Sahabat

Halaman

08 Julai 2012

Sukaneka Tahunan Tadika Strawberry 2012

By Dalia Hassan at Ahad, Julai 08, 2012 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Pagi hingga tengahari semalam berlangsungnya sukaneka tahunan tadika strawberry. Tahun ni adalah tahun terakhir Ainul bersama dengan tadika strawberry setelah 3 tahun dia bersama TS sejak berumur 4 tahun lagi. Tahun hadapan, Ainul akan melangkah ke darjah satu....

Jom tengok gambar2 yang sempat aku rakam...













ADUN Kota Damansara






Atok Strawberry (Dr. Suhaimi, Pengerusi Kumpulan Strawberry)


Tarian Anak Kampung dari Cawangan TS Subang Idaman

Persembahan gimnastik dari TS Cawangan Seksyen 19 dan Seksyen 20 Shah Alam



Ni lah bestfriend Ainul, Eisya... Eisya ni cucu Cikgu Ros, guru kelas Ainul....






Acara untuk kaum bapa...

Acara bagi kaum ibu..

Darwish... Kawan Ainul

Acara tarik tali bagi bapa...


Tarik tali bagi kaum ibu....


Bersama kawan2 dan hadiah masing2...



Dan yang paling best...

Tarrraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!


Dalam beratus2 ibu bapa (120 orang murid), dalam berpuluh2 hadiah cabutan bertuah yang disediakan, aku dapat cabutan bertuah tempat pertama... Tak sangka no 204 membawa tuah untuk aku... rezeki baby agaknya... hari tu masa program Joy Ride, beberapa minggu lepas pun aku dapat juga cabutan bertuah... Alhamdulillah. Selalu dapat benda free ni.. Aku suka! Ngeeeeeeee!

Kat bawah ni youtube Ainul masa sukaneka semalam...

05 Julai 2012

Bowling PERKEP

By Dalia Hassan at Khamis, Julai 05, 2012 0 comments
Erm. Hari ni ada pemilihan untuk pemain bowling mewakili PERKEP IPD Subang Jaya ke Pertandingan Bowling Piala Isteri KP Selangor yang akan berlangsung pada Jumaat minggu hadapan (13 Julai) ... Kalau ikutkan dalam semboyan, memang nama aku tersenarai... Tapi memandangkan UPT aku positif, so aku tak nak ambik sebarang risiko... So petang tadi aku cuma jadi penonton je la masa diorang main... Kalau ikutkan aku malas je nak pegi, coz duduk ofis lagi seronok... Tak penat... Hehehhe... Tapi memandangkan aku yang pegang kewangan PERKEP, datang jugaklah untuk settlekan bayaran semua...

Org kuat PERKEP SJ... Puan Juliana (isteri Ketua Polis Daerah SJ) dan ASP Hafiza (setausaha PERKEP)

Balik dari tengok bowling, aku, kak wani dan faizah terus ke Flaming Steamboat, Sunway mengisi perut...Alang-alang dah sampai Sunway, mestilah singgah tempat wajib tu... heheheh!


Alia : Tak tahu kenapa selera makan aku semakin menjadik2! huhuhu...sampai2 sunway pyramid je tadi aku dah melantak Burger King, balik dari SP melantak steamboat plak... ngeeeeeeeeeeeeee!

Ujian Kehamilan 2.0

By Dalia Hassan at Khamis, Julai 05, 2012 4 comments
Assalamualaikum.....

Semalam aku ada tulis satu entry pasal pregnancy test yang aku buat, dan pagi ni, aku cuba buat lagi sekali oleh sebab semalam garisan kedua tak berapa clear... (ni kes tak puas hatila la....) heheheh!

Ha! cer tengok result yang aku buat pagi tadi..... :D



Alhamdulillah..... Ainul la yang paling suka... Dah lama dia menunggu untuk dapat adik ni... Hahahha... :-D

04 Julai 2012

Ujian Kehamilan

By Dalia Hassan at Rabu, Julai 04, 2012 9 comments
Kalau ikutkan, hari ni dah lebih seminggu aku terlewat dari kebiasaan setiap bulan. Erm. Risau jugak sebab aku ni selalu jugak buat kerja berat-berat... Mana la tahu kot-kot tersangkut.. Tapi aku tak la menaruh harapan sangat, sebab selalu jugak aku terlewat ni...

Oleh sebab esok ada pemilihan untuk bowling, so sebagai langkah berjaga-jaga balik kerja tadi aku sempat singgah farmasi untuk beli pregnancy test... Takut jugak kot2 kalau melekat, main bowling tu boleh mendatangkan mudarat.. iya kan?

Balik rumah jer, aku terus test keberkesanan pregnancy test ni... Cuma aku ada sedikit confuse sebab garisan yang kedua tu agak samar2 warnanya....

Boleh tak korang bagi pandangan... Agak2 kalau mengikut gambar kat bawah ni, result negative or positive? My BFF, Cik Syuhadaa Senget (CSS), Ninie Celup-Celup (NCC) dan jiran sepagarku Azreen, apa pendapat korang?


Garisan yang pertama tu sangat clear tapi garisan yang kedua tu agak samar-samar... Errmmmm... Tapi... aku dah pesan kat encik asben, suruh dia singgah farmasi beli pregnancy test bila dia balik nanti coz aku nak try buat sekali lagi... Harap-harap.... ;)

03 Julai 2012

"Mama, Ainul nak adik...."

By Dalia Hassan at Selasa, Julai 03, 2012 0 comments
Ermmm... dah banyak kali dah permintaan ni keluar dari mulut Ainul...

"Mama, Ainul nak adik..."

atau,

"Mama... bolehlah bagi Ainul adik...."

atau,

"Mama dah buat adik belum???"

kadang-kadang,

"Mama... kenapa Ainul tak ada adik beradik?"

Adoilah nak oiiiiii.... Mama pun tak tahu nak jawab macamana... Nantilah mama dengan papa akan usahakan... Ainul doakan je la yer...  huhuhuh!


Kalau ada geng camni, baru la Ainul suka.. ada geng untuk main... dan ada geng untuk gaduh..

Pergi mana2 mesti orang ingatkan diorang ni kembar... tapi Irfan sekarang dah tinggal kat kampung... dulu memang dari lahir tinggal dengan aku.. masuk umur dua tahun lebih, Irfan tinggal ngan atok ngn nenek dia kat Johor.

Ha... time baik, macam ni lah... cuba kalau gaduh... adoi.. pening kepala...


baju pon suka pakai baju yang sama...

Alia : Nampaknya kenalah aku dengan encik asben berusaha lebih skit... ;-p

02 Julai 2012

Final Euro 2012

By Dalia Hassan at Isnin, Julai 02, 2012 2 comments
Aku bukanlah peminat bola sepak. Tapi kadang2 aku layanlah jugak tapi kebiasaanya aku akan tengok perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia jer... Tapi awal pagi tadi, aku terpaksa melayan juga final euro ni sebab mata aku tak boleh lelap... daripada aku berjam2 guling2 atas katil, baik aku habiskan masa dengan tonton bola. Oklah tu... sekurang-kurangnya aku tahu jugalah sikit-sikit pasal bola kalau diorang dok bercerita kat opis nanti...

Asalnya dalam pukul 11 lebih, aku dah tertidur denga lenanya... maklumlah siang kepenatan coz jalan-jalan kat Bukit Cherakah. Petang pulak kak long aku dan family dia datang rumah aku... lepak sampai malam.. tu yang aku agak kepenatan skit.. Dalam pada lena diulit intan, My Good Friend, T~Ni boleh pulak whatsapp aku dalam kul 1 pagi.. adoi la... tension aku sebab aku ni kalau dah terjaga tengah2 malam, memang susah nak tido semula.. kawan aku ni plak, takder waktu lain agaknya dia nak whatsapp aku... letih la weh...

Dalam pada terkebil2 biji mata aku cuba nak melelapkan mata, aku pun ambik keputusan utuk saksikan final euro tu... sorang2... encik asben dan ainul awal2 lagi dah selamat tido... dia bukanlah kaki bola.. Takper la.. bleh jugak aku sokong Itali. Goal keeper dia pon boleh tahan jugak kehensemannya...

Aisehhhhh... Itali tewas 0-4 tu di tangan Spain... Tapi Spain memang hebat... ermmm.. takperlah Itali.. dapat masuk final tu pon dah bagus dah bagi Itali.. Next time boleh cuba lagi...


Dan hari ni aku sakit kepala yang teramat sangat kat opis sebab tak cukup tidur... hambekkkkk!

Riadah di pagi Ahad @ Bukit Cherakah

By Dalia Hassan at Isnin, Julai 02, 2012 0 comments
Ya. Ini kisah semalam yang baru dikemaskini hari ini. Aktiviti beriadah di pagi Ahad bersama my BFF, Cik Syuhadaa Senget atau CSS... (harap dia tak baca) hahahahah!... Plan asal nak berbasikal kat Bukit Cherakah, tapi akhirnya kami jalan kaki jer pusing2 kat hutan tu disebabkan ramai sangat yang guna basikal, tak ada lagi untuk kami (sedeyyyyy)



CSS menginterprem di kala aku nak amik gambar peserta skytrex kat belakang tu..
 

Skytrex Adventure... Korang boleh pilih laluan SANGAT SENANG / SENANG/ SUSAH / SANGAT SUSAH.. ikut kemampuan masing-masing.. bagi aku dan CSS, kemampuan kami hanyalah sebagai PENONTON sahaja.. kihkihkih... takper takper.. memang next time kami nak mencuba, tapi bukan sekarang.. Ia perlukan kekuatan stamina dan minda. Ceh! Alasan. Gayat sebenarnya.. ;P
 
Sempat jugak CSS posing dalam bas sementara nak tunggu bas bergerak ke Taman Botani..

 


Taman Cendawan... tetiba teringat cendawan yang kat dalam peti ais rumah aku tu... entah bila la cendawan tu nak jadi sup sayur...

errrrr... lupa plak map apa nih!

CSS menuju ke rumah Empat Musim
CSS lagi... ;p







Sekarang ni Musim Panas... Kalau nak pergi Musim Sejuk, boleh datang hujung tahun nanti hingga Febuari kalau aku tak salah...
Keluar je dari rumah empat musim, aku dan CSS terus order Megi Goreng dari warung tepi jalan tu.. Lapar giler, maklumlah pagi tu kami tak sempat nak bekpes.

Hajat hati nak naik jambatan gantung ni, tapi ianya ditutup buat sementara waktu.
CSS berposing sakan... (errrr... pas dia, dia... pas dia, dia... kamera aku ni pun rasanya dah penuh dengan gambar CSS jer...hahahah! tapi tak kisahlah... ada jugak model untuk blog aku yang tak seberapa ni...kihkih)

Taman Haiwan
Wokeh bebeh... tu je aku nak cerita... apa2 pun next time aku pasti akan selalu ke Bukit Cherakah, Shah Alam... Yehhhaaaaaaaa!

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review