Sahabat

Halaman

15 Jun 2014

Selamat Hari Bapa, Abah....

By Dalia Hassan at Ahad, Jun 15, 2014 0 comments

Assalamualaikum wbt....

Pengorbanan seorang insan yang ku panggil abah memang tak ternilai... tak terbayar dengan wang ringgit. Kesabaran abah membesarkan kami enam beradik memang tinggi.. tak dapat nak ucapkan dengan kata2...

Dan... klip ini khas ditujukan buat abah... Selamat Hari Bapa, abah... akak sayang abah dunia akhirat... semoga abah diberikan kesihatan dan rezeki yang berpanjangan serta dilimpahi dengan kasih sayang bonda, anak2 dan cucu....


Dan sempena hari bapa juga, hadiah ini yang kami berikan buat abah (dan juga emak)...




09 Jun 2014

Kursus Bahasa Mandarin

By Dalia Hassan at Isnin, Jun 09, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Selesai hari pertama kursus bahasa Mandarin di Intan Jalan Elmu... seronok sesangat sebab dapat belajar semula bahasa Mandarin yang dah ditinggalkan hampir 14 tahun... yerla.. dulu masa kat Uitm memang ada ambik subjek Mandarin, tapi bila dah lama sangat tak praktikkan memang tak ingatla... cuma bila laoshi ajar, boleh la ingat semula sikit2 tapi sebutan masih tak berapa betul lagi... tergeliat lidah.. hahahah!

Kursus Mandarin ni bermula hari ni 9/6/14 hingga Jumaat 13/6/14... peh! menjelang Jumaat confirm berabuk dah boleh cakap Mandarin.. poyo kan! Ngeeeeeeee!

Tapi bila terkenangkan macam2 bunyi ada kat dalam kelas, memang aku tersenyum sendirian.. aku sendiri pun tergeliat lidah nak sebut dengan betul, apatah lagi mereka2 yang kali pertama belajar Mandarin... tapi.. itulah sebenarnya yang akan meninggalkan kenangan manis... sungguh!

02 Jun 2014

Apakah?

By Dalia Hassan at Isnin, Jun 02, 2014 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Semenjak dua menjak ni pelik betul apa yang terjadi dengan blog aku... tetiba je dapat email dari gmail bagitau yang aku ada publish entry.. aduhai.. macamana boleh jadi macam tu? Setiap kali aku terpaksa revertkan ke draft... penat woi...

Sapa yang pernah kena sama macam aku ni? Apa aku nak buat? Password dah banyak kali tukar...

Tulunnnnnn!

31 Mei 2014

Nak Cari Hotel / Homestay @ Kota Bharu

By Dalia Hassan at Sabtu, Mei 31, 2014 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Tinggal berapa hari je lagi aku n family nak ke Kota Bharu... Cuti Cuti Malaysia... tapi aku masih mencari cari tempat yang sesuai untuk aku tinggal masa kat sana nanti.. my encik asben cadangkan supaya bila dah sampai sana nanti baru cari, tapi aku tak setuju sangat sebab sekurang2nya aku tak nak menyesal sebab tak tau keadaan bilik tu macamana... jenuh pulak nanti nak mencari...

So kalau korang ada cadangan samada hotel/ apartment/ homestay yang selesa dan harga yang berpatutan, tolonglah cadangkan kepada sahabat blogger mu ini agar mudah dan lancar aku nanti masa kat sana... tak bazir masa nak panjat hotel satu persatu untuk tanya harga.. (huh! Banyak songeh pulak(

Daaaaaaaaa!

18 Mei 2014

Jom Pergi Bercuti

By Dalia Hassan at Ahad, Mei 18, 2014 0 comments

Dah lama dah sebenarnya aku teringin nak bercuti ke Kelantan.. kali terakhir aku ke Kelantan bulan oktober 2012... itupun pergi sana sebab lawatan kebajikan, melawat ex boss yang dimasukkan ke HUSM Kubang Kerian.. memang tak sempat la nak shopping sakan...

Selepas berbincang dengan encik asben, cuti sekolah adalah masa yang sesuai untuk kami ke sana memandangkan kami tak perlulah memontengkan sekolah si Ainul.. hehehhee...

Tarikh sebenar tak diputuskan lagi tapi mungkin pada awal Jun.. InsyaAllah kalau tak ada aral yang melintang, kami akan sampai ke Kelantan... Negeri Cik Siti Wan Kembang...

Sekarang ni aku selalu minta bantuan pakcik google untuk mencari tempat yang wajib aku lawati bila dah sampai sana... semoga pakcik google tak bosan dengan aku.. hahaha!

17 Mei 2014

Oreo CheeseKut

By Dalia Hassan at Sabtu, Mei 17, 2014 0 comments
Tadi lepas abis majlis besday Alyn, aku masuk giant jap cari makanan kucing.. alang2 dah kat situ, aku carilah biskut keju yang agak2 sesuai untuk aku buat cheesekut...
Dah jumpa biskutnya, aku beli keju dan oreo.. bahan2 lain memang dah ada kat rumah, so tak payah membazir beli yang lain...
Sampai rumah, macam biasa la terus ke dapur untuk sediakan oreo cheesekut ni dan inilah hasilnya.. sedap sangat padahal baru sekejap simpan dalam peti sejuk... kalau lama2 simpan, mesti lebih mabeles...
Sayangnya aku cuma makan 2 suap je sebab aku sekarang sedang berusaha untuk turunkan berat badan yang dah melimpah ruah ni.. adeiiiiii... asben ngan ainul la tukang makannya.. takperla.. janji mama happy dapat buat makanan yang diorang suka...

Birthday Party Alyn Rahman

By Dalia Hassan at Sabtu, Mei 17, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...
Hari ni sempat menghadirkan diri ke party harijadi anak tuan Rahman, Alynn yang ke 6 tahun yang diadakan di restoren makanan segera Marrybrown Giant Usj 1...
Selamat hari lahir buat Alynn.. aunty doakan semoga Alynn sentiasa ceria dan dilimpahi kasih sayang yang tak terhingga serta sentiasa dilindungi Allah hendaknya... InsyaAllah...

Berzumba Di Malam Hari

By Dalia Hassan at Sabtu, Mei 17, 2014 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Pagi ni bangun tidur terasa segar sangat walaupun badan rasa sakit skit2.. maklumlah dah lama tak keluarkan peluh macam malam tadi... berzumba di Sekolah Rendah Puchong Utama 2... manyak syiokkkk...

Lepas ni setiap Isnin dan Jumaat aku mesti nak join diorang berzumba.. bersemangat nak turunkan berat badan ni... hahahah.. berat badan naik menggila ni, tak tau nak buat apa... pening arrrrr...

Semoga keazaman ni terus berkekalan, jangan awal je bersemangat... hahahhaha

Dalia : balik dari berzumba semalam badan rasa segar sangat... sampai rumah terus sambung menjahit sampai kul 3 pagi... baju dah hampir siap! Yessssssss!

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review