Sahabat

Halaman

28 Mei 2013

Apa Nak Jadi....

By Dalia Hassan at Selasa, Mei 28, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt


Entah... apa nak jadi dengan aku ni... interview dah tak lama jer lagi... seminggu jer lagi, tapi aku masih tak study apa pun... Ni harap nak study saat akhir la nanti. Adoi. Setiap kali nak study, setiap kali menghadap komputer, konon2 nak carik maklumat, konon2 nak study apa yang patut... tapi yang aku bukak, blog orang lain untuk cari resepi, dok menghadap facebook, baca gosip2 artis terkini, bla bla bla...

Kalau macam ni jangan mimpi la nak lulus interview cik puan weh! Kalau panel penemuduga tanya, apa itu NBOS, apa itu NKRA, PRU 13... cuba terangkan itu. cuba terangkan ini, bagi contoh itu, bagi contoh ini.... apa aku nak jawab??? dah ler aku ni species yang gabra tak tentu pasal...

Ok. Saya study sekarang jugak! (Azam berazam ala kazam)

Go go chayokkkkk!

errrrrrrrr... esok jer la study... nak pergi mengepam jap, pastu nak tido...

Karipap Frozen... Lagi....

By Dalia Hassan at Selasa, Mei 28, 2013 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Hari ni aku sempat membuat karipap frozen memandangkan stok karipap frozen yang aku buat sebelum ni dah tinggal sebekas jer. Kali ni aku buat penambahbaikan skit agar karipap frozen ni menjadi lebih sedap dari yang sebelumnya.. Rasanya selepas ni tak perlulah aku berhabis duit beli karipap frozen yang dijual di kedai, buat sendiri lebih puas hati dan sedap.


Klik sini untuk karipap frozen yang aku buat sebelum ni....

Alia : Kalau di Johor, karipap ni dipanggil epok - epok.. So inilah epok - epok frozen yang dibuat sendiri oleh aku. haha!


26 Mei 2013

Sup Lobak Putih

By Dalia Hassan at Ahad, Mei 26, 2013 0 comments

Hari ni kerisauan melanda diri aku... Kenapa? Sebab susu badan aku semacam makin menyusut.. Bila pam, seco'et je susu yang keluar. Padahal aku dah amik supplement dari shaklee untuk menambahkan susu badan. Mungkin peringkat awal ni dia lambat skit nak berkesan kut...

Akhirnya aku minta encik asben belikan lobak putih. Dengarnya lobak putih ni boleh menambahkan susu badan.., Dan terjadi lah menu sup lobak ni walhal niat asal aku nak makan lobak putih ni secara mentah.Kuingat rasanya sesedap karot merah kalau makan secara mentah. Rupanya takkkk sedapppppp...


Sup lobak putih ni, rasanya sedap la jugak. Sekurang kurangnya boleh la lalu kat tekak aku ni. Dan yang pasti, susu badan aku dah keluar lebih dari biasa. Alhamdulillah.
By Dalia Hassan at Ahad, Mei 26, 2013 0 comments

25 Mei 2013

Jalan2 Jom Heboh @ Putrajaya

By Dalia Hassan at Sabtu, Mei 25, 2013 0 comments

22 Mei 2013

Hutang

By Dalia Hassan at Rabu, Mei 22, 2013 0 comments
Kepada sesiapa yang berkenaan,



Gaya Tidur : Anda Yang Mana ?

By Dalia Hassan at Rabu, Mei 22, 2013 2 comments
Yang mana satukah gaya tidur anda?


Aku :  No 1 ( Sekali sekala )
          No 2( Jarang jarang )
          No 5 ( Kadang kadang )
          No 8 ( Kerap )

Sebenarnya ada satu lagi gaya yang tak ada dalam gambar diatas. Bak kata bekas teman serumah aku dulu, cuma aku sorang je yang boleh buat gaya tidur macam tu... hahahaa! Tapi semenjak dah kawin dan ada anak ni, gaya tidur tu terus berpindah ke anak aku.. adoila... warisan turun temurun kut...

Mari Mewarna !

By Dalia Hassan at Rabu, Mei 22, 2013 0 comments

Ini namanya : dah tak ada kerja di malam buta... Bukan apa, masa zaman sekolah dulu aku paling tak suka lukisan dan mewarna. Dan sekarang aku cuba mewarna buku Ainul dikala dia sedang tidur.... Dan ternyata jiwa aku masih seperti dahulu... (tengok aku mewarna macam hasil budak darjah satu!)


Dua jam tau aku nak siapkan ni! hahahahahaha! aptb!

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review