Sahabat

Halaman

21 Jun 2012

Rakaman Program Karoot Komedia X (Astro)

By Dalia Hassan at Khamis, Jun 21, 2012 2 comments
Semalam, kami ahli PERKEP Ipd Subang Jaya telah dijemput sebagai penonton oleh pihak astro untuk menghadiri satu rakaman program astro iaitu Karoot Komedia X yang bertempat di FINAS, Hulu Kelang. Memang best, tak kering gusi dibuatnya...

sempat jugak aku sediakan sandwich ni untuk 40 orang makan... bekalan takut kelaparan dalam bas.. heheh
sandwich + air kotak dutch lady... jadik la...









Layan jer la gambar tu yer... sebenarnya aku terlupa nak ambil gambar artis2 yang datang tu.. shuib, yus, jep, ebby yus, johan dan marsha... asyik gelak je, lupa nak amik gambar.. hahahaha! tapi diorang semua memang best... barang baik..  hehe!

16 Jun 2012

Program Joy Ride (Berbasikal)

By Dalia Hassan at Sabtu, Jun 16, 2012 2 comments
Assalamualaikum wbt...

Wah, menarik benar program yang aku pergi hari ni. Berbasikal anjuran PERKEP Kontinjen Selangor.. Lama betul tak berbasikal.. Cuak jugalah awal2 tu tadi mana tau skill masa zaman sekolah dulu dah hilang.. Hehehe..
 
Tapi pagi yang kurasakan sangat nyaman bertukar menjadi panas bila aku tersesat jalan dan tersilap tempat. Mak aih. Aku sampai ke Puncak Alam untuk mencari lokasi Bukit Cerakah yang aku memang tak pernah pergi sebelum ni.. Rupanya tempat yang aku tuju tu adalah kampung Bukit Cerakah dan FELDA Bukit Cerakah, bukan Bukit Cerakah yang sepatutnya aku tuju.. Rupanya Puan Meyra pun sama macam aku, tersalah lokasi. Lokasi yang sebenar adalah di Taman Pertanian Bukit Cerakah yang terletak tidak jauh dari IPK Selangor.. APTB! Masa aku dan Puan Meyra sampai di lokasi sebenar, mereka sedang mengadakan senamrobik sebelum acara bermula.. Dari jauh aku dah nampak kelibat seseorang... Seseorang yang aku kenal dari zaman sekolah, schoolmate aku, ketua pengawas aku.. Juga orang kampung aku.. Setahu aku dia berpangkat Inspektor di IPK Sel.. Tapi macam sebelum2 ni, aku buat2 tak kenal je bila terserempak dengan dia.. Harap2 dia memang tak cam aku walaupun aku rasa mustahil la kalau dia tak kenal aku.. Hahaa!



Inilah basikal yang aku tunggang... memang tunggang langgang jadinya.. hahahah!

Puan Juliana dan Puan Meyra

 Ok. Nak cerita sikit pengalaman berbasikal aku ni.. Ya ampun. Jalan berbukit bukau.. Turun bukit, syok la tapi tang naik bukit tu, nak pengsan je rasa.. Tapi aku berjaya habiskan kayuhan 10km di tempat ke 22.. Ok la kan? Daripada berpuluh2 peserta tu, aku yg ke 22, puan Juliana di tempat ke 25, puan meyra di tempat ke 6.. Yang best, peserta dari tempat pertama hingga 25, muzik yang diperdengarkan adalah paluan kompang.. Manakala tempat ke 26 dan seterusnya muzik yang dimainkan berbunyi agak sedih skit.. Heheehe..

Heheheh.. Bos yang jadik driver.. Ko ada? ;p

angka 66 yang membawa tuah.. (walaupun tempat ke-7)
 Dan sekarang, serasa urat2 kaki semakin menegang.. Adoi la.. Sakit badan2 dan kakiku ini.. Sapa nak tolong urut ni? Huhuhu!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

12 Jun 2012

Homemade Jus Alpokat

By Dalia Hassan at Selasa, Jun 12, 2012 0 comments
Akhirnya...

Setelah hampir dua minggu aku simpan buah avacado dalam peti sejuk, hari ni aku berjaya jugak jadikan ia jus alpokat.... untuk pengetahuan korang, buah avacado ni aku beli kat Jakarta, sebelum aku balik ke Malaysia tempohari... kalau nak beli kat Malaysia, sebiji lebih kurang RM4.90... Jadi, alang2 dah ke sana, aku borong la beberapa biji untuk dibuat stok aku kat sini...


Tuuuuuu diaaaaaa... Oleh sebab kat rumah aku tak ada sos cokelat hershey tu, so aku gantikan dengan aiskrim cokelat... Yang penting, rasanya memang menusuk kalbu.... Sedap banget....

Jemput minum......

Main Masak Masak

By Dalia Hassan at Selasa, Jun 12, 2012 0 comments
Main masak2? apa tu? heheheh... sebenarnya semalam aku teringin sangat nak makan ketupat n rendang... tu yang aku masak menu raya tu, maklumlah semalam aku tak kerja... cuti... jom layan gambar ni... tak la sesedap yang mak masak, tapi bolehlah... sedaplah jugak.. hihihi...

Tengok Ainul tu... Sempat je dia menyelit bila aku amik gambar. Hehehe

10 Jun 2012

Oh My Good Friend...

By Dalia Hassan at Ahad, Jun 10, 2012 2 comments
Hai hai hai...

Oh My Good Friend, T~Ni... Setelah hampir dua minggu menyepikan diri, akhirnya hari ni muncul semula... Dan hari ni juga kami meluahkan rasa ketidakpuasan hati masing2.. Rasa sakit hati yang dah melanda diri sejak penghujung March.. Dan, kini segala kebuntuan terlerai.. Segalanya kembali ok.. Harap persahabatan yang terjalin semenjak Januari 2011 akan sentiasa mekar mewangi (hahaha ayat macam ngah bercinta la plak)

Teeettttttttt!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

07 Jun 2012

Kenduri Tahlil

By Dalia Hassan at Khamis, Jun 07, 2012 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Malam ni aku menghadiri majlis tahlil untuk arwah OCPD Subang Jaya, Allahyarham Haji Zainal Rashid Bin Haji Abu Bakar, yang meninggal dunia tahun lepas.. Tahlil dibuat di kediaman arwah di Bandar Nusaputra, Presint 1..


Sedih dan rindu bila teringatkan arwah... Dia seorang bos yang baik hati dan mementingkan kebajikan anak buahnya.. Teringat saat2 mendapat khabar pemergian arwah.. Bagaikan tak percaya.. Ketika tu aku bersama Ieyla, Anne dan Ustaz Zul Waqar sedang menghadiri satu lawatan kebajikan anjuran The Red Warrior Lembah Klang ke Rumah Orang Tua Al Ikhlas di Puchong... {Sila Klik Sini}

Ketika bacaan Yaasin.. Antara tetamu yang hadir...

Kak Zah dan Kak Muna, bergambar dengan gambar kenangan arwah.. Bos yang disenangi setiap orang..

Gambar dan potret arwah di setiap ruang...


Dan baru tadi, selesai sudah kenduri tahlil untuk arwah.. Alhamdulillah. Semoga Allah menempatkan arwah dikalangan orang2 yang beriman. Insya Allah.. Amin...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

05 Jun 2012

Doraemon

By Dalia Hassan at Selasa, Jun 05, 2012 0 comments
Doraemon kembali lagi.... jom kita layanz... (tapi nak baca yang mana satu dulu yer? semuanya aku baru beli tadi...) hehehehe.... rambang mata dibuatnya...


Dah dah.. tolong fokus ya Dalia... ada empat tu.... bila nak abis baca kalau tak fokus?

hahahahah.... zaaassssssssssssssss!

 Konna koto iina dekitara iina
Anna yume konna yume ippai aru kedo
Minna minna minna kanaete kureru
Fushigina pokke de kanaete kureru
Sora wo jiyuu ni tobitaina
"Hai! Takekoputaa"
An an an tottemo daisuki Doraemon

Shukudai touban shiken ni otsukai
Anna koto konna koto taihen dakedo
Minna minna minna tasukete kureru
Benrina dougu de tasukete kureru
Omocha no heitai da
"Sore! Totsugeki"
An an an tottemo daisuki Doraemon

Anna toko iina iketara iina
Kono kuni ano shima takusan aru kedo
Minna minna minna ikasete kureru
Mirai no kikai de kanaete kureru
Sekai ryokou ni ikitaina
"Ufufufu! Dokodemo doaa"
An an an tottemo daisuki Doraemon
An an an tottemo daisuki Doraemon

Cuti - Cuti Indonesia: Jakarta

By Dalia Hassan at Selasa, Jun 05, 2012 4 comments
Assalamualaikum wbt...

Pada 1-4 Jun yang lepas, aku berkesempatan bercuti ke Jakarta menaiki pesawat Mandala, partner Tiger Airways... Cuti yang dirancang dalam masa kurang dari 2 minggu, booking ticket sehari selepas aku sampai ke Malaysia dari balik bercuti di Bandung... heheheh... niat asal tu takder la nak shopping sangat, cuma nak jalan2 tengok tempat orang... Dan percutian aku kali ni adalah secara senyap2, hanya 3-4 orang je kawan sekerja aku yang tau, termasuk bos sengalku, Baim Wong celup...

Yang kelakarnya, dalam pada pergi secara senyap2 rupanya ada lagi seorang kawan satu cawangan ngan aku pun pergi sana secara senyap2.. tu yang aku gelak gila bila jumpa dia ngan famili dia kat airport... yang bestnya, tujuan kami sama, menuju ke kota Jakarta.... dan kami juga satu flight masa balik ke Malaysia... dia sempat pesan kat aku, jangan kecoh2 tau... hahahah!

 
Kediaman Kak Zura dan Abang Syed di Kemang, Jakarta... kat sinilah aku tinggal selama berada di Jakarta.Abang Syed Azman bekerja di Kedutaan Malaysia di Jakarta.

Thamrin City, Jakarta... Suasana lebih kurang Pasar Baru di Bandung..

Makanan yang sempat aku amik gambar... yang lain aku terlupa nak snap, sebab dah kelaparan... hahaha! tapi biasanya pagi dan malam kami akan makan di kediaman kak zura yang sentiasa hidangkan makanan yang lazat... nyum nyum..

Balik dari Thamrin City, pas keluarkan barang2 semua, baru perasan yang ada barang2 kak ina hilang dan mungkin tercicir... sian kak ina, kain yang dia minat sangat2 hilang, selain telekung, baju kebaya batu n labuci, dan 6 helai baju tidur yang dia beli untuk souvenir kat kawan2.. malam tu memang dia tak senang duduk dan tak dapat tidur... esoknya kami plan nak pergi semula ke Thamrin City, mana tahu ada rezeki jumpa semula barang2 tu kat sana walaupun harapan sangat tipis... tujuan kami adalah kedai dimana tempat kami membeli t-shirt jakarta.
Esoknya, kami kembali ke Thamrin City dengan harapan yang menggunung tinggi agar barang2 tu kami jumpa semula.. dan sungguh kami tak sangka, rupanya karyawan di kedai tu simpan barang kami walaupun kami disoal siasat terlebih dulu.. barang2 apa? berapa banyak? selain tu, apa lagi barang yang tertinggal? pada mulanya aku pelik juga bila ditanya macam tu, bila dia kata barang tu ada, terus meremang bulu roma kami.. kalau dah rezeki tu memang tak kemana.. kalau dah tu memang hak kita, InsyaAllah akan ke kita juga.. Terima kasih pada karyawan yang jujur tu.. sungguh kami tak sangka..
Kak Ina, Pak Didik dan Kak Zura.. Pak Didik ni tailor kat Jakarta. Kami tempah baju kurung yang disulam dan dijahir batu.. Jauh lebih murah dari KL...

Petang tu, sempat gak join ngan anak2 kak Zura terjun kolam... ngeeeeee!

Malam terakhir di Jakarta, selepas puas terjun kolam, kami ber pijat (urut) pulak.. legaaaa rasa... Kak Zura panggil tukang urut ni datang rumah, so tak perlulah kami bersusah payah meredah jem untuk ke SPA...

with Farel... anak bongsu Kak Zura dan Abang Syed..

Kak Zura dan Kak Ina.. Suami kakak2 ni keje Navy.. TLDM.. kak Zura asben dia Leftenan Komander, merangkap Assistant Defense Attache kat embassy Malaysia di Jakarta. Kak Ina pulak suami dia Komander di KD Kelantan yang berpusat di Lumut... (entah. aku tak faham pangkat2 dalam tentera ni.. kalau dalam PDRM aku tahu la... hehehe)

Bila dah balik Malaysia, si kecil Farel ni la yang aku asyik teringat2.. dia pun masa kat sana manja sangat ngan aku.. ada sekali tu masa aku baru masuk kereta balik dari shopping, dia terus peluk aku... alahai... rindunya... entah bila boleh jumpa lagi..

Alia : Lepas ni mana pulak ye destinasi yang aku akan pergi? Tapi, uangnya sudah abis pergi shopping... aduh! gawat... gawat...

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review