Sahabat

Halaman

30 Ogos 2014

Puding Karamel Bakar VS Nasi Ayam Penyet

By Dalia Hassan at Sabtu, Ogos 30, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt..

Ini kisah semalam di tempat keje.. tetiba aku terasa rajin yang amat untuk buat puding karamel untuk bawa ke opis, bagi kawan2 rasa keenakan puding karamel yang aku buat ni.. (poyo!) tapi pada aku, puding karamel ni memang sedap. kebiasaanya yang aku beli punya rasa telur yang kuat, tapi yang ni takda rasa telur pun.. tekstur nya pun sangat lembut seakan makan taufu fa..

Yang best, my pren si Sue Senget makan sungguh2.. kali pertama makan, dia makan sikit pastu dia balik tempat dia semula (sebab opis kami lain2.. aku caw trafik, dia balai).. kejap pastu dia datang semula.. kali ni memang dia war warkan kat kawan aku yg lain (seha n kak wani) kalau lambat makan, dia nak abiskan semua.. sedap katanya... hahaha! tapi aku memang sayang kat orang yang appreciate apa yg kita masak berbanding dengan orang yang suka komen apa yang kita masak.. yer la.. aku buka masterchef.. aku masak apa yang seadanya... tapi sue ni aku memang suka.. tolak batu n kayu jer.. yang lain semua dia makan.. hahaha.. sebab tu kalau aku masak apa2 suka panggil dia sekali makan dan dia pasti tak akan menolak...

Ok. itu kisah seawal jam 8.15 pagi.. tengahari pulak kami melantak nasi ayam penyet kat Mydin usj.. mula2 ingat nak makan subway tapi nasi ayam penyet lebih memanggil2 kami.. hehehe.. si seha lagi best.. dia nak ajak pergi makan dua2 tempat.. sebab memang kami ni hantu subway lebih2 lagi Italian B.M.T dan subway club.. peh! memang meleleh air liur kalau tak dapat... hehe!

Dan sekarang aku tak tau la bila tahun baru aku boleh start diet...

walaupun puding karamel ni nampak hodoh skit, tapi rasanya memang mabeles!

Cik Sue mengulang entah kali yang ke berapa..

dan lagi...

Luncheon

Bawal penyet tetap jadi pilihan aku...

khatam.. 

28 Ogos 2014

Kawan Makan Kawan

By Dalia Hassan at Khamis, Ogos 28, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt..

Hari ni kerja setelah dua hari cuti tanpa rekod sebab ambik exam KPSL yang entah apa merapu aku jawab.. takpe la.. ni kali pertama aku amik, jadikan pengalaman.. tahun depan boleh cuba lagi.. heheh
Dan hari ni juga, aku nampak air mata member kamcing aku ni menitis. Erm. Sedih pulak aku, tapi takkan aku nak tepuk tepuk buntut dia bagi dia tenang.. kan.. kalaulah boleh buat, memang aku buat agar dia tak bersedih.. susah nak tengok lelaki menitis air mata.. aku tau masalah yang dia sedang hadapi ni agak sedikit berat, tapi aku pun tak tau macamana nak tolong.. yang aku boleh tolong cuma menjadi pendengar yang setia...

Buat member kamcing aku ni, jangan stress sangat. think positive. sabar. biarlah orang lain nak kata apa pun.. dia tak puas hati sebab dia tak dapat apa yang u dapat.. dia tak ada apa yang u ada. sebab tu dia jeles. jangan dilayan je orang yang macam tu. orang tu memang jenis mental. biarkanlah dia dengan kementelan dia. Itulah yang dinamakan kawan makan kawan.. 

takpe.. yang penting u jangan makan kawan u... u makan nasi je.. ok?

24 Ogos 2014

Jemput Jemput Ikan Bilis

By Dalia Hassan at Ahad, Ogos 24, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Lama betul tak makan jemput jemput ikan bilis.. hari ni bangun tidur je terus teringat. Dan terhasillah sarapan pagi yang paling sedap dialam maya ini.. jemput jemput ikan bilis cicah sos cili...  

Anak anak aku memang banyak makan.. asben aku lagila... tak toleh kiri kanan dah.. aku? eh.. aku jamah sebiji dua je, diet.. (percayalah!) haha!

Jemput makan....

22 Ogos 2014

Keputusan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27

By Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 22, 2014 8 comments
Assalamualaikum wbt...

Hari tu aku ada cerita yang aku ambil exam (ulangan) Penolong Penguasa Kastam W27.. terpaksa ambil exam ulangan sebab yang kali pertama tu ada masalah teknikal... aku tak lepas nak masuk langsung.. Alhamdulillah pihak SPA bagi peluang kedua untuk sesiapa yang ada masalah untuk kali pertama.
Alhamdulillah.. aku lulus exam tu.. tunggu SPA panggil untuk interview jer... 

Kalau ada rezeki aku kat kastam, Alhamdulillah... kalau takder, takper.. lain kali cuba lagi.. aku memang tak mengharap sangat.. tapi kalau dapat, yabedabeduuuuuuuu!


 Korang pulak macamana? Kalau tak semak lagi, korang boleh semak kat result tu kat sini

Takziah MH17

By Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 22, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Dah banyak hari layan jiwang, layan air mata je hari ni.. walaupun aku tak kenal mereka, tapi tetap merasai kesedihan yang amat. Terlalu. Kat opis, memang menahan rasa dan air mata... sesekali sempat juga air mata mengalir ke pipi... hanya doa yang mampu aku berikan agar mereka ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

In Shaa Allah.
 Amin.








La Tahzan...
La Tahzan....

Ini bahagian mereka, bahagian aku nanti tak tahu macamana pula... 
Wallahu A'lam....
Wallahu A’lam

Status Blog #14

By Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 22, 2014 0 comments

20 Ogos 2014

Status Blog #13

By Dalia Hassan at Rabu, Ogos 20, 2014 0 comments

Pagi ni tetiba sentap dengan semua orang... entahla.. sensitif betul sekarang... cepat betul terasa...

Adakah kerana faktor usia?

isk isk..

18 Ogos 2014

Agar-Agar Milo Lapis Oreo

By Dalia Hassan at Isnin, Ogos 18, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Ok. Ni cerita Sabtu lepas.. Memandangkan tak jadi pergi kenduri kahwin anak kak Nurul dan open house rumah Anne disebabkan mata aku tak pulih sepenuhnya lagi, so inilah projek makan petang kat rumah...Agar agar Milo lapis oreo...

kali terakhir buat boleh tengok kat sini... yummyyyy... memang sedap.. anak2 asyik mengulang je makan... haha!


jemput tengok! ngeeeeee!

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review