Sahabat

Halaman

25 Februari 2012

Mesyuarat Agung PERKEP

By Dalia Hassan at Sabtu, Februari 25, 2012 0 comments
Assalamualaikum wbt....

Mesyuarat Agung PERKEP IPD Subang Jaya telah berlangsug bermula pagi tadi sehingga tengahari. Untuk pengetahuan korang, PERKEP ni ringkasan kepada 'Persatuan Keluarga Polis' dan ahlinya terdiri daripada isteri2 pegawai dan anggota polis, termasuk kakitangan awam(wanita) yang berkhidamat dalam PDRM.

22 Februari 2012

Ada Apa Dengan Adnan Sempit 2?

By Dalia Hassan at Rabu, Februari 22, 2012 0 comments

Assalamualaikum semua....


Esok, 23/2/2012 jangan lupa saksikan Adnan Sempit 2 di pawagam2 yang berhampiran anda... Ada apa dengan Adnan Sempit 2? Selain pelakon2 yang terbaik, ada juga kawan-kawan se cawanganku (trafik) yang menempel dalam filem ni termasuk Tuan Khai a.k.a Baim Wong celup..... hehehehe jom kita tengok diorang berlakon walaupun wataknya skit jer... (better than nothing kan?) 




Alia : Pas filem Adnan Sempit 2 ni, kita tunggu filem Taikun pulak sebab dalam filem tu pun diorang ada menempel lagi... hehehehe i jeles ok! (sebab tak dapat nak menempel) hahahah!

21 Februari 2012

Sepanjang Jalan Dalam Kenangan, Hi-Tea PERKEP

By Dalia Hassan at Selasa, Februari 21, 2012 0 comments
Majlis : Sepanjang Jalan Dalam Kenangan (Majlis perpisahan mantan pengerusi PERKEP IPD Subang Jaya, Puan Hajjah Muhaini)

Tarikh : 21 Febuari 2012

Tema : Merah dan Hitam

Wanita2 trafik




Kak Mona dan Wani


Anne Tuah yang bersuara emas...

makan makan juga... tenet tenet juga... hehehe

acara wajib setiap kali majlis





nani in da house!






20 Februari 2012

Kursus Yang Sepatutnya Aku Pergi Tapi......

By Dalia Hassan at Isnin, Februari 20, 2012 0 comments
 ....... tapi nampak gayanya aku terpaksa lupakan hasrat nak pergi kursus tu sebab IPK kata peruntukan untuk flight tak ada... uwarrrrggggghhhhhh tension! rasa macam nak guna duit sendiri jer pergi sana kalau susah sangat nak dapat peruntukan...... huhuhu (walhal IPN dah kuarkan surat tawaran untuk aku pergi kursus tu) sedeyyyyy!
Kursus : 201030SWK-Pengurusan Aset Alih & Stor Kerajaan
Tarikh : 05/03/2012 - 08/03/2012
Tempat : ISLAMIC INFORMATION CENTRE, KUCHING
 Alia : takperlah kawan2 ku semua yang dapat pergi kursus yang sama.. jumpa korang semua dalam mimpi yer... isk isk isk... kenang daku dalam kursusmu.... :'(

16 Februari 2012

Apa2 Aje, Bila2 Aje

By Dalia Hassan at Khamis, Februari 16, 2012 0 comments
Gambar-gambar yang tak sempat aku nak selitkan dalam entry2 yang sebelum ni....


Buah Cempedak Di Luar Pagar : Buah cempedak ni mak aku yang bagi, dipetik segar dari pokok belakang rumah...  Gila babas aku nak abiskan, sebiji pun tak habis... buah yang isinya sangat sedap, buat goreng cempedak pun sedap... untuk mengelakkan pembaziran, aku sedekahkan buah cempedak ni kat kawan2 dan jiran2 aku... (asalnya ada 11 biji buah yang mak aku bagi.. tapi lepas dah agih-agihkan kat jiran aku, tetiba jer baru teringat nak amik gambar... lima bijik pun adi la, asal ada... ngeeeeeee!)


Aku, Linie, Syuhada dan Linda dok melepak makan ais krim Tutti Frutti kat Mydin Usj 1... Penaja rasmi adalah minah atas ni, Linie... thanks yer Linie, next time bleh belanja kami lagi... i like~

Memandangkan sekarang ni aku dalam proses untuk meng'kurus'kan badan, so ini adalah salah satu menu harian aku.... tiada nasi yer... harap maklum...

Mamat Tayar Dan Bateri... Memang terbaik di Kota Tinggi... harga yang sangat berpatutan, servis yang sangat bagus... beza, memang berbeza... hehehe (aku ni kiranya pelanggan tetap dia la kalau balik sana)

Syyyhhhhhh! Rahsia tau....

By Dalia Hassan at Khamis, Februari 16, 2012 6 comments
Psssssssttttttttt! Awak, kita nak bagitau awak satu perkara ni, tapi awak janji jangan bagitau asben kita ok apa yang kita nak cakap ni.... Tadi kan, masa balik keje entah macamana kereta yang kita drive tu tiba-tiba je ter park kat depan kedai sukan kat SS16 tu... camana entah bleh ada kat situ... macam ada magnet... pastu kan entah camana plak kan, kita terbeli barang2 sukan, raket... kasut sukan.. shuttlecock... padahal sebelum ni asben kita dah banyak kali bebel pasal barang2 ni yang banyak... penuh kat bonet kereta kita tu dengan barang sukan ni jer.... pastu tadi kita ter beli lagi, abis duit kita RM420 kat kedai sukan tu je.. camana ni kita nak sorokkan barang2 tu? harap2 encik asben tak bukak bonet kereta kita, sebab kita dah sorok dah kat bawah timbunan kasut dan raket2 lama...

Agak2 rahsia ni bleh bertahan lama tak???? harap-haraplah..... Aminnnnnn....


Alia : Ting tong sekejap

14 Februari 2012

Lirik Lagu : Aku Maafkan Kamu ~ Jamal Abdillah ft Malique

By Dalia Hassan at Selasa, Februari 14, 2012 0 comments


Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu

Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Baling ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu

Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku



Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung

(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak

(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan


Alia : tergeliat lidah aku nak ikut lirik nih.. heheheh!

Teringin.....

By Dalia Hassan at Selasa, Februari 14, 2012 2 comments
Ke hulu ke hilir aku kemana-mana aja mesti orang akan tanya aku, baru sorang jer ker anak? kenapa tak tambah lagi? bagilah Ainul tu adik.. sian Ainul tak ada adik...


Ermmmmm.... macamana yer aku nak jawab???????

Bila tengok kawan-kawan semua baby bertambah, perut membengkak, anak berduyun-duyun, seronok aku tengok... tapi nak buat macamana kan? Kadang-kadang tu memang terasa rindu sangat nak mengandung lagi, orang kata masa mengandung ni la kita boleh bermanja lebih-lebih dengan suami. Betul ker? sebab aku dulu tak merasa pun nak bermanja-manja dengan encik asben sebab kami dok berjauhan. Aku kat Subang, suami aku kerja kat JB... nak buat camana, dari hari pertama cuti kahwin kami habis, kami dah dok berjauhan... sampai aku mengandung dan lahirkan Ainul, kami masih berjauhan sehinggalah Ainul berusia 7 bulan, encik asben ambil keputusan untuk cari kerja baru kat Subang dan tinggalkan kerja lama dia di JB.. yer la, berjanggut tunggu nak mintak tukar, tak dapat2... Akhirnya, dia ambil keputusan lepaskan segalanya kat sana.. hehehe...

Apa?
ulang lagi sekali soalan tu?
kenapa aku yang tak pindah JB?
ermmmm... hehehe... memang aku dah awal2 cakap ngan asben aku, aku tak nak dok sana... so terpaksalah.....

Terpaksalah apa?

terpaksalah aku terima segalanya especially waktu aku ngah sarat mengandung... ingat lagi satu hari tu, aku tak boleh bangun langsung sebab sakit punggung yang teramat sangat.. kebetulan kawan aku yang aku ajak dia tinggal sekali ngan aku tu balik kampung.... so aku keseorangan kat rumah dengan keadaan tak boleh bangun sampai aku menangis sorang2 sebab lapar... tapi aku kuatkan semangat jugak sebab aku tahu tu pilihan aku.. nak tak nak aku kena terima.... masa tu aku mengandung 7 bulan tau... sian baby dalam perut tak cukup zat...

Lagi satu kenangan yang aku tak boleh lupa masa mengandung... aku teringin sangat nak minum fresh oren... malam tu aku kirim kat Asha untuk beli fresh oren.. sampai dekat kul 12am aku tunggu dia balik, punyalah tak sabar nak minum air tu.. sekali dia balik rupanya dia lupa nak belikan... masa tu dengan hampanya aku masuk bilik semula... aku cakap kat Asha bila dia rasa serba salah sebab terlupa, "takperlah... takder pun tak kisah... esok boleh beli" tapi tu mulut yang berkata, hati aku masa tu.. Ya Allah! sedih sangat2... hampa... kecewa.. dan pastu aku masuk bilik, menangis.... "waaaaaaaaaaaaaaaaaaa! nak minum fresh orennnnnnnn!"...

Dan sekarang sebenarnya aku tak sabar juga nak dapat baby kedua... Nak merasa bermanja2 dengan suami masa mengandung yang sebelum ni aku kurang dapat (yer la.. dulu time dia balik rumah aku jer dapat bermanja2)... Sekarang ni Ainul pun dah nak masuk 6 tahun... besar dah... memang kekadang terasa sangat2 teringin nak ada baby lagi.. tapi............

Tapi apa??????

Tapi........ (biarlah part ni aku rahsiakan.... huhuhu)
Takperlah... ada rezeki nanti, adalah... kalau tak ada, bersyukurlah dengan apa yang ada... better than nothing, kan? (ayat pemujuk hati)

Tu jer la... sekian...

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review