Sahabat

Halaman

31 Oktober 2014

Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak

By Dalia Hassan at Jumaat, Oktober 31, 2014 2 comments
Giveaway Cuti Sekolah by JiwarOsak.Com
Mari Sertai Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak.Com


Hadiah Terkumpul
Cash : RM 390
Topup : RM 195
Barangan : Tudung Pashmina x 1, Shawl x 2, Novel Sanctuaria x 1, Tudung Aidijuma x 1, Bantal Handmade x 2

Terima Kasih kepada Sponser

AbgferOz | MahaMahu | Yanty Lee | Afzal Sukasuki | Mawar Biru | Cik Pjaz | Ieta Mat Sa’ad | Mohamad Nasir | Yan Saflina | UmmiMama |Mohd Noor Shawal | Dila KazUha | Doktor Pemasaran | Helmi Julia | Nadia Johari | Suzlin Azreena Nordin| Nurul Syarafina II | Khaty Aiman| KyLe Kesha | Cik Yaya | Putery Memory | Edo Hayra | Delima Zamrud | Karen Nisa 

Untuk menyertai Giveaway Cuti Sekolah anda boleh klik Banner atau SILA LIHAT SINI

27 Oktober 2014

Jeruk Mangga Asam Boi.... Lagi

By Dalia Hassan at Isnin, Oktober 27, 2014 0 comments

Aduh.. dah macam ketagih la pulak aku dengan JMAB ni.. ni dah kali keempat aku buat.. malam tadi aku pesan kat encik asben mintak dia belikan mangga muda kat pasar malam, tapi oleh sebab hujan lebat, hasrat tak kesampaian..

Macam tau tau je, tetiba je pagi ni (seawal jam 7.50am) Yatz budak Special Branch call aku.. ingatkan kenapa.. rupanya dia nak bagi aku buah mangga.. Syukur Alhamdulillah.. Yatz ni dapat rasa aura aku kut, tu yang tetiba teringat kat aku.. hahaha!

Rasanya ada dalam 10-12 biji yang dia bagi aku.. tapi aku ambik dalam 3 biji jer, yang lain aku bagi kat En Adam ngan kak Sariha... tak mau la tamak2.. sama2 merasa... hehe!

Sampai rumah jer... terus aku merajinkan diri menjeruk mangga ni. Dah kuning skit tapi masih rangup lagi (eh! betul ker aku guna istilah 'rangup' ni?) hahaha!

Dan... inilah hasilnyaaaa... nyum nyum.. tak sabar nak tunggu sejuk...

26 Oktober 2014

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

By Dalia Hassan at Ahad, Oktober 26, 2014 2 comments
As-salam


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%.



Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale.

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !!

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

22 Oktober 2014

Jeruk Epal Asam Boi

By Dalia Hassan at Rabu, Oktober 22, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Erm.. kalau semalam aku gigih buat jeruk mangga asam boi, malam ni pulak aku gigih buat jeruk epal asam boi..

Lewat sikit buat sebab encik asben aku dekat kul 10pm baru sampai rumah.. yer la.. dah aku mintak dia belikan epal, terpaksa jugak bersabar.. haha! kalau tak boleh sabar memang aku sendiri yang keluar pergi beli epal tadi...

Ok. Inilah hasilnya... yeahhhhh! tapi kita simpan dulu dalam peti ais.. esok baru makan ea..

Jemput-Jemput Ikan Bilis Air Didih

By Dalia Hassan at Rabu, Oktober 22, 2014 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Bercerita pasal makan lagi kan? Entah apa2 la aku ni.. tapi nak buat camana sebab itulah aku.. haha!

Entah kenapa, hujan2 ni asyik terfikir nak makan jer.. parah betul! Malam ni aku teringin nak makan jemput2 ikan bilis air didih pulak. Lama dah tak makan jemput2 ni.. Mak aku memang suka buat jemput2 ni.. lembut jer... sebab tu aku pun dah terbiasa buat jemput2 guna air didih ni.

Asben aku balik lewat sikit, so aku goreng untuk aku dan anak2 aku jer. Yang bestnya waktu makan, masing2 senyap tak bersuara termasuklah si kecik Arissa tu.. Betul2 menikmati jemput2 ikan bilis air didih ni.. makan waktu hujan, memang terbaikkkkk!

Silalah layan gambar ni yer... jemput makan!




Rasa Bersalah

By Dalia Hassan at Rabu, Oktober 22, 2014 0 comments



Al kisah... sehari dua ni ada konflik sikit kat opis aku. Dua orang kawan aku masuk bola jaring. So minggu ni diorang dah start training pagi petang. Sepatutnya memang ada sorang yang cover diorang, tapi masalahnya yang cover dia tu pun jenis yang bermasalah. Kaunter yang sepatutnya kena buka jam 8 pagi terpaksa dibuka lewat sikit.

So agak kelam kabut sikit lah bila orang awam dah menunggu tapi kaunter tak buka lagi. Aku memang tak boleh nak tolong sebab aku memang tak tau (memang aku saja tak nak ambik tau) Bila ditanya pada pengganti kenapa masuk lambat, selamba dia jawab dia tak tau dia kena ganti. Takder orang yang bagitahu kat dia, katanya.. tetiba je aku naik geram...

Yang buat aku rasa bersalah, aku ni dah macam jadi batu api. Walaupun niat aku takder la nak sampai jadi batu api pun cuma aku sedikit berapi sebab setiap kali pun macam ni. Bagi pihak atasan, sepatutnya benda ni dah di uruskan awal2 lagi. Kalau nak cari pengganti, bagitahu pengganti awal2 lagi.  jangan last minute baru sibuk nak cari pengganti. Takkan kita pulak yang nak mengarahkan siapa yang perlu ganti. Siapa nak dengar arahan kita? Kena kutuk lagi ada...

Bagi kawan aku yang 2 orang tu pulak.. aku memang sokong diorang berdua pergi bersukan. kalau boleh, aku pun nak join main bola jaring tu (walaupun aku tak pandai main) tapi.. kerja kita patut didahulukan... at least salah seorang tolong lah cover kejap sementara diorang cari siapa pengganti. tak lama pun.. kejap je. lagipun diorang training kat belakang ni je, boleh je lari jap masuk opis. Tak rugi pun. Takut nanti akan datang bosses tak lepaskan kita kalau nak join mana2 game. Kenalah kita ambik hati diorang kan walaupun sebenarnya kita sakit hati.


haishhhhhhhh!




21 Oktober 2014

Jeruk Mangga Asam Boi

By Dalia Hassan at Selasa, Oktober 21, 2014 2 comments
Assalamualaikum wbt...

Susah kan bila hari hari kita dihantui oleh bayangan jeruk mangga asam boi.. bukak facebook tengok gambar JMAB ni di merata rata tempat. Kalau kat news feed tu toksah cakaplah.. dari atas sampai kebawah rata2 dok bercerita pasal JMAB ni..  memang dah jadi viral...

Aku? Tak payah cakaplah. Berapa kali telan air liur. Ngences! Malam2 sebelum tidur, aku telan air liur. Kat opis, asal teringat je, aku telan air liur.. dalam kereta pun sama.. hahaha parah!

Hari ni abis keje, pergi main badminton kejap pastu gerak balik. Tapi sepanjang jalan dalam kereta aku dok teringat je pasal JMAB ni.. dan.. dalam keadaan jalan jem hujan lebat aku terus ke econsave untuk beli apa yang perlu.. memang aku tak tahan dah menanggung rasa mengidam yang teramat.. hahaha! poyo! 

Dan inilah hasilnya....

3 jenis mangga aku beli.. saja nak try mana yang lebih sedap...
bahan2 nya... cili dengan asam boi tu jangan pulak masukkan semua.. ada pulak yang keluar masuk tandas nanti.. hehee! (alamak! lupa nak ambik gambar gula)
sebelum digaul...
setelah digaul...
      siap sudah JMAB aku... dah siap2 asingkan masuk bekas... ok. simpan dalam peti ais, dah sejuk nanti aku bedal.. ngeeeeeee!


Ermmmm.. oleh sebab stok asam boi masih banyak lagi, aku plan lepas ni nak try buat jeruk epal asam boi pulak la.. mesti sedap.. hehehe!

19 Oktober 2014

Status Blog #27

By Dalia Hassan at Ahad, Oktober 19, 2014 0 comments
Assalamulaikum wbt...

Seperti Ahad2 yang biasa, my encik asben keje.. jadi tinggallah aku dengan anak2 jer kat rumah..

Memandangkan kari daging lauk semalam masih lagi berbaki, maka dengan ini buat pertama kalinya aku menjala roti jala.. hehe

Walaupun rupa tak berapa cantik dan agak sedikit garing, tapi rasanya boleh tahan.. sedappp.. si kecik siap mintak advance lagi.. aku tak siap menjala lagi dia dah tadah tangan mintak satu.. hehe

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review