Top 5
-
Assalamualaikum wbt... Dalam sibuk kempen Buy Muslim First, aku terjumpa tentang satu artikel berkenaan Villa Zaitun yang pernah dimi...
-
Assalamualaikum wbt.... Semalam aku udah selamat sampai dari bercuti ke Bandung bersama teman2ku... Asyik banget.. berada disana 4 hari 3...
-
Assalamualaikum wbt.... Syukur Alhamdulillah.. hari ni 23 September 2013 genap umur aku 33 tahun.. walaupun masih terasa seperti sweet 23, ...
-
Alhamdulillah... Hari ni rezeki makan keropok lekor pemberian tuan rahman yang baru balik dari bercuti ngan family dia ke pantai timur... s...
-
Ermmm... entah apa2 entry aku ni kan? tetiba je rasa macam nak share sesuatu kat sini tentang sumber inspirasi ataupun dengan kata lain ...
-
Assalamualaikum wbt... Hari ni aku berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan kawan aku merangkap teman serumah masa zaman muda2 aku ...
-
Assalamualaikum wbt Ku terpaksa dan dipaksa. Oh aduhlaaaa.. camana aku boleh terjebak dengan tarian untuk majlis makan malam perkep ni. ...
-
1. KENAPA CD NI MAHAL SANGAT? Ya, mungkin kali pertama anda mendengar harganya anda akan katakan mahal, tp anda harus pertimbangk...
Pot Pet Situ Sana Sini
Contact Me
27 Disember 2013
Dan Apabila Kesengalan Melanda...
24 Disember 2013
Hari Ulangtahun Perkahwinan Ke - 8
22 Disember 2013
Riang Ria Cuti Sekolah : Kidzania Kuala Lumpur
Hari ni aku berkesempatan membawa anak anak ke Kidzania KL yang terletak di Damansara, bersebelahan dengan IKEA.. Dah lama berjanji dengan Ainul nak bawa dia ke sini, dan hari ni terlaksana sudah janji...
Untuk mengelakkan kesesakan, tiket aku dah siap siap beli secara online.. 4 dewasa, 1 senior, 2 kanak kanak dan 2 baby... mudah dan cepat...
Di Kidzania, kanak2 dapat merasai dunia pekerjaan yang sebenar. Diberi gaji dan berbelanja menggunakan duit gaji sendiri. Sangat berbaloi cuma masa 5 jam mungkin tak cukup untuk explore kesemua pekerjaan disana. Apa yang penting, dapatkan peta terlebih dahulu untuk memudahkan anda membuat perancangan untuk anak anda..
21 Disember 2013
Saya Eksiden.
Balik dari majlis kawin Sue tadi, dalam kereta encik asben gatal gatal mulut sebut pasal nak tukar kereta... dia cadangkan agar tukar ke proton suprima.. tetiba aku teringat pengalaman sebelum ni apabila kereta2 sebelum akan buat hal kalau kita sebut nak tukar kereta baru.. plat hilangla... rosak tengah jalan.. langgar divider... so dengan berseloroh aku pesan kat encik asben supaya semua tu nanti bincang je kat rumah, tak nak bagi kereta dengar, takut merajuk.. elok je dalam 1-2 minit aku habiskan ayat aku, berdentum kereta kena langgar dari belakang... kan dah kata.... redha jer la nasib baik tak teruk sangat cuma encik asben aku macam sakit badan sikit akibat hentakan kut...
Bincang punya bincang kat tepi jalan tu, dia setuju nak bayar kerosakan tu.. nanti bagi dia je bill tu.. katanya la.. harap2 dia tak buat u-turn kata2 dia tu.. memang nak kena sunat la...
Yang penting aku dah ambik detail dia dan van mana tau dia kut2 dia nak cuba pusing cerita nanti... nasib baikla aku ni jenis baik takder nak marah2 (konon). boleh senyum lagi kat apek tu tadi dan cakap lembut.. mood tengah baik, ok la.. cer mood tak baik, memang nak kena la.. hehehe!
Selamat Pengantin Baru Sue ♡ Najib
Selamat Pengantin Baru buat Sue dan suami, Najib... Semoga kekal bahagia selamanya... In Shaa Allah... Aminnn...
20 Disember 2013
Muffin Buat Pengantin...
Akhirnya siap juga 200 biji muffin buat bakal pengantin baru Sue dan Najib yang akan melangsungkan pernikahan dan persandingan pada hari esok 21/12/13... Ni jela yang mampu disumbangkan.. pada asalnya nak order kuih tradisional je 3-4 jenis tapi malangnya kakak yang buat kuih sedap tu balik kampung pula minggu ni... so ni je yang terlintas kat fikiran aku nak buat... paling senang.. guna tepung instant jer.. so kalau tak sedap sila salahkan tepung ya.. hehehe...