Top 5
-
Rasa macam dah lama sangat tak pergi bercuti... badan ni dah rasa tak tentu arah.. kan best kalau dapat menikmati keindahan panorama alam ...
-
Assalamualaikum wbt.. Pada Jumaat, 1 april 2016 telah diadakan satu majlis untuk meraikan Pegawai Kanan dan Anggota2 Trafik IPD Subang J...
-
Bahagiamu Deritaku Ku dengar kau cinta sangat padanya Ku dengar hatimu kini miliknya Dia kan menjadi teman sehidup dan semati Aku menjad...
-
Assalamualaikum wbt... Saja nak share lirik lagu ni kat sini... senang nak cari nanti... semenjak terdengar kawan aku nyanyi lagu ni, aku...
-
Entah kenapa... tiba-tiba... semuanya menjadi.... TAWAR
-
Assalamualaikum wbt... Gunung Chabang. Seriously sebelum ni aku tak pernah pun dengar pasal gunung ni. Sampailah Ila tanya kami nak per...
-
Assalamualaikum wbt... Ini adalah misi menawan Puncak Gunung Yong Belar pada 14-15/10/2017, gunung ketiga tertinggi di Semenanjung Malay...
-
Assalamualaikum wbt.... Semalam aku udah selamat sampai dari bercuti ke Bandung bersama teman2ku... Asyik banget.. berada disana 4 hari 3...
Pot Pet Situ Sana Sini
Contact Me
20 April 2013
BEN ASHAARI dan WEECLICKS
Assalamualaikum wbt..
Oleh sebab hari ni aku ada banyak masa terluang, dan kebetulan baby Arissa yang hari ni dah berusia 49 hari dan semakin aktif berceloteh di bawa lari oleh maksu dia (lari dalam bilik jer ajak berborak), maka aku ada banyak masa untuk join segmen yang diadakan oleh blogger Mr. Ben Ashaari... Inilah kali pertama aku nak try join segmen dari blogger terhangat ni... bak kata Mr.Ben Ashaari, tak perlu kejar trafik yang penting, persahabatan... yeeeaaaaahhhhh!
Okay. Soalan yang perlu dijawab adalah 'KENAPAKAH ANDA NAK MENJANA PENDAPATAN MELALUI INTERNET INI ?'
Dan jawapan aku adalah disebabkan aku ni jenis yang tak pandai nak meniaga secara konvensional, segan nak berjumpa dengan orang ramai untuk jual barang juga tiada modal yang besar untuk membuka perniagaan, internetlah salah satu cara untuk aku menambahkan pendapatan memandangkan sekarang ni kos sara hidup lebih-lebih lagi duduk di kota ni memang tak boleh nak bergantung sepenuhnya pada gaji bulanan semata. Dengan internet lah aku dapat menambahkan pendapatan untuk membantu suami yang juga makan gaji untuk menyara keluarga dan walaupun tidak mewah tetapi ianya sangat memadai. Syukur Alhamdulillah...
Buat kawan2 blogger semua, jom kita sama2 join segmen ni sambil kita dapat berkenalan diantara satu sama lain serta dapat mengeratkan silaturrahim antara kita. In Sha Allah.

Categories
apa2 aje
16 April 2013
Brochure Pulau Krabi, Thailand
Ok. Pada sesiapa yang belum pernah baca entri aku ketika bercuti ke Pulau Krabi tahun lepas, bolehlah klik ke link Cuti - Cuti Thailand : Krabi Island.
Memandangkan banyak pertanyaan dari kawan-kawan dan pembaca blog, di sini aku lampirkan brochure yang aku dapat ketika bercuti di Krabi dulu.. Mungkin agak terlewat sedikit aku masukkan brochure ni (lebih dari setahun), tapi harap2 boleh dijadikan rujukan dan panduan ketika korang bercuti...
Sebenarnya ada banyak brochure yang aku ambil dari sana, tapi aku lampirkan kat sini cuma yang dibawah ni saja.. dan maaflah, aku tak ada scanner... so guna kamera tab aku tu jer la..
Brochure 1
![]() |
page 1 |
![]() |
page 2 |
![]() |
page 3 |
Brochure 2
![]() |
page 1 |
![]() |
page 2 |
![]() |
page 3 |
![]() |
page 4 |
Brochure 3
![]() |
page 1 |
![]() | |||
page 2 |
Brochure 4
![]() |
page 1 |
![]() |
page 2 |
Brochure 5
![]() |
page 1 |
![]() |
page 2 |
Brochure 6
![]() |
page 1 |
![]() |
page 2 |
Brochure 7
![]() |
page 1 |
![]() |
page 2 |
![]() |
senarai harga untuk scrub & massage.. murah giler.. kalau kat Subang ni mau seminggu sekali aku berurut.. |
Categories
Cuti-Cuti Sedunia,
mana2 aje
15 April 2013
Kawan Lama...
Al kisah kawan lama....
Dia lah kawan terbaik aku sejak tingkatan1... Dulu kami memang rapat, hinggakan parent aku dan juga makcik makcik kat kampung aku tu ingatkan aku couple ngan dia... padahal masa tu kami rapat hanya sebagai kawan... masuk tingkatan empat, dia ke sekolah vokasional dan aku masih di sekolah lama, tapi kami sering berhubung... Dulu mana ada handphone, macam zaman sekarang.. kalau dia call aku, mesti dia akan call telefon rumah... dan dia memang seorang kawan yang baik...
Habis SPM, aku sambung ke UITM dan dia ke politeknik... Masa tu seingat aku, dialah satu2nya kawan sekolah yang rajin hantar surat kat aku.. sampai aku boleh buat koleksi.. tapi dalam surat tu semuanya berkaitan dengan pelajaran, tentang keluarga.. tak ada sikit pun sentuh soal hati.. yer la.. bestfriend jer pun...
Tapi sebenarnya bila kita dah rapat dengan seseorang, mesti terdetik kat hati kita perasaan sayang, walaupun sedikit.. tapi takkan la aku pulak yang terhegeh2 bagitau perasaan aku... yer tak?
Dan dia selepas habis belajar, dia terus join TUDM... so memang lama jugaklah aku terputus hubungan dengan diaa tapi sekali sekala kalau dia balik kampung ada jugaklah dia call aku...
Yang best, masa dia kawin aku sempat datang sekejap, tengok pengantin bersanding.. dan aku balik kampung menaiki bas ekpress (masa tu masih kat Pudu lagi).. yang bestnya, masa aku nak balik ke KL semula, dia dan wife dia sempat meneman aku di stesen bas Segamat... seronok tengok kawan baik aku dah menikah (yer la... masa tu aku masih dara.. hahahah! tapi dah bertunang, tinggal berapa bulan je lagi aku nak kawin)
Tapi baru2 ni, aku sempat ber WeChat dengan dia... pengakuan dia, dia kata dia pernah suka kat aku, tapi aku tak layan.. hahahahhaa! Dia tak cakap.. manalah aku nak tau...aku ingat lagi masa kat uitm dulu, aku pulak yang sibuk nak meng'kenen'kan dia dengan kawan2 aku.. siap atur date lagi untuk diorang.. tapi tak menjadik.. hahaha! yang penting dia dan kawan aku tu pun dah jadik kawan... macam aku ngan dia..
ermmmm... bila teringat kenangan lama.. terasa rindu pulak... hahahaha!
Puding Koktel
Assalamualaikum wbt...
Hari ni tetiba je macam tekak ni meminta minta je nak makan puding koktel... rasanya dah lama jugak aku tak buat... so dengan sisa sisa kerajinan yang ada, akhirnya sempat juga aku buat...
jemput la makan yer... yummy!!!

Diariku
09 April 2013
Aku Dan Jiran
Erm. Hari tu aku kuar jap g beli barang... Masa balik, kebetulan my jiran ada kat luar rumah.. Pastu dia tanya;
Jiran : baby siapa tu? (sambil pandang Arissa yang dalam dukungan aku)
Aku : i punya baby la.... Dah sebulan lebih.... (sambil senyum kat dia)
Jiran : haaaaa! Bila u MENGANDUNG????
Huhuhuhu....
Beginilah kehidupan di kota...
Jiran pun susah nak berjumpa...
Apatah lagi nak beramah mesra...
Aku kerja dia pun kerja...
Masing2 tak ada masa...
Raya puasa aku pulang ke desa...
Raya cina turn dia pula tak ada...
Sampai bila ya agak-agaknya?
![]() |
Gambar Hiasan |
Categories
Diariku
Rumah, Anai-Anai dan RM.. Apa kaitannya?
Inilah dia... hasil dari terjahan si anai-anai yang dah bertahun bermaharaja dan sempat membina kerajaan dan empayar dalam rumah aku... habis pintu bilik dan lantai rumah aku dikerjakannya.. APTB!
Dan kini, aku terpaksa mengeluarkan belanja untuk membaiki apa yang perlu dibaiki ni.. lantai, frame pintu dan terpaksa tukar pintu bilik air.... adoi...
![]() |
lantai lama (jenis kayu) terpaksa di tanggalkan.. anai2 bermaharajalela bawah kayu2 tu.. aptb! |
![]() |
lantai kayu tu digantikan dengan mozek... |
![]() |
frame pintu terpaksa digantikan dengan frame besi.. huh! anai2 kalau berani, makanlah besi tu! |
![]() |
![]() |
dalam proses penukaran lantai kayu kepada mozek... |
Categories
Diariku
05 April 2013
My baby dah sebulan...
Usia Arissa Qaisara dah sebulan... cian dia tadi kena cucuk kat klinik... tapi Arissa baik, skit pun dia tak menangis...berat pun dah naik dari 3.27kg masa lahir, sekarang dah 4.05kg...
![]() |
tengok... cian Arissa kena dera ngan mama.. peace yo! |
Categories
Diariku
Minyak Argan
Korang pernah dengar tak pasal kebaikan dan khasiat minyak argan?
RATUSAN tahun dahulu, bangsawan Rom membongkar rahsia kejelitaan semula jadi dengan minyak argan, ‘Cecair Emas Maghribi’ yang merawat pelbagai masalah kulit, rambut dan kuku.
Minyak argan diperah dari biji buah argan (argania spinosa) dan hanya tumbuh di selatan Maghribi, justeru, dikatakan salah satu minyak paling unik dan termahal di dunia.
Antara khasiat minyak argan ni yang aku dapat dari google antaranya ialah :
Alia : pssssttttt... minyak yang dalam gambar tu bukan untuk dijual yer... Ianya untuk kegunaan diri sendiri... ;)

~ melembapkan rambut dan kulit
~ anti-penuaan
~ mengurangkan kedutan di wajah
~ mengurangkan stretch mark
~ melegakan sakit2 sendi
~ mengurangkan parut di badan
~ merawat ekzema
~ merawat psoriasis
~ merawat cacar air
~ merawat jerawat
~ dan lain-lain
~ anti-penuaan
~ mengurangkan kedutan di wajah
~ mengurangkan stretch mark
~ melegakan sakit2 sendi
~ mengurangkan parut di badan
~ merawat ekzema
~ merawat psoriasis
~ merawat cacar air
~ merawat jerawat
~ dan lain-lain
![]() |
Pokok dan buah algan |
![]() |
ni la orang yang bagi aku minyak argan secara percuma... hahaha! |
Alia : pssssttttt... minyak yang dalam gambar tu bukan untuk dijual yer... Ianya untuk kegunaan diri sendiri... ;)
Categories
Sharing Is Caring
Langgan:
Catatan (Atom)