Sahabat

Halaman

15 Ogos 2014

Status Blog #10

By Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 15, 2014 0 comments
"Berlari aku menjejak pelangi....
langkah demi langkah menjarakkan lagi
Ku sangkakan ia semakin hampir
Namun semakin jauh dan hilang dari pandangan
Dan kesudahannya,aku hanya mampu menggapai bayangan pelangi di dalam angin yg bertiup dan membawa pelangiku pergi...."


MM
22 Jun 2014

30 Day Squat Challenge

By Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 15, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Rasa macam berkobar kobar nak buat 30 Day Squat Challenge ni.. Nak tengok ada tak perubahan selepas 30 hari.. Tapi dari sehari ke sehari nak buat, tak buat buat jugak.. ok takper.. kita tunggu masa yang sesuai... kekekeke!

Jom kita buat sama!
 





Status Blog #9

By Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 15, 2014 0 comments


Hari ni dengar Sinar.fm ada temuramah dengan Kak Muji, pengasas Rumah Orang Tua Al Ikhlas, Puchong. Sedih dengar kisah warga sana. Terasa rindu yang amat untuk kesana.. Entah bila berkesempatan.huhu!


Rumah Orang Tua Al Ikhlas, Pulau Meranti Puchong


Status Blog #8

By Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 15, 2014 0 comments

13 Ogos 2014

Status Blog #7

By Dalia Hassan at Rabu, Ogos 13, 2014 0 comments

Esok hari terakhir MC.. doktor kata kalau tak ok lagi datang semula dia bagi lagi MC... sambung.. rasanya macam malas nak amik MC, nak amik cuti rehat je sehari... apa2 pun, tengok nanti camana... si Ainul pun dah jangkit sama, tinggal papa je lom lagi... hehehe!

12 Ogos 2014

Status Blog #6

By Dalia Hassan at Selasa, Ogos 12, 2014 0 comments

Alololo syoren ni.. penat sangat sampai macam tu sekali.. puasa enam kut?


( Resepi ) Daging Masak Black Pepper

By Dalia Hassan at Selasa, Ogos 12, 2014 0 comments

Balik dari klinik tadi aku berfikir fikir nak masak apa untuk makan hari ni... tetiba je terfikir nak makan mee bandung, sedap jugak kan... aku pun terus la pergi kedai runcit untuk beli barang barang nak buat mee bandung...

Sampai je rumah, baru tersedar yang aku ni sakit mata, gatal2 pulak tu... boleh ke makan mee bandung yang kaya dengan udang tu... alahai.. putus semangat aku... akhirnya aku simpan je bahan2 basah semua tu kat dalam freezer...

Masuk bilik, golek2 atas katil, tidokan si kecik, then belek2 facebook, ternampak plak facebook Mynn, my ex-housemate masa kerja kat Segamat dulu... dulu aku suka betul kalau dia masak daging black pepper ni... sehingga menjilat jari, i tell you...

So, dengan berkobar2nya aku masuk dapur... rasanya bahan2 semua cukup.... apa2 pun, aku kena tanak nasi dulu... itu penting ok... kalau tak aku nak makan daging blackpepper tu dengan apa? heheheh

Setelah bertungkus lumus kat dapur dalam setengah jam, akhirnya siap juga daging blackpepper ku ini... dah rasa dah.. memang sedappp.. lembut jer dagingnya...

Nak resepi? boleh tapi aku tak ada sukatan yang sebenar... main agak2 jer...

Resepi Daging Masak Blackpepper

Daging batang pinang / silverside / topside
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Cili api
Bawang holland
Bahan penumis (bunga lawang, kulit kayu manis etc) - tak masukkan pun xpe.. ikut suka...
1 sudu cili giling
1 sudu serbuk kari
Lada hitam (ditumbuk)
sedikit sos cili
kicap

Cara2 Memasak

Tumbuk bawang putih, cili api, halia dan bawang merah... tumiskan bersama bahan penumis tadi...

Masukkan cili giling dan serbuk kari.. kemudian masukkan daging...

Masukkan sos cili dan kicap.. kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk tadi...

Akhir sekali, masukkan bawang holland yang dipotong nipis...

Tarrraaaaaaa....
Siappppp!

Oleh sebab hidangan ini adalah menu tergesa2, so takder la hiasan2 kat atas tu yer.. kekekeke!

Status Blog #5

By Dalia Hassan at Selasa, Ogos 12, 2014 0 comments

Baru balik dari klinik... doktor bagi MC 3 hari sampai 14/8... si kecik plak kena bagi neb sebab berkahak, nafas berbunyi.. get well soon ye sayang... sian dia..

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review