Sahabat

Halaman

23 September 2012

Cuti - Cuti Malaysia : Cameron Highlands

By Dalia Hassan at Ahad, September 23, 2012 0 comments
Assalamualaikum wbt....

Hari yang sangat istimewa.... Menyambut hari lahir di Cameron Highland bersama yang tersayang... Encik asben dan puteriku, Ainul Mardhiah...






 





 


Thanks my encik asben.... love you.... xoxo!

19 September 2012

Mutiara Kata

By Dalia Hassan at Rabu, September 19, 2012 0 comments

Sharing Is Caring.....

Kredit : Achik Solehah

*********************************************

Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi suntikan semangat perjuangan..alirkan halawatul ukhwah, kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati..

*********************************************
Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”
(Asy-Syahid Hassan al-Banna)

*********************************************
 
Tiada rasa ketuhanan jika tiada ujian…tiada rasa kehambaan jika tiada kepasrahan..tiada rasa pergantungan jika tiada kepayahan..

 *********************************************
 
Tunjangkanlah resahmu di dada solat..himpunkanlah peritmu di genggaman doa..tutupi kekecewaanmu dengan ketakwaan…dan nilaikanlah kesucian hatimu dengan keikhlasan hati..
Jika Syurga menjadi idaman, jalannya seluas mata memandang..jika keampunan yang didamba, gerbangnya setia menanti…Usah gusar dugaan di hadapan..andai hati nekad mengejar cinta Ilahi..

*********************************************
 
Pandanglah langit dengan binaannya yang kukuh…bintang dengan kelip-kelipnya..matahari dengan sinarnya..tata suria dengan susunannya..bulan dengan cahayanya..angkasa dengan pelanginya..setiap ciptaan Allah mempunyai keindahan tersendiri..biarlah hari-hari berbuat sesuka hatinya..terimalah segala ketentuan yang muktamad dengan berlapang dada..semoga rasa kesyukuran menjadi penghias setiap hamba Nya..

*********************************************
 
Di mana sahaja ‘dia’ berada…pasti Islam kan agung semula..bila sahaja ‘dia’ berbicara pasti syaitan akan membencinya…bagaimana sahaja ‘dia’ memimpin alam maya, tersenyumlah malaikat dengan bangga…untuk apa sahaja tujuan ‘dia’ melangkahkan kakinya…nurnya takkan pernah malap..gemilang sinaran menerangi insan di sekelilingnya..berkejalah untuk Islam…bersabarlah demi Islam…menangislah untuk Islam..bergembiralah atas kejayaan Islam..semoga kita adalah ‘dia’ yang menjadi kebanggaan agama..amin

*********************************************
 
Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan…Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi…Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani

*********************************************
 
Dalam kita melangkah… Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat, Hingga kita terduduk dan menangis, Peritnya terasa tetapi ketahuilah, Dan renungilah dalam diri kerana… Mungkin air mata tika itu hadir kerana… Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar, Semoga tabah dan tetapkan iman… Biarlah kita keseorangan, Tanpa berteman, Biarlah malam, Tanpa sinar rembulan, Biarlah tidur, Tanpa dihiasi mimpi indah, Tapi, Jangan biarkan hatimu sunyi, Tanpa sepotong ayat, Ayat suci AL-QURAN

*********************************************
 
Kalau tidak kerana pemuda yang tetap hatinya dan binatang yang melata, orang tua yang berlutut dan anak-anak yang menyusu, nescaya tidak diturunkan atas kamu hujan itu mencurah-curah. Kamu tidak akan ditolong kecuali disebabkan oleh orang lemah yang terdapat di kalangan kamu. (Hadis riwayat Bukhari)

*********************************************

Kesabaran adalah suatu keperluan dalam usaha menegakkan keimanan, melaksanakan amal soleh, memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Semuanya bukanlah suatu perkara yang mudah. Oleh itu, ia sangat memerlukan kesabaran. Kesabaran dalam menghadapi hawa nafsu, musuh-musuh luar dan kesusahan lain. Begitu juga kesabaran amat perlu dalam menempuh jalan perjuangan yang amat panjang dan semestinya mengikuti tahap-tahap yang teratur untuk menuju matlamat…

*********************************************
 
Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.” (SAIDINA ABU BAKAR R.A)

*********************************************

Berkata Saidina Ali K.W. : “Kelemahan adalah penyakit, kesabaran adalah keberanian, zuhud adalah kekayaan, wara’ adalah perisai dan sebaik-baik teman ialah yang mempunyai sifat redha” 

*********************************************
 
Sabda Rasulullah “Aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tepi syurga bagi orang yg meninggalkan perdebatan meskipun ia benar, aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tgh syurga bagi org yg meninggalkan dusta meskipun ia bergurau, dan aku menjamin dgn sebuah istana yg tertinggi bg org yg membaguskan akhlaknya” [HR Abu Dawud, disahihkan albani]

*********************************************
 
hati manusia adalah terlalu unik, berbolak-balik, liar dan maknawi sifatnya. tidak ada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati. hati itu milik Tuhan bukan milik tuan. dan hanya Allah sahaja yang mampu mengusai hati manusia.. belajarlah ikhlas dalam setiap amalan yang dikerjakan kerana ia merupakan satu usaha untuk merawat penyakit hati..

Pesan Ustaz

By Dalia Hassan at Rabu, September 19, 2012 0 comments
Kata Ustaz....

Pesan pada diri.. tabahkan hati kuatkan semangat.. pesan pada hati kukuhkan iman, banyakkan zikrullah… pesan pada naluri, jangan mengeluh, jangan kecewa.. teruskan perjuangan hingga ke akhirnya.. InsyaAllah...

14 September 2012

Alasanmu (Exist)

By Dalia Hassan at Jumaat, September 14, 2012 0 comments
Tadi masa waktu rehat, aku dan geng yang lain sempat membuat latihan vokal kat New Box SS19.... dah lama tak test suara, tu yang rasa cam berkobar2 nak berkaraoke jugak tu.... Tetiba je tadi cam nak nyanyi satu lagu ni.... dari kumpulan Exist, Alasan Mu.... dulu aku memang minat giler tak hengat kat si Ezad Exist tu, sampai kawan2 aku kata aku buta, kata si Ezad tu handsome.... tapi pada aku dia memang handsome pun, sungguhpun hitam ku pandang manis... ceeeewahhhhhh!

Dah2 jom layan antara lagu favourite aku dari Exist ni...



13 September 2012

Kawad

By Dalia Hassan at Khamis, September 13, 2012 2 comments
Kawad? ermmmmm... sbenarnya aku tak terlibat pun dengan latihan kawad yang diadakan pagi ni di perkarangan IPD.... yang terlibat ni pegawai2 dan anggota jer.... seronok aku tengok diorang berkawad kat tengah2 panas tu, sedangkan aku dok kat dalam opis yang sejuk dengan suhu 16 darjah celcius (jahat sehingga keluar tanduk)

Pagi tadi masa aku dalam perjalanan nak ke opis, tetiba je dapat whatsapp dari my boss.... dia tanya aku sampai agak2 kul bape? so aku cakaplah yang aku kat trafik light depan summit.... ingatkan kenapa pagi2 lagi dah carik aku.... rupanya dia nak suruh aku amikkan gambar dia..... hahahahhaahhaah! terbaikkkk bos....  pandai dia... dia segan nak suruh orang lain, aku jugak yang dia carik....padahal masa aku sampai, ramai je yang ada sekali dengan dia...

Dah puas bergambar dari pelbagai sudut (guna handphone dia), so aku pun sempat jugak guna tab aku ni tangkap gambar dia... hahaha!


Handsome tak bos aku ni? Tak, bukan? Poyo jer lebih dia nih.... Hahahhahaha! (sorry boss!)



12 September 2012

Pesan Ustaz....

By Dalia Hassan at Rabu, September 12, 2012 0 comments
Pesan Ustaz....

Menyesal dan insaf akan perbuatan yang pernah kita lakukan takkan sempurna tanpa TAUBAT.

07 September 2012

Kisah Pagi Jumaat

By Dalia Hassan at Jumaat, September 07, 2012 0 comments
Assalamualaikum wbt....

Jumaat. Penghulu segala hari. Tapi aku tak tahulah entah kenapa pagi ni aku terlebih 'touching' pulak... Macam biasa, setiap pagi Jumaat akan diadakan bacaan Yasin di surau IPD... ketika bacaan tahlil dan doa yang dibacakan oleh Ustaz Azhar dari Cawangan BAKA, tiba-tiba aku seakan mendengar nama aku disebut.. Ya  Allah... aku rasa sedih sangat... sedih bila tiba2 aku membayangkan bahawa bacaan tahlil itu dibacakan untuk aku... puas aku tahan air mata aku supaya jangan mengalir, tapi ianya bocor juga... dan sehingga ke akhirnya aku menangis dalam surau tu... Malunya tak usah nak cakap... tapi nak buat macamana, ianya lahir dari hati aku dan tak boleh nak tahan2. Dalam pada tertahan2 tu la semua orang perasan yang aku menangis... nasib baik pagi tadi tak ramai di surau... Kak Wani, Ustazah, CC Su, Suriati, Zue dan yang lain2 tu semua fikir aku menangis sebab teringat kat insan2 yang dah pergi dulu dari aku...

Suriati sempat pesan kat aku...

"ko janganlah sedih... aku pun kalau teringat kat arwah bapak aku, sedih jugak..." 

kak wani pulak cakap....

 "kenapa ko nangis?? ko janganlah nangis, aku tak boleh tengok orang menangis... nanti aku nak menangis jugak..."

Faizol pun datang kat tempat aku, tanya kenapa aku menangis... tapi satu pun aku tak jawab sebab masa tu aku sedih sangat... Bagaimana agaknya kalau tiba2 Allah ambik nyawa aku dalam masa terdekat ni? Amalan aku tak cukup lagi.... banyak yang tercicir... Solat pun sehari belum tentu penuh aku buat 5 waktu... Macamana anak aku nanti kalau aku dah tak ada? Dapat mama barukah dia? Ya Allah macam2 yang aku fikirkan...

Cuma sekarang ni, bila difikirkan semula, tiba2 aku rasa MALU sebab termenangis kat depan orang tadi.... Alamak! mana aku nak sorok muka ni? Tulunnnnnnnnn!

**************************************************

Alia : tadi dari pukul 10 lebih sampai kul 1pm aku dok ber whatsapp dengan BWC... Walaupun aku dengan dia selalu berbeza pendapat, selalu bergaduh sampai aku tension tahap gaban, tapi biasanya kalau aku ada masalah mesti dia cuba untuk buat lawak, walaupun lawak yang entah apa2... tapi tadi memang dia buat aku gelak giler punya... hilang skit rasa sedih yang melanda diri... aku tak bagitahu sesapa pun yang aku tengah ber whatsapp dengan BWC... bukan apa, aku taknak diorang tu salah faham.... Kadang2 tu apa yang kita lakukan dan fikirkan tak sama dengan orang lain yang melihat... so aku ambil keputusan untuk senyap jer... Kelakar, sebab masa tengah ber whatsapp dengan dia, dia tengah keluar minum dengan pegawai2 lain termasuk tuan KPD.... Sampai apa yang dia makan pun dia bagitahu aku... Sedap katanya puri tu... bila aku tanya puri tu macam mana, dia jawab adik beradik dengan cakoi... pastu aku cakap, tak tahu pulak cakoi ada adik beradik... dia jawab, ada... lebih kurang macam hang dengan faizah.. aikkkk? aku dengan faizah pun masuk dalam cerita cakoi dan puri ni... erm... apa2 lah tuan... 

Dalam kul 12 lebih, aku nampak dia berjalan menuju ke opis aku... tapi oleh sebab aku dah tak tertahan nak ke tandas, so aku keluar la sebelum sempat dia sampai opis... kuar dari tandas, aku terserempak dengan dia.. dia cakap, ada belikan capati, dah letak kat opis... aku pun dengan berkobar2 masuk opis tanya diorang mana capati yang tuan bagi? rupanya dia letak kat atas meja aku... Adoi la... aku ingatkan dia beli banyak, untuk budak2 opisku yang lain... rupanya dia beli sekeping jer untuk aku.... serba salah aku nak makan... then aku whatsapp dia, tanya kenapa belikan aku capati? dia kata, untuk baby (dalam perut aku)... ermmmm... apa2 pun, terima kasih ya tuan.... walaupun akulah yang selalu kena marah dengan dia dan satu2nya yang pernah kena maki dengan dia (kenangan yang tak akan dilupakan), tapi dia selalu ambil berat akan anak buah dia nan seorang ni yang memang dah berat.... *wink*

04 September 2012

Majlis Jamuan Hari Raya

By Dalia Hassan at Selasa, September 04, 2012 0 comments
Majlis : Jamuan Hari Raya Anjuran Pegawai Awam IPD SJ
Tarikh : 4 September 2012
Lokasi : Dewan IPD SJ

Sempena bulan Syawal ni, memang banyak jemputan rumah terbuka dan juga pejabat terbuka... (bolehla...) Kali ni kami pegawai awam telah mengadakan jamuan hari raya yang telah berlangsung di dewan IPD...

Silalah menjamu mata dengan gambar2 dibawah yer... ada yang aku amik sendiri gambar tu, ada yang aku 'cilok' dari FB IPD SJ... harap empunya gambar tak marah yer... Untuk dikongsikan bersama...

Tuan Che Din & President PACSU Malaysia, En Rahim..

Antara geng trafik.. Satu cawangan tapi lain pejabat dengan aku... Iema, As, Ekin & Kak Wani


Kuih muih yang tak ada satu pun aku yang bawak... ngeeeeee!


Pilih jangan tak pilih....


Menung panjang nampaknya my boss... teringat kat sapa tu?

Jejaka Idaman Malaya



Pak Engku... Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Daerah...

Sarjan Rahimi @ Pak Ngah lah yang balik... ahhaiiii sayang...

Tuan KPD SJ

Puan Juliana, isteri tuan KPD... seorang yang merendah diri... aku suka sangat dia... masa majlis hari tu, serba salah aku dibuatnya bila selepas ucapan dari tuan KPD, dia terus bangun dari meja dia menuju kearah aku untuk bersalaman. Akulah orang pertama yang ditujunya sebelum dia bersalaman dengan yang lain... bersalah sangat... sepatutnya kami yang terlebih dahulu bersalaman dengan dia.. apa2 pun, puan memang terbaikkkk...

2 Khairul... sorang dari balai subang jaya, sorang lagi dari balai sunway...
ha! yang tersengih nampak gigi ni la Baim Wong Celup....
makan.... makan.... jangan malu2...
 








Ninie Celup Celup (NCC) dan Jijah Faizah....

Sumber : FB IPD Subang Jaya, Selangor

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review