Sahabat

Halaman

22 Ogos 2014

Keputusan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27

By Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 22, 2014 8 comments
Assalamualaikum wbt...

Hari tu aku ada cerita yang aku ambil exam (ulangan) Penolong Penguasa Kastam W27.. terpaksa ambil exam ulangan sebab yang kali pertama tu ada masalah teknikal... aku tak lepas nak masuk langsung.. Alhamdulillah pihak SPA bagi peluang kedua untuk sesiapa yang ada masalah untuk kali pertama.
Alhamdulillah.. aku lulus exam tu.. tunggu SPA panggil untuk interview jer... 

Kalau ada rezeki aku kat kastam, Alhamdulillah... kalau takder, takper.. lain kali cuba lagi.. aku memang tak mengharap sangat.. tapi kalau dapat, yabedabeduuuuuuuu!


 Korang pulak macamana? Kalau tak semak lagi, korang boleh semak kat result tu kat sini

Takziah MH17

By Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 22, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Dah banyak hari layan jiwang, layan air mata je hari ni.. walaupun aku tak kenal mereka, tapi tetap merasai kesedihan yang amat. Terlalu. Kat opis, memang menahan rasa dan air mata... sesekali sempat juga air mata mengalir ke pipi... hanya doa yang mampu aku berikan agar mereka ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

In Shaa Allah.
 Amin.








La Tahzan...
La Tahzan....

Ini bahagian mereka, bahagian aku nanti tak tahu macamana pula... 
Wallahu A'lam....
Wallahu A’lam

Status Blog #14

By Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 22, 2014 0 comments

20 Ogos 2014

Status Blog #13

By Dalia Hassan at Rabu, Ogos 20, 2014 0 comments

Pagi ni tetiba sentap dengan semua orang... entahla.. sensitif betul sekarang... cepat betul terasa...

Adakah kerana faktor usia?

isk isk..

18 Ogos 2014

Agar-Agar Milo Lapis Oreo

By Dalia Hassan at Isnin, Ogos 18, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Ok. Ni cerita Sabtu lepas.. Memandangkan tak jadi pergi kenduri kahwin anak kak Nurul dan open house rumah Anne disebabkan mata aku tak pulih sepenuhnya lagi, so inilah projek makan petang kat rumah...Agar agar Milo lapis oreo...

kali terakhir buat boleh tengok kat sini... yummyyyy... memang sedap.. anak2 asyik mengulang je makan... haha!


jemput tengok! ngeeeeee!

Status Blog #12

By Dalia Hassan at Isnin, Ogos 18, 2014 0 comments
Hari ni keje setelah seminggu tak masuk opis... Malasnyaaaaaaa!

16 Ogos 2014

Status Blog #11

By Dalia Hassan at Sabtu, Ogos 16, 2014 0 comments

Bosan. Dah seminggu dok rumah je.. mata pun tak pulih sepenuhnya lagi... petang ni nak pegi kuar jogging la.. bawak anak2 sambil cuci mata...

lalalallala!

15 Ogos 2014

Bahasa Arab

By Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 15, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Lama dah tak belajar Bahasa Arab. Dulu belajar zaman sekolah, memang langsung tak ingat dah sekarang. Terasa berada dalam kerugian pulak. Bertahun belajar arab, tapi tak dapat kuasai. Malu pulak pada kawan kawan yang dah jadi Ustaz / Ustazah... ada tu sambung belajar sampai ke Mesir, dan bergelar Kadi Daerah dan lain2.

Aku? Macam tu jugak la... Degil. Nakal. Yerla.. dulu guru besar Sekolah Agama tu dari aku darjah satu sampai darjah khas, orang yang sama iaitu sepupu mak aku yang dikira pakcik sepupu aku... Bila dah sedara jadi guru besar, mengada ngada lebih la... tapi kena rajin la, kalau tak, malu la tak lulus periksa... hehehee

Tapi aku percaya, rakyat Johor yang bersekolah agama mesti tau maksud perkataan arab ni.. "Jumjumaton"... yang ni memang aku ingat sangat sampai sekarang walaupun aku belajar perkataan ni masa sekolah agama darjah satu. Dan Ustazah yang mengajar aku bahasa arab tahun 1 ialah Ustazah Arbaiyah yang cantik comel.

Rasa macam nak belajar semula Bahasa Arab ni kalau ada kelas kat area sini. Rasanya kalau belajar semula, mesti boleh keluarkan semula memori lama dan kita gabungkan dengan memori baru.. jangan biarkan ia terus hilang dari memori... rugi sangat.

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review