Sahabat

Halaman

11 Disember 2013

11.12.13

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 11, 2013 0 comments
11.12.13

Tak ada apa yang menarik pun berlaku hari ni... cuma... Selangor cuti sempena hari Keputeraan Sultan Selangor.... cuti pun bosan juga sebenarnya... tak ada apa aktiviti yang boleh dibuat sebab encik asben keje... tinggal aku dengan baby Arissa je la kat rumah... Ainul masih kat rumah atok dia kat Johor sempena cuti sekolah ni...

Tapi sepanjang hari aku berwechat dengan bespren aku sejak kecik.. Manek... memang dari dulu tak kering idea kalau berborak dengan dia... penat berborak kami berbalas pantun... penat berpantun kami berdrama... hahahha... pengsan..

Oh... tapi aku sempat buat puding roti dan sos kastad yang ohsem ni... jemput makan...


hebat kan cara kau berdiet Dalia... kalau macam ni, bukan berat makin turun tapi berlumba2 naik... haishhhhhhh!

09 Disember 2013

Rahsia Yang Bukan Lagi Rahsia....

By Dalia Hassan at Isnin, Disember 09, 2013 0 comments

Tadi, dari siang bawa ke malam aku ber wechat dengan bespren aku dari kecik... Manek.. kelakar rasa bila dia bukak cerita lama... ye la...
banyak gak yang dia tau pasal aku... nama pun bespren.. cuma ada satu rahsia yang memang aku simpan sorang2... tak pernah bagitahu sesiapa termasuk dia...

Tapi.. hari ni aku dah bagitahu dia rahsia aku tu... kalau dulu memang aku segan nak cerita, tapi sekarang tak ada apa yang nak disegankan... semua tu dah jadi kenangan... kenangan manis kalau diingat2kan semula...

Alkisah... dari aku darjah enam sampai tingkatan lima aku minat kat sorang mamat ni...tua setahun dari aku... nama dia RR... dan bila aku cerita kat Manek, dia kata kali terakhir dia jumpa RR kat Subang coz RR ni pun sama macam dia, TUDM... aku dengar je Manek kata RR ada kat Subang.... whattttttttt??? Subanggggg!!!!! hahahhaha aje gila kalau asben aku tau bini dia sewel macam ni... tapi rasanya dia memang dah tau... hahahhaa...

 Nasib baik la asben aku ni sporting... dulu masa Manek masih kat Subang, dia la yang aku bawak lepak2 kat kedai mamak dengan si Manek ni... at least asben aku kenal dengan bespren aku nan seorang ni... hahaha! sama2 sewelllll....




08 Disember 2013

Durian Crepe

By Dalia Hassan at Ahad, Disember 08, 2013 1 comments
Lama dah rasanya tak buat durian crepe... sebelum ni aku buat kulitnya agak tebal skit, so kali ni aku cuba nipiskan skit kulitnya...

 Dan inilah hasilnya....


 Menjadi... pasni nak buat lebih skit... baru puas ati.. makan sampai muntah... hehehhe!

05 Disember 2013

Cuti - Cuti Malaysia : Puteri Harbour Family Theme Park, Johor

By Dalia Hassan at Khamis, Disember 05, 2013 0 comments

Assalamualaikum wbt....

Pada 1/12/2013 yang lepas aku berkesempatan membawa anak anak bercuti ke Puteri Harbour Family Theme Park yang bertempat di Johor... dari Legoland ke sini hanya mengambil masa 10 minit sahaja...

Di Puteri Harbour Family Theme Park ni terdapat Sanrio Hello Kitty Town pertama yang dibuka diluar Jepun dan juga The Little Big Club... juga kita boleh mengunjungi Lat's Place...

Jom la layan gambar yang sempat aku ambik...






























Sebenarnya banyak lagi gambar... tapi memandangkan si kecik Arissa pun sama tolong masukkan gambar. nak tak nak aku pilih mana yg sempat je la... bila2 kalau ada masa terluang aku perincikan lagi tentang gambar kat ata....



04 Disember 2013

Debaran....

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 04, 2013 2 comments

Debaran?

Ceh... debaran la sangat kan... tapi memang mendebarkan pun.. sebab? esok akan berlangsungnya final Pertandingan Bola Tampar piala KPD Subang Jaya... adoila... rasa macam nak gugur jantung ni bila mengenangkan... yang pasti esok final bola tampar wanita team aku ( team D) akan menentang team C manakala final lelaki team KBKA akan menentang team balai Bukit Puchong..

huhuhu... confirm la malam ni tak dapat tidur memikirkannya... cuma satu harapan aku... janganlah hujan esok.. tak sanggup lagi nak bertangguh... huhu!


30 November 2013

Majlis Perkahwinan Dato Malik Mydin

By Dalia Hassan at Sabtu, November 30, 2013 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Hari ni sebelum bergerak balik ke Kota Tinggi kami sempat singgah ke majlis kenduri kahwin Dato Malik Mydin dan pasangannya di kelab golf Monterez.... Pengantin perempuan tu adalah anak kepada Mak Jan dan SM Wahab...

Kepada pengantin, semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu... InsyaAllah...













29 November 2013

Perhimpunan Bulanan

By Dalia Hassan at Jumaat, November 29, 2013 0 comments

Perhimpunan bulanan bagi bulan November... tahniah pada sahabat blogger Azreen yang telah mendapat sijil penghargaan dari tuan KPD... tahniah buat ko ye Azreen... ngeeeeeeeeee!




26 November 2013

Kalah Bergaya.... ( Bola Tampar Piala KPD )

By Dalia Hassan at Selasa, November 26, 2013 0 comments

Hari ni bola tampar kami dari team D kalah bergaya dengan Team C... hahahaha... tapi kalah bermaruah la sebab kami saling kejar mengejar mata.. cuma nasib jer tadi... tapi tak apa... walaupun kalah tapi kami tetap enjoy... boleh gelak gelak lagi tadi dalam gelanggang... yerla... pihak lawan pun majoriti geng aku juga... sama sama main untuk piala KP cuma piala KPD ni kami terpaksa berpecah sebab ikut kategori yang ditetapkan...

In Shaa Allah final nanti akan jumpa semula team diorang.... tungguuuuuuuuuuuuuu!


PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review