Sahabat

Halaman

22 Disember 2013

Riang Ria Cuti Sekolah : Kidzania Kuala Lumpur

By Dalia Hassan at Ahad, Disember 22, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Hari ni aku berkesempatan membawa anak anak ke Kidzania KL yang terletak di Damansara, bersebelahan dengan IKEA.. Dah lama berjanji dengan Ainul nak bawa dia ke sini, dan hari ni terlaksana sudah janji...

Untuk mengelakkan kesesakan, tiket aku dah siap siap beli secara online.. 4 dewasa, 1 senior, 2 kanak kanak dan 2 baby... mudah dan cepat...

Di Kidzania, kanak2 dapat merasai dunia pekerjaan yang sebenar. Diberi gaji dan berbelanja menggunakan duit gaji sendiri. Sangat berbaloi cuma masa 5 jam mungkin tak cukup untuk explore kesemua pekerjaan disana. Apa yang penting, dapatkan peta terlebih dahulu untuk memudahkan anda membuat perancangan untuk anak anda..





























21 Disember 2013

Saya Eksiden.

By Dalia Hassan at Sabtu, Disember 21, 2013 0 comments

Balik dari majlis kawin Sue tadi, dalam kereta encik asben gatal gatal mulut sebut pasal nak tukar kereta... dia cadangkan agar tukar ke proton suprima.. tetiba aku teringat pengalaman sebelum ni apabila kereta2 sebelum akan buat hal kalau kita sebut nak tukar kereta baru.. plat hilangla... rosak tengah jalan.. langgar divider... so dengan berseloroh aku pesan kat encik asben supaya semua tu nanti bincang je kat rumah, tak nak bagi kereta dengar, takut merajuk.. elok je dalam 1-2 minit aku habiskan ayat aku, berdentum kereta kena langgar dari belakang... kan dah kata.... redha jer la nasib baik tak teruk sangat cuma encik asben aku macam sakit badan sikit akibat hentakan kut...

Bincang punya bincang kat tepi jalan tu, dia setuju nak bayar kerosakan tu.. nanti bagi dia je bill tu.. katanya la.. harap2 dia tak buat u-turn kata2 dia tu.. memang nak kena sunat la...

Yang penting aku dah ambik detail dia dan van mana tau dia kut2 dia nak cuba pusing cerita nanti... nasib baikla aku ni jenis baik takder nak marah2 (konon). boleh senyum lagi kat apek tu tadi dan cakap lembut.. mood tengah baik, ok la.. cer mood tak baik, memang nak kena la.. hehehe!

Selamat Pengantin Baru Sue ♡ Najib

By Dalia Hassan at Sabtu, Disember 21, 2013 0 comments

Selamat Pengantin Baru buat Sue dan suami, Najib... Semoga kekal bahagia selamanya... In Shaa Allah... Aminnn...

20 Disember 2013

Muffin Buat Pengantin...

By Dalia Hassan at Jumaat, Disember 20, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt....

 Akhirnya siap juga 200 biji muffin buat bakal pengantin baru Sue dan Najib yang akan melangsungkan pernikahan dan persandingan pada hari esok 21/12/13... Ni jela yang mampu disumbangkan.. pada asalnya nak order kuih tradisional je 3-4 jenis tapi malangnya kakak yang buat kuih sedap tu balik kampung pula minggu ni... so ni je yang terlintas kat fikiran aku nak buat... paling senang.. guna tepung instant jer.. so kalau tak sedap sila salahkan tepung ya.. hehehe...






17 Disember 2013

Aiskrim Padle Pop

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 17, 2013 0 comments

Lama dah nak try buat aiskrim padle pop ni... kalau ikutkan barang barang yang diperlukan memang semua ada kat dapur tu... telur, overlett, susu pekat, susu segar, esen vanilla, pewarna...

 apalagi... sempat jugak siapkan aiskrim ni untuk persediaan kedatangan anak anak buah Khamis ni... yummyyyyy... silap silap aku yang perabihkan dulu sebelum diorang sampai... hahahah!

Pertandingan Bola Tampar Piala KPD Subang Jaya 2013

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 17, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt..


Berakhir sudah pertandingan bola tampar piala KPD... Walaupun kami tewas, tapi sangat berpuas hati kerana mendapat naib johan wanita... begitu juga team KBKA naib johan lelaki tewas kepada balai Bukit Puchong... kalah menang tu adat, yang penting kita enjoyyyyy...

16 Disember 2013

Bermaafanlah... Leraikan Kekusutan..

By Dalia Hassan at Isnin, Disember 16, 2013 0 comments

Ada sesuatu yang ingin aku kongsikan disini.. terpulang sama ada korang rajin untuk membacanya atau tak... ini adalah satu kisah yang pernah terjadi pada diri aku sendiri...

Dulu.. masa sekolah menengah, aku punya seorang kawan rapat.. pergi sekolah dalam bas mesti aku akan duduk sebelah dia.. kebiasaannya aku akan naik dulu dan akan booking siap2 tempat duduk sebelah aku untuk dia.. biasanya bila bas sampai di depan rumah dia, confirm kerusi penuh.. memandangkan dia kawan baik aku, aku reserve kan tempat duduk sebelah aku untuk dia.. dia juga teman yang duduk disebelahku didalam kelas...

Ok. Cerita tu ketika aku berada dalam tingkatan 1-3 iaitu sekitar tahun 1993-1995.. Pada penghujung 1995, aku ada krisis sikit dengan dia sehingga mak dia dan mak aku masuk campur.. masuk campur dalam memberi kami nasihat...

Naik tingkatan empat, kami berada dikelas yang berbeza. Persahabatan kami semakin renggang.. masing2 menunjukkan ego dan perasaan ingin melebihi diantara satu sama lain.. kelebihan dia, dia dilantik sebagai pengawas... kelebihan aku, walaupun aku bukan pengawas (memang aku tak mahu jadi pengawas) tetapi aku terpilih untuk masuk kelas terbaik dan juga aktif dalam segala macam aktiviti... disitu kami bersaing secara senyap... secara diam diam...

Tu peristiwa berbelas tahun dahulu... sekarang, sejak wujudnya facebook kami dapat berhubung semula... walaupun masih terasa janggal dalam perbualan tapi kami masih cuba untuk memesrakan diri seperti waktu awal persahabatan kami dulu... yang aku perasan, perasaan aku yang dulu iaitu ingin lebih dari dia dah hilang... tak tahu ke mana hilangnya tapi aku lebih suka dengan keadaan yang sekarang... seboleh bolehnya aku ingin cuba membantunya dalam permasalahan yang dia hadapi... hingga aku yang tak dapat tidur malam disebab memikirkan bagaimana cara yang aku boleh bantu dia walaupun dia tak pernah meminta bantuan aku...

Dari cerita aku diatas, apa yang dapat aku katakan, jika kita punyai hati, walau macamana pun kita pernah berselisih faham dengan kawan kita, walau seteruk mana pun perselisihan faham itu, dia tetap sahabat kita. Tak perlu ego.. tak perlu menuding jari.. sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah... kata Nora.. percayalah... kata Dato Siti...

Lagi satu kisah aku nak cerita... kisah ni pendek saja.. kat tempat kerja aku ni, aku benci sangat kat seorang ni.. oh.. aku bukan benci tanpa sebab.. aku benci sebab masa mula2 dia masuk kat tempat aku ni, setiap kali selisih aku akan senyum kat dia tapi dia langsung tak balas. Akhirnya aku buat keputusan tak akan tegur atau senyum kat dia.. dan itulah yang aku buat... mungkin dia terasa hati kat aku.. dan kelmarin, selepas acara walkathon aku terserempak dengan dia didepan surau.. spontan dia tanya aku "eh.. mananya hadiah?" Selamba aku jawab "alamak.. camana nak dapat hadiah, cetak nombor sikit sangat".. dia balas "takpe na.. tahun depan kita cetak nombor lebih skit"... sambil tersenyum...

Sungguh... masa tu juga berguguran ke tanah rasa benci aku kat dia... dan mungkin juga rasa benci tu melayang entah ke mana... hilang terus rasa benci yang bertakung didada... lega rasa.. betapa mudahnya.. hanya seminit perbualan mampu melerai seribu kekusutan yang telah sekian lama berakar umbi.. syukur Alhamdulillah...

Buat kawan2 tersayang, jika pernah berlaku perselisihan faham, leraikanlah sekarang.. bawa berbincang.. jika tidak, perselisihan ini akan berterusan dan menjadi barah.. ketepikanlah ego yang wujud dalam diri. Tak perlu menuding jari menyalahkan satu sama lain.. tak penat ker? Orang lain yang tengok pun jadi penat sama.. haishhhhhh! Betul kan???

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

14 Disember 2013

Malam Jasamu Dikenang

By Dalia Hassan at Sabtu, Disember 14, 2013 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Kalau pagi tadi aku terlibat dengan program walkathon and say no to crime, sebelah malam pula terlibat dengan majlis malam jasamu dikenang, diadakan khas untuk meraikan bekas pegawai / anggota / kakitangan awam yang pernah bertugas dibawah IPD SJ...

 Untuk malam ini, aku datang ke IPD bersama encik asben aku dan baby Arissa... Ainul masih lagi kat kampung rumah nenek dia sempena cuti sekolah ni... saja bawak encik asben sebab siang tadi dia sanggup tak pergi keje semata2 nak tolong jaga si kecik ni coz taska cuti... hehehehe...

Ni je la gambar yang sempat ambik.. sibuk dengan si kecil ni yang asyik mama mama mama... kadang2 je dia panggil papa.. hahaha

wif encik asben... sian Arissa... nampak tangan jer... hahahaha


Laksa....

Sarjan Musa

Insp. Rahman yang poyoooooooo... haha!

ececececececech!

nyummmm.....


suka dia....



Yang si kecik tu pulak, bila orang lain nak ambik dia, dia taknak... kak sariha ngan anak dia pun cuba nak ambik, dia taknak... abis muka aku dia tolak sebab meronta2 bila orang lain nak ambik dia... pastu try suruh tuan rahman pulak ambik dia.. saja nak try sebab tuan rahman lelaki, kut kut la dia nak... pun sama dia taknak.... then bila kak sariha ajak pergi bergambar kat meja perkep, kebetulan lalu kat meja uncle dia... pastu saja je aku suruh uncle dia ambik.. laju je dia nak.. huhuhuhu.... anak mama... adesssssss! sama je macam kakak dia si Ainul, rapat dengan uncle dia...

Sekarang ni rasa macam penat sangat... bukan penat apa tapi tapak kaki yang melecet tu rasa makin pedih... sebelum keluar lepas magrib tadi aku dah keluarkan air yang terkumpul dalam gelembung kat tapak kaki tu.. kiri kanan pun sama... tapi sekarang ni macam rasa lagi pedih pulak... nasib baiklah esok Ahad... cuti cuti Malaysia... bolehlah rehat secukupnya... ngeeeeeeeeeee! Rehatlah sangat....



PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review