Sahabat

Halaman

27 September 2013

Karnival Usahawan Desa (KUD) @ Putrajaya

By Dalia Hassan at Jumaat, September 27, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt....

Hari ni aku bersama beberapa ahli PERKEP yang lain membuat 'lawatan' ke KUD Putrajaya... Penat memang penat nak menapak dari satu zon ke zon yang lain tapi memang best walau naik melecet kaki dibuatnya.. 

Meninjau dari satu gerai ke gerai yang lain memang membuatkan mata kami menjadi rambang... bermacam jenis makanan, perhiasan, pakaian, pelbagai tudung yang cantik2 dan hiburan yang pastinya menjadi tarikan pengunjung.. pelbagai aktiviti juga diadakan seperti demo masakan dan bermacam lagi.. 

Jom layan gambar kat bawah ni...


26 September 2013

Sumber Inspirasi @ Daya Penarik

By Dalia Hassan at Khamis, September 26, 2013 1 comments

Ermmm... entah apa2 entry aku ni kan?  tetiba je rasa macam nak share sesuatu kat sini tentang sumber inspirasi ataupun dengan kata lain 'daya penarik' supaya aku sentiasa rajin dan bersemangat untuk ke sekolah / kolej / opis...

Dulu masa zaman2 sekolah, aku minat kat sorang cikgu ni... sebenarnya bukan aku je, tapi ramai kawan2 aku pun minat sama kat cikgu ni.. kiranya cikgu ni la daya penarik dan sumber inspirasi kami untuk rajin ke sekolah.. kalau tak, mesti tak bersemangat je datang sekolah kan.. tapi entah kat mana silapnya, minat kat cikgu lain tapi cikgu lain pulak yang sangkut... ya Allah.. nasib baikla lepas SPM aku dapat sambung belajar, kalau tak mesti mak aku suruh kawin dengan cikgu tu yang belum apa2 dah sibuk panggil mak aku 'bonda'.. eweeekkkk!

Masa study kat uitm pulak, daya penarik aku untuk datang ke kelas adalah classmate aku sendiri... entah kenapa aku rasa sejukkkkk je mata kalau tengok dia... baik budi bahasa, bijak, islamik, dan macam2 la lagi... aku rajin datang kelas sebab dia la... walaupun ada beberapa semester yang aku tak dapat sekelas dengan dia (kalau tak silap aku masa part 3-4 sebab dia amik bahasa arab, aku amik mandarin) tapi aku akan tetap rajin ke kelas dengan harapan dapat selisih dengan dia... poyo tak? Memang poyo kan... tapi yang peliknya, walaupun aku suka dia tapi tak bermakna aku simpan rasa dengan dia... betullll tak tipu... dia cuma satu alasan yang aku cuba cipta untuk aku merajinkan diri ke kelas dan menjadikan dia sebagai daya penarik @ sumber inspirasi... buktinya... menjelang tahun akhir, aku dengan sedaya upaya cuba merekemenkan dia dengan sorang lagi kawan aku yang aku fikir sesuai dengan dia.. seorang yang lemah lembut, dan penuh wajah keibuan... (eh.. dengan roomate aku pun aku pernah try nak kenen2kan diorg tapi tak menjadi)

Dan sekarang.... jeng jeng jeng! Walaupun dah berkahwin, tabiat lama masih tak hilang lagi dalam diri... yer la.. bukan betul2 pun kan.. suka2 je untuk bagi kita bersemangat sikit datang kerja... kalau tak bosan gak kan?

Kat opis ni, aku memang ada sorang yang bertindak sebagai daya penarik aku untuk rajin datang kerja.... sejak awal dulu memang dia la satu2nya daya penarik aku dan aku tak pernah ubah lagi setakat ni.. siapa??? Biarlah rahsia dan terus menjadi rahsia... my bff Linie pun tak pernah tau dan aku tak akan mungkin bagitau... biarlah tanggapan diorang silap asalkan ianya kekal tersimpul rapi dalam hati... *wink*

#sekurang2nya aku masih boleh perhatikan dia dari jauh, boleh bergurau dan bertegur sapa macam biasa dengan dia... kalaulah dia dapat tau, mau aku mintak transfer sebab malu! Hahahahha

#dengan encik asben aku selalu bercerita pasal daya penarik  @ sumber inspirasi aku ni... tapi encik asben macam takder perasaan jer, bukannya nak jeles! Adei...

Daaaaaaaaaaaaaaa!

Happy Birthday Ainul..

By Dalia Hassan at Khamis, September 26, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Kalau 23/9 besday aku, 24/9 pula besday anakanda sulungku Ainul Mardhiah yang ke 7 tahun (terlambat update skit)... kejap je rasanya masa berlalu.. 7 tahun membesarkannya, pelbagai cabaran dan dugaan yang aku lalui... melayani karenah dan telatahnya tanpa jemu.. 

Kalau tahun sebelum ni aku sambut di tadika strawberry (dia sekolah kat sini dari umur 4 tahun) tapi memandangkan tahun ni dia dah darjah satu, so aku buat sendiri je kat rumah bersama keluarga... jadilah kan dari tak ada... kanak2 ni sebenarnya tak kisah, asalkan kita sambut dengan adanya kek dia dah cukup happy dah..

Kek Aiskrim untuk Ainul...

nyum nyum....
  
Selamat hari lahir yang ke 7 buat anakanda Ainul Mardhiah.. semoga dirimu dan hidupmu sentiasa bahagia, sejahtera dan mendapat redha dariNya... In shaa Allah.. Amin...

25 September 2013

Keropok Lekor Kg Seberang Takir

By Dalia Hassan at Rabu, September 25, 2013 0 comments

Alhamdulillah...

Hari ni rezeki makan keropok lekor pemberian tuan rahman yang baru balik dari bercuti ngan family dia ke pantai timur... sedap keropok lekor ni ngan sosnya, sehingga menjilat jari.. haha!

Aku sempat goreng sepinggan ni jer, selebihnya nanti tunggu encik asben balik baru goreng semua... nyum nyum.. (makan jer la keje aku semenjak dua menjak ni...)

24 September 2013

Kenapa Lelaki DiLarang Memakai Emas?

By Dalia Hassan at Selasa, September 24, 2013 0 comments

Sharing is caring...

Kenapa didalam Islam lelaki tidak dibenarkan memakai emas walhal perkara ni dibenarkan pada perempuan?

Ini jawapannya...

Zarah yang wujud dalam emas mampu menembus ke dalam kulit melalui pori-pori dan masuk ke dalam darah manusia. Jika seorang manusia mengenakan emas dalam jumlah tertentu dan dalam jangka waktu yang lama, maka kesannya di dalam darah dan urine akan mengandungi atom/zarah emas dalam kadar yang melebihi batas (dikenal dengan sebutan migrasi emas).

Dan apabila ini terjadi dalam jangka waktu yang lama, maka akan mengakibatkan penyakit Alzheimer. Ini adalah kerana zarah emas yg tidak di buang dalam jangka waktu yang lama dalam darah ini akan sampai ke otak dan memicu penyakit alzheimer.

Alzheimer adalah suatu penyakit di mana orang tersebut kehilangan semua kemampuan mental dan fisik serta menyebabkan kembali seperti anak kecil. Alzheimer bukan penuaan normal,tetapi merupakan penuaan paksaan atau terpaksa. Antara yang terkena penyakit alzheimer adalah charles bronson, ralph waldo emerson,ronald reagan dan sugar ray robinson.

Akan tetapi, mengapa Islam memperbolehkan wanita untuk mengenakan emas ?

Jawapannya adalah..

"Wanita tidak menderita masalah ini kerana setiap bulan, partikel berbahaya tersebut keluar dari tubuh wanita melalui menstruasi." itulah sebabnya islam mengharamkan lelaki memakai emas dan membolehkan wanita memakai perhiasan emas.

Itulah antara sebab agama Islam melarang kaum lelaki memakai emas,ternyata hal ini telah diketahui Nabi Muhammad lebih1400 tahun yang lalu padahal beliau tidak pernah belajar ilmu sains.

Dlm satu hadis nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam telah melarang kaum lelaki memakai emas walaupun cincin yg kecil.

Al-Bukhari dan Muslim masing-masing dari Al-Bara' bin Azib Radhiyallahu 'anhu, bahwa ketika Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, maka beliau memintanya supaya menanggalkan cincinnya. (HR.   & Muslim)      
                    
Wallahua'lam.

23 September 2013

Happy Birthday To Me...

By Dalia Hassan at Isnin, September 23, 2013 2 comments

Assalamualaikum wbt....

Syukur Alhamdulillah.. hari ni 23 September 2013 genap umur aku 33 tahun.. walaupun masih terasa seperti sweet 23, namun aku terpaksa menerima hakikat bahawa setiap kali aku menerima ucapan hari lahir setiap tahun, bermakna juga usiaku makin bertambah ke satu tangga mendaki... isk isk...

Dan hari ni, di opis besday aku diraikan dalam suasana sederhana... terima kasih pada kak sariha yang sudi sponsor kek dan masak untuk aku... sebenarnya aku tak kisah pun.. tak sambut besday pun tak ape, cukup sekadar ucapan... lagipun tak best sebenarnya meraikan penambahan usia ni.. serius tak best langsung.. lainlah kalau sambut, usia jadi semakin muda.. kalau macam tu tiap2 tahun pun aku nak sambut.. kannnnnn...

Yang paling tak best, ada pulak suara2 yang tak puas hati sebab masa besday dia tak sambut, tapi bila besday orang lain sambut pulak.. adoiyai... kekadang pelik rasanya... tapi malas dah rasanya nak melayan... aku sambut besday kat opis pun bukan aku yang rancang.. tapi diatur teman2 yang lain.. salah aku ker kalau dia terasa? Entahla... huhu!

Balik kerja tadi, pas maghrib encik asben ajak pergi makan makan kat luar.. mulanya rasa macam malas jer nak keluar tapi setelah dipujuk oleh ainul dan encik asben, keluar jugakla tapi pergi restoren yang paling dekat dengan rumah jer... senang dan cepat... kannnnn...

Tu jer la aku nak cerita pasal besday aku hari ni... sebenarnya semenjak dua menjak ni memang mood aku tak berapa nak stabil.. sebab tu bila menulis pun gaya bahasa tak berapa menarik.. tak perla kan. Yang penting aku sorang yang faham pun dah cukup... ngeeeeeee

22 September 2013

Pantaskah Surga Untukku

By Dalia Hassan at Ahad, September 22, 2013 0 comments
Pantaskah Surga Untukku - Tegar

Mengapa begitu berat
Jalankan segala perintah-Mu
Begitu banyak rintangan
Tuk mengarahkan wajah
Bersujud kepadamu Tuhan
Indahnya dunia ini
Membuat orang terlena
Bekerja terus bekerja
Tak kenal waktu dan tak kenal lelah
Gema adzan Subuh, aku lelap tertidur
Gema adzan Dhuhur, aku sibuk bekerja
Gema adzan Ashar, aku geluti dunia
Tuhan, pantaskah surga untukku
Gema adzan Subuh, aku lelap tertidur
Gema adzan Dhuhur, aku sibuk bekerja
Gema adzan Ashar, aku geluti dunia
Tuhan pantaskah surga untukku

Gema adzan Maghrib, aku di perjalanan
Gema adzan Isya’, lelah tubuhku Tuhan
Tak pernah lagi ku baca firman-Mu
Tuhan tolonglah hambamu
Tuhan

21 September 2013

Doa Untuk Menangani Anak Nakal

By Dalia Hassan at Sabtu, September 21, 2013 0 comments
Sharing Is Caring

Doa Untuk Menangani Anak Nakal atau Lasak
 
1. Baca "Ya Latif" sebanayak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur.

2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.

3. Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak.

4. Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati.

5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu.

6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar.
8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya".

9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.

10. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.



Sekian...

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review