Sahabat

Halaman

12 Mei 2013

Botol Susu Avent

By Dalia Hassan at Ahad, Mei 12, 2013 0 comments

Ermmmm... Oleh sebab baby Arissa tak mahu minum susu menggunakan botol (asyik nak bergayut kat mama jer),dan bermacam2 usaha aku dah buat untuk dia menyusu guna botol juga dah berbotol2 susu aku beli semata2 nak penuhi kemahuan dia, dia tetap tak terima. Dan setelah menerima nasihat dan pandangan dari pelbagai pihak, akhirnya aku mengambil keputusan untuk mencuba botol susu Avent yang dikatakan mempunyai puting yang seakan akan puting ibu.

Harga asal RM55.90, harga selepas diskaun RM44.72.. so jimatlah RM skit...

Kebetulan aku ke pasar malam Jalan TAR petang semalam, so sempatlah aku menyinggah ke SOGO untuk membeli botol Avent ni (dua tiga hari lepas aku ke Giant Shah Alam, tapi kat sana tak ada jual botol Avent ni)

Cer tengok puting botol ni.. lebih kurang jer kan... tapi nak tahu camana penerimaan baby Arissa??? TOLAK! GAGAL!! adoila... puas dah pujuk dia.. dia boleh keluarkan semula susu yang dah masuk kat mulut dia, padahal susu tu sama je rasa..

Camana nak buat ni???? awal bulan Jun aku dah start keje.... isk isk isk!

Mee Siput Dan Sambal Tumis

By Dalia Hassan at Ahad, Mei 12, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt

Semalam sempat aku menggoreng mee siput yang aku beli masa balik dari mengundi di Johor haritu... Mee siput ni memang glamer kat Johor dan sedap especially beli makan dengan sambal tumis.. masa zaman sekolah dulu, hari2 aku beli mee siput ni kat makcik yang meniaga depan sekolah... wajib beli.. hahahah!

Jemputlah rasa... pasti memenuhi selera... ;)

Facebook : Saya Orang Johor

08 Mei 2013

Tempe Goreng Dan Sambal Kicap

By Dalia Hassan at Rabu, Mei 08, 2013 0 comments


Assalamualaikum wbt...

Yeahhhhhhh! Sempat jugak aku buat tempe goreng petang tadi. Cicah dengan sambal kicap. Peh! Sehingga menjilat jari.. Tak percaya, cubalah! Hahahahah.. [terbuat iklan la pulak...]

Ok. Itu sahaja laporan untuk hari ini. Sekian...

07 Mei 2013

Breast Pump Spectra Dew 300

By Dalia Hassan at Selasa, Mei 07, 2013 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Dengan semangat yang membara untuk menyusukan baby Arissa secara ekslusif, tadi aku sempat ke One Baby World di Shah Alam untuk membeli breast pump. Kalau ikutkan hati, nak jer aku beli jenama Madela, tapi memandangkan harganya yang begitu ohsem, so aku memilih jenama Spectra Dew 300, then aku upgrade kan untuk double pump.. so okla dapat jimatkan masa...


Aku amik yang pakej, so dapatlah pelbagai aksesori tambahan selain beberapa item yang aku tambah... memang puas hati la... cuma aku berharap sangat yang baby Arissa boleh terima untuk menyusu guna botol, sebab sebelum ni dah banyak kali aku cuba, dia tetap tak nak.. pening jugak dibuatnya...


Oppppsssss! kepada staff OBW Shah Alam, sorry yer... terambik penutup pen korang... errrrr... tolong la halalkan ekkkkk... ni kira free gift la yerrrrr... tima kasihhhhhh....




Sama Tak Warna?

By Dalia Hassan at Selasa, Mei 07, 2013 2 comments



03 Mei 2013

Donut Sambal

By Dalia Hassan at Jumaat, Mei 03, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt..

Wahhhhh lama betul aku tak buat donut sira dengan sambal ni... Korang pernah makan tak?  Aku dulu masa zaman sekolah hari2 beli donut sambal ni kat makcik yang meniaga depan sekolah... Tu yang badan aku pun macam donat dah.. Hahaha!

Masa aku dok bujang dulu, selalu jugaklah aku buat donut ni bawak pegi opis, tapi sejak kawin memang malas dah nak buat.. Bukan apa, buat donut ni makan masa skit walaupun mudah jer nak buatnya.. Tapi yang pasti, donut yang aku buat ni memang lembut walaupun rupanya agak hodoh sikit sebab aku tak guna acuan donat, buat manual jer..

Seronok tengok Ainul makan. Dia siap cakap, lain kali mama jangan beli donut, mama buat je sebab kalau mama buat lagi sedap. Hahahaha! Anak... Anak...

01 Mei 2013

Tempat Tidur Pilihan Baby Arissa

By Dalia Hassan at Rabu, Mei 01, 2013 3 comments

Yeahhhhhh!

Akhirnya berjaya jugak aku tidurkan baby Arissa setelah berhempas pulas aku mendodoikan dia... Mula2 bawak dia tido atas katil aku, merengek jer tak mahu tido...


Pastu aku naikkan dia atas benda alah kat atas ni... sekejap je tidonya pastu terjaga semula...


Okayla.. taknak tido kat situ, kita tido kat katil a.k.a buai yang mama belikan ni, okay sayang...
Oh dia tak mau jugak... Takper, kita cuba cara lain...

  

Yeayyyyyyyy! Akhirnya.... atas buai mama ni jugalah sayang nak tido yer??? takper tidolah.. dah nyenyak nanti mama angkat bawak naik atas katil yer....

Ermmm.. sebenarnya baby Arissa tak berapa sihat... tu yang banyak ragam tu... 
Arissa cepat sihat ye sayang... mmmuuuaaahhhhh!

30 April 2013

Kek Keju Meleleh... Lagi...

By Dalia Hassan at Selasa, April 30, 2013 2 comments
Assalamualaikum wbt...

Oleh sebab permintaan kek keju meleleh ni sangat tinggi dari rakan2 ofis dan juga pembaca blog, so hari ni aku pergi la jugak ambik stok kek keju meleleh ni kat Chef Sanif.. Selepas bersalin, ni la kali pertama aku start semula berniaga kek ni... Itupun sebab kawan kawan ofis aku dah bising, diorang dah lama tak dapat makan kek keju meleleh dari Chef Sanif ni.. hahaha!

Pas amik stok kek keju, aku terus hantar kat opis.. kebetulan, ramai la pulak pakcik2 polis trafik tu berminat dengan kek keju ni... so apalagi, aku keluarkanlah stok dari kereta...

Sampai je rumah, terus melantak satu bekas.. tapi memang dah cakap dengan encik asben, stok yang lain tu semua dah ada yang empunya.. pagi pagi esok dah nak kena hantar kat diorang... untuk jual kat pasar malam esok pon tak banyak.. nampaknya sehari dua lagi ni kena pergi amik stok lagila jawabnya... memang betul2 huru hara dalam pasaran....

ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review