Sahabat

Halaman

05 Mac 2015

Menu Atkins : Sandwich Sardin

By Dalia Hassan at Khamis, Mac 05, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt..

Lama betul aku tak makan sandwich.. Teringin punya pasal, seawal pagi tadi aku bertukang kat dapur untuk siapkan sandwich ni.. roti? Ahaaa! Nasib baik la stok flaxseed ada kat rumah... so aku meroti la pagi tadi...

Resepi flaxseed bread macam biasa cuma aku nipiskan skit.. ala2 roti gardenia gitu.. bahan2 lain sama je macam buat sandwich biasa, cuma kita tukar roti je..

Dan inilah hasilnya....


siap bawak bekal pegi opis... 

 Hilang sudah kempunan nak makan sandwich.. hehe!

04 Mac 2015

Happy Birthday Sara !

By Dalia Hassan at Rabu, Mac 04, 2015 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran yang ke-2 buat puteriku Arissa Qaisara Binti Suhaimi...

 Semoga anak mama menjadi seorang insan yang berjaya di dunia dan akhirat serta menjadi anak yg solehah, dengar cakap mama dan papa.... jangan senget cam mama yer sayang.. 

Tak sempat nak masak apa pun.. dalam sejam sempat buat mee sup je.. mee sup paling simple. Sambal kicap pun tak sempat nak buat sebab encik asben balik rehat sekejap je. So makan apa yang ada je la.. kek pun beli kek potong je..


ni jer la yang ada... menu tak sempat fikir.. haha! sup ayam tu pun aku buat simple jer.. gunakan apa bahan yang ada kat rumah jer.. malas nak keluar beli)

besday girl ni berapa kali entah tambah makan... berselera sungguh..

oleh sebab aku tak boleh makan mee kuning, ni la mee aku.. konnyaku...

konnyaku dengan sup ayam... 

Tapi sebenarnya Jumaat lepas aku dah buat pulut kuning dengan rendang daging, sedekah kat surau IPD... ingat nak buat minggu ni, tapi minggu ni aku dah start sibuk, takut tak sempat buat.. tu yang aku buat awal sempena besday si Sara ni..



Naib baik la cukup. Aku risau je tak cukup hantar kat surau...

02 Mac 2015

Tour Of Duty : Kursus Belanjawan di IPN Sabak Bernam

By Dalia Hassan at Isnin, Mac 02, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt..

Oleh kerana kesibukan melanda, hari ni baru aku sempat nak masukkan gambar ketika aku dan my bff Suhadaa menghadiri kursus Belanjawan di Institut Perakaunan Negara pada 16-17 Febuari yang lepas. Sebenarnya 15hb lagi aku dah berada di sana, sebab aku mohon untuk tinggal di asrama...

Aku dah rasa seronok pula menghadiri kursus kat IPN ni... tempatnya buat aku rasa tenang.. tak perlu pening2 fikir pasal kerja (kiranya ni nak mengelat la dari kerja.. heheh)

Ni antara gambar2 yang sempat aku ambil ketika disana...











Ni menu aku masa kat sana.. rasanya macam ada langgar pantang je skit.. tapi takpe la.. bedal jer..










 Ronda-ronda petang di tepi pantai dengan Sue naik basikal...


tengah tunggu Sue pilih basikal... lama woooo tunggu dia.. aku pilih kejap je.. sempat aku pusing2 dulu depan asrama sementara tunggu dia,.. haha!
Sebelum pergi berbasikal tepi pantai temankan Sue pergi SPA dulu...






Dalam Kelas...


Setujuuuuu!

Sebelum balik sempat ajak encik driver singgah beli kerepek jap.. melayang RM72 sebab rambang mata... hahaha!


24 Februari 2015

Dalia Resources (SA0227982-A)

By Dalia Hassan at Selasa, Februari 24, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Nak promote skit ni.. biz kecil2an aku kat pasar malam sekitar Shah Alam.. dah dekat 5 tahun buat biz ni  tapi baru ni nak tergerak promote kat sini..

Jom tengok apa ada di Dalia Resources..











Produk : Ice Blended pelbagai perisa
              :  Aiskrim Goyang / Magic pelbagai perisa

Selain meniaga di pasar malam, Dalia Resources juga sedia beraksi di majlis-majlis perkahwinan, majlis harijadi, majlis rasmi, dan segala jenis majlis... pakej pula ditawarkan amat berpatutan dan sangat berbaloi... 



Sila hubungi wakil kami atau datang sendiri ke lokasi kami seperti berikut :

Ahad : 

7am - 12.30 pm >> Pasar Pagi Subang Suria
4pm - 10pm >> Pasar Malam Bukit Subang

Isnin :
10am - 7pm >>  Depan Masjid  / Sekolah Kebangsaan Bukit Subang

Selasa :
10am - 3pm >> Depan Masjid  / Sekolah Kebangsaan Bukit Subang
4pm - 10pm >> Pasar Malam Surau Al -Razi Jalan Matahari Seksyen U5 Shah Alam

Rabu :
10am - 3pm >> Depan Masjid  / Sekolah Kebangsaan Bukit Subang
4pm-10pm >> Pasar Malam Kampung Melayu Subang

Khamis :
10am - 7pm >>  Depan Masjid  / Sekolah Kebangsaan Bukit Subang

Jumaat :
10am - 3pm >> Depan Masjid  / Sekolah Kebangsaan Bukit Subang
4pm - 10pm >> Pasar Malam TTDI Jaya Seksyen U2 Shah Alam

Sabtu :
Cuti

Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi wakil kami:
Suhaimi 013-2666188


Sila like page kami di FB  : Dalia Resources
                                  Blog : Dalia Resources

21 Februari 2015

Ujian Sains Terhadap Solat

By Dalia Hassan at Sabtu, Februari 21, 2015 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Sharing Is Caring

Hari ni aku nak share sesuatu yang aku rasa ramai diantara kita tak tahu akan hal ni..

Ujian sains dah pun buktikan bahawa setiap pergerakan kita ketika melakukan solat boleh memberikan impak kepada otot2 kita... secara tak langsung itu adalah salah satu cara kita workout tanpa perlu bersusah payah pergi ke gym.

Sehari cuma 5 kali.. Lebih kurang 5 minit je pun setiap kali solat.. nak lebih lagi boleh lakukan solat2 sunat. Pahala dapat, kesihatan pun terjamin. Paling penting kestabilan mental dan emosi.. kalau mental dan emosi tak stabil, susah gak... kannnn?



Jom solat! Tiang agama jangan dilupakan ya...

Daaaaaaaaaaaaaaa!

16 Februari 2015

Status Blog #37

By Dalia Hassan at Isnin, Februari 16, 2015 0 comments

Hari ni dengan esok aku kursus kat IPN Sabak Bernam... semalam lagi aku dah sampai sini dengan Sue.. ok. Kelas dah nak start.. fokus... fokus... Zzzzzzz!




15 Februari 2015

Menu Atkins : Flaxseed Bread

By Dalia Hassan at Ahad, Februari 15, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Pagi ni buat pertama kalinya aku cuba buat flaxseed bread. Kalau ikutkan memang malas je nak buat, tapi memandangkan tengahari ni aku dah nak ke Sabak Bernam sehingga Selasa, nak tak nak aku buat jugalah.. standby kut2 nanti aku kelaparan masa kat sana nanti.. yerla.. aku tak tau lagi apa yang pihak IPN sediakan untuk menu makanan nanti.. so.. standby je la..

Bila sediakan barang2, baru perasan yang baking powder dah abis.. takpe la.. kita guna apa yang ada je..

2 cawan flaxseed
1 sudu serbuk kayu manis
3 biji telur
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak
shortening
stevia
garam

dan inilah hasilnya...




Alhamdulillah... aku boleh terima rasa flaxseed bread ni... lain kali boleh buat lagi dan pelbagaikan resepi... hehehe

Ni la bekal yang aku nak bawa ke Sabak Bernam. Harap2 cukup la... hehe!

Sekian...

daaaaaaaaaaaa....

Update pada 22/2/2015

Alhamdulillah... hari ni aku sempat buat lagi flaxseed bread.. kali ni aku letak baking powder skit.. dan inilah hasilnya...

Kali ni aku gunakan acuan kecil2..

Burger Flaxseed Atkins... aku gunakan meatloaf Ayamas (100gm = 2.2g carbs..) sekeping meatloaf tu aku potong 3.. setiap potongan aku selitkan cheddar cheese yang dipotong 6.. mayonis kewpie merah dan sedikit sos nandos.. 










14 Februari 2015

Diet Atkins : Fuhh Lega....

By Dalia Hassan at Sabtu, Februari 14, 2015 2 comments

Assalamualaikum wbt...

Sebelum ni aku risau sangat sebab berat badan aku statik je tak turun selepas aku cheat masa balik kampung tempohari. Bila balik sini semua, aku start re-induction tapi setelah beberapa hari pun berat masih statik. Stress juga dibuatnya...

Pagi ni bila aku timbang, Alhamdulillah berat badan aku dah mula turun walaupun sikit. Tapi tak kisahlah kan... yang penting turun. Dan yang paling penting, lepas ni aku tak berani dah nak cheat lagi. serik !!! haha!

Cuma yang aku risaukan, esok aku akan pergi kursus di IPN Sabak Bernam sampai Selasa. Aku risau makanan yang disediakan tu mengandungi carbs yang tinggi. Adoi la.. Biasanya diorang suka masukkan gula dalam masakan... nampak gayanya aku kena bawak stok telur dan sayur untuk aku masak sendiri kat bilik.. masak dalam erti kata rendam dengan air panas jer... hehe!

Oklah...

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!



PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review