Top 5
-
Rasa macam dah lama sangat tak pergi bercuti... badan ni dah rasa tak tentu arah.. kan best kalau dapat menikmati keindahan panorama alam ...
-
Assalamualaikum wbt.. Pada Jumaat, 1 april 2016 telah diadakan satu majlis untuk meraikan Pegawai Kanan dan Anggota2 Trafik IPD Subang J...
-
Bahagiamu Deritaku Ku dengar kau cinta sangat padanya Ku dengar hatimu kini miliknya Dia kan menjadi teman sehidup dan semati Aku menjad...
-
Assalamualaikum wbt... Saja nak share lirik lagu ni kat sini... senang nak cari nanti... semenjak terdengar kawan aku nyanyi lagu ni, aku...
-
Entah kenapa... tiba-tiba... semuanya menjadi.... TAWAR
-
Assalamualaikum wbt... Gunung Chabang. Seriously sebelum ni aku tak pernah pun dengar pasal gunung ni. Sampailah Ila tanya kami nak per...
-
Assalamualaikum wbt... Ini adalah misi menawan Puncak Gunung Yong Belar pada 14-15/10/2017, gunung ketiga tertinggi di Semenanjung Malay...
-
Assalamualaikum wbt.... Semalam aku udah selamat sampai dari bercuti ke Bandung bersama teman2ku... Asyik banget.. berada disana 4 hari 3...
Pot Pet Situ Sana Sini
Contact Me
17 Mei 2014
Oreo CheeseKut
Birthday Party Alyn Rahman
Berzumba Di Malam Hari
Assalamualaikum wbt...
Pagi ni bangun tidur terasa segar sangat walaupun badan rasa sakit skit2.. maklumlah dah lama tak keluarkan peluh macam malam tadi... berzumba di Sekolah Rendah Puchong Utama 2... manyak syiokkkk...
Lepas ni setiap Isnin dan Jumaat aku mesti nak join diorang berzumba.. bersemangat nak turunkan berat badan ni... hahahah.. berat badan naik menggila ni, tak tau nak buat apa... pening arrrrr...
Semoga keazaman ni terus berkekalan, jangan awal je bersemangat... hahahhaha
Dalia : balik dari berzumba semalam badan rasa segar sangat... sampai rumah terus sambung menjahit sampai kul 3 pagi... baju dah hampir siap! Yessssssss!
16 Mei 2014
15 Mei 2014
Tukar Jom!
Assalamualaikum wbt...
Takder mood la nak pergi kerja sekarang ni... bosannya la hai... tapi gagahkan diri jugak untuk datang kerja.. (kerja tu kan ke ibadah... ingat ye puan Dalia... )
tapi ni la padahnya cuti lama.. (takder la lama sangat kut.. 3 hari jer) naik keje je semalam takder mood... bosan buat kerja yang sama je setiap hari.. dan semalam aku buat satu keputusan drastik. Isi borang pertukaran. Hehehehe... takder la drastik sangat pun, sebab memang dah lama plan mintak tukar.. saja nak ubah angin. Tak kisahla ditukarkan ke bahagian / cawangan mana pun... aku pasrah asalkan aku keluar dari sini... kekekkeke...
Oklah... harap2 tahun depan aku dah bertugas kat tempat baru. Nafas baru. Semangat baru. Kawan2 baru (ceh! Berangan lebih.. silap2 permohonan aku tak diluluskan) memang hampa..
Dàaaaaaaaaaa!
14 Mei 2014
Sambung Belajar?
Aduh.. aku ni memang poyo kan? Dah berapa tahun dah asyik sebut2 nak sambung belajar, tapi tak sambung jugak.. ni frust jugakla sebab permohonan aku nak sambung buat pjj kat USM tak diterima...
Frust ni... tapi padan dengan muka aku la kan? 2012 dah dapat offer buat PJJ kat USM, aku tolak.. konon2 takut nanti tak boleh fokus sebab aku baru dapat tau yang aku mengandung waktu tu... padahal boleh je kut kalau sambung... haissshhhhh... menyesal... menyesal... apakan daya.. menyesal kemudian tidak berguna... entah2 USM dah blacklist nama aku.. kekekekek!
Bila fikir2 semula... malas pulak nak mohon U lain.. tengoklah nanti atas kerajinan aku... rasa malas plak nak sambung belajar.
Ko jangan hangat2 tahi ayam yer puan Dalia sayang...
Kekekekkeke!
13 Mei 2014
Agensi Cari Jodoh... Lagi...
Eh eh.. sebelum sambung menjahit, nak cerita skit pasal sahabat maya aku tu..
Memandangkan dia masih solo, belum berkahwin aku pun macam biasa la, bukak balik agensi cari jodoh aku tu untuk carikan dia calon isteri.. dan aku dah pun kenenkan dia pada adik bilik aku masa kat uitm dulu.. kekekekeke pantas!
Harap2 oklah diorang tu lagipun masing2 masih mencari... sesuai sangatlah.. sorang umur dah 33, sorang lagi 32, nak tunggu apa lagi kan? Lagipun adik bilik aku ni memang dah pernah jumpa sahabat maya aku ni (masa tu dia pinjam buku adik bilik aku, tp buku tu dia hilangkan), cuma aku jer yang tak pernah dan tak nak jumpa dia... hahaha!
Harap2 diorang ni menjadi la sebagaimana aku rekemenkan Mizie dan Eja dulu.. baby diorang pun dah masuk 6 bulan. Kejap je masa berlalu...
Tapi kalau dah jodoh tak kemana kan?Bak kata Ajie pulak, mungkin Niza la pembuka kunci hati dia... cewahhhhh!
Babai!
Syoknya Cuti
Assalamualaikum wbt...
Syoknya la kan cuti... Sabtu keje separuh hari, Ahad Isnin ngan Selasa aku cuti.. syok woooo.. lepak2 guling2 makan2 kat rumah, tak payah pikir pasal kerja.. pehhhhh! Memang terbaik...
Semalam aku pergi Singer kat Subang Perdana, beli mesin jahit.. diorang suggest beli mesin yang mahal skit, baru puas hati tapi disebabkan aku ni baru nak berjinak2 dengan mesin jahit, baik aku beli yang murah je.. sekurang2nya kalau aku terjahanamkan mesin jahit tu, takder la ralat sangat...
Pilih punya pilih, aku pilih model 8215HB.. harga asal RM795, tawar punya tawar dapat RM700 ngam2... ok la kut untuk beginner macam aku.. harap2 aku tak stress bila menjahit sebabnya kalau aku stress simpan dalam muzium la mesin jahit tu jawabnya nanti...
Dan hari ni aku memulakan menjahit baju kurung moden yang tak sempat siap haritu.. berkobar2 ni.. harapan semoga semangat aku tak luntur.. hahahahha!
Oklah.. tu jer nak cerita. Sekian..
Daaaaaaaaa....