Sahabat

Halaman

16 Februari 2014

Cuti - Cuti Malaysia : Kota A' Famosa Dan Taman Mini Malaysia, Melaka

By Dalia Hassan at Ahad, Februari 16, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Pada cuti sempena Tahun Baru Cina yang lepas, sempat juga bawak anak2 pergi ke Melaka Bandaraya Bersejarah... walaupun dah banyak kali ke Melaka rumah kak Ani, tapi tak pernah sekali pun aku bawak diorang ni pergi melawat Kota A'Famosa yang penuh dengan sejarah. Kebetulan mak dan keluarga long ada sekali, jadi ambik terus kesempatan untuk bawa diorang melawat ke tempat bersejarah ni...

check in kat sini...


pemandangan daari katil aku....

dak tecik yang kuat menangis... hahhaha


malam sempat naik benda alah ni kat AEON Bandaraya Melaka... 6D motion... bestla tapi aku gayat... sangat gayat sebab roller coaster... nak tercabut jantung rasa...

mak dan cucu2nya...

masam je muka dak tecik sorang ni....

panas wooooo cuaca... tapi sempat jugak....

tangan mak tu... takut dia dak tecik jatuh... heheheh


Ainul....

Arissa.....



Love you mak... abah tak nak ikut... sayang nak tinggalkan rumah kata mak... hehehhe   
Taman Mini Malaysia

Rempah ratus... ada jugak yang aku tak kenal... hahahah!


apakah?????




Panglima Awang (Henry The Black)... dulu aku baca sejarah dia ni, sampai terbawa2 dalam mimpi.. haahahaha




jom belajar sumpit...

testing.. testing.... eeeeiiiiiii!


ronda2 naik kereta lembu... masing2 excited...

hamboiiiii omak den....



Daulat Tuanku...

gayat....


nak jugak bergambar dengan lembu...

nak naik? muat ke tapak kaki aku yang besar ni.... ngeeeeeeeeeeeeee!

apakah???????

moh kita belajar main gasing.....



kak ani dan amsyar....

cer tengok mata dak tecik tu... dah berat sangat dah... mengantuk....

14 Februari 2014

Mesyuarat Agung Tahunan Perkep

By Dalia Hassan at Jumaat, Februari 14, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...
Petang tadi berakhir sudah mesyuarat agung tahunan perkep daerah.. tahniah buat barisan ajk baru.. dan tahniah buat aku jugak sebab akhirnya berjaya memenuhi hasrat melepaskan jawatan yang tak kesampaian tahun lepas.. lepas ni tak payah nak pening2 lagi dah... yahoooooo...

Buat kak wani (bendahari), ain (juruaudit) dan kak sariha (rumah perkep).. sorry banyak2 yer terpaksa naikkan nama korang.. (walaupun teruk aku kena marah dengan diorang) hahahahhaha... tapi tak kisahlah yang penting aku tak pening lagi lepas ni dah..

beg goodies... dapat sponsor dari Mamee


cabutan bertuah dan hadiah ajk....


abaikan kedutan bawah mata yer....

Yang syoknya, sepanjang jalan balik rumah aku tersenyum sorang2 dalam kereta... hahahaha! (apa taknya, dapat cabutan no bertuah pulak tu.. memang hari yang sangat bertuah buat aku)
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

02 Februari 2014

Gaduh Ker?

By Dalia Hassan at Ahad, Februari 02, 2014 0 comments

Sedangkan lidah lagi tergigit... inikan pula sebuah persahabatan..

Assalamualaikum wbt....

Ya. Aku tahu semenjak dua menjak ni aku menjadi seorang yang cakap lepas.. kalau aku tak suka sesuatu, aku akan cakap je ikut sedap rasa mulut aku...sesedap rasa... kalau dulu aku boleh jer pendam perasaan dalam hati tak kira marah ke menyampah ke sedih ke apa2 ke.. tapi sekarang, takder nak cakap cover lagi dah.. lepaskan apa yang terbuku didada... biarlah orang nak kata apa pun.. lantak...

Dan pagi tadi, aku sempat sound kawan aku ni. Aku tak tau la dalam seminggu tu berapa jam je masa dia kat opis. Memang dah perasan lama dah, tapi semenjak dua menjak ni makin menjadi2 pulak. Mungkin takder sapa yang tegur dia depan2.. budak2 kat opis atas tu memang dah berbulu tengok dia tapi sorang pun tak berani nak tegur sebab dia tu bespren bos kecik.. tapi.. ada aku kesah?? bos pun makan gaji jugak...


Pagi tadi dia bagitahu kat grup whatsapp yang dia kena pergi training 1-11 febuari ni.. selamba aku tanya dia boleh ke dia tinggalkan anak2 selama masa training tu? tu belum kira lagi hari perlawanan buat kat Perak nanti.. yerla.. bila hari kerja macam2 alasannya... kerap sangat beralasan... muak dah dengar alasan, diorang budak2 opis sampai dah boleh baca dan teka pasal kehadiran dia setiap minggu... tapi bila aku tegur, tak pasal2 aku yang kena balik.. hahahahha.. yerla.. bak kata dia, masalah kita tak sama so sila jaga masalah masing2... aku bukan nak pertikaikan anak sakit, sebab aku pun ada anak dan aku tau betapa susahnya hati kita kalau anak kita tak sihat tapi aku rasa dia ni macam gunakan nama anak kalau masuk lewat / EL.. sikit2 anak sakit... sikit2 mak sakit. kalau betul aku tak kisahla... tapi... entahlah... aku pun tak berani nak cakap lebih2. Cuma yang kami hairan, siang kata terpaksa EL sebab anak sakit tapi sebelah malam boleh pulak pergi event Elken (dia ni bisnes Elken) sampai tengah malam siap bawak asben dan anak lagi.. lepas tu pagi esok kata masuk lewat sebab anak tak sihat nak pergi ambil ubat dulu.. cuba kalau suruh pergi majlis anjuran opis, ada je alasan.. tak boleh nak kepong anak la...malam la... bla bla bla la... masalahnya orang lain pun ada anak jugak tapi kenapa lepas dia...dia... lepas dia... dia... lepas tu dia lagi... yang bermasalah... yang bestnya bisnes sentiasa jalan, tak tau plak bila waktu dia buat bisnes tu.. tapi waktu kerja selalu menghilang... jeng jeng jeng!

Yang bestnya, tanpa pengetahuan kami, salah seorang kawan kat opis tu sentiasa update kedatangan dia start awal bulan aritu... datang lambat, balik awal, senyap je, EL, cuti rehat semua dia rekod... aku pun baru dapat tau beberapa hari lepas... kawan aku siap cakap.. "tak guna kita cakap kat bos, sebab sah2 diorang geng sama2 buat bisnes... aku update je kedatangan dia agak2 kalau tak ada apa tindakan aku report terus kat JPA biar dengan bos sekali kena..." hahahahha sampai macam tu sekali... diam diam ubi berisi...

Sebenarnya aku pernah cadangkan kat kak sariha suruh kak sariha nasihatkan dia supaya ambil jer cuti tanpa gaji sebab aku rasa hati dia memang dah takder kat opis tu lagi... yerla... buat bisnes kan masyuk dapat duit banyak... tapi kak sariha taknak cakap... sensitif katanya... pada aku baik dia ambil cuti tanpa gaji sekurang2nya takder la budak2 lain cakap belakang... bila dah cuti tu, suka hati ko la nak buat apa pun, takder sapa nak ambil tahu..... sekurang2 diorang boleh dapat ETK sebab tolong buat keje ko yang bertangguh tu... ni keje ko diorang kena buat, keje sendiri pun tak sempat nak buat... aptb!

Cuma aku kelakar dalam whatsapp tadi dia mengaku yang dia tu anak tiri dalam trafik. Tapi hakikatnya kami sebenarnya anak tiri, dan dia anak emas... sebab... dia buat apa2 pun takder siapa berani nak tegur...  kalau kami????? teeeeeeettttttttttttttttttttttt!!!!! sendiri mau ingatla....

Harap2 esok aku kena panggil dengan bos pasal whatsapp tu... memang aku tunggu ni.. tak sabar rasanya... dia nak marah pun marahlah... lagi aku suka... penat dah jadi budak baik selama ni... ikut jer arahan... lepas ni jangan harap la... huh!






PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review