Sahabat

Halaman

18 Ogos 2014

Status Blog #12

By Dalia Hassan at Isnin, Ogos 18, 2014 0 comments
Hari ni keje setelah seminggu tak masuk opis... Malasnyaaaaaaa!

16 Ogos 2014

Status Blog #11

By Dalia Hassan at Sabtu, Ogos 16, 2014 0 comments

Bosan. Dah seminggu dok rumah je.. mata pun tak pulih sepenuhnya lagi... petang ni nak pegi kuar jogging la.. bawak anak2 sambil cuci mata...

lalalallala!

15 Ogos 2014

Bahasa Arab

By Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 15, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Lama dah tak belajar Bahasa Arab. Dulu belajar zaman sekolah, memang langsung tak ingat dah sekarang. Terasa berada dalam kerugian pulak. Bertahun belajar arab, tapi tak dapat kuasai. Malu pulak pada kawan kawan yang dah jadi Ustaz / Ustazah... ada tu sambung belajar sampai ke Mesir, dan bergelar Kadi Daerah dan lain2.

Aku? Macam tu jugak la... Degil. Nakal. Yerla.. dulu guru besar Sekolah Agama tu dari aku darjah satu sampai darjah khas, orang yang sama iaitu sepupu mak aku yang dikira pakcik sepupu aku... Bila dah sedara jadi guru besar, mengada ngada lebih la... tapi kena rajin la, kalau tak, malu la tak lulus periksa... hehehee

Tapi aku percaya, rakyat Johor yang bersekolah agama mesti tau maksud perkataan arab ni.. "Jumjumaton"... yang ni memang aku ingat sangat sampai sekarang walaupun aku belajar perkataan ni masa sekolah agama darjah satu. Dan Ustazah yang mengajar aku bahasa arab tahun 1 ialah Ustazah Arbaiyah yang cantik comel.

Rasa macam nak belajar semula Bahasa Arab ni kalau ada kelas kat area sini. Rasanya kalau belajar semula, mesti boleh keluarkan semula memori lama dan kita gabungkan dengan memori baru.. jangan biarkan ia terus hilang dari memori... rugi sangat.

Status Blog #10

By Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 15, 2014 0 comments
"Berlari aku menjejak pelangi....
langkah demi langkah menjarakkan lagi
Ku sangkakan ia semakin hampir
Namun semakin jauh dan hilang dari pandangan
Dan kesudahannya,aku hanya mampu menggapai bayangan pelangi di dalam angin yg bertiup dan membawa pelangiku pergi...."


MM
22 Jun 2014

30 Day Squat Challenge

By Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 15, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Rasa macam berkobar kobar nak buat 30 Day Squat Challenge ni.. Nak tengok ada tak perubahan selepas 30 hari.. Tapi dari sehari ke sehari nak buat, tak buat buat jugak.. ok takper.. kita tunggu masa yang sesuai... kekekeke!

Jom kita buat sama!
 





Status Blog #9

By Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 15, 2014 0 comments


Hari ni dengar Sinar.fm ada temuramah dengan Kak Muji, pengasas Rumah Orang Tua Al Ikhlas, Puchong. Sedih dengar kisah warga sana. Terasa rindu yang amat untuk kesana.. Entah bila berkesempatan.huhu!


Rumah Orang Tua Al Ikhlas, Pulau Meranti Puchong


Status Blog #8

By Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 15, 2014 0 comments

13 Ogos 2014

Status Blog #7

By Dalia Hassan at Rabu, Ogos 13, 2014 0 comments

Esok hari terakhir MC.. doktor kata kalau tak ok lagi datang semula dia bagi lagi MC... sambung.. rasanya macam malas nak amik MC, nak amik cuti rehat je sehari... apa2 pun, tengok nanti camana... si Ainul pun dah jangkit sama, tinggal papa je lom lagi... hehehe!

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review