Sahabat

Halaman

19 Mac 2014

Baiki Smartphone Yang Rosak

By Dalia Hassan at Rabu, Mac 19, 2014 5 comments
Assalamualaikum wbt...

Setelah beberapa minggu tak 'bersiaran' menggunakan my S4 yang mengalami kerosakan akibat dari terendam sedikit kat dalam air, akhirnya hari ni my S4 pulih seperti sediakala.. Alhamdulillah.

Sebenarnya sejak hari tu, aku dah putus harapan untuk berharap pada S4ku itu dan aku hanya menggantikannya dengan samsung galaxy young yang kecil (dan murah). Frust memang frust sebab bagaimana jari jemariku yang agak 'runcing' ni bisa menekan keypad yang agak 'besar' hingga kerapkali berlaku kesilapan ketika menaip..

Pada awalnya, aku minta kawan aku si Khairul yang bertugas di balai sunway untuk bantu aku hantar repair my S4 kat Samsung Sunway Piramid dan nak pengsan aku dengar bila orang tu call kata motherboard rosak disebabkan oleh water damage. Jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM1,050.. bila difikirkan, lebih baik aku beli smartphone baru daripada hantar repair kalau charge yang dikenakan sebanyak tu.. so aku mintak khairul kanselkan jer. Takper la.. ada rezeki smartphone baru aku pakai (tapi tak tahu la tahun bila)

Kelmarin, encik asben bagitahu, dia ada kenal sorang ni yang boleh dipercayai yang boleh tolong repair dengan harga murah. Mula-mula memang takder perasaan dah, taknak berharap sangat. Petang Isnin encik asben pergi hantar, petang Selasa kami datang ambil. Sehari je dah siap. Gembira rasa sebab my S4 dah kembali pulih. Dan lebih gembira bila tahu caj yang dia kenakan untuk repair hanyalah RM90.. diulangi sekali lagi.. RM90 sahaja! Bukan RM1,050 yang diminta oleh samsung sunway piramid. Bila aku cakap kat brader yg repair tu, dia kata mengarut sebab yang rosak tu sikit je..

Nasib baiklah aku tak terpedaya... (tak cukup duit sebenarnya) hahahhaha.

Ni la tempat yang mahal tu.. jangan la pergi repair kat sana.. 
menyakitkan hati lagi ada..


Ni la tempat yang aku hantar kat sunway piramid tu.. entah apa2 entah...
 
Kat sini la yang aku repair murah... ni biz kad dia...

15 Mac 2014

By Dalia Hassan at Sabtu, Mac 15, 2014 0 comments

11 Mac 2014

Dia Sahabatku...

By Dalia Hassan at Selasa, Mac 11, 2014 0 comments
dia sahabatku
yang kusayang...

andai kata kejujuran itu menyakitimu...
berterus terang itu bisa membuatkanmu
merasa jijik...

biarkanlah aku,
memaksa diriku
menjadi seorang yang HIPOKRIT...

sekian.

10 Mac 2014

Sakit Kepala Lagi

By Dalia Hassan at Isnin, Mac 10, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Masuk hari ke 10 sakit kepala aku masih tak hilang malah makin berdenyut.. Dan hari ni juga masa encik asben jemput aku balik keje, encik asben paksa aku pergi klinik untuk check up... Nak tak nak kena pergi jugakla sebab dia parking betul2 depan klinik... Huhuhu..

Selain ubat relax otot dan sakit kepala, doktor bagi surat cinta untuk aku sampaikan pada pakar neurology di hospital..... Erm. Memang tak pegi la aku.. Rasa rasanya... Leceh. Huhuhu.

Sekian je la report untuk hari ini.

Daaaaaaaaaaaaa!

#PrayForMH370

08 Mac 2014

Pray For MH370

By Dalia Hassan at Sabtu, Mac 08, 2014 0 comments

Tak Sihat!

By Dalia Hassan at Sabtu, Mac 08, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Lama dah rasanya tak update cerita. Dengan anak yang tak sihat, disambung pula dengan diri sendiri yang tak sihat, juga smartphone yang masih dirawat akibat terendam dalam air. Cuba juga mencari ruang untuk menulis sesuatu, tapi masih juga tak berkesempatan.. minggu sudah, 3 kali berulang alik ke hospital. Demi anak, mama takkan mengalah...

Puas ke klinik, taska pula mencadangkan agar mencuba perubatan alternatif. Dan, setelah berjumpa ustaz dari Klinik DarulSyifa Tanjung Malim, syukur Alhamdulillah kulit kepala dan telinga yang berkudis serta bernanah kembali pulih seperti langsung tiada kesan dan tanda yang dia pernah mengalaminya. Bersih sebersih bersihnya.

Cuma satu, semenjak hari tu, encik asben pula yang terkena jangkitan bawah ketiak, berbiji biji dan bernanah, dan aku seolah olah ada sebiji batu besar yang melekat di kepala. berdenyut denyut. sakit. kami tetap redha kerana biar kami yang menanggung semua kesakitan, bukan anak2. Mungkin cuaca yang tak menentu, cuaca panas yang bersuhu tinggi menjadi faktor yang membuatkan kepala sakit berdenyut2.

Dan aku berharap, kesakitan ini cepat berakhir kerana aku tak mampu bertahan dalam senyuman. Serius. Sakit sangat. huhuhu!






21 Februari 2014

S4 Yang Terendam

By Dalia Hassan at Jumaat, Februari 21, 2014 2 comments
Assalamualaikum wbt..

Tak tau nak cakap apa sebenarnya bila tengok S4 aku terendam dalam air sepanjang malam. Sedih rasa. Setakat malam ni S4 aku masih belum pulih.., janganlah sampai kena beli handphone baru... aku sayang lagi kat dia tu.. isk isk...



dah.
tu je.
sekian.

uwaaaaaaaaaaaaa!




18 Februari 2014

My Bff Dah Transfer : Sedih!

By Dalia Hassan at Selasa, Februari 18, 2014 3 comments
Assalamualaikum wbt...

 Hari ni adalah hari terakhir my bff, Linie Mohamad bersama2 kami di IPD SJ.. Beliau akan mula bertugas di Ipoh, Perak selepas habis cuti bersalin nanti... sedih memang sedih sebab lepas ni takderla kembar aku lagi kat opis.. tapi nak buat macamana, kesian dia dah dekat 3 tahun duduk berjauhan dengan suami. Relakanlah walaupun hati berat.... isk isk...




 Banyak kenangan suka duka bersama beliau.. ketawa bersama menangis bersama... pergi mana2 pun orang ingatkan adik beradik...

Semoga Linie success di tempat baru, suasana baru, kawan2 baru... jangan dilupakan sahabat yang masih disini...

Uwaaaaaaaaaa!

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review