Sahabat

Halaman

17 Mei 2014

Oreo CheeseKut

By Dalia Hassan at Sabtu, Mei 17, 2014 0 comments
Tadi lepas abis majlis besday Alyn, aku masuk giant jap cari makanan kucing.. alang2 dah kat situ, aku carilah biskut keju yang agak2 sesuai untuk aku buat cheesekut...
Dah jumpa biskutnya, aku beli keju dan oreo.. bahan2 lain memang dah ada kat rumah, so tak payah membazir beli yang lain...
Sampai rumah, macam biasa la terus ke dapur untuk sediakan oreo cheesekut ni dan inilah hasilnya.. sedap sangat padahal baru sekejap simpan dalam peti sejuk... kalau lama2 simpan, mesti lebih mabeles...
Sayangnya aku cuma makan 2 suap je sebab aku sekarang sedang berusaha untuk turunkan berat badan yang dah melimpah ruah ni.. adeiiiiii... asben ngan ainul la tukang makannya.. takperla.. janji mama happy dapat buat makanan yang diorang suka...

Birthday Party Alyn Rahman

By Dalia Hassan at Sabtu, Mei 17, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...
Hari ni sempat menghadirkan diri ke party harijadi anak tuan Rahman, Alynn yang ke 6 tahun yang diadakan di restoren makanan segera Marrybrown Giant Usj 1...
Selamat hari lahir buat Alynn.. aunty doakan semoga Alynn sentiasa ceria dan dilimpahi kasih sayang yang tak terhingga serta sentiasa dilindungi Allah hendaknya... InsyaAllah...

Berzumba Di Malam Hari

By Dalia Hassan at Sabtu, Mei 17, 2014 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Pagi ni bangun tidur terasa segar sangat walaupun badan rasa sakit skit2.. maklumlah dah lama tak keluarkan peluh macam malam tadi... berzumba di Sekolah Rendah Puchong Utama 2... manyak syiokkkk...

Lepas ni setiap Isnin dan Jumaat aku mesti nak join diorang berzumba.. bersemangat nak turunkan berat badan ni... hahahah.. berat badan naik menggila ni, tak tau nak buat apa... pening arrrrr...

Semoga keazaman ni terus berkekalan, jangan awal je bersemangat... hahahhaha

Dalia : balik dari berzumba semalam badan rasa segar sangat... sampai rumah terus sambung menjahit sampai kul 3 pagi... baju dah hampir siap! Yessssssss!

16 Mei 2014

Selamat Hari Guru

By Dalia Hassan at Jumaat, Mei 16, 2014 0 comments

15 Mei 2014

Tukar Jom!

By Dalia Hassan at Khamis, Mei 15, 2014 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Takder mood la nak pergi kerja sekarang ni... bosannya la hai... tapi gagahkan diri jugak untuk datang kerja.. (kerja tu kan ke ibadah... ingat ye puan Dalia... )

tapi ni la padahnya cuti lama.. (takder la lama sangat kut..  3 hari jer) naik keje je semalam takder mood... bosan buat kerja yang sama je setiap hari.. dan semalam aku buat satu keputusan drastik. Isi borang pertukaran. Hehehehe... takder la drastik sangat pun, sebab memang dah lama plan mintak tukar.. saja nak ubah angin. Tak kisahla ditukarkan ke bahagian / cawangan mana pun... aku pasrah asalkan aku keluar dari sini... kekekkeke...

Oklah... harap2 tahun depan aku dah bertugas kat tempat baru. Nafas baru. Semangat baru. Kawan2 baru (ceh! Berangan lebih.. silap2 permohonan aku tak diluluskan) memang hampa..

Dàaaaaaaaaaa!

14 Mei 2014

Sambung Belajar?

By Dalia Hassan at Rabu, Mei 14, 2014 0 comments

Aduh..  aku ni memang poyo kan? Dah berapa tahun dah asyik sebut2 nak sambung belajar, tapi tak sambung jugak.. ni frust jugakla sebab permohonan aku nak sambung buat pjj kat USM tak diterima...

Frust ni... tapi padan dengan muka aku la kan? 2012 dah dapat offer buat PJJ kat USM, aku tolak.. konon2 takut nanti tak boleh fokus sebab aku baru dapat tau yang aku mengandung waktu tu... padahal boleh je kut kalau sambung... haissshhhhh... menyesal... menyesal... apakan daya.. menyesal kemudian tidak berguna... entah2 USM dah blacklist nama aku.. kekekekek!

Bila fikir2 semula... malas pulak nak mohon U lain.. tengoklah nanti atas kerajinan aku... rasa malas plak nak sambung belajar.

Ko jangan hangat2 tahi ayam yer puan Dalia sayang...

Kekekekkeke!

13 Mei 2014

Agensi Cari Jodoh... Lagi...

By Dalia Hassan at Selasa, Mei 13, 2014 0 comments

Eh eh.. sebelum sambung menjahit, nak cerita skit pasal sahabat maya aku tu..

Memandangkan dia masih solo, belum berkahwin aku pun macam biasa la, bukak balik agensi cari jodoh aku tu untuk carikan dia calon isteri.. dan aku dah pun kenenkan dia pada adik bilik aku masa kat uitm dulu.. kekekekeke pantas!

Harap2 oklah diorang tu lagipun masing2 masih mencari... sesuai sangatlah.. sorang umur dah 33, sorang lagi 32, nak tunggu apa lagi kan? Lagipun adik bilik aku ni memang dah pernah jumpa sahabat maya aku ni (masa tu dia pinjam buku adik bilik aku, tp buku tu dia hilangkan), cuma aku jer yang tak pernah dan tak nak jumpa dia... hahaha!

Harap2 diorang ni menjadi la sebagaimana aku rekemenkan Mizie dan Eja dulu.. baby diorang pun dah masuk 6 bulan. Kejap je masa berlalu...

Tapi kalau dah jodoh tak kemana kan?Bak kata Ajie pulak, mungkin Niza la pembuka kunci hati dia... cewahhhhh!

Babai!

Syoknya Cuti

By Dalia Hassan at Selasa, Mei 13, 2014 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Syoknya la kan cuti... Sabtu keje separuh hari, Ahad Isnin ngan Selasa aku cuti.. syok woooo.. lepak2 guling2 makan2 kat rumah, tak payah pikir pasal kerja.. pehhhhh! Memang terbaik...

Semalam aku pergi Singer kat Subang Perdana, beli mesin jahit.. diorang suggest beli mesin yang mahal skit, baru puas hati tapi disebabkan aku ni baru nak berjinak2 dengan mesin jahit, baik aku beli yang murah je.. sekurang2nya kalau aku terjahanamkan mesin jahit tu, takder la ralat sangat...

Pilih punya pilih, aku pilih model 8215HB.. harga asal RM795, tawar punya tawar dapat RM700 ngam2... ok la kut untuk beginner macam aku.. harap2 aku tak stress bila menjahit sebabnya kalau aku stress simpan dalam muzium la mesin jahit tu jawabnya nanti...

Dan hari ni aku memulakan menjahit baju kurung moden yang tak sempat siap haritu.. berkobar2 ni.. harapan semoga semangat aku tak luntur.. hahahahha!

Oklah.. tu jer nak cerita. Sekian..

Daaaaaaaaa....

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review