Sahabat

Halaman

24 Oktober 2011

Peringatan untuk semua....

By Dalia Hassan at Isnin, Oktober 24, 2011 0 comments
 Sharing Is Caring


Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.


sekadar gambar hiasan

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam

19 Oktober 2011

My Incoming Holiday (Part Two)

By Dalia Hassan at Rabu, Oktober 19, 2011 0 comments
My Incoming Holiday (Part One)

Yeayyyy! Lokasi terbaru jalan2 cari makan 2012.... Jom!

Haisshhhhh... tahun 2012 travel jer la keje aku and the geng... takperlah.. lagipun tiket murah, inilah masanya untuk jalan2 cari makan... hehehe!


Alia : Nanti kalau ada destinasi baru untuk dituju, aku akan update "My Incoming Holiday (Part Three)

17 Oktober 2011

Hari Ini : 17 Oktober 2011

By Dalia Hassan at Isnin, Oktober 17, 2011 0 comments
Penatnya rasa hari ni. Tak banyak keje pon, tapi rasa letih sangat.. Perut dah dua tiga hari ni rasa sebu sangat..

Tadi dalam kul 3 ada meeting kat tingkat 9.. Terkejar2 aku dengan nak hantar report kat logistik lagi, nak minta tandatangan Tuan Khai lagi. Meeting lagi.. Dalam kul 4 aku minta kebenaran kuar meeting then aku pergi settlekan apa2 yang patut. Pas pergi logistik, aku melepak kat tingkat 8 untuk minta tandatangan Tuan Khai. Memandangkan yang hari ni asben aku yang jemput balik keje dan awal2 dia dah bagitau aku yang dia lewat, aku stay je kat tingkat 8 sambil tolong2 diorang siapkan carta organisasi.


Roti yang dibakar oleh Sahidun. Sekeping aku makan, sekeping lagi Tuan Khai a.k.a Baim Wong yang tolong makan.
Air Milo. Juga disediakan oleh Sahidun.. Thanks ye Idun, ko memang memahami kawanmu yang tengah kelaparan ni, lebih2 lagi hari pulak hujan... ngeh3!
Satay yang dibelanja oleh Tuan Ramzi sebab tolong siapkan carta organisasi yang sepatutnya takder kena mengena dengan aku untuk siapkan. Tapi satay ni memang sedap. Aku pulak tengah lapar, elok la tu... heheh!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jalan - Jalan Cari Makan : Flaming Steamboat

By Dalia Hassan at Isnin, Oktober 17, 2011 0 comments

Lokasi: Flaming Steamboat,Sunway
Tarikh : 16 Oktober 2011


Permintaan dari adik aku yang senget, Adah supaya aku belanja dia makan steamboat....

                                     

                                     

                                     

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

16 Oktober 2011

Maafkanlah Ibu - Oja

By Dalia Hassan at Ahad, Oktober 16, 2011 0 comments
Oja atau nama sebenarnya Dani Nashuza Daud (kalau tak salah aku), lagi seorang penyanyi yang aku minat sangat masa aku kecik2 dulu. Salah satu faktor yang menyebabkan aku minat dia selain bakat yang dia ada, adalah wajahnya yang sangat cute. Selain menyanyi, dia juga seorang pelakon. Ada satu drama yang dilakonkan oleh beliau yang aku suka sangat. Tajuk drama tu aku dah lupa, tapi jalan cerita drama tu aku ingat. Mengisahkan adik beradik yatim piatu yang terpisah sejak kecil apabila masing2 diserahkan pada keluarga angkat...

Sayangi Daku - Andrian Shah

By Dalia Hassan at Ahad, Oktober 16, 2011 0 comments


Tetiba je aku teringat nak cari semula lagu ni, syukurlah jumpa... Terkenang kembali zaman kanak2 ku.. Andrian Syah memang popular sekitar penghujung tahun 80an. Walaupun dah bertahun2, aku masih ingat setiap lirik kata dalam lagu ni... Best sangat.

Layannnnnn!

10 Oktober 2011

Al Fatihah : ACP Zainal Rashid Bin Hj. Abu Bakar

By Dalia Hassan at Isnin, Oktober 10, 2011 0 comments
Bagaikan mimpi! Itulah yang aku rasa ketika dapat khabar sedih tentang kehilangan boss aku, Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Zainal Rashid Bin Hj. Abu Bakar. Pada waktu tu, aku , Anne Tuah, Ieyla A.Rani dan Ustaz Zul Waqar masih lagi berada di Rumah Orang Tua Al-Ikhlas Puchong kerana mengikuti lawatan amal yang dianjurkan oleh The Red Warriors Lembah Kelang. Lebih kurang sepuluh minit sebelum tu, kami telah diberitahu bahawa Allahyarham jatuh pengsan selepas bermain golf dalam satu pertandingan piala KP di Kota Kemuning dan telah dihantar ke Columbia Asia Hospital untuk rawatan. Tapi berita yang menyusul selang beberapa minit itu benar2 membuatkan kami tergamam. Pinggan berisi bihun goreng aku campakkan ke plastik sampah. Begitu juga dengan Anne dan juga Ieyla. Selera kami termati dengan tiba2. Sedih sangat. Allahyarham seorang ketua yang sangat baik dan sukar dicari ganti. Masih terbayang2 senyuman dari arwah jika kami berselisih jalan. Baru beberapa hari lepas aku terserempak dengan arwah, dan arwah sambil tersenyum menegur bertanya hendak kemana walaupun dia nampak yang aku baru keluar dari tandas.

Allahyarham ACP Zainal Rashid Bin Hj Abu Bakar semasa hayatnya.. gambar diambil oleh aku ketika pertandingan menembak piala KPD Subang Jaya di Briged Tengah PGA Cheras pada bulan March yang lepas.

Van jenazah. Gambar ni diambil di unit forensik Hospital Serdang ketika menunggu jenazah untuk dibedah siasat dan dimandi serta dikafankan sebelum dibawa balik ke surau IPD Subang Jaya untuk disembahyangkan.
Jiran sepagarku dari shahazrin.com sedang membantu menyediakan kain kafan sambil diperhatikan oleh Anne Tuah.
Jenazah tiba di surau IPD Subang Jaya untuk penghormatan terakhir. Saat ni menitis lagi airmata aku, sayu sangat.




Selepas mendapat berita pemergian arwah, kami bergegas untuk ke Columbia Asia Hospital di Kota Kemuning. Tapi aku perlu menghantar ustaz Zul Waqar ke Balai Polis Puchong Jaya kerana kalau mengikut jadual, dia perlu menghadiri satu majlis Rakan Cops yang sepatutnya juga dirasmikan oleh Allahyarham pada jam 3pm. Di Balai Puchong Jaya, Ustaz diberitahu bahawa majlis dibatalkan dan dia diarahkan untuk bersiap sedia di surau IPD untuk menanti jenazah. Dari sana, kami bergegas pulang ke IPD untuk menghantar ustaz zul dan terus menuju ke Columbia Asia Hospital. Sampai pertengahan jalan, kami diberitahu bahawa jenazah akan dibawa ke Unit Forensik Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Sampai di Unit Forensik Hospital Serdang, ramai anggota dan pegawai yang sudah memenuhi ruang hospital. Semakin lama semakin ramai yang datang untuk menantikan jenazah. Selang beberapa minit selepas kami tiba di sana, anak2 Allahyarham pula tiba. Sebak dan pilu bila melihat Anja, salah seorang anak Allahyarham jatuh terduduk tidak sedarkan diri. Aku dan Anne menangis berpelukan bila tengok suasana ketika itu.. sangat sedih... aku tau dia sangat rapat dengan arwah. Rata2 yang menyaksikan kejadian tersebut tidak mampu menahan air mata yang mengalir, termasuklah Tuan Khai a.k.a Baim Wong... Setelah jenazah dimandi dan dikafankan, kami dibenarkan untuk melihat wajah Allahyarham. Subhanallah, wajahnya sangat bersih. Tak lepas aku memandang wajah arwah. Bersih sebersih2nya.

Kami berkampung di surau IPD Subang Jaya sehingga jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Semoga Allahyarham Hj. Zainal Rashid Bin Hj Abu Bakar ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin.

Lawatan Amal ke Rumah Orang Tua Al Ikhlas, Puchong

By Dalia Hassan at Isnin, Oktober 10, 2011 10 comments
Assalamualaikum wbt..

Pada Sabtu 8 Oktober yang lepas aku, Anne Tuah, Ieyla A.Rani dan Ustaz Zul Waqar telah mengikuti lawatan amal ke Rumah Orang Tua Al Ikhlas di Puchong. Lawatan amal ini dianjurkan oleh kelab The Red Warrior Lembah Kelang, yang disertai oleh Din bahagian perlesenan dan juga kawan2nya dari Kelab TRW Lembah Kelang. Sebenarnya kitorang bukanlah penyokong The Red Warrior, tapi oleh sebab kerja2 kebajikan, sentimen kenegerian kami ketepikan. Yang penting, kami dapat berbakti pada mereka2 yang memerlukan.

antara barang-barang perabot yang di dermakan ke rumah Al Ikhlas ni...

sian makcik ni.. dia ada sedikit masalah mental, tapi tidak membahayakan.. nampak dari segi butir2 percakapannya, kemungkinan dia dari latar belakang orang yang berkerjaya...


ermmmm... :'(

Ustaz Zul Waqar sedang berbual dengan pakcik ni.. Pakcik ni baru belajar berjalan semula setelah sekian lama terlantar...

huhuhuhu! camana lah nasib aku nanti bila dah tua? harap2 anak aku tak ketepikan aku bila dah tua nanti...

Ieyla menyuapkan nasi ke mulut Pak Engku.. Sian Pak Engku.. kakinya jadi membengkak dan busuk, angkara khianat saudara sendiri, semuanya disebabkan duit.. meleleh airmata dengar cerita dari pak engku... tapi rasa ralat juga, dia tanya ada ketupat tak? dia ingat kami ada bawakkan ketupat.. tapi takder... takper Pak Engku, InsyaAllah kalau ada kelapangan nanti kami akan ke sana nanti...




serius satu haram jadah aku tak paham bahasa diorang ni... tapi bak kata orang tua2, malu bertanya sesat jalan... so aku dengan muka ingin tahu tahap meluap2 aku pun tanya la pada brother2 tu, apa maksud "Kemah Keming Rapak Jik" dan makna keseluruhan pantun tu.. bro tu pun terangkanlah maksudnya satu persatu pada aku dan Ieyla.. beria2 aku dan ieyla menggangguk2 tanda faham... bila brother tu blah jer, Ieyla tanya aku, faham tak? aku terus gelak... sebab serius aku langsung tak faham apa brother tu terangkan... yer la... dah dia kecek kelate jugak masa terangkan tu, mana lah aku nak faham... hehehe.. tapi yang kelakarnya, kami jadik bahan diorang... asal bertembung jer, mesti brother tu cakap "Kemah Keming Rapak Jik"... perli kitorang la tu... hehehehe

Pakcik ni mualaf...


antara peserta yang mengikuti lawatan amal ni.. ahli kelab TRW Lembah Kelang

Ieyla sedang menuangkan air untuk pakcik ni...



Sepatutnya kami bersama2 geng TRW mengakhiri program dengan bergotong royong membersihkan rumah Al Ikhlas... Tapi, kami dikejutkan dengan satu berita sedih.... Ermm... aku akan ceritakan pada entry yang berikutnya.... :'(

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review