Sahabat

Halaman

06 Januari 2013

Teringin nak main gelongsor!!!

By Dalia Hassan at Ahad, Januari 06, 2013 0 comments
Hahahahahahaah!

Pagi tadi pas siapkan sarapan, sempat jugak aku berblogwalking jap... Salah satu blog yang aku sempat singgah adalah blog Cik Epal.. wah seronok sungguh tengok dia main gelongsor... betul2 kanak2 riang bersuka ria... dan tetiba jer aku rasa teriiiiiiinnnnnnggggiiiinnnnnnn sangat nak main gelongsor... lama dah tak main.... ye lah... kali terakhir dulu pun main masa zaman kanak2.... dan2 tu jugak aku update status kat facebook aku...

Sila klik gambar untuk tumbesaran



Alia : Macamanalah agaknya kalau aku pergi main gelongsor kan? mesti jadik perhatian ramai... bila tengok Cik Epal yang main gelongsor, comel jer dia.... kalau aku??? dah le tua bangka tak sedar diri, sarat mengandung pulak tu... hahahahahahaha!

*sila jangan bayangkan... dikhuatiri anda termuntah!*

04 Januari 2013

Majlis Harijadi AJK Perkep

By Dalia Hassan at Jumaat, Januari 04, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt.....

Dalam pada mood bercuti, hari ni aku join jugak majlis harijadi AJK Perkep yang dibuat di Neway Puchong.... Dengan perut yang semakin sarat, aku gagahkan juga memandangkan aku salah seorang yang diraikan dalam majlis ni... Heheheh! Datang semata2 nak hadiah besday la ni...
Gambar memang tak banyak yang aku amik, sekadar apa yang ada je... Jadilah...

Musical chairs
hadiah yang aku dapat...
Puan Julia dengan kek besday...

03 Januari 2013

Segmen Up Follower Dengan Sepantas Kilat II

By Dalia Hassan at Khamis, Januari 03, 2013 7 comments
CLICK untuk join


BELOM COBA, BELOM TAW !

31 Disember 2012

Hari Orientasi Ainul Tahun 1 / 2013

By Dalia Hassan at Isnin, Disember 31, 2012 2 comments
Assalamualaikum wbt....

Hari ni Ainul Mardhiah jalani orientasi bagi murid tahun 1 sesi 2013 di Sekolah Kebangsaan Subang Bestari... Seronok bila tengok dia ceria dan berkobar-kobar nak masuk sekolah rendah ni... Seawal jam 3pagi dia kejut aku, tanya jam dah pukul berapa... Punyalah excited dia nak sekolah... Heheheh... Jangan awal2 je excited sudahlah... Mama harap Ainul jadi seorang anak yang bijak dan jadi orang yang berguna... InsyaAllah...

26 Disember 2012

Air gula? Yekkkkkkk!

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 26, 2012 6 comments

Assalamualaikum wbt....

Ermmmm... Camana aku bleh lupa yang esok aku kena minum air gula (yekkkkkkk!) kat klinik ni? Adoila... Pagi2 lagi tadi aku belasah milo panas, dua jam pastu aku belasah nescafe ais, petang tadi dua batang aiskrim kacang merah aku bedal (gara2 kopral adam beli sekotak aiskrim kacang merah), balik keje plak aku bleh pulun durian lagi... Air kosong langsung aku tak jamah... Ya ampunnnnnnnn... Harap2 esok masa test kencing and darah, aku tak sangkut..

Okayla.. Tu je aku nak cakap... Ni nak pegi dapur jap, nak melantak air kosong sampai kembung.... Huhuhuhu!

24 Disember 2012

Hari Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 7

By Dalia Hassan at Isnin, Disember 24, 2012 0 comments
24 Disember 2005.... Kenangan terindah buat aku dan suami apabila kami diijabkabulkan pada tarikh tersebut... Alhamdulillah... Kini 7 tahun kami melayari bahtera bersama... Segala susah senang pahit manis hidup bersama kami dah harungi... Aku harapkan rumahtangga yang kami bina akan kekal hingga keakhirnya... InsyaAllah... Amin...

20 Disember 2012

Majlis Penganugerahan BLT

By Dalia Hassan at Khamis, Disember 20, 2012 8 comments
Assalamualaikum wbt...

Hari yang sangat sibuk dan menyibuk... Malas nak cerita panjang2, korang boleh baca dan tengok gambar kat facebook rasmi Polis Diraja Malaysia... Majlis ni berlangsung di IPD Subang Jaya, tempat aku mencari rezeki.... Tahniah pada penerima anugerah yang sentiasa cemerlang dalam membenteras jenayah... kepada kawan2 dari balai USJ8 dan Bukit Puchong, tahniah untuk korang juga sebab menang Balai Terbaik bagi Kategori A... Cayalah!

Meh teman aku layan gambar2 sewel dan sengal lebih2 lagi bila diorang bagi ambil bunga-bunga yang dihias ketika majlis...

Nazri sempat lagi berposing....
Persembahan tarian 1 Malaysia...

Kak Sariha, Linie n Jijah

Tan Sri Ketua Polis Negara
Para Pegawai Kanan
Saat yang ditunggu... makan time! ngeeeeeee!
Kopral Adam dan Sue... yang tak tahan tu Kopral Adam tutup kaki dia dengan kain sebab dia pakai selipar tandas... kekekeke! tapi masa ni majlis dah selesai...

Fikhruddin, Si Mat Bunga... hahahaha!
Sasaran pertama... bunga ni la.....

Bunga kat belakang tu semua aku yang punya, tapi kumbang kat belakang tu bukan aku yang punya... kekekekek!
Okey okey saya tak ambik lagi dah bunga tu, bagi kat orang lain pulak.. saya ambik buah jer... weeeeeeeeeeeee! (pssssttttt!! itu buah pear tau, bukan pisang... ;p)

19 Disember 2012

Malam Jasamu Dikenang 2012

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 19, 2012 3 comments

Ha! Majlis yang ni pulak sehari selepas majlis perpisahan untuk KBKA... pun sama, baru hari ni aku sempat nak masukkan gambar... huhuhu! Majlis ini adalah untuk meraikan pegawai2, anggota2 dan kakitangan awam yang telah berpindah dan juga yang telah bersara untuk menghargai sumbangan yang telah diberikan ketika berkhidmat di IPD Subang Jaya...

Majlis : Malam Jasamu Dikenang 2012

Tarikh : 01 Disember 2012

Tempat : Holiday Villa, Subang Jaya

Ucapan dari mantan KBKA

YDH Tengku Anuar Bin Raja Hussin

emcee's



OC tunjuk bakat menyanyi lagu Ombak Rindu berduet dengan Anne

Tuan Helmi nampak macam sangat lapar... kekekeke... maklumlah... sibuk kat atas pentas main gitar...

Tuan Raj tunjuk bakat menyanyi...

Memang tak banyak gambar yang aku amik kali ni... bukan apa, sebab kekenyangan yang amat... mata terus mengantuk.. ngeeeeeeeeeeee!

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review