Sahabat

Halaman

21 September 2013

Doa Untuk Menangani Anak Nakal

By Dalia Hassan at Sabtu, September 21, 2013 0 comments
Sharing Is Caring

Doa Untuk Menangani Anak Nakal atau Lasak
 
1. Baca "Ya Latif" sebanayak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur.

2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.

3. Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak.

4. Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati.

5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu.

6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar.
8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya".

9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.

10. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.



Sekian...

Candy Crush Saga : Semua Pun Tak Jadi!

By Dalia Hassan at Sabtu, September 21, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Entah apa2 je kan tajuk entry aku kali ni... tapi kalau korang perasan (kalau tak perasan pun buat2 jer la perasan) yang aku dah jarang sangat update blog ni.. walaupun memang dari dulu aku memang tak berapa nak rajin update blog, tapi sekurang kurangnya ada masa jugakla nak update apa2 aktiviti... tapi sekarang ni banyak aktiviti yang aku tak sempat nak update kat blog... kali terakhir aku update aktiviti pun minggu lepas pasal aku pergi kenduri kawin rumah kawan aku kat Langkap.. itupun ringkas jer...

Nak tau sebab apa aku jadi sangat sibuk dan sangat tak sempat nak mengupdate blog aku ni??? semuanya gara2 games candy crush saga...leka menghadap CCS... tidur pun termimpi2 candies bergolek golek depan mata... adoi.. betul betul dihantui CCS... semua kerja tak menjadi... apa pun tak boleh...

Dan sekarang aku fed up dengan level 410... dah banyak kali aku try tapi masih tak lepas... tension mak, nakkkk! tulunnnnnnn.....





p/s : pada sesiapa yang masih lagi belum memulakan permainan CCS, anda dinasihati supaya menjauhi aplikasi ini dan jangan sesekali ingin mencuba kerana ianya sangat tidak bagus untuk kesihatan...

18 September 2013

By Dalia Hassan at Rabu, September 18, 2013 0 comments

14 September 2013

Selamat Pengantin Baru

By Dalia Hassan at Sabtu, September 14, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Hari ni aku berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan kawan aku merangkap teman serumah masa zaman muda2 aku dulu.. 

Majlis diadakan di Kampung Atta Duri, Langkap Perak..

Selamat pengantin baru buat Asmah dan pasangannya, Khairi... semoga kekal bahagia selama lamanya... 

InsyaAllah... Amin.




13 September 2013

Jom Amalkan...

By Dalia Hassan at Jumaat, September 13, 2013 0 comments

Sharing Is Caring...

Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat."
Rasulullah S.A.W bersabda "Sebarkan walaupun daripada sepotong ayatku"

Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah ketika sarakatul maut..

Assalamualaikum.

5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:

1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.Mujarabnya, In sha Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam). Sabda Nabi Ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Cara senang utk dapatkan pahala
walaupun selepas mati..

● Pasang kipas di surau/masjid
walaupun 1 , setiap kali org guna ,
anda dapat pahala walau selepas mati .

● Derma kerusi roda di
hospital . Setiap kali pesakit guna ,
anda akn dpt pahala .

● Beri baju kpd org , setiap kali
org pakai , anda dpt pahala .

● Beri makanan kpd org , anda
dpt pahala selagi makanan itu
menjadi darah dagingnya .

● Menyampaikan ilmu yg bermanfaat, selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada.

7 kalimat yg harus dibiasakan..

■ Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu.

■ Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu.

■ Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk.

■ InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg.

■ Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.

■ Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian.

■ Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.

Rasulullah bersabda,"Barangsiapa yg menyampaikan 1 ilmu sja dan ada org yg mengamalknnya,maka walaupn yg menyampaikan sudah tiada(meninggal)..pahala masih menjadi miliknya. InsyaAllah.

28 Ogos 2013

Majlis Hari Raya Perkep Malaysia 2013

By Dalia Hassan at Rabu, Ogos 28, 2013 0 comments


Assalamualaikum wbt...



Petang tadi aku sempat menghadirkan diri di majlis hari raya PERKEP Malaysia di Mess Pegawai Kanan, Bukit Aman.. Alhamdulillah... makan free lagi...  {errrr.... tolonglah... macamana aku nak diet ni???? tapi...  takper... hari ni jer... so.. kira okaylah tu... hari ni jer makan banyak k... hahahaha... hari2 pun hari ni jer..}


Aturcara Majlis
Mak Reha dan Datuk Zaleha... kawan lama katanya...
 
Mak Reha dan Puan Seri Datin Sri Imran... pengerusi PERKEP Malaysia... (wife Ketua Polis Negara)




Happy Birthday Datin....

betulllll...  tak tipu... aku makan ni jer... (",)(,")

okayyyyyy... sebelum balik kita singgah Sogo jap yer... haha!

Tu jer...... daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

22 Ogos 2013

Biar

By Dalia Hassan at Khamis, Ogos 22, 2013 0 comments

Biar kau kata aku gedik
Biar kau kata aku mengada ngada
Biar kau kata aku tak tahu malu
Biar kau kata aku sampah
Biar kau kata aku bodoh
Biar kau kata aku hodoh
Biar kau kata aku itu
Biar kau kata aku ini
Biar kau kata aku begitu
Biar kau kata aku begini

Biarkan aku dengan cara aku
Kerana AKU adalah AKU...

20 Ogos 2013

Rindu Arwah Atok

By Dalia Hassan at Selasa, Ogos 20, 2013 3 comments

Assalamualaikum wbt....

Hari ni masa tengah drive nak pegi keje, entah kenapa tiba2 rasa rindu kat arwah Tok Kin... Arwah pergi masa umur aku 16 tahun dan masa tu aku tengah bergelumang dengan peperiksaan pertengahan tahun... sedih sangat.. dalam ramai2 cucu, arwah pernah buat pengakuan yang akulah cucu yang dia paling sayang... dan aku mengakuinya....

Arwah tok kin dan nenek panggil aku dengan panggilan 'darling' sehinggakan pada ketika tu semua pakcik dan makcik aku pun panggil aku 'darling'.. dulu memang aku senang dengan panggilan tu, tapi sekarang kalau ada orang panggil aku 'darling' mmang rasa macam nak termuntah lumut hijau! Huhu!

Teringat arwah atok dan kenangan bersamanya, tiba tiba jer buat airmataku mengalir... huh! Dasar cengeng!

Al Fatihah....

Published with Blogger-droid v2.0.10

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review