Gambar-gambar yang tak sempat aku nak selitkan dalam entry2 yang sebelum ni....
Buah Cempedak Di Luar Pagar : Buah cempedak ni mak aku yang bagi, dipetik segar dari pokok belakang rumah... Gila babas aku nak abiskan, sebiji pun tak habis... buah yang isinya sangat sedap, buat goreng cempedak pun sedap... untuk mengelakkan pembaziran, aku sedekahkan buah cempedak ni kat kawan2 dan jiran2 aku... (asalnya ada 11 biji buah yang mak aku bagi.. tapi lepas dah agih-agihkan kat jiran aku, tetiba jer baru teringat nak amik gambar... lima bijik pun adi la, asal ada... ngeeeeeee!)
Aku, Linie, Syuhada dan Linda dok melepak makan ais krim Tutti Frutti kat Mydin Usj 1... Penaja rasmi adalah minah atas ni, Linie... thanks yer Linie, next time bleh belanja kami lagi... i like~
Memandangkan sekarang ni aku dalam proses untuk meng'kurus'kan badan, so ini adalah salah satu menu harian aku.... tiada nasi yer... harap maklum...
Mamat Tayar Dan Bateri... Memang terbaik di Kota Tinggi... harga yang sangat berpatutan, servis yang sangat bagus... beza, memang berbeza... hehehe (aku ni kiranya pelanggan tetap dia la kalau balik sana)
Psssssssttttttttt! Awak, kita nak bagitau awak satu perkara ni, tapi awak janji jangan bagitau asben kita ok apa yang kita nak cakap ni.... Tadi kan, masa balik keje entah macamana kereta yang kita drive tu tiba-tiba je ter park kat depan kedai sukan kat SS16 tu... camana entah bleh ada kat situ... macam ada magnet... pastu kan entah camana plak kan, kita terbeli barang2 sukan, raket... kasut sukan.. shuttlecock... padahal sebelum ni asben kita dah banyak kali bebel pasal barang2 ni yang banyak... penuh kat bonet kereta kita tu dengan barang sukan ni jer.... pastu tadi kita ter beli lagi, abis duit kita RM420 kat kedai sukan tu je.. camana ni kita nak sorokkan barang2 tu? harap2 encik asben tak bukak bonet kereta kita, sebab kita dah sorok dah kat bawah timbunan kasut dan raket2 lama...
Agak2 rahsia ni bleh bertahan lama tak???? harap-haraplah..... Aminnnnnn....
Ke hulu ke hilir aku kemana-mana aja mesti orang akan tanya aku, baru sorang jer ker anak? kenapa tak tambah lagi? bagilah Ainul tu adik.. sian Ainul tak ada adik...
Ermmmmm.... macamana yer aku nak jawab???????
Bila tengok kawan-kawan semua baby bertambah, perut membengkak, anak berduyun-duyun, seronok aku tengok... tapi nak buat macamana kan? Kadang-kadang tu memang terasa rindu sangat nak mengandung lagi, orang kata masa mengandung ni la kita boleh bermanja lebih-lebih dengan suami. Betul ker? sebab aku dulu tak merasa pun nak bermanja-manja dengan encik asben sebab kami dok berjauhan. Aku kat Subang, suami aku kerja kat JB... nak buat camana, dari hari pertama cuti kahwin kami habis, kami dah dok berjauhan... sampai aku mengandung dan lahirkan Ainul, kami masih berjauhan sehinggalah Ainul berusia 7 bulan, encik asben ambil keputusan untuk cari kerja baru kat Subang dan tinggalkan kerja lama dia di JB.. yer la, berjanggut tunggu nak mintak tukar, tak dapat2... Akhirnya, dia ambil keputusan lepaskan segalanya kat sana.. hehehe...
Apa?
ulang lagi sekali soalan tu?
kenapa aku yang tak pindah JB?
ermmmm... hehehe... memang aku dah awal2 cakap ngan asben aku, aku tak nak dok sana... so terpaksalah.....
Terpaksalah apa?
terpaksalah aku terima segalanya especially waktu aku ngah sarat mengandung... ingat lagi satu hari tu, aku tak boleh bangun langsung sebab sakit punggung yang teramat sangat.. kebetulan kawan aku yang aku ajak dia tinggal sekali ngan aku tu balik kampung.... so aku keseorangan kat rumah dengan keadaan tak boleh bangun sampai aku menangis sorang2 sebab lapar... tapi aku kuatkan semangat jugak sebab aku tahu tu pilihan aku.. nak tak nak aku kena terima.... masa tu aku mengandung 7 bulan tau... sian baby dalam perut tak cukup zat...
Lagi satu kenangan yang aku tak boleh lupa masa mengandung... aku teringin sangat nak minum fresh oren... malam tu aku kirim kat Asha untuk beli fresh oren.. sampai dekat kul 12am aku tunggu dia balik, punyalah tak sabar nak minum air tu.. sekali dia balik rupanya dia lupa nak belikan... masa tu dengan hampanya aku masuk bilik semula... aku cakap kat Asha bila dia rasa serba salah sebab terlupa, "takperlah... takder pun tak kisah... esok boleh beli" tapi tu mulut yang berkata, hati aku masa tu.. Ya Allah! sedih sangat2... hampa... kecewa.. dan pastu aku masuk bilik, menangis.... "waaaaaaaaaaaaaaaaaaa! nak minum fresh orennnnnnnn!"...
Dan sekarang sebenarnya aku tak sabar juga nak dapat baby kedua... Nak merasa bermanja2 dengan suami masa mengandung yang sebelum ni aku kurang dapat (yer la.. dulu time dia balik rumah aku jer dapat bermanja2)... Sekarang ni Ainul pun dah nak masuk 6 tahun... besar dah... memang kekadang terasa sangat2 teringin nak ada baby lagi.. tapi............
Tapi apa??????
Tapi........ (biarlah part ni aku rahsiakan.... huhuhu)
Takperlah... ada rezeki nanti, adalah... kalau tak ada, bersyukurlah dengan apa yang ada... better than nothing, kan? (ayat pemujuk hati)
Erm... jap lagi dah nak masuk hari Selasa, dan pastinya aku masih lagi bercuti... Mula-mula ingatkan syok jugak dapat cuti dua hari ni, tapi sebenarnya aku bosan... tak ada apa nak buat... kalaulah encik asben aku tu ada kat rumah ok lah jugak, boleh ajak dia g jenjalan.... tapi masalahnya dia pun kena kerja... nampak macam mudah kerja sendiri, tapi hakikatnya kerja sendirilah yang susah... erm. yer la, kalau macam aku ni makan gaji, ponteng kerja pon tak jadi masalah... tapi jangan lupa lah isi borang cuti... hehehe... kalau kerja sendiri macam encik asben aku tu, memanglah masyuk tapi kalau tak kerja, mana ada duit nak masuk... nak harapkan pekerja dia yang sorang tu, memang hampeh lah... datang kerja asyik lambat jer, tapi gaji nak cepat... aptb! asben aku bleh rilek jer, tapi aku yang hangin satu badan tengok perangai budak tu.... adoiyaiiiii!
Erm. Nak buat aktiviti apa yer esok.. apasal la aku gatal sangat nak ambik cuti sampai dua hari... cuti sehari cukuplah... aku lebih rela dok kat opis tu buat kerja daripada dok kat rumah tak ada teman ni.. bosan... melainkan kalau aku balik kampung... yes! kalau kat kampung, cuti sebulan pun aku rela! waaaaaaaaaa rindu kat mak... dah dua minggu tak balik... sob sob sob :'(
Eh! cam dah lama kan tak cerita pasal my good friend, T~Ni tu? bukan tak ada cerita, tapi malas nak cerita... maklumlah, aku kan dah ada good friend yang baru... hahahah! (apa lah aku ni, kawan pun kena beza-bezakan ker?) Tapi petang tadi T~Ni ada call aku... dia wat video call, nak borak ngan anak aku, Ainul.... maklumlah, diorang ni sekarang dah jadi geng kamcing... rindu la tu dah lama tak jumpa Ainul... takper la... bagi chance kat anak beranak angkat ni beborak... mana tau satu masa nanti aku berbesan pulak dengan dia... hahaha! jauh sungguh andaian yang aku buat.... Berbesan ok lagi, jangan dia jadi menantu aku sudah... parah dibuatnya... hahaha!
♫♫Bekerja lah kita sekuatnya... berusaha lah kita sekuatnya... bekerja bekerja pergi pagi balik senja.....♫♫
Ya! bekerjalah kita.... pergi pagi balik senja... tapi masalahnya hari ni aku kena pergi kerja selepas senja dan balik tak tahu kul berapa (sedih lor, dah le hari minggu).... semalam (sabtu) aku kul 10am dah terpacak kat opis, kul 9pm baru gerak balik rumah... Alahai... ni semua sebab nak siapkan anggaran kewangan untuk pembentangan bajet 2013... tapi tak apalah, berkhidmat untuk negara.... nasib baiklah esok ngan lusa aku cuti... boleh jugaklah aku merilekkan diri kat rumah... heheheh...
Oklah... tu jer aku nak cerita...
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
Agensi Mencari Jodoh? Apa kena mengena dengan aku? hehehe... takder apa2 pon, cuma sekarang ni memang rasa nak bukak agensi cari jodoh dengan rasminya sebab dah banyak kali aku jadi match maker kepada kawan2 aku... sejak aku tingkatan empat lagi aku dah mulakan aktiviti ni bila ada permintaan dari kawan aku yang mahukan aku bantu dia tackle sorang awek ni yang sekampung ngan aku... hahaha! walaupun diorang tak ada jodoh, tapi sekurang2nya diorang dah jadi kawan baik sampai sekarang...
Yang terbaru dan membuatkan aku tersenyum lebar sampai ke sekarang, baru jer aku dapat berita dari seorang rakan aku yang membawa khabar gembira... aku kenal dia masa aku menghadiri satu kursus tahun lepas kat kem PGA Ulu Kinta Perak... Si lelaki bekerja di Kuala Lipis, Si gadis pula bekerja di Terengganu... Mereka berdua ni satu kumpulan dengan aku. Yang bestnya, aku selalu perhatikan si lelaki ni yang selalu mencuri pandang pada si gadis yang sememangnya comel dan cute. Ayu gitu. heheh... So dengan rancangan yang teliti, aku dengan seorang lagi kawanku dari Gombak, Fauziah memulakan rancangan. Nak tunggu diorang mulakan sendiri, macam slow jer... masing2 malu... malu tapi mahu... ahaks! Langkah pertama, teringat lagi masa kami sedang buat latihan untuk persembahan malam, fauziah terus tanya kat Mizie, dia dah ada girlfriend belum? tapi sebelum tu kami dah risik2 dulu kat Ija sama ada dia dah ada bf ke belum tanpa bagitau hasrat sebenar kami... bila dah dapat kepastian yang ija masih solo, langkah kedua untuk merisik status si Mizie pulak... bila dah confirm masing2 single, kami pun apalagi... terus jadi orang tengah untuk satuukan diorang... kan betul firasat aku, rupanya si Mizie memang ada hati kat Ija... hahahah! I like~
Si Ija bila dengar kami cakap ngan Mizie yang kami nak rekemenkan mereka berdua, terus dia lari, kuar dari dewan. Dia tak sangka agaknya yang kami boleh buat macam tu... heheheh.... malu la tu... yang bestnya, banyak cerita kelaka yang terjadi selepas tu... rupanya si mizie ni kuat merajuk... hahaha! sian Ija, selalu kena pujuk Mizie... dan biasanya, akulah yang akan jadi orang tengah... Sampai sekarang, kalau diorang bergaduh atau apa2, mesti masing2 akan report kat aku melalui facebook... Walaupun perkenalan singkat kami ketika kursus, iaitu selama hanya 4 hari, tapi ikatan yang terjalin tu bagaikan sudah lama... sangat erat. Sesungguhnya aku rindu mereka berdua tu... adik-adikku... ;)
Akhirnya, diorang nampaknya akan berganjak ke satu peringkat lagi... mudah-mudahan mereka bersatu, bahagia hingga selama-lamanya.... Amin.