Top 5
-
Assalamualaikum wbt... Dalam sibuk kempen Buy Muslim First, aku terjumpa tentang satu artikel berkenaan Villa Zaitun yang pernah dimi...
-
Assalamualaikum wbt.... Semalam aku udah selamat sampai dari bercuti ke Bandung bersama teman2ku... Asyik banget.. berada disana 4 hari 3...
-
Assalamualaikum wbt.... Syukur Alhamdulillah.. hari ni 23 September 2013 genap umur aku 33 tahun.. walaupun masih terasa seperti sweet 23, ...
-
Alhamdulillah... Hari ni rezeki makan keropok lekor pemberian tuan rahman yang baru balik dari bercuti ngan family dia ke pantai timur... s...
-
Ermmm... entah apa2 entry aku ni kan? tetiba je rasa macam nak share sesuatu kat sini tentang sumber inspirasi ataupun dengan kata lain ...
-
Assalamualaikum wbt... Hari ni aku berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan kawan aku merangkap teman serumah masa zaman muda2 aku ...
-
Assalamualaikum wbt... Ini adalah misi menawan Puncak Gunung Yong Belar pada 14-15/10/2017, gunung ketiga tertinggi di Semenanjung Malay...
-
Assalamualaikum wbt Ku terpaksa dan dipaksa. Oh aduhlaaaa.. camana aku boleh terjebak dengan tarian untuk majlis makan malam perkep ni. ...
Pot Pet Situ Sana Sini
Contact Me
06 Oktober 2013
05 Oktober 2013
Bola Lagi....
Tahniah kepada pasukan TRW kerana berjaya mengalahkan pasukan JDT 6-1 malam tadi...
Buat JDT, aku akan sentiasa setia menyokong anda tak kira menang atau kalah... Menang kalah adat pertandingan.. mungkin kali ni bukan rezeki kita.. tapi mana tahu akan datang, kann? Yang penting usaha.. selebihnya biarlah Allah yang uruskan kerana Allah itu Maha mengetahui apa yang terbaik buat kita...
Errrr... tapi tadi memang aku tak sempat nak tengok perlawanan tu.. lepas maghrib tadi encik asben tetiba ajak pergi pasar malam kat Masjid India, KL.. teringin nak makan sesuatu katanya... (rupanya nak makan steamboat cucuk dengan beli kepok lekor mentah) ngeeeeeee!
Buat penjaga gol JDT, Al Hafiz, takziah atas pemergian anakanda kesayangan awal pagi tadi... Al Fatihah.... Syurga tempatmu dik...
Kerja Di Hari Sabtu
Bekerja di pagi Sabtu memang membosankan... tapi dalam bosan seronok juga sebab Isnin bleh off.. Ala.. bukan lama pun, sampai tengahari je.. tapi nak tunggu sampai tengahari tu rasa macam nak tunggu malam.. lambat tul masa berlalu...
04 Oktober 2013
Jumaat Yang Indah
Jumaat yang indah? Betul ker indah? Hahahahha takder maknanya indah... esok aku kena kerja...
Haishhhhhh!
Aku Tetap Aku...
Assalamualaikum wbt...
Serius. Biasanya kita cuba menjaga hati sahabat kita sehabis mampu walaupun kadang kadang ianya memberi kesan kepada kita. Sejak dari sekolah aku bukanlah jenis yang suka ambil tahu hal orang lain. Tak minat. Tak suka. Tak kuasa... dalam kelas aku dan teman sebelahku lebih suka buat hal sendiri dari bergosip tak tentu pasal... tapi dalam masa yang sama aku masih boleh bergaul dengan sesiapa mengikut keadaan. Bersukan. Zapin. Gerko. Lain2.
Walaupun berada dalam kelas yang dikategorikan sebagai kelas terpilih (akademik dan sukan), aku lebih selesa bergaul dengan kawan2 dari kelas2 lain.. kenapa? Sebab aku kurang selesa dengan sikap mereka yang 'macam bagus' 'perasan cantik' 'akulah yang bijak' dll..... aku tak mahu dan tak ingin jadi seperti mereka. Tapi dalam masa yang sama, aku tetap mengaktifkan diri dalam apa2 aktiviti bersama mereka. Kami tetap kawan. Bergelak ketawa suka duka sama sama.
Aku bercerita bukan sebab nak menunjuk yang aku ni baik. Bukan aku meninggi diri. Aku manusia biasa yang banyak kelemahan. Banyak lakukan kesilapan. Betul. Tidak ada manusia yang sempurna dalam dunia ni.. walau macamanapun kita cuba elakkan sesuatu itu terjadi, tapi jika ianya sudah tertulis, ianya akan tetap terjadi...
Belajar dari pengalaman membuatkan aku cuba untuk jaga hati dan perasaan aku sendiri daripada menjaga perasaan orang lain. Susah. Sangat susah. Terkadang aku terpaksa mengiyakan sesuatu yang tidak benar demi menjaga air muka seseorang. Bukan sekali tapi kerap kali.. ianya berlaku sejak dulu lagi dan berlarutan sehingga kini... cuma, sekarang aku lebih berani berterus terang walau dihati timbul perasaan risau andai mereka terguris dengan kata2 aku.. sungguh.. mungkin pernah timbul persoalan dan tanda tanya yang mungkin aku panjangkan pada teman rapatku, tapi percayalah ianya setakat berakhir hanya disitu. Sekadar cuba meluahkan apa yang terlintas difikiran. Meleraikan apa yang terbuku diminda..
Buat sahabat2ku... Andai kalian pernah terasa hati dengan segala tutur kataku, segala tingkah laku aku, maafkanlah aku.. walau sejauh mana aku melangkah, walau setinggi mana aku di angkasa, walau sedalam mana aku aku didasar, AKU TETAP AKU YANG DULU... sahabat amat penting dalam hidup aku.. melengkapkan hariku agar lebih ceria...
Sekian.
Mode : Rindu kawan2 lama....
02 Oktober 2013
Badminton
01 Oktober 2013
Dikala Kebosanan...
Assalamualaikum wbt....
Dikala dan ketika ni sebenarnya aku berada didalam dewan serbaguna ipd, mesyuarat bulanan pegawai awam dengan bahagian pengurusan.. bosan dan mengantuk... bosan disebabkan perkara yang sama dibangkitkan setiap bulan.. tu yang jadi mengantuk, dengar benda yang sama jer...
Sementara isi masa terluang ni, aku nak cerita skit tentang si Minah dan anaknya, Totot.. Minah dan Totot ni la yang membuatkan cuti hujung minggu aku tak keruan asyik terfikirkan mrreka berdua ni dah makan ke belum... disebabkan mereka juga aku gagahkan 36km pergi balik dari rumah ke opis pada hari minggu untuk memberi makan, takut kelaparan...
Jomla aku kenalkan si Minah dan Totot...