Sahabat

Halaman

15 April 2013

Puding Koktel

By Dalia Hassan at Isnin, April 15, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Hari ni tetiba je macam tekak ni meminta minta je nak makan puding koktel... rasanya dah lama jugak aku tak buat... so dengan sisa sisa kerajinan yang ada, akhirnya sempat juga aku buat...

jemput la makan yer... yummy!!!






09 April 2013

Aku Dan Jiran

By Dalia Hassan at Selasa, April 09, 2013 0 comments

Erm. Hari tu aku kuar jap g beli barang... Masa balik, kebetulan my jiran ada kat luar rumah.. Pastu dia tanya;


Jiran : baby siapa tu? (sambil pandang Arissa yang dalam dukungan aku)
 
Aku : i punya baby la.... Dah sebulan lebih.... (sambil senyum kat dia)
 
Jiran : haaaaa! Bila u MENGANDUNG????


Huhuhuhu.... 


Beginilah kehidupan di kota...
Jiran pun susah nak berjumpa...
Apatah lagi nak beramah mesra...
Aku kerja dia pun kerja...
Masing2 tak ada masa...
Raya puasa aku pulang ke desa...
Raya cina turn dia pula tak ada...
Sampai bila ya agak-agaknya?

Gambar Hiasan

Rumah, Anai-Anai dan RM.. Apa kaitannya?

By Dalia Hassan at Selasa, April 09, 2013 0 comments
Assalamualaikum....

Inilah dia... hasil dari terjahan si anai-anai yang dah bertahun bermaharaja dan sempat membina kerajaan dan empayar dalam rumah aku... habis pintu bilik dan lantai rumah aku dikerjakannya.. APTB!

Dan kini, aku terpaksa mengeluarkan belanja untuk membaiki apa yang perlu dibaiki ni.. lantai, frame pintu dan terpaksa tukar pintu bilik air.... adoi...
lantai lama (jenis kayu) terpaksa di tanggalkan.. anai2 bermaharajalela bawah kayu2 tu.. aptb!
lantai kayu tu digantikan dengan mozek...
frame pintu terpaksa digantikan dengan frame besi.. huh! anai2 kalau berani, makanlah besi tu!


dalam proses penukaran lantai kayu kepada mozek...

Dan sekarang pinggang aku masih terasa sakit disebabkan sibuk mengangkat barang2 dari dalam bilik walaupun seorang pekerja encik asben (Ayub) ada datang membantu kami untuk keluarkan barang2 dalam bilik tu... lupa plak yang aku ni baru lepas operation.. huhu!

05 April 2013

My baby dah sebulan...

By Dalia Hassan at Jumaat, April 05, 2013 0 comments


Usia Arissa Qaisara dah sebulan... cian dia tadi kena cucuk kat klinik... tapi Arissa baik, skit pun dia tak menangis...berat pun dah naik dari 3.27kg masa lahir, sekarang dah 4.05kg...

tengok... cian Arissa kena dera ngan mama.. peace yo!

Minyak Argan

By Dalia Hassan at Jumaat, April 05, 2013 0 comments
 Korang pernah dengar tak pasal kebaikan dan khasiat minyak argan?

RATUSAN tahun dahulu, bangsawan Rom membongkar rahsia kejelitaan semula jadi dengan minyak argan, ‘Cecair Emas Maghribi’ yang merawat pelbagai masalah kulit, rambut dan kuku.
Minyak argan diperah dari biji buah argan (argania spinosa) dan hanya tumbuh di selatan Maghribi, justeru, dikatakan salah satu minyak paling unik dan termahal di dunia.

Minyak argan dalam gambar diatas ni pemberian abang kandung aku.. sebenarnya dia bagi aku dua botol secara percuma, dan yang lagi sebotol telah habis aku gunakan... so bila dah tinggal sebotol ni baru aku terfikir nak tulis satu entri tentangnya... Al kisah abang aku tu dulu berulang alik ke Islamic Republic of Mauritania atas dasar kerja. Dan kawan2 sekerjanya datang dari pelbagai negara... katanya minyak ni dia beli dari kawannya yang berasal dari Morocco... dapat harga murah sikit kalau nak dibandingkan dengan harga kat Malaysia... tapi dia tak bagitahu pulak berapa harga yang dia beli dari kawan dia tu... yang pasti kami satu famili semua dapat souvenir minyak ni dari dia...  dan aku memang suka benda2 free ni...

Antara khasiat minyak argan ni yang aku dapat dari google antaranya ialah :

     ~ melembapkan rambut dan kulit
     ~ anti-penuaan
     ~ mengurangkan kedutan di wajah
     ~ mengurangkan stretch mark
     ~ melegakan sakit2 sendi
     ~ mengurangkan parut di badan
     ~ merawat ekzema
     ~ merawat psoriasis
     ~ merawat cacar air
     ~ merawat jerawat
     ~ dan lain-lain

Pokok dan buah algan

ni la orang yang bagi aku minyak argan secara percuma... hahaha!

Alia : pssssttttt... minyak yang dalam gambar tu bukan untuk dijual yer... Ianya untuk kegunaan diri sendiri... ;)

31 Mac 2013

Kek Oh Kek ! Jom kita makan kek!

By Dalia Hassan at Ahad, Mac 31, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt..

Hari ni aku kembali ke rumah setelah 23 hari berada di kampung halaman di johor. Dan sebelum aku bertolak balik ke Subang, aku sempat singgah ke rumah ibu angkatku, empunya blog resepiibu2010.blogspot.com untuk mengambil kek2 yang aku tempah beberapa hari lepas..

Nak tengok kek apa yang aku beli? Meh tengok kat bawah ni...

Kek Snowy Cheese
Kek Karamel

Kek Tiramisu

Melty Hershey (Sedap... rasa macam aiskrim)

Kek Red Velvet


Kek Cokelat

Kek Karot

Nyum nyum jom makan!



Jadi... yang mana satukah pilihan anda? Anda yang tentukan.... (poyo!) 

errrr.... yang ni bukan kek yer... tapi gebu dah sama macam kek dah...kekekeke!

21 Mac 2013

Cara Terbaik Hilangkan Stress!

By Dalia Hassan at Khamis, Mac 21, 2013 0 comments

Sharing is caring..



18 Mac 2013

Nak Kurus Jom Kurus!

By Dalia Hassan at Isnin, Mac 18, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Selepas melahirkan baby Arissa ni, semangat aku sangat membara untuk kuruskan badan aku yang sememangnya agak chubby ni... agak2 dalam tempoh cuti bersalin 3 bulan ni, boleh tak aku merampingkan skit pinggang aku dan mengecikkan skit bahagian2 kat badan aku ni terutama di bawah lengan, peha, pinggang dan perut...

Agak2 produk apa yer yang bagus untuk misi kuruskan badan aku kali ni... produk yang selamat untuk ibu yang bersalin secara operation dan juga menyusukan baby... takut juga aku nak ambil produk sembarangan, takut akan memberi kesan sampingan pada baby....

Harap2 misi aku kali ni berjaya... dapat turunkan 10kg dalam tempoh 3 bulan mi pun dah cukup bagus untuk aku... chayo dalia chayokkkkkkkk! peaceeeee!


PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review