari jauh nampak macam zakiah anas... tapi yang menarik perhatian aku, latar belakang masa diorang temuramah tu, berlatar belakangkan kereta aku... takperlah... aku tak kuar tv, kereta ku pun jadilah walau kuar skit jer... hehehe!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

21 September 2011

Diana Amir Bertudung

By Dalia Hassan at Rabu, September 21, 2011 0 comments
Ermmmm... Diana Amir dah berhijrah? betul ker dia dah pakai tudung? kalau berita yang aku dengar ni betul, Alhamdulillah...

gambar yang di 'curi' dari fb diana..

Aku pernah jumpa dia awal bulan ogos aritu... dia baru balik shooting, then terus datang opis kitorang kat IPD, ikut Samsun (samsun ni anggota polis, kawan kami merangkap pelakon pembantu yang kebetulan baru abis shooting yang sama dengan Diana)... kebetulan waktu rehat, dia pun join sekali dok dalam opis kitorang...jumpa jer kitorang, dia cakap.. "akak... jangan dekat ngan saya, busuk ni baru abis shooting.. panas terik" tapi pastu terus dia salam aku ngan linie... siap cium tangan lagi... alahai lemah lembut sopan santun budaknya...

sempat lagi update fb masa dia datang aritu...

Semoga lebih ramai lagi artis yang mengikut jejak dua Diana. Diana Amir dan Siti Nordiana. Aminnnnnn!

19 September 2011

Hari Ini : 19 September 2011

By Dalia Hassan at Isnin, September 19, 2011 0 comments
Assalamualaikum...

Hari ni pagi2 lagi dah hujan kan? semenjak dua menjak ni memang cuaca tak menentu... kejap sejuk, kejap panas, kejap hujan... tengok kat status fb kengkawan pon ramaai yang tak sihat, semam, batuk, selsema dsb... ermmm.. nasib baiklah aku masih mampu bertahan... Dan hari ni, pagi2 lagi aku dah dapat panggilan dari CC Sariha... ingatkan kenapa pagi2 lagi dah cari aku, rupanya nak mengadu yang dia kena hentam dalam meeting... ermmmm... kadang2 aku kesian juga kat dia, sepatutnya dalam umur dia yang dah masuk 50an, keje dah tak perlu pening2 kepala... rilek.. yer la, sebelum ni 18 tahun dia kat Bukit Aman, kerja tak ada lah tertekan sangat macam sekarang... kat sini dia baru 7 bulan, tapi nak buat camana, dah dia dok situ terpaksa juga lah... aku sempat jugak la mintak dia bersabar dan belajar mengenali perangai masing2 dan dia bagitau aku yang sekarang ni dia dah mula memahami serba sedikit tentang hati budi dan perangai masing2... ermmm.. sorry lah aku tak boleh nak terangkan lebih2 takut nanti tersalah tafsir pula... *wink*

Hari ni kak wanie cuti.. so aku dengan linie jer la yang ada.. boring giler... tengahari kitorang lepak kat kantin... tengah2 makan tu Tuan Khai a.k.a Baim Wong datang... sorang2 plak dia, kembar siam dia tak ikut sekali.. dia tak join meja kitorang cam biasa, dia dok sorang2 kat meja sebelah.. so kitorang berborak dari jarak jauh la, kadang2 tak dengar apa yang dia cakap... aku cakap kat dia, meh la join kat meja kitorang sekali, senang skit nak borak.. korang tau apa dia kata???? dia kata, "ishhhhh... tak boleh, bukan muhrim.. lagipun aku dah berazam start Hari Malaysia haritu, aku nak lebih berintegriti dan kurangkan gosip" hahahahaha! aku, linie ngan shuhada yang join kitorang sekali boleh gelak sakan bila dengar jawapan dari tuan khai... sengal punya jawapan... konon nak kurangkan gosip, tapi dalam pada tu dia bergosip jugak... hahaha! aku siap perli dia tanya bini ada kat rumah ker? sebab takut nak join makan semeja ngan kitorang... maklumlah, rumah dia kat atas tu jer.... biasanya pantang tengok meja kitorang kosong, mesti join sekaki punya (aku rasa dia segan dengan shuhada kot) Tengah2 borak tu, datang pulak si Mizie terus ke meja aku... sempat la aku tanya dia pasal training badminton coz si Mizie ni geng badminton aku main petang2 kat dewan ipd tu...

Petang,  takder benda nak buat, aku ikut rombongan cik linie ke logistik, tingkat 12.. ni lah hobi aku... petang2 suka merayap pergi melawat kawasan... hahaha! yer la... dari terperap jer kat cops tu, baik aku pergi mencuci mata... bleh exercise sekali, mengeluarkan peluh sambil beramah mesra dengan kawan2... hehehe... selepas bergosip ngan chy ain dan ieyla, aku turun tingkat lapan pulak cari berita... maklumlah... wartawan hiburan... ngeh3...

Balik rumah jer, terima satu call dari kak noni... nak datang rumah katanya, nak beraya... kelam kabut aku suruh my asben pergi kedai beli barang2 nak buat bihun goreng singapore, sebab aku tau kak noni suka makan bihun singapore ni... dalam pada masak tu, akhirnya setelah setahun lebih, gas dapur aku pon abis... sian my asben kena keluar semula untuk beli gas... try call orang kedai tu mintak hantar tapi tak berjawab, tu yang terpaksa pergi sendiri tu... ngam2 jer siap masak jer, kak noni pon sampai... fuhhhhh lega coz sempat siapkan memasak.. lama jugak kitorang borak... maklumlah lama dah berjumpa, banyak lah ceritanya....

gambar tong gas sapa la yg aku jumpa kat mudah ni... pinjam yer (sekadar hiasan)

Ainul seronok la ada kawan datang rumah, anak2 kak noni tu... habis dia tunjuk barang2 mainan dia termasuk epad yang aku belikan dari China tu... bila kak noni balik jer, dia takder geng, aku yang jadi mangsa dia... ajak main sama... adoi la... huhuhuhu!

Rasanya ni jer la yang aku dapat cerita pada diari maya ku untuk hari ni...

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

18 September 2011

Blogku di hacked!

By Dalia Hassan at Ahad, September 18, 2011 2 comments
Poyo dan sengal punya orang... blog aku yang tak seberapa ni pun nak di hacked... bengong punya hacker Pujangga Kesepian... tension aku... setelah minta nasihat daripada rakan blogger aku merangkap rakan satu tempat kerja dengan aku, Shahazrin (Shahazrin.com), akhirnya tepat jam 11.44pm aku berjaya me'remove'kan si hacker daripada blog aku ni.... fuhhhh! lega... nasib baik aku ada backup html code aku, kalau tak jenuh jugak aku nak mencari semula template aku tu...

Kesepian sangat la tu....

Selamat tinggal Pujangga Kesepian....

17 September 2011

Jemputan Rumah Terbuka

By Dalia Hassan at Sabtu, September 17, 2011 0 comments
Burrrrrppppp! Alhamdulillah.. Kenyang gila.. Macam2 dah sumbat kat dalam perut aku yang sememangnya besar ni.. Almaklumlah, baru balik dari jemputan rumah terbuka Dato' Seri Dr Erwan kat Usj3.. Macam2 makanan ada..
 
Tadi, pas magrib aku tunggu kak wani dan family dia kat depan ipd.. Plan asal nak follow je belakang bas yang bawak rombongan ke rumah dato'.. Tapi sampai je, kebetulan serentak dengan tuan naser, so dia ajak kitorang pergi dulu, follow belakang kereta dia.. Ok gak coz kalau nak tunggu bas, confirm lambat.. Sampai rumah dato' lebih kurang kul 8, terus kitorang amik tempat.. Fuhhhhh! Nasib baik kitorang sampai awal, kalau tak confirm susah nak dapat parking, apatah lagi meja makan yang penuh.. Ramai jugak yang makan sambil berdiri disebabkan tak cukup tempat duduk...

Antara makanan yang dihidangkan

Sesi mengagihkan duit sumbangan raya kepada kanak2

Ainul Mardhiah~Puteri kesayanganku
Dalam kul 9.10pm, masa yang di tunggu2 pun tiba.. Masa untuk dato' mengagih2kan duit raya untuk anak2 kakitangan IPD Subang Jaya yg berumur 16 tahun ke bawah.. Yeayyyyy! Ainul dapat RM50... Kak wani untung la, anak 4.. Dapat rm200.. Syok anak ramai ni.. Wat collection. Hahaha! Buruk perangai..

Dapat duit raya jer, kitorang terus balik.. Nak tunggu apa lagi.. Makan sudah, duit pun dah dapat.. Apa lagi... Bagi chance la kat orang lain yang tak dapat duduk kat meja... Hehehe!

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Alia : Tadi masa aku baru sampai IPD, mak aku called. Dia bagitau yang Kak Noi (Datin Seri Normala Shamsudin) aku baru jer balik dari rumah parent aku kat kampung... datang beraya... kak noi bagitau mak, yang dia call aku banyak kali, tapi aku tak jawab... hehehe... sorry la kak noi.. kita memang kalau nombor pelik keluar kita tak jawab... tetiba teringat dulu kalau dia datang rumah mak, mesti rumah penuh dengan jiran2 dan orang kampung aku yang nak jumpa dan bergambar dengan dia. Pernah sampai kitorang adik beradik pesan kat mak, kalau ada orang tanya bila kak noi nak datang, cakap jer tak tau... yer la... kitorang ni jarang berjumpa... sekali sekala berjumpa tu nak la jugak bercerita panjang.. tapi satu pasal dia yang aku respect, walaupun jauh perjalanan dia, dia tak pernah lupakan asal usul dia.. macamana aku kenal Normala Shamsudin masa kecik, macam tu jugalah dia sekarang... sebab tu aku sayangggg sangat kat kakak aku nan seorang ni...hehehehe!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Takder Tajuk....

By Dalia Hassan at Sabtu, September 17, 2011 0 comments
Baru sampai rumah... Arghhhh penatnya.... dah le kena kerja hari ni... balik kerja tadi singgah rumah kak som jap kat usj6... beraya.. lagipun saje je melawat dia yang tak berapa sihat, dah dekat seminggu.. dah ler tinggal rumah sorang2.. anak dia outstation, ke England... urusan kerja, sambil tu pergi bercuti sekali... Kak Som ni ibu tunggal sejak 23 tahun yang lepas... anak dia sekarang dah masuk 25 tahun.. dia berpisah dengan suami dia masa anak dia umur 2 tahun lagi... sejak tu dia tak pernah berkahwin lagi... Tapi hari ni aku baru tau yang umur dia dah masuk 54, mati2 aku ingat umur dia awal 40an... serius nampak muda... jeles aku! haha! Tapi yang bestnya, sebelum balik, Kak Som bagi aku hamper... isk isk terharu aku... padahal aku baru jer kenal dengan kak som ni, itupun sebab haritu aku tolong dia settlekan pasal black list dia dengan JPJ, coz ada sedikit technical error dengan sistem PDRM... sejak tu la aku mula rapat dengan kak som... tapi best dapat kenal ngan dia, peramah... baik hati...

Arini kat opis, memang sangat membosankan... walaupun cuma kerja 3 jam jer, tapi aku rasa entah macam apa tah... tapi, memang biasanya kerja di hari sabtu macam ni... bukannya ada kerja sangat pon, tapi dah arahan dari pihak atasan, sekurang2nya seorang budak kewangan kena kerja, terpaksa jugalah... so, kami bertiga jer budak kewangan, terpaksalah juga kerja ikut giliran sabtu... bergilir2... tapi tak kisahlah kan.. sebab, sehari kerja sabtu yang 3 jam tu, kami layak untuk ambil satu hari penuh cuti tanpa rekod... i like... hehehe! tapi yang seronoknya, my good friend, T~Ni ada datang jumpa aku kat opis... rupanya dia pun kena kerja... hehehe sama la kita kan? kena kerja sabtu.. padan muka kita sama2... encik amran pon ada juga masuk opis... tak ada apa nak buat kat rumah katanya... tu yang dia datang opis... tapi bukannya dia nak bawakkan aku kuey tiaw sup kegemaran aku tu.. dah le aku lapar... frust betul... bukan apa, kuey tiaw sup dan mee kari yang dia selalu belikan untuk kami tu memang sedap, tapi cuma dia jer yang tau mana kedai tu... aku tak tau kat mana, kalau tak boleh jugak lah aku beli sendiri... dia kata kedai tu kat kawasan Kg Medan, Jalan Klang Lama... masalahnya mana lah aku tau kawasan tu... huhuhu!

Ok lah. got to go. nak bersiap pergi rumah Dato' Irwan kat USJ3, dia buat makan2... yang penting, nak beratur amik angpau duit raya.. ngeh3!

Daaaaaaaaaaaaaaaaa!

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review