Korang pernah dengar tak pasal kebaikan dan khasiat minyak argan?
RATUSAN tahun dahulu, bangsawan Rom membongkar rahsia kejelitaan
semula jadi dengan minyak argan, ‘Cecair Emas Maghribi’ yang merawat
pelbagai masalah kulit, rambut dan kuku.
Minyak argan diperah dari biji buah argan (argania spinosa) dan hanya
tumbuh di selatan Maghribi, justeru, dikatakan salah satu minyak paling
unik dan termahal di dunia.
|
Minyak argan dalam gambar diatas ni pemberian abang kandung aku..
sebenarnya dia bagi aku dua botol secara percuma, dan yang lagi sebotol
telah habis aku gunakan... so bila dah tinggal sebotol ni baru aku
terfikir nak tulis satu entri tentangnya... Al kisah abang aku tu dulu
berulang alik ke Islamic Republic of Mauritania atas dasar kerja. Dan
kawan2 sekerjanya datang dari pelbagai negara... katanya minyak ni dia
beli dari kawannya yang berasal dari Morocco... dapat harga murah sikit
kalau nak dibandingkan dengan harga kat Malaysia... tapi dia tak
bagitahu pulak berapa harga yang dia beli dari kawan dia tu... yang
pasti kami satu famili semua dapat souvenir minyak ni dari dia... dan aku
memang suka benda2 free ni... |
Antara khasiat minyak argan ni yang aku dapat dari google antaranya ialah :
~ melembapkan rambut dan kulit
~ anti-penuaan
~ mengurangkan kedutan di wajah
~ mengurangkan stretch mark
~ melegakan sakit2 sendi
~ mengurangkan parut di badan
~ merawat ekzema
~ merawat psoriasis
~ merawat cacar air
~ merawat jerawat
~ dan lain-lain
|
Pokok dan buah algan |
|
ni la orang yang bagi aku minyak argan secara percuma... hahaha! |
Alia : pssssttttt... minyak yang dalam gambar tu bukan untuk dijual yer... Ianya untuk kegunaan diri sendiri... ;)