Sahabat

Halaman

27 Disember 2013

Dan Apabila Kesengalan Melanda...

By Dalia Hassan at Jumaat, Disember 27, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt....

Pagi tadi, encik asben keluar seawal jam 4.30am untuk ke terminal bas Shah Alam kerana menunggu barang yang dipesan dari Kelantan yang dihantar melalui bas (kiranya tumpang bas untuk bawa barang2 tu dari Kelantan)... Supplier kata bas dijangka tiba di terminal Shah Alam seawal jam 5am... sebenarnya memang kerap encik asben aku ni order barang dari sana dan kebiasaannya bas akan sampai tepat pada masa (atau kadang2 lewat dlm 10-15minit jer)...

Lebih kurang jam 6.40am encik asben sms aku bagitahu yang bas tak sampai lagi.. menyirap jugak darah aku sebab biasanya 6.40 tu aku dah keluar rumah untuk pergi kerja... aku bukak semula tudung, kemas apa2 yang patut kat rumah tu.. pukul 7.10am baru encik asben gerak dari Shah Alam...

Dah takder benda nak buat (anak anak masih lagi tidur), kat bawah ni la keje aku sementara tunggu asben sampai... towel dan cermin mata anak yang jadi mangsa... hehehe... sekali sekala mama nak tingtong skit, apa salahnya kannnnnn... hehehe

24 Disember 2013

Hari Ulangtahun Perkahwinan Ke - 8

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 24, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Alahai... kejap je masa berlalu... 24/12/2005 ~ 24/12/2013.. Genap 8 tahun bergelar isteri kepada Encik Suhaimi Bin Bujang... semoga ikatan ini kekal hingga ke Jannah... In Sha Allah.. Amin..

 Kebetulan mak mertua dan adik ipar satu keluarga ada kat sini, sempat jugalah buat bacaan doa selamat sempena ulangtahun perkahwinan kami serta ulangtahun anak saudaraku Anaqi yang ke 7 tahun...





22 Disember 2013

Riang Ria Cuti Sekolah : Kidzania Kuala Lumpur

By Dalia Hassan at Ahad, Disember 22, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Hari ni aku berkesempatan membawa anak anak ke Kidzania KL yang terletak di Damansara, bersebelahan dengan IKEA.. Dah lama berjanji dengan Ainul nak bawa dia ke sini, dan hari ni terlaksana sudah janji...

Untuk mengelakkan kesesakan, tiket aku dah siap siap beli secara online.. 4 dewasa, 1 senior, 2 kanak kanak dan 2 baby... mudah dan cepat...

Di Kidzania, kanak2 dapat merasai dunia pekerjaan yang sebenar. Diberi gaji dan berbelanja menggunakan duit gaji sendiri. Sangat berbaloi cuma masa 5 jam mungkin tak cukup untuk explore kesemua pekerjaan disana. Apa yang penting, dapatkan peta terlebih dahulu untuk memudahkan anda membuat perancangan untuk anak anda..





























21 Disember 2013

Saya Eksiden.

By Dalia Hassan at Sabtu, Disember 21, 2013 0 comments

Balik dari majlis kawin Sue tadi, dalam kereta encik asben gatal gatal mulut sebut pasal nak tukar kereta... dia cadangkan agar tukar ke proton suprima.. tetiba aku teringat pengalaman sebelum ni apabila kereta2 sebelum akan buat hal kalau kita sebut nak tukar kereta baru.. plat hilangla... rosak tengah jalan.. langgar divider... so dengan berseloroh aku pesan kat encik asben supaya semua tu nanti bincang je kat rumah, tak nak bagi kereta dengar, takut merajuk.. elok je dalam 1-2 minit aku habiskan ayat aku, berdentum kereta kena langgar dari belakang... kan dah kata.... redha jer la nasib baik tak teruk sangat cuma encik asben aku macam sakit badan sikit akibat hentakan kut...

Bincang punya bincang kat tepi jalan tu, dia setuju nak bayar kerosakan tu.. nanti bagi dia je bill tu.. katanya la.. harap2 dia tak buat u-turn kata2 dia tu.. memang nak kena sunat la...

Yang penting aku dah ambik detail dia dan van mana tau dia kut2 dia nak cuba pusing cerita nanti... nasib baikla aku ni jenis baik takder nak marah2 (konon). boleh senyum lagi kat apek tu tadi dan cakap lembut.. mood tengah baik, ok la.. cer mood tak baik, memang nak kena la.. hehehe!

Selamat Pengantin Baru Sue ♡ Najib

By Dalia Hassan at Sabtu, Disember 21, 2013 0 comments

Selamat Pengantin Baru buat Sue dan suami, Najib... Semoga kekal bahagia selamanya... In Shaa Allah... Aminnn...

20 Disember 2013

Muffin Buat Pengantin...

By Dalia Hassan at Jumaat, Disember 20, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt....

 Akhirnya siap juga 200 biji muffin buat bakal pengantin baru Sue dan Najib yang akan melangsungkan pernikahan dan persandingan pada hari esok 21/12/13... Ni jela yang mampu disumbangkan.. pada asalnya nak order kuih tradisional je 3-4 jenis tapi malangnya kakak yang buat kuih sedap tu balik kampung pula minggu ni... so ni je yang terlintas kat fikiran aku nak buat... paling senang.. guna tepung instant jer.. so kalau tak sedap sila salahkan tepung ya.. hehehe...






17 Disember 2013

Aiskrim Padle Pop

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 17, 2013 0 comments

Lama dah nak try buat aiskrim padle pop ni... kalau ikutkan barang barang yang diperlukan memang semua ada kat dapur tu... telur, overlett, susu pekat, susu segar, esen vanilla, pewarna...

 apalagi... sempat jugak siapkan aiskrim ni untuk persediaan kedatangan anak anak buah Khamis ni... yummyyyyy... silap silap aku yang perabihkan dulu sebelum diorang sampai... hahahah!

Pertandingan Bola Tampar Piala KPD Subang Jaya 2013

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 17, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt..


Berakhir sudah pertandingan bola tampar piala KPD... Walaupun kami tewas, tapi sangat berpuas hati kerana mendapat naib johan wanita... begitu juga team KBKA naib johan lelaki tewas kepada balai Bukit Puchong... kalah menang tu adat, yang penting kita enjoyyyyy...

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review