Sahabat

Halaman

04 Julai 2012

Ujian Kehamilan

By Dalia Hassan at Rabu, Julai 04, 2012 9 comments
Kalau ikutkan, hari ni dah lebih seminggu aku terlewat dari kebiasaan setiap bulan. Erm. Risau jugak sebab aku ni selalu jugak buat kerja berat-berat... Mana la tahu kot-kot tersangkut.. Tapi aku tak la menaruh harapan sangat, sebab selalu jugak aku terlewat ni...

Oleh sebab esok ada pemilihan untuk bowling, so sebagai langkah berjaga-jaga balik kerja tadi aku sempat singgah farmasi untuk beli pregnancy test... Takut jugak kot2 kalau melekat, main bowling tu boleh mendatangkan mudarat.. iya kan?

Balik rumah jer, aku terus test keberkesanan pregnancy test ni... Cuma aku ada sedikit confuse sebab garisan yang kedua tu agak samar2 warnanya....

Boleh tak korang bagi pandangan... Agak2 kalau mengikut gambar kat bawah ni, result negative or positive? My BFF, Cik Syuhadaa Senget (CSS), Ninie Celup-Celup (NCC) dan jiran sepagarku Azreen, apa pendapat korang?


Garisan yang pertama tu sangat clear tapi garisan yang kedua tu agak samar-samar... Errmmmm... Tapi... aku dah pesan kat encik asben, suruh dia singgah farmasi beli pregnancy test bila dia balik nanti coz aku nak try buat sekali lagi... Harap-harap.... ;)

03 Julai 2012

"Mama, Ainul nak adik...."

By Dalia Hassan at Selasa, Julai 03, 2012 0 comments
Ermmm... dah banyak kali dah permintaan ni keluar dari mulut Ainul...

"Mama, Ainul nak adik..."

atau,

"Mama... bolehlah bagi Ainul adik...."

atau,

"Mama dah buat adik belum???"

kadang-kadang,

"Mama... kenapa Ainul tak ada adik beradik?"

Adoilah nak oiiiiii.... Mama pun tak tahu nak jawab macamana... Nantilah mama dengan papa akan usahakan... Ainul doakan je la yer...  huhuhuh!


Kalau ada geng camni, baru la Ainul suka.. ada geng untuk main... dan ada geng untuk gaduh..

Pergi mana2 mesti orang ingatkan diorang ni kembar... tapi Irfan sekarang dah tinggal kat kampung... dulu memang dari lahir tinggal dengan aku.. masuk umur dua tahun lebih, Irfan tinggal ngan atok ngn nenek dia kat Johor.

Ha... time baik, macam ni lah... cuba kalau gaduh... adoi.. pening kepala...


baju pon suka pakai baju yang sama...

Alia : Nampaknya kenalah aku dengan encik asben berusaha lebih skit... ;-p

02 Julai 2012

Final Euro 2012

By Dalia Hassan at Isnin, Julai 02, 2012 2 comments
Aku bukanlah peminat bola sepak. Tapi kadang2 aku layanlah jugak tapi kebiasaanya aku akan tengok perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia jer... Tapi awal pagi tadi, aku terpaksa melayan juga final euro ni sebab mata aku tak boleh lelap... daripada aku berjam2 guling2 atas katil, baik aku habiskan masa dengan tonton bola. Oklah tu... sekurang-kurangnya aku tahu jugalah sikit-sikit pasal bola kalau diorang dok bercerita kat opis nanti...

Asalnya dalam pukul 11 lebih, aku dah tertidur denga lenanya... maklumlah siang kepenatan coz jalan-jalan kat Bukit Cherakah. Petang pulak kak long aku dan family dia datang rumah aku... lepak sampai malam.. tu yang aku agak kepenatan skit.. Dalam pada lena diulit intan, My Good Friend, T~Ni boleh pulak whatsapp aku dalam kul 1 pagi.. adoi la... tension aku sebab aku ni kalau dah terjaga tengah2 malam, memang susah nak tido semula.. kawan aku ni plak, takder waktu lain agaknya dia nak whatsapp aku... letih la weh...

Dalam pada terkebil2 biji mata aku cuba nak melelapkan mata, aku pun ambik keputusan utuk saksikan final euro tu... sorang2... encik asben dan ainul awal2 lagi dah selamat tido... dia bukanlah kaki bola.. Takper la.. bleh jugak aku sokong Itali. Goal keeper dia pon boleh tahan jugak kehensemannya...

Aisehhhhh... Itali tewas 0-4 tu di tangan Spain... Tapi Spain memang hebat... ermmm.. takperlah Itali.. dapat masuk final tu pon dah bagus dah bagi Itali.. Next time boleh cuba lagi...


Dan hari ni aku sakit kepala yang teramat sangat kat opis sebab tak cukup tidur... hambekkkkk!

Riadah di pagi Ahad @ Bukit Cherakah

By Dalia Hassan at Isnin, Julai 02, 2012 0 comments
Ya. Ini kisah semalam yang baru dikemaskini hari ini. Aktiviti beriadah di pagi Ahad bersama my BFF, Cik Syuhadaa Senget atau CSS... (harap dia tak baca) hahahahah!... Plan asal nak berbasikal kat Bukit Cherakah, tapi akhirnya kami jalan kaki jer pusing2 kat hutan tu disebabkan ramai sangat yang guna basikal, tak ada lagi untuk kami (sedeyyyyy)



CSS menginterprem di kala aku nak amik gambar peserta skytrex kat belakang tu..
 

Skytrex Adventure... Korang boleh pilih laluan SANGAT SENANG / SENANG/ SUSAH / SANGAT SUSAH.. ikut kemampuan masing-masing.. bagi aku dan CSS, kemampuan kami hanyalah sebagai PENONTON sahaja.. kihkihkih... takper takper.. memang next time kami nak mencuba, tapi bukan sekarang.. Ia perlukan kekuatan stamina dan minda. Ceh! Alasan. Gayat sebenarnya.. ;P
 
Sempat jugak CSS posing dalam bas sementara nak tunggu bas bergerak ke Taman Botani..

 


Taman Cendawan... tetiba teringat cendawan yang kat dalam peti ais rumah aku tu... entah bila la cendawan tu nak jadi sup sayur...

errrrr... lupa plak map apa nih!

CSS menuju ke rumah Empat Musim
CSS lagi... ;p







Sekarang ni Musim Panas... Kalau nak pergi Musim Sejuk, boleh datang hujung tahun nanti hingga Febuari kalau aku tak salah...
Keluar je dari rumah empat musim, aku dan CSS terus order Megi Goreng dari warung tepi jalan tu.. Lapar giler, maklumlah pagi tu kami tak sempat nak bekpes.

Hajat hati nak naik jambatan gantung ni, tapi ianya ditutup buat sementara waktu.
CSS berposing sakan... (errrr... pas dia, dia... pas dia, dia... kamera aku ni pun rasanya dah penuh dengan gambar CSS jer...hahahah! tapi tak kisahlah... ada jugak model untuk blog aku yang tak seberapa ni...kihkih)

Taman Haiwan
Wokeh bebeh... tu je aku nak cerita... apa2 pun next time aku pasti akan selalu ke Bukit Cherakah, Shah Alam... Yehhhaaaaaaaa!

27 Jun 2012

Jalan2 Makan Durian Lagi....

By Dalia Hassan at Rabu, Jun 27, 2012 0 comments
Tak tahu kenapa, semenjak dua menjak ni asyik nak makan durian jer... Baru beberapa hari lepas makan durian dengan syuhada, hari ni pegi makan durian dengan linie pulak. plan asal lepas keje nak pergi jogging... tapi hujan... kami pun melencong ke gerai durian.. pekerja kat gerai durian tu pon dah kenal aku... hik hik hik...

Tengahari tadi makan set bawal panas, pastu pergi sambung makan kat Pappa Rich plak... la ni aku pulun durian... erm. Dalia... hang memang teror! patutlah badan hang tak kecik2... ;-)

aritu kami makan total rm94... harini mahal skit sebab kami amik yang mahal skit dari hari tu... RM97 untuk 4 biji... xpa lah no... yang penting puas hati... sedap dan lazat tak terkata...


Makan dan makan...

By Dalia Hassan at Rabu, Jun 27, 2012 0 comments
Tak tahu kenapa aku ni sekarang asyik nak makan jer... tadi dalm kul 10.30am aku kuar g Mydin usj ngan kak wani... pas beli barang, kami pergi makan set bawal panas kat luar Mydin tu... fuh... sedap.  memang sedap. sampai licin pinggan...


Elok je abis makan, puan nora zura (wife bos sengalku Baim Wong celup) call aku, ajak pergi kuar makan tengahari nanti.. dia kata dia gerak dari bukit aman dalam 12.20pm, so nanti dia terus 'drive thru' amik aku.. alang2 memang dah waktu rehat, so rombongan cik kiah ke Pappa Rich Usj 19 le wif linie dan syuhada sekali.. my bff tu mana boleh tinggal, ye tak... hehhehe...

sempat lagi berposing tu sebelum makan...


26 Jun 2012

Oh Astro!

By Dalia Hassan at Selasa, Jun 26, 2012 0 comments
Apa cerita astro? Ni ha.. nak cerita skit.. aku ni memang liat skit nak bayar bil astro.. kalau ada program menarik, baru la aku sibuk pergi bayar.. kalau tak, memang haram la aku nak bayar.. kadang2 tu sampai berbulan2. Bukan apa, aku punya rancangan tv kat rumah tu pun aku tak terlayan, apatah lagi nak layan astro.. Unifi ni pun macam2 cerita ada sebab aku subscribe banyak channel dia. Sampai lah satu hari tu Astro hantar kad, seakan poskad untuk mengajak aku pulang ke pangkal jalan.. (untuk aku sambung balik la astro)

Ni ha kadnya... cantik jugak kan.. gambar artis2 astro... menarik tertarik da bomb jugakla... so aku pun try la call semula nombor telefon yang dia bagi kat belakang kad tu, untuk penyambungan semula... sekurang2nya bleh jugak aku layan Karoot Komedia X nanti... ngeeeeeeee!


Sehari semalam jugaklah aku try call astro ni... tapi tak dapat jer memanjang.. penat aku cuba.. rasa cam pelik, aku try google cari nombor telefon astro... lorrrrrr... rupanya nombor astro yang sebenar 1-300-82-3838, bukannya 1-800-82-3838 seperti yang tertera kat poskad tu...

Alahai Encik Astro, benda kecik camni pon bleh silap ker? patutlah dulu aku selalu kena double caj kat bil.. bila call tanya kenapa, katanya kesilapan teknikal.. aduhai... memang selalu kut berlaku kesilapan teknikal kat Astro? Ermmm.. Apa2 lah!

Jalan2 Makan Durian

By Dalia Hassan at Selasa, Jun 26, 2012 0 comments
Malas nak cakap banyak. Cuma nak cerita, aritu aku pergi makan durian berdua dengan Syuhada, kat kedai buah tak jauh dari opis aku. Musang King. Ya Allah sedapnya.. Bila masuk kat dalam mulut, terasa macam nak menangis je... kenikmatan tak terhingga, tak terkata. Alahai.. asyik teringat2 je.. berbaloi la aku makan berdua, total RM94.. erm nasib baiklah dah gaji... hahahah!

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review