Sahabat

Halaman

22 Mei 2013

Mari Mewarna !

By Dalia Hassan at Rabu, Mei 22, 2013 0 comments

Ini namanya : dah tak ada kerja di malam buta... Bukan apa, masa zaman sekolah dulu aku paling tak suka lukisan dan mewarna. Dan sekarang aku cuba mewarna buku Ainul dikala dia sedang tidur.... Dan ternyata jiwa aku masih seperti dahulu... (tengok aku mewarna macam hasil budak darjah satu!)


Dua jam tau aku nak siapkan ni! hahahahahaha! aptb!

21 Mei 2013

Hajat Dihati Nak Memulakan Bisnes....

By Dalia Hassan at Selasa, Mei 21, 2013 2 comments
Assalamualaikum wbt....

Cer korang baca tajuk entrry aku hari ni... erm. nampaknya macam tu la... hajat dihati memang nak memulakan bisnes, tapi tak tahu bisnes apa yang aku nak buat. Encik asben memang dah ada bisnes dia sendiri yang diusahakannya sejak tiga tahun yang lepas. Walaupun hanya kecil kecilan tapi Alhamdulillah pendapatan yang diperolehi lebih daripada makan gaji.

Tapi, itu bisnes encik asben. Aku pun teringin punya bisnes sendiri tapi aku tak tahu nak bisnes apa.. Opppsss sorry! Jangan suruh aku buat MLM atau direct selling sebab hati aku tak cukup kental untuk buat bisnes tu (Mungkin disebabkan pegalaman silam). Tapi aku akui, perniagaan MLM atau direct selling memang memberikan pendapatan yang cukup lumayan dan rata2 yang berjaya dalam industri ini memang seorang yang tabah dan berkeyakinan tinggi. Ramai kawan kawan aku yang terlibat dalam industri ini dan aku juga pernah terlibat sama, dan ramai diantara mereka yang mampu hidup mewah. Seperti yang aku cakapkan tadi, hati aku tak cukup kental untuk menceburi industri MLM / direct selling walaupun ianya menjanjikan pendapatan lumayan dan juga tidak terikat dengan masa.


Dan sekarang, dalam kepala aku sedang memikirkaan bisnes apa yang aku nak buat.

Berfikir...

Berfikir.....

Berfikir.........

Ada banyak perniagaan yang terlintas kat fikiran ni, tapi belum ada satu pun yang dapat menarik minat aku... huhuhu! rasa macam nak rujuk dan minta nasihat dari FAMA la sebab aku rasa cam berminat dengan  IKS...

Okla... Nak sambung semula berfikir...

daaaaaaaaaaaaaaa!

20 Mei 2013

Akibat Salah Faham

By Dalia Hassan at Isnin, Mei 20, 2013 2 comments

Alkisahnya begini...

Situasi 1

Pada 2 Mei lepas, aku ke opis untuk hantar kek yang ditempah oleh kawan2 aku. Kebetulan salah seorang kawan yang order kek tu tak ada kat opis. Then aku call dia, dia kata dia half day sebab pergi hantar kereta untuk diservis. Sambil2 tu sempat jugakla berborak macam2 (maklumlah dia kat workshop- boring) dan dia kata dia kena marah dengan bos sebab tak ada kat opis. Tu yang dia terpaksa isi borang half day disebabkan menunggu turn yang lama di pusat servis tersebut.
So kek dia aku amanahkan kat sorang lagi rakan aku untuk diberi pada keesokan harinya.

Situasi 2

Malam tu, aku ber whatsapp dengan lagi sorang kawan aku. Biasanya kawan aku tu akan bercerita dan sentiasa update aku apa yang berlaku kat opis. Maklumlah aku ni masih dalam tempoh bercuti panjang, so tak mahula aku ketinggalan berita2 terkini hiburan sensasi. Dia kata kat aku, si N ni keluar dengan encik boss untuk sambut besday encik boss. Aku yang seriau bila dengar si N keluar dengan encik boss... nak tahu kenapa? Wife encik boss pernah meluahkan kat aku tentang keakraban keduanya sehingga menimbulkan rasa tak senang di hati dia walaupun si N dan encik boss hanya kawan rapat.

Cuma yang memusykilkan aku, si N bagitahu aku yang dia pergi servis kereta, tapi macamana pula ada pula pihak2 tertentu yang kata di keluar dengan encik boss? Bila aku tanya kawan aku tu macamana dia boleh tahu si N keluar dengan encik boss, kawan aku tu kata budak2 kat atas semua cakap macam tu. Alasan : sebab kedua dua mereka (si N dan encik boss) tak masuk opis sampai petang. Untuk kepastian, aku direct tanya kat si N, kenapa dia keluar dengan encik boss? tak takut ke sebab isteri encik boss dah mula tak senang hati dengan dia? N terkejut bila aku kata macam tu... dia terkejut sebab dia tak keluar dengan encik boss. Dia pun tak tahu yang encik boss tak masuk opis sampai petang. Dan aku percaya cakap si N, sebab aku kenal dia. Dia dengan encik boss memang rapat, tapi rapat sebagai kawan. Dan aku juga tahu banyak perkara tentang itu.

Berbalik pada kawan yang menyampaikan cerita tu kat aku. Selepas aku tahu cerita sebenar yang si N tak keluar dengan encik boss, aku terus call kawan aku tu untuk meng clearkan keadaan (kononnya)... aku terangkan kat dia yang diorang dah salah faham. Si N dengan encik boss tak keluar pun sama2. Si N pergi servis kereta. Dan aku bagitahu dia kenapa aku terpaksa tanya si N samaada betul atau tidak dia keluar dengan encik boss. Ini ada kena mengena dengan aku disebabkan aku rapat dengan isteri encik bos dan isteri encik bos akan tanya aku jika ada sesuatuyang tak kena. Niat aku cuma satu. Jika benar si N keluar dengan encik boss, aku cuma nak nasihatkan dia agar dia sentiasa beringat akan apa yang bakal berlaku kalau cerita tu sampai ke telinga isteri boss. Aku takut dan aku taknak ada masjid yang runtuh disebabkan mulut2 yang tak berinsurans itu. Tapi ternyata si N tak lakukan itu.

Situasi 3

Dah hampir tiga minggu semua tu berlaku, tetiba je kawan aku yang pernah menyampaikan cerita tu kat aku, hangin dengan aku. Masalahnya dia tak cerita kat aku apa yang menyebabkan dia hangin satu badan. Rupanya2 ada lagi satu pihak (yang selalu fikir diri dia sentiasa betul) yang memperbesar besarkan keadaan. Entahlah. Kalau difikirkan aku malas nak fikir dah, tapi aku taknak kehilangan kawan baik disebabkan oleh benda remeh dan salah faham. In Shaa Allah, aku naik kerja awal jun nanti, aku akan cuba leraikan segala kekusutan dan salah faham tu.

Air Asia Dan Perikemanusiaan..

By Dalia Hassan at Isnin, Mei 20, 2013 0 comments
Dari malam tadi aku follow cerita kak Izan dan anaknya Maryam dari blog Mazidul. Kak Izan dan Maryam dinafikan haknya untuk menaiki penerbangan pulang ke Malaysia oleh petugas Air Asia akibat daripada tompok hitam bekas chicken pox yang terdapat pada Maryam.



Boleh rujuk pada entry di blog Mazidul :


1. Ibu dan bayi  sengsara di Vietnam :  Air  Asia usah  lepas  tangan  Klik di sini.  
2. MAS membantu  membawa  pulang  penunmpang Air Asia  didakwa bermasalah Klik di sini.  
3. Terkini : Kisah Izan dan  Maryam Klik di sini.  
4. Adakah  doktor di Vietnam  berpekaian  seperti jururawat? Klik di sini.  
5. Kenyataan Rasmi Air Asia : Tepatkah? Klik di sini.

~ Aku tak dapat bayangkan kalau aku sendiri berada di tempat kak Izan. ~

Exam Oh Exam !

By Dalia Hassan at Isnin, Mei 20, 2013 0 comments

Pada 18 Mei (Sabtu) yang lepas, aku telah menghadiri Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Penolong Akauntan Gred W27. Bagi Seksyen A dan Seksyen C, aku dapat menjawabnya dengan agak tenang... tapi Seksyen B memang amat mengecewakan.

Ok. Taknak cakap apa lagi pasal exam haritu. Sangat sedih. Sekian

Karipap Frozen

By Dalia Hassan at Isnin, Mei 20, 2013 0 comments

Assalamualaikum wbt...

 Semalam aku sempat buat karipap frozen, stok untuk aku makan dikala terdesak.. yang syoknya bila kita buat karipap sendiri, kita boleh sumbat inti dengan sepadat2 nya.. biasa kalau beli, nampak jer besar tapi bila makan, sangat mengecewakan. Intinya secoit jer. haishhh!





Pasni nak buat stok popia frozen plak. Karipap dan popia, memang kuih kegemaran

16 Mei 2013

Selamat Hari Guru, Cikgu....

By Dalia Hassan at Khamis, Mei 16, 2013 0 comments



15 Mei 2013

Keropok Jagung BinBin

By Dalia Hassan at Rabu, Mei 15, 2013 2 comments

Korang pernah makan jajan ni tak? Masa kecik2 dulu memang ni la kesukaan aku. Dan haritu aku beli sepeket besar yang ada 48 bungkus didalamnya. Dan juga untuk pengetahuan korang, gambar dibawah ni adalah yang terakhir dari sepeket besar tu. Gila kentang betulll....



Adoi la... macamana la study nak melekat ilmu tu kat kepala kalau asyik makan makanan yang tak berkhasiat jer.. apa pun tak boleh!

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review