Sahabat

Halaman

15 Jun 2013

Bengkel Grooming @ Kompleks 3C

By Dalia Hassan at Sabtu, Jun 15, 2013 1 comments

Program : Imej Dan Penampilan Diri Dalam Masyarakat
Tarikh : 15 Jun 2013
Lokasi : Kompleks 3C, Subang Jaya


 


Puan Ija sibuk bagi talk kat depan, aku sibuk amik gambar kat belakang...
Puan Annie Foo

Perbincangan kumpulan untuk persediaan membuat lakonan tatacara menyambut tetamu di majlis rasmi. Group kami memang okay!

mek Ieyla yang pantang tengok kamera...

Lelong... lelong... kasut murah2...
Cer teka.. mana satukah kasut aku? komen dari puan Ija pasal kasut aku : "kasut ni sesuai untuk dibawa ke pejabat tetapi agak old fashion sedikit" - hahahahaha! memang la old fashioned sebab kasut ni aku beli tahun 2010 dulu... kiranya dah lama la jugak....



Time rehat kami berjalan2 kat karnival yang dibuat diluar kompleks 3C.. macam2 ada.... aku sempat beli 2 beg Maggi.. buat stok kat rumah... ngeeeeeeeeeeee!

lepas penat berjalan, rehat pulak kat library kompleks 3c...
 
Anne menunjukkan keterroran dia makeupkan orang.. (apa punya ayatla...)

tu dia anne.....
Puan Mira menunjukkan bakat terpendamnya...

uissshhhhhhh kak.. nampak muda laaaa...
kak mona....
Dapat cenderahati lagi dari MPSJ uolssss...
Ni la beg yang aku angkut bawak ke bengkel... nak tau apa dalamnya? ada alat2 memerah susu badan, konon2 time rehat nak memerahlah kat surau... tapi surau penuh dengan orang ramai.. maklumlah ada macam2 event kat sana... akhirnya sesia je la aku angkut berat2 tu... huhuhu!

Alia : Untuk pengetahuan korang, kat kompleks 3C ni macam2 ada... korang boleh baca entry aku yang sebelum ni di sini. Tapi yang tu cuma sikit jer... untuk makluman lanjut, korang boleh lawati sendiri website kompleks 3c di http://kompleks3c.info/...

14 Jun 2013

Pertandingan Bowling Piala KPD Subang Jaya

By Dalia Hassan at Jumaat, Jun 14, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Hari yang sangat meletihkan. Pertandingan bowling piala KPD Subang Jaya anjuran PERKEP dan Kelab disambut sekali dengan sambutan hari bapa dan juga birthday puan Juliana (Pengerusi PERKEP S/J)...pengsan mak, nakkk.. penat giler walhal aku tak main pun.. aku sekadar ceti yang memungut bayaran dan menyelesaikan hutang2 yang perlu dibayar (almaklum lah... bendahari PERKEP tanpa rela) disamping membantu serba sedikit perjalanan sepanjang pertandingan berlangsung...

Jom layan gambar!






































Pertandingan berlangsung dengan jayanya... Alhamdulillah.. terima kasih pada semua... kesemua kumpulan (28 kumpulan) masing2 membawa pulang hamper. best! (ajk bertugas je yg  takder hamper... jeles!) hahahaha!

12 Jun 2013

Which Month Were You Born In?

By Dalia Hassan at Rabu, Jun 12, 2013 0 comments

Me?
September....


Oh! Genius okay!

hahahhahaha just for fun!

11 Jun 2013

Puding Roti dan Sos Kastard

By Dalia Hassan at Selasa, Jun 11, 2013 0 comments

Dan apabila kerajinan melanda....

          tarrrrraaaaaaaaaaaaaaa!




kejap jer licin... padahal tiga orang jer yang makan.. tapi encik asben la yang paling banyak makan.. haha! i like~

09 Jun 2013

My Incoming Holiday

By Dalia Hassan at Ahad, Jun 09, 2013 0 comments

Ok. ini adalah holiday pertama aku tahun ni. Almaklumlah awal2 tahun aritu aku tengah sarat mengandungkan Arissa, lepas bersalin dan cuti tiga bulan dok rumah jer.. dan inilah masa untuk aku sambung ber holiday bersama aktivit persatuan.. ngeeeeeeeeeeee!

Lawatan PERKEP IPD Subang Jaya ke Sabah


 




 

Terima kasih pada kak Wani yang sudi sediakan pocket guide ni untuk kami. Tak sabar rasanya nak pergi ke Sabah kerana Sabahlah satu2 nya negeri di Malaysia yang aku belum pernah sampai lagi... haha! sorry terjakun skit mak ni...


06 Jun 2013

Pengalaman Interview Penolong Pegawai Tadbir N27

By Dalia Hassan at Khamis, Jun 06, 2013 0 comments

Semuanya sudah selesai. Legaaaaaaaa! Cuma lepas ni aku hanya berserah pada Yang Maha Kuasa... kalau ada rezeki aku, Alhamdulillah.. tapi kalau bukan rezeki aku, tak apa... lain tahun aku cuba lagi sampai berjaya...

Entahlah. Mungkin sebab aku dah lali kut interview ni. Macam tak ada perasaan pun ada. Eh. tapi sebenarnya memang ada perasaan. Bercampur baur. Tak boleh nak mengharap sangat, takut nanti aku yang kecewa. Mungkin itu yang sebenarnya.

Aku gerak dari rumah jam 7am. Encik asben yang jadik driver aku tadi memandangkan aku ingin menenangkan fikiran dan berlagak seperti bos yang duduk dibelakang (tempat duduk penumpang kat depan tu dah letak baby car seat anak aku, tu yg aku dok kat belang macam bos!) sampai jer Putrrajaya perut aku memulas mulas tanpa beri isyarat awal. Adeh. Terpaksa encik asben singgah kat petronas semata2 untuk memberikan laluan kepada aku melangsaikan hajat.

Selesai melepaskan hajat, terus ker kompleks C, bangunan SPA. Oh! Dah ramai rupanya yang datang. Selepas serahkan segala butiran dan dokumen yang diperlukan, aku diberi angka giliran. Bilik B. Aku berdoa dengan harapan agar panel penemuduga semuanya baik2 belaka. Setelah merisik2 pada mereka yang baru keluar dari bilik B, penemuduga adalah seorang perempuan. Hanya seorang saja. Lega skit rasa hati, ingatkan macam yang sebelum ni, sampai dua-tiga orang.. tapi ada juga penemuduga di bilik lain yang panelnya dua orang.

Bila sampai turn aku, dup dap dup dap... dia minta aku perkenalkan diri dan cerita serba sedikit tentang latar belakang aku dan pengalaman kerja. Then dia tanya tentang tugas aku sekarang dan semuanya berkaitan dengan tugas aku. pastu dia tanya sudah bersediakah untuk jadi E.O... sanggup tak kalau dihantar ke mana2 yang ada kekosongan. Mungkin Sabah atau Sarawak. Last sekali dia tanya, ada tak apa2 soalan yang aku nak tanya pasal dia. Aku terus tanya dia dari kementerian mana.. tak terpikir plak nak tanya apa, takut nanti aku pulak yang terinterview dia.. hehehe!

Tapi tu jer la yang dia tanya. tak ada pun tanya pasal pengetahuan am, isu semasa dan sebagainya. Penat jer aku menghafal. Tapi rasa macam cuak jugak kenapa aku sekejap sangat, tak sampai pun 10 minit. Ada harapan macam tak dapat jer jawatan ni.. huhu! padahal budak2 yang sebelum aku semua lama2 dok dalam tu.. 15-20 minit.. tapi tak apala.. yang penting aku dah mencuba...

Tapi aku tengok calon2 yang keluar dari bilik sebelah, semua muka stress. Macam2 kena tanya tentang pengetahuan am dan isu semasa. Kitorang yang cuak tengok. huhu!

Apa2 pun good luck untuk semua. Kalau gagal, kita cuba lagi lain kali. Kalau berjaya, jangan lupa belanja aku makan.. (ishhhhhh... makan jer kerjanya...)

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

03 Jun 2013

Poskad Dari Jauh

By Dalia Hassan at Isnin, Jun 03, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Hari ni hari pertama aku bekerja setelah tiga bulan bercuti. Dan aku dikejutkan dengan satu poskad yang datangnya dari jauh..



cuma masalahnya, aku tak tahu siapa penghantarnya.. poskad yang bertulis siap tandatangan, cuma tak bernama jer.. deyyyy! macamlah aku kenal sapa empunya tandatangan tu... adessssss!

Apa2 pun terima kasih ya kepada sesiapa yang sudi hantar poskad ni kat aku... len kali hantarlah lagi... ngeeeeeee!

31 Mei 2013

Bayi Tak Berak

By Dalia Hassan at Jumaat, Mei 31, 2013 0 comments

Dah masuk hari ketiga baby Arissa tak poo poo...Risau jugak aku dibuatnya, maklumlah aku ni jenis yang dari kecik memang selalu sembelit kalau salah makan. jadi dalam fikiran aku, mungkin baby Arissa ni ikut aku, selalu sembelit. Selepas puas merujuk pada encik google, akhirnya aku sedikit lega. Jom kita baca kat bawah ni...

Sumber : Blog Penyusuan Susu Ibu



Saya yakin hampir semua ibu bapa pernah menghadapi situasi bayi tidak berak beberapa hari. Seseorang yang sihat sepatutnya berak setiap hari. Bayangkan kita makan macam-macam setiap hari, tapi berak seminggu sekali. Segala bahan buangan pergi mana? Masalah berkaitan dengan berak seperti berak seminggu sekali, sembelit atau cirit birit bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh. Ia mungkin merupakan petanda kepada masalah kesihatan seperti kekurangan nutrisi atau penyakit lain yang lebih serius.
 
Bagaimana pun, bagi seorang bayi yang HANYA minum susu ibu, kejadian tidak berak selama beberapa hari sering berlaku. Saya pernah mendengar orang mengatakan bahawa susu ibu tidak mengandungi bahan yang tidak diperlukan. Semuanya diserap oleh tubuh bayi. Saya tidak pasti sejauh mana kebenaran fakta ini, tetapi saya pernah mendengar kes bayi yang hanya minum susu ibu tidak berak selama sebulan dan ia sihat. Ada juga ibu yang menggunakan ubat yang dimasukkan ke dalam punggung bayi bagi "memaksa" bayi itu berak. Perkara ini sekiranya diamalkan ditakuti boleh menjejaskan sistem penyahtinjaan normal tubuh bayi itu.
 
Apa yang perlu di ambil perhatian?
 
(1) Pastikan bayi kencing seperti biasa
(2) Perut tidak kembung atau keras
(3) Bayi aktif dan tidak kerap menangis ( menangis mungkin disebabkan oleh banyak faktor, kenalpasti faktor-faktor tersebut sebelum membuat apa-apa kesimpulan)
(4) Susukan bayi dengan kerap dan pastikan bayi mendapat foremilk dan hindmilk yang secukupnya - bayi yang tidak mendapat cukup susu juga mempunyai kebarangkalian untuk tidak berak dengan kerap
 
Bila perlu merujuk pada doktor?
(1) Bayi sering menangis
(2) Perut bayi bengkak dan keras
(3) Bayi tidak mahu menyusu
(4) Bayi kerap muntah - susu mungkin tidak masuk ke saluran usus dan memenuhi perut
 
Sekiranya bayi anda tidak berak, jangan panic. Monitor perkembangan bayi dan sekiranya bayi tidak sembelit ketika berak biasanya tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Anak sulung saya pernah tidak berak selama seminggu ketika minum susu ibu sepenuhnya tanpa makanan lain dan tidak mengalami apa-apa masalah.
 
 
Alia : Bila dah baca info kat atas ni, baru la terasa lega. Haha!

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review