Top 5
-
Rasa macam dah lama sangat tak pergi bercuti... badan ni dah rasa tak tentu arah.. kan best kalau dapat menikmati keindahan panorama alam ...
-
Assalamualaikum wbt.. Pada Jumaat, 1 april 2016 telah diadakan satu majlis untuk meraikan Pegawai Kanan dan Anggota2 Trafik IPD Subang J...
-
Bahagiamu Deritaku Ku dengar kau cinta sangat padanya Ku dengar hatimu kini miliknya Dia kan menjadi teman sehidup dan semati Aku menjad...
-
Assalamualaikum wbt... Saja nak share lirik lagu ni kat sini... senang nak cari nanti... semenjak terdengar kawan aku nyanyi lagu ni, aku...
-
Entah kenapa... tiba-tiba... semuanya menjadi.... TAWAR
-
Assalamualaikum wbt... Gunung Chabang. Seriously sebelum ni aku tak pernah pun dengar pasal gunung ni. Sampailah Ila tanya kami nak per...
-
Assalamualaikum wbt... Ini adalah misi menawan Puncak Gunung Yong Belar pada 14-15/10/2017, gunung ketiga tertinggi di Semenanjung Malay...
-
Assalamualaikum wbt.... Semalam aku udah selamat sampai dari bercuti ke Bandung bersama teman2ku... Asyik banget.. berada disana 4 hari 3...
Pot Pet Situ Sana Sini
Contact Me
29 April 2013
Serunding Halia
Korang pernah makan serunding halia tak? Inilah kali pertama aku merasa serunding halia ni yang dijual oleh kawan aku yang berasal dari Sarawak... apa yang pasti, aku suka rasanya...
![]() |
Serunding Halia |
![]() |
Aku beli 3 bekas sekaligus.. buat stok... ngeeeeeeeeee! |
Huh! Sedap makan dengan nasi panas.. kebetulan hari ni aku masak daging kicap dengan lada hitam.. confirm la jap lagi macam2 bunyi keluar... kekekekek!
28 April 2013
Blueberry Cheese Tart
Kalau tengahari tadi aku sempat buat bakso dan sambal kicap, petang ni pulak berkesempatan buat blueberry cheese tart. tak buat banyak pun, dalam 60 biji jer... kira okaylah kan? yummyyyyyy!
Nampak gayanya, menjelang 3/6 aku naik kerja nanti, entah berapa kilo agaknya berat badan aku naik???? haisssssshhhhhh! tak mo tak mo!
Esok start diet. Sekian!
Bakso Dan Sambal Kicap
Alhamdulillah..
Hari ni sempat jugak aku buat bakso bersama sambal kicap. Ya. Orang Johor dan sambal kicap memang tak dapat dipisahkan... Adik aku si Adah la yang sibuk suruh aku masak bakso ni...
Memandangkan hari ni dia dah nak balik Segamat, so aku layankan lah jugak buat bakso ni... Kebetulan tunang dia pun ada kat sini, datang jemput dia bawak balik kampung (adik aku ni mengada2 tak nak naik bas), so dapatlah aku jamu bakal adik ipar aku ni sekali..
27 April 2013
26 April 2013
Jom Mengundi !!
♫♫♫ Marilah mari... pergi mengundi.. jangan lupa kewajipan pada negara... ♫♫♫
Amacam? hari mengundi nanti korang mengundi kat mana? Aku In Shaa Allah akan balik ke kampung kat Segamat, Johor.. Then pas mengundi terus balik Kota Tinggi pulak coz encik asben mengundi kat sana.. Next PRU nampaknya kena tukar alamat rumah sekaranglah.. so nanti takder lah terkejar2 sangat.. huhu!
Aku pilih parti mana???? Opppsssss! Undi adalah rahsia....
Tunaikanlah hak dan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia...
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
Categories
Diariku
25 April 2013
Agar-Agar Milo... Lagi...
Ha Ha Ha !
Ajer giler aku ni... giler dengan agar2 milo.. tengok... hari ni aku buat lagi tapi hari ni takder lapis oreo sebab oreo dah abisssss...
Berebut plak dengan anak n asben aku... tapi suka sangat kalau apa yang aku buat diorang suka... kalau diorang tak makan aku pulak yang kecik hati... hahahaha! tapi aku mengaku, yang agar2 milo ni memang sedapppppp...
ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!
Ajer giler aku ni... giler dengan agar2 milo.. tengok... hari ni aku buat lagi tapi hari ni takder lapis oreo sebab oreo dah abisssss...
Berebut plak dengan anak n asben aku... tapi suka sangat kalau apa yang aku buat diorang suka... kalau diorang tak makan aku pulak yang kecik hati... hahahaha! tapi aku mengaku, yang agar2 milo ni memang sedapppppp...
![]() |
Kejap ada, kejap takder.... |
24 April 2013
( Resepi ) Agar-Agar Milo Lapis Oreo
Assalamualaikum...
Tadi dalam pukul 8pm aku ternampak resepi ni di facebook sorang kawan... dan dan tu jugak aku bersemangat nak buat dan terus kuar pergi kedai beli barang..
Tarraaaaaaaa.... kejap jer dah menjadi...
dannnnnn... kejap je dah abis...
pssssstttt... kalaulah selalu macam ni, lupakanlah niatku untuk kurusssssssssss... apa pun tak boleh!
Tadi dalam pukul 8pm aku ternampak resepi ni di facebook sorang kawan... dan dan tu jugak aku bersemangat nak buat dan terus kuar pergi kedai beli barang..
Tarraaaaaaaa.... kejap jer dah menjadi...
dannnnnn... kejap je dah abis...
pssssstttt... kalaulah selalu macam ni, lupakanlah niatku untuk kurusssssssssss... apa pun tak boleh!
Resepi :
Bahan-Bahan
10g Serbuk Agar-Agar
750ml Air
160g Gula (boleh kurangkan kalau tak suka manis)
1 tin ( Susu Cair
3/4 cawan Serbuk Milo
1 bungkus Oreo - setiap sandwich oreo dipotong 2 bahagian.
Cara-cara:
Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak sehingga gula larut. Masukkan susu dan kacau sebati sehingga mendidih.
Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati.
Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam acuan. Panaskan campuran milo yang separuh lagi dengan api paling kecil supaya tidak membeku.
Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo.
Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
Biarkan membeku di suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Langgan:
Catatan (Atom)