Sahabat

Halaman

01 November 2011

Hari Ini : 01 November 2011

By Dalia Hassan at Selasa, November 01, 2011 0 comments
Assalamualaikum....

Wah! Kejap je dah masuk bulan November kan.. Di hari pertama dalam bulan baru ni, jom tengok apa aktiviti merapu aku kat opis..

Pagi2 lagi tadi aku dah dapat call bagitau ada mesyuarat kakitangan awam kat dewan. Terlupa yang meeting biasanya dibuat setiap Selasa minggu pertama setiap bulan, aku dan linie antara orang terakhir yang masuk lewat dalam dewan... sebab tu la kena dok belakang ni... meeting start kul 8.30am dan abis dalam kul 10.10am.. Pas abis meeting sempat singgah cafe zamran, sarapan coz perut terasa lapar giler... Aku makan mee goreng, karipap seketul ngan air suam...



Encik Adam yang sedang bertungkus lumus membersihkan opis... (serba salah kami dibuatnya)
Alahai Encik Adam... Dialah sekarang pengganti cleaner yang kontrak dah tamat dua tiga minggu lepas... sejak tu, dialah yang jadi cleaner kat cops tu... tapi apa yang kami perasan, opisku jadi lebih bersih semenjak dia ambil alih tugas pembersihan tanpa bayaran. Rajin Encik Adam ni... Tengok ni sampai tertidur-tidur kepenatan... Batang mop kat sebelah. Muqaddam kat depan.. Biasanya pas mengemop lantai dan menyiapkan kerja2 dia, dia akan belajar mengaji Muqaddam. Walaupun kesedaran tu sampai dah terlewat, Alhamdulillah sekurang-kurangnya dia berusaha juga untuk belajar. Awal2 hari tu dia cakap dia malu dengan kami, tapi aku cakap kat dia, apa nak dimalukan? Kadang2 kalau ada masa aku akan mengajar dia mengaji..... Seronok dapat ajar dia...

Balik dari opis, aku ngan Linie pergi ke IOI Mall Puchong semata2 nak beli Toner Cartridge yang semakin nazak kat opisku.. Ni kali kedua kami terpaksa guna duit sendiri untuk beli toner ni sebab kekurangan bekalan kat stor.. nak buat camana.. nanti claim balik la... huhuhu! Boleh ya boss!

Pas meronda2 dalam IOI Mall Puchong, aku ngan Linie mencekik kat Burger King.. Lapar gler.. Linie pun perasan masa aku ngah drive aku asyik usap perutku yang minta diisi...  heheh..

Kebetulan balik dari IOI Mall, U-turn depan tu konon2 nak singgah Maybank jap... alang2 dah sampai sana, tetiba jer rasa cam nak jumpa Sub Inspector Rosli ni kat Balai Polis Puchong Jaya... tu yang kami menyinggah jap tu.. biasalah, kami ni kan mesra alam... dok berborak ngan S.I ni memang banyak cerita yang keluar. Kalau tak diberhentikan perbualan, memang takkan abis bercerita.. hehehe.. akhirnya kami keluar dari opis dia dalam kul 7.10pm.. maghrib dah pun.... Aku hantar Linie balik, then aku terus pecut balik rumah dalam hujan lebat tu.. nasib baik tak jem... hehehe!


Itu jer la cerita aku untuk hari ni.... ;p

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!


Alia : Hari ni tetiba jer My good friend, T~Ni datang opis aku (jarang dia datang opis aku... sebulan sekali pon belum tentu)... tapi dia datang kejap jer.. kebetulan masa dia datang, aku ngah berborak dengan sorang mamat ni sambil gelak2... yang mamat tu pulak, sebelum balik dia bleh bagi aku business card dia dan siap pesan kat aku "nanti call tau!" adoi la... dah le kawan kesayangan aku ni kuat jeles... nasib tak baik lah dia ada pulak masa kejadian tu.. bila mamat tu blah jer, dia terus tanya aku, "mamat tu nak apa?!" adoila bang oiiiii... ni kaunter saman trafik la, orang tu datang sebab nak bayar saman.... apalagi???? lagi mau tanya ka? pastu tak abis2 lagi tak puas ati pasal budak yang aku minat tu.. aku pun dah tak tau nak cakap apa... macam orang bercinta plak, jeles tak tentu pasal... tapi yang pasti, aku tak bercinta dengan dia... aku sayang encik asben aku oiiiiiii! hehehe...

31 Oktober 2011

Cabaran Sehari Tanpa Facebook

By Dalia Hassan at Isnin, Oktober 31, 2011 2 comments
Esok, 1/11/11 bermula jam 12:00am aku berazam untuk tidak meletakkan status di facebook, memberi komen, dan apa2 sahaja berkaitan facebook untuk tempoh 24 jam... Pendek kata aku cuba mengajar diriku untuk mengawal daripada nafsu untuk membuka atau membaca atau memberi komen atau apa2 sahaja berkaitan facebook.

1/11/11 12:00am sehingga 1/11/11 11:59pm

Esok, aku akan aktifkan mode silent untuk facebook ku dan akan ditukarkan kepada mode normal selepas jam 11:59pm... Mampukah aku bertahan????

So kawan2ku especially my good friend.... sebarang pertanyaan atau pesanan melalui facebook tidak akan dilayan untuk satu hari yer. Hanya panggilan telefon / sms sahaja yang akan dilayan.... Terima kasih. *Wink*

Chaiyo chaiyokkkkkk!

Petua Menghilangkan Jerawat

By Dalia Hassan at Isnin, Oktober 31, 2011 0 comments
Aku bukan nak BAGI petua untuk menghilangkan jerawat, tapi aku nak MINTA petua untuk menghilangkan jerawat... jerawat dah menjadi2 naik kat muka aku ni... tak pernah muka aku jerawat naik sebegini banyak.. berebut2 nak keluar.. adoi la... stress aku dibuatnya... arghhhhhh!

Pergi ke mana2, ramai yang menegurnya... muka aku yang sebelum ni tak der banyak masalah, dah jadi penuh dengan masalah... ni gara2 aku gatal2 tukar pencuci muka la ni... padan muka aku... dah elok2 pakai pencuci tu, aku pergi tukar dengan jenama lain... hambekkkkk ko! dussssssshhhhh! kepala pon dah jadi mereng...

Tadi pergi jumpa bos aku Tuan Khai a.k.a Baim Wong kat tingkat 8, pon dia tegur lagi... dia yang susah hati tengok muka aku naik jerawat... aku lagi la susah hati...macam2 dia pesan, jangan makan kacang... jangan makan makanan yang berminyak... jangan itu, jangan ini.. perasan jer dia kalau ada jerawat baru naik kat muka aku... tadi dia siap tunjuk kat dua tempat atas mulut aku ni ada jerawat baru tumbuh...perihatin sungguh bos aku nan seorang ni... InsyaAllah aku akan amalkan satu petua yang dia bagi ni... petua untuk hilangkan jerawat.. dia kata petua ni dia dapat dari arwah abang dia... oklah.. aku akan start amalkan mulai malam ni... Chaiyokkkkk!



Alia : My good friend, T~Ni masih lagi dalam mood merajuk dia.... dalam kul 2:04pm tadi dia sms aku "xjumpa buah ati ke arini xde mood?" hehehe... agaknyer sebab dia baca kat status facebook aku tadi aku tulis "takder mood nak keje arini... :( " tu yang dia perli aku tu... aku cakap la kat IPD tu dia jer la buah hati aku... kawan kesayangan aku... aku takder mood sebab dah lama tak jumpa dia... pastu dia balas "Dan2 la... sebb x jumpa buah ati kan yg xda mood arini... bgs ar..." aikkk??? dia ni apasal?? pastu aku cakap yang dia tu sombong... selisih ngan aku pon buat2 tak kenal jer... pastu dia balas "Eleh.. Sapa sombong.. Mentang2 la ada buah ati br.." adoi la... rupanya tak abis lagi cerita pasal budak yang aku minat tu... aptb!

30 Oktober 2011

Siaran Tertunda : Birthday Ainul Mardhiah

By Dalia Hassan at Ahad, Oktober 30, 2011 0 comments
Dah sebulan lebih aku simpan gambar ni... asyik terlupa jer nak publish.. Kek ni aku buat sempena birthday Ainul Mardhiah yang ke~5 pada 25 September, sehari selepas birthday aku... Kek ni pun aku buat atas permintaan Ainul sendiri yang mahu aku sendiri buat kek besday dia, tak nak beli kat kedai... terpaksa jugalah aku bertungkus lumus membuatnya...




Goodies

Sebahagian goodies untuk dihantar ke tadika Strawberry

Perabih duit @ Lowyat Plaza

By Dalia Hassan at Ahad, Oktober 30, 2011 2 comments
Haaaaaaa! Misi menghabiskan duit (asben aku) di Lowyat Plaza, KL.. Plan asal cuma nak survey harga laptop kat sana coz my mom in law suruh kami tengok2kan harga, dia nak beli laptop yang bajetnya lebih kurang RM1400.. Komputer kat rumah tu dah uzur, tu yang mak mertuaku nak ganti baru.

Tapi, bila dah sampai sana, rambang mata jadinya.. Mulalah rasa macam nak beli itu dan ini.. Setelah dapat membodek encik asben yang memang senang digoda oleh aku, berjaya jugak aku beli GPS yang murah untuk letak kat kereta aku, kamera Canon untuk kegunaan aku juga serta pendrive Sony 8Gb.. Hehehe..


Thanks abang.. Mmuaaaahhhhxx! Pasni belikan Ya Ipad2 pulak ekkkk.. :p

Kek Keju Tiramisu

By Dalia Hassan at Ahad, Oktober 30, 2011 0 comments
Taaaaarrraaaaa!

Dalam pada kemalasan aku hari ni, sempat juga aku menyiapkan kek keju tiramisu yang dah lama aku berangan nak buat.. Jadi la juga walaupun rupa kek ni tak berapa nak cantik, yang penting sedaaaaapppp!

Meh sama2 layan kek keju tiramisu aku ni.. Nyum nyum nyum.. Jemput makan ya... :p

Kek Keju Tiramisu

29 Oktober 2011

Boring Boring Boring ~Kerja Di Pagi Sabtu~

By Dalia Hassan at Sabtu, Oktober 29, 2011 1 comments
Alahai boringnya... pada masa dan ketika ini, aku berada di opisku dan aku keseorangan! Arggghhhh... kenapa lah aku tersadai kat sini pada hari Sabtu yang sepatutnya aku menghabiskan masa dirumah ataupun di shopping2 complex... isk isk...

Semalam aku langsung tak sempat nak update blog aku ni, lagipun tak ada cerita yang menarik pun. Selain dari my good friend, T~Ni yang masih merajuk tu, pagi semalam aku ikut Tuan Khai a.k.a Baim Wong pergi Bukit Aman, ada kerja skit nak settle. Then balik opis semula, wat kerja macam biasa.. petang ingatkan ada latihan zapin, tapi kansel la plak... nak main badminton, takder geng plak.. frust betul. tak tau nak pergi mana sebab dah janji ngan Ainul nak ambik dia dari taska malam skit. Dia suruh aku ambik dia malam sebab dia nak berborak lama2 dengan Eisya katanya.. adoi la anak aku sorang ni... pikir punya pikir aku amik keputusan pergi menghabiskan masa dan duit di Carefour Subang Jaya... okeyla tu.. tak pasal2 duit aku RM232 abis beli barang kat Carefour tu.. beli baju kurung, seluar, blouse ngan barang2 dapur... itu pun nyaris2 lagi aku tergoda nak beli kamera, nasib baik aku mampu lagi menyabarkan dan mengingatkan diri aku bahawa gaji lama lagi nak dapat... haishhhhh! aptb!

Apa lagi nak cerita ek??? ermmm.... ada 45 minutes lagi sebelum aku balik rumah... banyak masa lagi tu... nak buat kerja pun tak boleh, akaun tak boleh buka... tak tau kenapa... nasiblah, makan gaji buta aku hari ni... sekali sekala... ahaks.. nak makan, megi jer yang ada... tak best bila hari2 makan megi.. tapi tadi aku perabihkan kek cokelat yang aku beli semalam.. sib baik aku ada simpan dalam peti ais, bleh gak aku bersarapan kek hari ni.. ngah sedap2 aku suap kek kat mulut, jiran sepagarku Shahazrin datang ambik novel Biarlah YM Berbicara.... hehehe...

Oklah... tu jer la yang aku nak bercerita... kalau ada apa2 aku akan update kemudian yer...

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Alia : semalam (Jumaat), waktu rehat yang lama aku habiskan kat opis jer.. malas nak keluar... lagi pun aku ngan Linie jer tinggal kat opis, kak wani takder... so masa rehat tu aku ambil kesempatan ajar Kopral Adam mengaji Muqaddam... ermmm.. banyak kali dia cakap kat aku yang dia malu, dah tua2 baru nak belajar baca Muqaddam.. aku cakap kat dia, apa yang nak dimalukan... sekurang2nya dia berusaha nak belajar.. kan?

27 Oktober 2011

Hari Ini : 27 Oktober 2011

By Dalia Hassan at Khamis, Oktober 27, 2011 2 comments
Assalamualaikum semua.....

Hari ni memang hari kemalasan buat aku... apa taknya, Selasa ngan Rabu pergi bercuti ke Melaka, Khamis dah kena kerja... badan rasa sakit2, tapi terpaksa jugalah aku ke opis.. kalau ikutkan, hari ni aku dah start latihan sukan kat puchong selama dua minggu, tapi aku dan linie tarik diri saat akhir walaupun semboyan dah keluar dan nama kami tersenarai... nak tau tak kenapa aku tarik diri? sebabnya, aku tak larat la nak berlatih dari pagi sampai petang kat tengah2 padang sekolah tu.. dua minggu pulak tu... aku lebih rela bermain badminton kat dewan tu setiap hari daripada aku berhujan berpanas kat tengah2 padang tu.. hahaha! poyo aku kan? lantaklah...

Sampai jer perkarangan IPD dan parking kereta, aku jalan kat tepi opis aku dan tetiba aku terpandangkan pokok cili yang aku tanam kat tepi tu... masa mula2 tanam, aku ingatkan dah tak ada harapan pokok cili tu nak hidup sebab separuh dari pokok tu layu... tapi mungkin sebab setiap petang aku akan membelai pokok cili tu, ahirnya pagi tadi aku tengok pokok cili tu mengeluarkan bunga... spontan, aku cakap ngan pokok cili yang ngah berbunga tu "ermm! perkembangan bagus... macam ni laaaaaa" sekali toleh2 tengok ada sorang anggota polis ngah sengeh2 kat aku... adoi la weh... malunya.. mesti dia ingat otak aku ni dah senget, cakap ngan pokok... apa pun tak bleh! lantaklah... haishhhhhh!

Oh ya... sebenarnya aku ada terminat kat sorang mamat ni... suka2 jer nak cari daya penarik kat tempat kerja aku ni supaya aku lebih rajin untuk datang bekerja... wah! tak sedar diri betul aku ni walaupun dah ada anak... hahaha! Setiap hari aku akan tunggu dia lalu depan opis aku... sajer jer nak bagi motivasi kat diri sendiri supaya aku tak tertidur kat opis... no more than that, hopefully... hehhehe... tiba2 pulak hari ni mamat tu boleh singgah kat opis aku, dan sempat juga la berbual skit dengan dia... linie yang tau aku minat kat mamat tu, sempat bagi isyarat kat aku... hahaha.. isyarat mengusik la, apa lagi... dengan happynya aku mengupdate status facebook aku...



Ramai juga kawanku yang mengusik, tapi aku tak ambil kisah sebab aku tau diorang tau yang aku tak serius, sekadar suka2 jer... kadang2 angin miang tu datang juga, tapi sekadar gurauan jer... untuk pengetahuan korang, aku sayang gila kat encik asben aku tu... susah nak cari asben macam dia... tapi dia pun tau dah perangai aku camana, sebab tu dia tak kisah sangat... dia tau aku tau limit aku kat mana... dan, aku rajin bercerita kat dia apa2 yang berlaku kat opis... dia pun tau aku ada abang angkat a.k.a my good friend, T~Ni.... malah dia pun pernah jumpa ngan my good friend ni... Eh... cerita pasal my good friend ni, gara2 status facebook aku yang kat atas ni, dia merajuk dengan aku... hahaha!

"Erm.. Dgr citer dah ada kekasih hati br skrg kat ipd.." nak gelak bila aku baca mesej dari dia.. aku memang rapat ngan kawan baikku nan seorang ni, tapi takkan la aku tak bleh rapat dengan orang lain jugak, kan?
Bila aku bagitau dia yang dia tetap kawan terbaik aku kat ipd, dia balas dengan nada merajuk..
"Eleh.. Xyah la..Kan dah bersemangat dtg keje skrg.. Pg td kan dah berbual" hahaaha! kelakarlah... dia rujuk pada ayat yang aku komen kat status aku tu... aku kata saja nak cari daya penarik kat tempat keje, supaya aku lebih rajin nak datang kerja... tapi tak sangka plak my good friend ni merajuk... dia tak tau, yang aku lebih2 bersemangat lagi kalau dapat berborak dengan dia... (wah! kontroversi ni) tapi memang betul... dari aku kenal dan rapat dengan dia sejak januari lepas, sampai sekarang, aku sayaaaaannnnnggggg sangat kat dia... sayang seorang rakan kepada rakannya... tak lebih dari tu... tapi aku memang perasan, sejak aku kecil dulu, dari aku sekolah rendah sampai ke universiti, kawan2 terbaikku semuanya lelaki... kenapa? agaknya sebab diorang tak banyak songeh kot... dan yang lebih penting, kalau bergaduh mesti aku yang menang.... hahahaha! i like~

Okaylah.... masa untuk tidur...... ZZzzzzzzzzzzzz......

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review